Assalamualaikum and Hello Readers. :)
Amboi, sejak dua menjak tiga menjak aku dah bertunang ni, asyik meng-google je kerjanya. Aku suka baca blog wanita pasal perkahwinan. Banyak inspirasi dan idea aku dapat bila aku baca kisah dan pengalaman sesetengah orang ni. Salah satunya adalah idea untuk baju pernikahan.
Salah satu hantaran pertunangan aku adalah sepasang kain satin dan lace untuk dibuat baju nikah. So, tinggal tunggu nak hantar pada tailor sahaja. Bila baca cerita-cerita orang di blog, ada yang hantar pada tailor atau designer terkemuka. Ada jugak yang hantar pada butik-butik ternama. Ada jugak yang hantar pada orang biasa-biasa sahaja. Masa sebelum bertunang, aku ada jugak emelkan pada butik-butik yang menjalankan perniagaan melalui online mintak quotation untuk design dan tempah baju untuk wedding. Ada la dalam 7-8 buah butik aku emel. Harammm!! Sorang pon takde nak reply. Yang aku hairannya, kat page facebook siap tulis,
"Any inquiries please do not hesitate to PM or email us at blaaa...blaaaa...blaaaa...."
BOLEH BLAH! Butik agak ternama. Kalau aku sebut, korang mesti kenal punyalah! Malas aku nak mention butik diorang dalam blog ni. Kang femes tak tentu pasal pulak. Terus aku unlike fanpage diorang. Nak meniaga buat cara nak meniaga. Aku serious kot nak tempah baju kat dorangggg... Iskkk!!
Disebabkan itu, mungkin aku akan tempah pada orang biasa-biasa sahaja. Walaupun Emak aku jugak seorang tailor, tapi aku taknak bebankan beliau dengan kerenah aku yang macam-macam ni. Dengar kata orang kalau nak tempah baju nikah cuba-cubalah bawak diri tu ke Medan Mara berhampiran dengan Pertama Kompleks dan SOGO. Orang kata lagi butik-butik pengantin pon selalunya akan hantar ke tailor situ jugak. Maka dengan itu, adalah lebih baik kalau aku terus ke tailornya tanpa melalui orang tengah. Tengoklah dalam hujung minggu ni aku rasa nak pergi menyervey kat situ. Nanti aku share dalam entry lain pulak ok.
So, bila dah meng-google, ramai B2B kata suruh bawak design yang diminati. Kalau tidak, tengok pada design tailor yang sedia ada je la. Emak cakap, kalau taknak membazirkan kain lace, buatlah macam jubah. Aku suka design jenis dress atau ala-ala maxi. Tapi taknak ketat sampai nampak tulang belulang. Hahaha :D Biar kain tu kembang payung. Hmmm, sebenarnya aku sendiri masih tak nampak bayangan lagi potongan yang macam mana sesuai dengan bentuk badan aku.
Moh ler kita terjah satu persatu........
# Dress macam ni aku minat. Simple but very nice. Tapi macam tak guna sangat lace. Mungkin tailor tu ada idea mereka sendiri mana nak bubuh lace aku nanti. Takpe, kita bawak je gambar design ni kat tailor nanti.
# Yang ni pon aku sukaaa!! Tapi design ni sesuai untuk untuk mereka yang tinggi dan langsing. Nak kene tunggu aku kurus sikit baru boleh buat design macam ni. Fabrik kain pon aku rasa jenis chiffon. Tak pasti lah kalau kain satin sesuai atau tak. Nexttt!!
# Ni satu lagi design yang menarik perhatian aku. Ohhh, sangat cantik! Full of beadings. Tapi masalah yang sama jugak, mana nak letak kain lace tu nanti?
# Yang ini kita panggil jubah kaftan. Pon cantik jugak kalau dibuat baju nikah. Aduhaiii... aku tak boleh bayang pandai ke tak tailor yang bakal aku ketemui nanti design baju untuk aku. Hmmm....
# Ini last design yang menarik minat mata aku untuk memandang. Ohhh... kembang ala-ala princess gitu. Yang ni boleh ditambah lace pada bahagian badan. Kain meleret atas lantai ni maknanya aku tak boleh la nak guna pakai semula. Kot la kalau nak pergi mana-mana function macam dinner ke... Emak cakap, nanti habis disapu dek tahi ayam.
Hmmm.... Pening kepala fikir baju perempuan ni. Kalau baju untuk lelaki senang sangat! Baju melayu sudah! Kalau nak nampak advance sikit pakai ala-ala coat. Pon senang dan tak memening kepala. Bajet aku untuk tempah baju nikah ni adalah bawah RM300. Kalau dapat yang cantik dan murah, memang tailor itulah yang aku pilih. Warna kain satin yang aku dapat masa hantaran hari tu sebijik macam gambar kat bawah ni. Kalau buat design macam ni pon cun jugak. Hahahaha :D
Aku tak tahulah sebenarnye kalau kena hantar kain berapa bulan sebelum majlis. Tapi kalau hantar sekarang, takut nanti badan aku tiba-tiba makin naik entah macam mana pulak. Kalau makin kurus takpe pulak. Tak menjadi masalah. Kena control makan lepas ni Ezmaaa!!
Girls, korang ada idea tak mana nak cari tailor yang boleh dapat harga murah dan design cantik? Setakat yang aku tahu sekarang ni cuma Medan Mara sahaja la. Kalau boleh nak area Lembah Klang je. Kang kalau korang bagi idea nun jauh kat Utagha, bila masa pulak aku nak belayar ke sana. Please.... i need an idea.
Thanks for reading this entry :)