~you are my bestest buddies~

Showing posts with label i love food. Show all posts
Showing posts with label i love food. Show all posts

I Love Food : Ban Mai Thai Restaurant Kuala Perlis


Lintas langsung dari Lab untuk siapkan FYP. Tapi masih sempat untuk kongsi dengan kawan-kawan semua. Hahaha =D

Siapa yang stay area Perlis dan sekarang ini sedang kebulur lapar memang wajib baca entry aku yang ni. Sebab aku nak cerita satu kedai makan yang sangat awesome decoration-nya di Kuala Perlis. Bertemakan restoren makanan Thai yang berwarna biru-putih. Restoren ini terletak betul-betul di sebelah 7-Eleven Kuala Perlis yang baru buka tu. Mostly student UniMAP mesti tahu punya lah! Tapi lokasinya agak tersorok dari pandangan orang ramai.


sila salin alamat dan nombor telefon kalau rasa diri tu macam sesat


Hasil dari interview aku, restoren ini mula beroperasi pada 23 April 2012. Masih baru lagi, tetapi makanan yang disajikan memang tip-top! Diusahakan sendiri oleh Encik Zamri bin Mustapha dan keluarganya. Menurut tuan punya kedai, restoren ini dibuka pada jam 11.30 pagi hingga lewat malam dan bergantung kepada pelanggan yang datang.


aku dah gemuk sebab asyik cerita pasal makanan.
esok lusa aku cerita pasal ubat kurus pulak ye.



Menu istimewa yang disajikan dalam restoren Thai mestilah Tom Yam Kung! Perghhh!! Memang terangkat habis bila rasa Tom Yam yang di masak oleh isteri tuan punya kedai ni. Tambah pulak aku memang gila Tom Yam. Hanya tekak aku je boleh detect mana satu Tom Yam sedap selain Tom Yam yang Emak aku buat. Hehe =D Harga pun berbaloi. Mampu dibayar la kiranya.


Menu kami hari tu : Nasi Putih, Tom Yam Kung Ayam,
Baby Kailan Ikan Masin, Udang Goreng Tepung.


Kiri : Ili Dalila (yang dibelanja makan) Kanan : Aku (yang membelanjakan makan)
Motif? Haha.. Sesekali belanja kawan baik makan apa salahnya. =)


sijil pengiktirafan barangkali


dah! jom mencekik! dari tadi asyik ambil gambar je. bismillahhh....


ini pandangan dari luar kedai

Aku mudah tertarik dengan kedai yang mempunyai dekorasi yang menarik dan tersendiri nih. Yang uniknya, pemilik restoren mengambil idea dari buah fikirannya sendiri. Katanya, "Kalau nak pelanggan makan di kedai kita dengan selesa, kita sendiri perlu selesa untuk duduk di kedainya." Bagus betul visi beliau. =)

Apa pun, kawan-kawan UniMAP dan pembaca blog yang mungkin akan datang ke Perlis ni pon boleh cuba menjamu selera di Ban Mai Thai Restaurant ni. Kenapa aku promot? Satu je alasannya. SEDAP! Kalau tak sedap, aku malas nak promote kan. Haha =D




p/s: makin lama aku duduk kat Perlis,
berat badan dah mencecah 50kg dah!



Terima kasih sudi baca. Jangan terliur pula ye.

I Love Food : Flaming Steamboat Buffet

Hello readers,


Hari ini aku hendak kongsi satu tempat makan yang menarik untuk kawan-kawan kat luar sana kunjungi. Mungkin ada yang pernah pergi, tapi sesiapa yang belum pernah pergi, you have to try this! You guys gilakan steamboat macam aku tak? Haaa... kalau korang semua tinggal berdekatan area Lembah Klang boleh la datang ke Flaming Steamboat Buffet ini. Actually restoren steamboat ini telah membuka 3 cawangan iaitu di Setapak, Shah Alam Seksyen 33 dan Sunway berhampiran dengan Sunway Pyramid.


Kau bayangkan... Mr. Squidward yang kawan Spongebob pon ada taw! :P

Kali ini aku makan di cawangan Sunway. Kenapa aku share info pasal restoren ni? Sebab aku rasa restoren ni menawarkan harga yang cukup murah bagi penggemar makanan laut yang segar dan terbaik dari laut. Pada aku ianya sangat murah dengan lokasi restoren yang terletak di Kuala Lumpur dan makanannya sangat fresh dan besar-besar. Mana nak jumpa kedai makan yang murah kat KL? Semuanya nak mahal-mahal belaka. Tskkk!

Harga untuk satu kepala :
Dewasa : RM26.90+
Kanak-kanak (4-10 tahun) : RM9.90+
Kanak-kanak (3 tahun dan ke bawah) : PERCUMA
Semua harga tertakluk kepada 5% servis perkhidmatan.

Pelbagai jenis promosi diadakan setiap bulan. Berita baik juga untuk mereka yang menyambut hari lahir boleh makan secara PERCUMA di sana. Tertakluk kepada terma dan syarat. Sila layari laman web mereka di www.flamingsteamboat.com



Di restoren ini turut menyediakan pelbagai jenis kerang, ketam yang sungguh lazat, hirisan ikan, fillet ayam, kupang, tiram, sotong, lala, pelbagai jenis udang dan sebagainya. Terlalu banyak menu sehingga tak tertulis dan segala minuman panas dan sejuk, aiskrim, ais kacang dan snek ringan adalah termasuk dalam harga pakej. Jadi, makanlah sepuas-puasnya di sana. Cuma jangan membazir sudahlah ye. Membazir itu amalan syaitan ye adik-adik. Jadi, jangan tamak. Ambil sikit-sikit. Jangan risau, bila habis je stok dalam peti ais tu, pekerja restoren itu akan restock! Hehe =D



Mereka menyediakan 2 jenis sup untuk dimasak bersama iaitu tom yam dan sup biasa. Boleh pilih mana-mana atau ambil kedua-duanya. Steamboat di masak atas dapur elektrik, jadi ia selamat untuk kanak-kanak yang pantang nampak api semua dia nak main. Haha =D



Beginilah keadaan susun atur restoren yang terletak di Sunway ini. Kedai makan ini mempunyai 2 tingkat. Tingkat atas adalah ruangan berair-cond manakala ruangan bawah lebih menjurus kepada smoking area. Terdapat 2 buah peti sejuk yang mana 1 buah diletakkan makanan laut yang segar dan sebuah lagi mereka menempatkan makanan sejuk beku seperti sosej, nugget ikan dan sebagainya.


Muka masing-masing kebulur sehari tak makan semata-mata nak
makan steamboat ni puas-puas!


Jom makan aiskrim! Ambil pelbagai jenis perisa dan rasa sendiri kenikmatannya!


Ok, perut pon dah kembung macam orang mengandung.

Bila dah melantak, takde masa aku nak control makan. Makan sajalah puas-puas. Cuma janganlah buruk makan. Hahaha =D Bersopan sikit... Kulit-kulit kerang dan udang tu kumpulkan lah satu tempat macam gambar atas ni. Hehehe =D Agak berpinggan-pinggan jugak untuk 2 orang makan macam aku ini. Tapi masih tersusun atur dan rapi lagi semua pinggan tu atas meja. Fuhhh, memang terbaiklah makan makanan laut kat sana. Penggemar seafood macam aku memang wajib cuba! =)


Terima kasih sudi baca...