~you are my bestest buddies~

Showing posts with label perlis indera kayangan. Show all posts
Showing posts with label perlis indera kayangan. Show all posts

Happy Graduation Day, Ezmaliza!

Assalamualaikum and Hello everyone :)

with scroll and flowers

Thanks to Allah. Syukur Alhamdulillah kerana memberi peluang pada aku dan kawan-kawan untuk menghabiskan pengajianku di Universiti Malaysia Perlis dengan jayanya. Pelbagai dugaan dan cabaran mendatang di sepanjang 4 tahun aku mengaji di Perlis ni. Hanya Allah sahaja yang tahu. Kini Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perhubungan dalam genggaman. :)


with my scroll only


with my Emak

Sad story. My Ayah tak dapat hadir atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Sedih jugak gambar Ayah tak dapat diabadikan di sini. It's okay Ayah. You also in my heart. Tanpa mereka berdua, maka tidak kesampaian aku nak bergraduasi hari ini. Penat lelah, usaha gigih mereka yang membuatkan aku memakai jubah biru itu. Terima kasih Emak & Ayah. I love you so muchhhh!! :)


candid-them!


Incik Faiz beta

Buat Ahmad Faiz Mustaqim juga aku ingin ucakan ribuan terima kasih. Dia juga salah satu insan yang buat aku kuat semangat. Dia jugaklah insan yang buat aku senyum, ketawa, menangis, marah, maki hamun dan macam-macam lagi laaa! Tapi dia tetap setia melayan kerenah aku walau banyak kali kene marah. Heyyy awak, sebagai balasannya, saya sudi jadi isteri awak nanti. Hehehe :D 




orang kata muka dia sama dengan aku. adekah ini abang kembar 
saya yang terpisah di sebelah katil spital dulu??


pic paling cun aku rasa!


i love you, Emak!


cantik gak kalau ni gambo nikah? peghasan! 


me with Ili Dalila

Inilah satu-satunya sahabat baik aku sepanjang di UniMAP. Kami lalui susah senang bersama. Dia jugaklah kawan tempat aku nak luahkan segala masalah, suka duka bersama. Semua kerja gila mesti datang dari idea gila dia manakala aku pula si gila yang merencanakannya. Ohh, terlalu banyak benda gila yang pernah kitorang buat sama-sama. Ini semua kenangan..... Ohhh now, she is businesswoman. Boleh bukak blog dia di SINI untuk lihat jualannya. Plus, dia pandai make-up. Kalau rasa-rasa teringin nak panggil dia untuk jadikan MUA dengan harga paling jimat boleh contact dia. Seriously, u will be cun!


open table!

Mana lagi tempat makan best di negeri Perlis Darul Sunnah ni? Salah satunya adalah di Kuala Perlis. Dengan bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa di waktu malam. Weh, apesal angin sepoi-sepoi bahasa ek? Ape kaitan bahasa dengan angin? Wutevaaa.....  Thank you Incik Faiz kerana membelanja kami sekeluarga makan besar malam itu. 




p/s: aku rasa aku nak grad dengan gelaran Master pulak lepas ni.




I Love Food : Ban Mai Thai Restaurant Kuala Perlis


Lintas langsung dari Lab untuk siapkan FYP. Tapi masih sempat untuk kongsi dengan kawan-kawan semua. Hahaha =D

Siapa yang stay area Perlis dan sekarang ini sedang kebulur lapar memang wajib baca entry aku yang ni. Sebab aku nak cerita satu kedai makan yang sangat awesome decoration-nya di Kuala Perlis. Bertemakan restoren makanan Thai yang berwarna biru-putih. Restoren ini terletak betul-betul di sebelah 7-Eleven Kuala Perlis yang baru buka tu. Mostly student UniMAP mesti tahu punya lah! Tapi lokasinya agak tersorok dari pandangan orang ramai.


sila salin alamat dan nombor telefon kalau rasa diri tu macam sesat


Hasil dari interview aku, restoren ini mula beroperasi pada 23 April 2012. Masih baru lagi, tetapi makanan yang disajikan memang tip-top! Diusahakan sendiri oleh Encik Zamri bin Mustapha dan keluarganya. Menurut tuan punya kedai, restoren ini dibuka pada jam 11.30 pagi hingga lewat malam dan bergantung kepada pelanggan yang datang.


aku dah gemuk sebab asyik cerita pasal makanan.
esok lusa aku cerita pasal ubat kurus pulak ye.



Menu istimewa yang disajikan dalam restoren Thai mestilah Tom Yam Kung! Perghhh!! Memang terangkat habis bila rasa Tom Yam yang di masak oleh isteri tuan punya kedai ni. Tambah pulak aku memang gila Tom Yam. Hanya tekak aku je boleh detect mana satu Tom Yam sedap selain Tom Yam yang Emak aku buat. Hehe =D Harga pun berbaloi. Mampu dibayar la kiranya.


Menu kami hari tu : Nasi Putih, Tom Yam Kung Ayam,
Baby Kailan Ikan Masin, Udang Goreng Tepung.


Kiri : Ili Dalila (yang dibelanja makan) Kanan : Aku (yang membelanjakan makan)
Motif? Haha.. Sesekali belanja kawan baik makan apa salahnya. =)


sijil pengiktirafan barangkali


dah! jom mencekik! dari tadi asyik ambil gambar je. bismillahhh....


ini pandangan dari luar kedai

Aku mudah tertarik dengan kedai yang mempunyai dekorasi yang menarik dan tersendiri nih. Yang uniknya, pemilik restoren mengambil idea dari buah fikirannya sendiri. Katanya, "Kalau nak pelanggan makan di kedai kita dengan selesa, kita sendiri perlu selesa untuk duduk di kedainya." Bagus betul visi beliau. =)

Apa pun, kawan-kawan UniMAP dan pembaca blog yang mungkin akan datang ke Perlis ni pon boleh cuba menjamu selera di Ban Mai Thai Restaurant ni. Kenapa aku promot? Satu je alasannya. SEDAP! Kalau tak sedap, aku malas nak promote kan. Haha =D




p/s: makin lama aku duduk kat Perlis,
berat badan dah mencecah 50kg dah!



Terima kasih sudi baca. Jangan terliur pula ye.

Sangat klasik wooo balik KL naik keretapi!!

Assalamualaikum and Hello Readers :)

muka excited gua cakap sama lu.


Sewaktu cuti raya Deepavali, aku memilih untuk menaiki keretapi sebagai kenderaan untuk pulang ke KL. Tiket dibeli seawal mungkin risau habis cepat tetiba. Hari berganti hari. Dalam hati ni excited bukan main lagi. Tahap excited aku tak mampu nak cerita lagi dah. Maklum saja aku ni memang tak pernah naik keretapi jauh-jauh ni. Kalau setakat naik LRT or Komuter tu dah biasa sangat. =,="



Kalau di Perlis, stesen keretapi yang ada cuma di Arau, Bukit Ketri [entah kat mane entah!] dan Padang Besar. Paling dekat dengan kolej kediaman aku adalah stesen Arau aje la... Dan waktu keretapi untuk ke KL hanya ada satu waktu sahaja iaitu jam 7.00 malam. Waktu lain tiada ya harap maklum! Tambahan pula, stesen keretapi Arau ni dah berubah tempat tidak jauh dari tempat asal. Dulu aku pernah buat shoot di sana, tak sangka boleh berpindah tempat dalam sesekejap itu sahaja. Lihat ENTRI ini.



Aku dan Ili memilih katil atas second class koc sebagai tempat tidur aku malam tu. Not very bad ok?! Harga untuk katil atas adalah RM48 for kelas kedua. Kalau katil bawah pulak harganya RM54. Kalau harga untuk kelas pertama aku tak pasti pulak berapa RM. Tapi cecah ratus-ratus ringgit gak kalau tak silap. Well, katil atas kelas kedua pon not bad apa?! Nyenyak jugak aku tidur. Untuk maklumat lanjut, boleh bukak laman sesawang KTM Komuter Senandung Langkawi ni.


inilah rupa setiap koc gerabak keretapi itu. katil double decker seperti dalam dorm asrama.



Gambar diatas agak menjijikkan. Err, tak payah nak jijik sangat lah kan? Aku yakin gambar ini jugak yang korang nak tengok. Ramai antara kita yang tidak tahu bahawa dalam keretapi ini juga terdapat banyak kemudahan seperti tandas. Ini termasuklah Mak aku sendiri. Dalam keretapi Mak telefon aku....


Mak : Kakak nanti sampai KL Sentral pukul berapa??
Aku : Dalam pukul 5.30pagi Mak. Kenapa?
Mak : Takdelah, pagi sangat tu. Barang-barang penting semua jaga. Jangan tinggalkan kalau nak pergi mana-mana. Jangan banyak sangat minum air tu. Kang mana nak cari bilik air.
Aku : [gelak terkekeh-kekeh dulu!] Mak... dalam keretapi ni ada tandas la makkk... Mak jangan risau sangat la yeee....

Itulah kasihnya seorang ibu sampaikan risau segala benda tentang anak-anaknya. Pasal aku takda tempat nak terkencing pon Mak aku risaukan jugak. Hahaha :D Alahai Mak aku.... :)

Toilet dalam keretapi memanglah kecil. Tapi bersih dan selesa. Dalam gambar korang memang nampak macam kotor. Maklum saja, lantai tu takkan nak letak jubin marmar pulak kan demi nak sedapkan mata memandang? Hahaha :D Yang paling penting, ianya selesa dan bersih!



Haaa... Dah sedap-sedap tidur, tiba-tiba aku nak berjalan-jalan dari satu gerabak ke satu gerabak! Sampailah aku terjumpa kantin dia. Pada mulanya aku ingat harga makanan dan minuman kat kantin ni mahal gila-gila ke.. Tapi ianya murah dan mampu dibayarlah. Kira ok lah harga secawan Milo panas RM2.50. Sedap pon sedap! Aku rasa kalau kat kapal terbang ni, mahu jugak harga dia RM10 ke atas. Milo panas dalam keretapi sedap la wehhh! Percayalahh! :P Sebagai kesimpulannya, harga makanan kat dalam keretapi tidaklah semahal mahal langsung seperti yang digembar-gemburkan oleh mereka yang tidak pernah makan di kantin keretapi.





p/s: siap pakai baju kurung kan?
ini maknenye aku nak ambik mood ala-ala klasik gitu!
kira klasik la balik kampung naik keretapi. :)))

Photoshoot : Girlishous habessss!!! I took this as my birthday present!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Janji tetap janji. Entri yang lepas, aku dah janji nak update pasal photoshoot hari tu. Seminggu lebih aku biarkan blog terbengkalai macam tu jer. Busy sikit la minggu ni. Aku ada banyak sangat test and assignments lately. Ampunkan daku..... :(( Oke lah, dalam entri kali ni takdelah entri cecah lantai sangat. Kalau cecah kang, lambat pulak loading nyerr.. Yang ni jer dah lambat loading, ape tah lagi kalau aku letak semua gambar yang adoo.. Hahaha.. :D


first thing first was make up my appearance

Photoshoot kali ni adalah julung-julung kalinya aku join dengan lebih dari satu kamera. Selalunya aku pergi berphotogedik guna kamera sendiri jer. Antara photographer yang menjadi tulang belakang untuk photoshoot kali ni adalah Syed Nazir, Ismail Makalalag, Eim Jusop, Syafiq Syukri and last but bot least, the girl one, Syariniey Amran. Tempat pertama yang menjadi port kami adalah di Timah Tasoh Resort. As usual, my personal make up and fashion adviser mestilah Ili Dalila, my roommate.



Bermulalah aksi yang pada aku ianya kurang memuaskan. Cuaca agak panas hari tu. So, mata aku tak reti nak bukak bulat-bulat seperti biasa. Asyik nak berkerut aje. Anyway, long dress ni bukan aku punya. Pinjam Kak Cila Ruslan punya dress. Aissshhh.. Takde kerja aku nak beli dress labuh-labuh camni. Bukan boleh bawak pakai gi kuliah pon. Kang tak pasal-pasal mata orang dok pandang 24 jam sebab aku giler. Hahahha... :))))



Haaaa... Bukan aku seorang saja yang jadi model hari tu. Yang ni Shida Manshor. Cantik orangnya. Aku rasa tak layak nak bergandingan dengan minah ni. Comey lotey.... :)) The fact, she is the first people that I know when I'm registered as student at UniMAP. Kiranya dia ni la first roommate aku before Ili.


bachakkkkkkk ILI!!



Just look at my shawl inner. Seriously I hate it! Apsal dia jadi berlipat-lipat camtu eh? Geram betul aku masa pakai inner ni. Actually, aku memang tak suka pakai inner yang ade awning atas tu. Biar bulat muka aku, jangan berlipat-lipat jadi macam tu. GRRRR!!!



Ouh, pose ni takkan tinggal. Sesiapa masih ingat, aku pernah organize a photo contest about jumping. "Ezma, You jump, I jump Contest!" Yeeehaaaa!! Even I am wearing heels that moment, I still can jumping as well. This is my favorite act. Heeee.. :)))) I don't mind if anyone want to copy-and-paste my style. Because everyone can do it. Not only me can do! Kalau ada siapa-siapa yang amik gambar yang lebih stylo sewaktu melompat, just let me know. Teringin sangat nak tengok taw. Hehehhee... :)))



Second place is Tasik Melati. Aku pon bawak baju yang kedua. Skirt pink lagi! Pink?? Terkentut lalu terkesima. Cepat!! Sapa boleh teka trademark blog sapa ni?? :)))) Shida yang stylo mylo ni memilih ala-ala gypsy sebagai tema. Very nice oke! Don't ask me how to make it. Hehehe... :))



Antara pose yang sangat-sangat aku teringin nak buat. Posing with guitar. I am not Yunalis Zarai! I am just Ezmaliza Ezrik. Hahaha.. :)) "Ouh bulannnn.....!!!" Eh, opppsss!! Silap... Bukan!! Next song please! :))



Besar jugak cabaran nak jadi model ni. Pergghh!! Terbakar jugak muntot aku masa duduk atas tangga batu ni. Dengan panasnya tak ingat. Terkulat-kulat aku menjegilkan bijik mata supaya tak nampak berkerut muka tu. Aisshh... Susah! :P


one of the pics that I like it most!


elemen kuch-kuch hota hai pon tak tinggal jugak oke


dua kawan bergembira bersama



The last place that we visit is Marhum Kayang. What a nice view, man! Aku selalu dok lalu depan Muzium tu tapi tak tahu pulak ade tempat yang cantik kat dalam tu. Dah berjuta kali lalu ni pon baru first time jugak lah masuk situ. :))) Malu jugak wehhh!! Tak dapat lah aku nak tepek semua gambar dalam blog ni. Bukan setakat cecah lantai, kang sampai kerak bumi tak habis-habis nanti. Anyone who are my friends in my Facebook list boleh lah tengok kat latest album yerrrr... :))



Thanks a lot to the SnaPhenomena Photography Club yang menjayakan projek tergempar ni. What can I say, anda semua memang sporting and soooo funny! Hilang penat aku apabila bekerjasama dengan mereka. This is one of the best moments that I won't forget it. InsyaALLAH ada projek lagi, aku tak serik untuk join sekali. To all my readers, is there any comments with the photo? You are the best judges right? Mungkin ada di kalangan kamu adalah photographer professional?? Atau pun memang model professional. Give your opinion. Thank you sooo much all! Love you guys!