~you are my bestest buddies~

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

|| Faeizma Wedding || Tudung dan Baju Nikah

Assalamualaikum and hello my lovely readers!

Kali ni aku nak update pulak pasal my outfit on my solemnization day! Sebenarnya aku teringin sangat nak pakai dress warna kuning cair macam air jagung tu. Tapi tak mengapa sebab kali ni kain untuk dibuat baju nikah adalah kain hantaran sewaktu bertunang hari tu. Faiz cakap dia beli kain di Euro Moda. Memang di sana ada menjual pakej pakaian pengantin untuk lelaki dan perempuan untuk kelihatan sedondon gituuu... 

Amboi.. almari belakang tu macam tongkang pecah. Banyak noh shawls. Rasa cam nak jual jerk! Tapi sayanggg!! =P

Memandang aku takde gambar full baju nikah dan terimalah gambar hasil camwhoring aku ini. Dress nikah ni ada 2 meter kain lace berlabuci dan manik serta 4 meter kain satin untuk persalinan pihak perempuan manakala 4 meter lagi kain satin yang sama untuk persalinan pihak lelaki. Kalau korang pergi jalan TAR, ada banyak gedung kain yang buat pakej untuk pengantin ni taw. Pandai-pandailah buat pilihan dan tawar menawar. Dan rajin-rajinkan mulut untuk bertanya tempat murah untuk mencari tukang jahit baju korang nanti.


Siap ada ribbon minnie mouse you olls!

Masa tu Faiz tak beli kain ni dengan aku, so dia takde teringat nak tanya akak yang jual kain ni. So, aku pon memulakan sesi meng-google mencari tempat jahit baju nikah yang murah lagi berbaloi. Dannnn, pilihan aku adalah di Pasar Rakyat, Tingkat 2 Medan Mara, Jalan Raja Laut bersebelahan dengan Jalan TAR. Di situ nanti akan ada berlambak tukang jahit so korang pandai-pandailah berjalan dan survey harga serta buat proses tawar menawar. Agak-agak mana yang sombong dan kerek tu jangan tempah baju dengan dia! Muahaha! =D Aku memilih design dress labuh dan kembang payung. Upahnya hanya RM300. Kalau kat tempat lain aku pernah jumpa sampai RM500-RM600. Atau mungkin korang ada tahu mana-mana tempat lain lagi yang lebih murah. Tapi, hanya baju aku sahaja yang ditempah disitu manakala baju Melayu Faiz ditempah di Selayang Mall. Kami tidak menempah baju Melayu di Medan Mara sebab harganya terlalu mahal sampai RM120 sekali sulam. Sedangkan di Selayang Mall hanya RM90 sekali sulam di leher, poket dan lengan baju. Buatlah pilihan yang bijak. 




Tudung nikah pulak merupakan lagi satu perkara yang memeningkan kepala aku. Puas aku fikir tudung jenis macam mana aku nak pakai masa akad nikah nanti. Aku tak mahu pakai jenis awning sebab nanti susah nak cium dahi masa upacara batal air sembahyang. Plus, muka aku memang kurang sesuai pakai tudung ber-awning. So, aku pilih untuk pakai halfmoon shawl dan ada hiasan di sekeliling muka. Aku beli 1 meter setengah kain satin warna emas dan aku mintak bantuan Emak untuk gunting kain mengikut contoh halfmoon shawl yang sedia ada. Herot berot mak aku gunting sebab kain satin ni memang payah sikit nak gunting kerana terlalu licin. Lepas tu, aku cuma kelim dan jahit tepi biasa sahaja sebab nanti aku akan letak border lace kat sekeliling shawl ni. 




Tang border lace ni pon menyakitkan hati. Aku tak tahu pon benda ni mahal gila nak mati. Aku beli border lace ni di Kedai Bunga Reben di Jalan TAR. Rupa-rupanya aku salah tengok harga lace. Lace yang aku nampak RM5 semeter tu terletak betul-betul atas lace yang aku mahukan. Dengan confident aku suruh akak promoter gunting border lace ni sepanjang 3 meter. Then, aku menuju ke kaunter untuk membayarnya. Nak terjojol bijik mata aku bila mesin cashier memaparkan harga RM81. Emak aku dekat sebelah dah beristighfar panjang dah. So, aku buat-buat berlagak macam orang kaya keluar duit dari dompet. T__T Lepas tu aku patah balik ke tempat lace aku digunting, rupanya harga dia RM27 semeter. Bapak ahhh!! Nak cancel memang tak boleh la kannn pasal dah bergunting. Alamatnya minggu depannya aku berpuasa saje laaaa... T__T




Tapi Alhamdulillah, hasilnya aku tetap suka. Bila dah siap jahit, mulalah aku puas nak menggayakan style macam mana pulak nak memakainya. Oh ye, veil pon aku buat sendiri. Beli je kain net kat Jakel dalam 2 meter, then potong bulat. Lepas tu aku hantar ke kedai jahit tepi untuk kemasan hujung veil. See, betapa cheapskate-nya aku dalam men-diy-kan tudung nikah sendiri. Aku memang nak jimat habis-habisan. Beli tudung kat luar pon belum tentu aku puas hati. 


Amacam? Okay tak hasilnya? Aku boleh bukak bisness tudung tak lepas ni? =P

Pesen aku pulak tak suka masukkan tudung dalam baju. Aku rasa aku tidak cantik kalau pakai tudung macam tu. Tapi aku tengok orang lain nampak cantik dan kemas saja. Plus, aku sedikit malu dan segan kalau berpakaian nampak bentuk dada. Aku dalam proses jugak sekarang ni nak berpakaian seperti Muslimah sejati. Doakan eh. Kita sama-samalah sikit demi sikit cuba buat perubahan dari segi pakaian dan sebagainya. InsyaAllah.... 



Dan inilah gambar full body untuk baju aku dan Faiz. Ia menjadi milik kami sepenuhnya. InsyaAllah kami akan buat sewa baju ini dengan harga yang palingggg berpatutan untuk semua bakal pengantin. Sesiapa yang mahu sewa boleh emelkan pertanyaan anda di ezmaliza@gmail.com . InsyaAllah akan di balas sepantas kilat. 

Okay, bye. Esok lusa pulak update next entry. =)

|| Faeizma Wedding || De Hantaran

Assalamualaikum and hello my lovely readers.

Kalau semalam aku janji nak update entry pasal nikah. I think, I have to hold first sebab berpinau bijik mata nak pilih gambar. Kang berjela sampai ke sudah tak habis scroll kang cemana. Jadi, aku update dulu pasal hantaran. Hantaran ini adalah hadiah daripada pihak A kepada pihak B. Selalunya hantaran diberi dalam jumlah ganjil dan pihak lelaki akan menerima hantaran lebih banyak berbanding pihak perempuan. Ahh, adatlah semua ni. Disebabkan masa bertunang dulu, hantaran aku dan Faiz adalah sebanyak 5 dulang berbalas 7 dulang jadi sewaktu hendak bernikah kami sepakat hendak buat 9 dulang berbalas 11 dulang. Pehh, pengsan aku nak perah otak fikir nak beri apa kat orang lelaki nih. Let's go one by one. 


|| HANTARAN DARI EZMA KEPADA FAIZ ||


Ini adalah hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki. Aku mengenakan tema biru turquoise dan purple. Untuk lebih jimat, aku buat sendiri hiasan bunga hantaran dengan menggunkan crepe paper. Seriously jimat gila nak mati laaa sebab kos sangat murah. Less than RM 7 aku boleh buat 200 kuntum bunga. Tapi yang mahalnya adalah sentimental value yang aku bubuh sewaktu menggentel bunga crepe ni. Mane tidaknya, berminggu-minggu lamanya aku ambil masa nak siapkan bunga crepe ni. Naik kematu muntut aku duduk lama-lama buat bunga crepe ni. Kalau sampai waktu rajin, banyaklah hasilnya. Bila malas, mahu dekat sebulan aku tinggalkan. Tapi aku dah start buat bunga crepe ni dari bulan Januari lagi sebelum arwah Ezam meninggal. 


 Hantaran dari pihak aku sudah tiba di masjid.


Kasut dari Polo Haus ni beli kat Sogo je. Payah nak carik kasut lelaki. Last sekali, Faiz pilih sendiri.  


HTC Desire X. Comel gila handphone ni. Tapi Faiz suka. =') 

Kemeja T. Kemeja lelaki pon lagi mahal dari kemeja orang pompuan. T__T Pink uolls! Faiz tak kesah! 


Pavlova ni aku tempah dari Cha Chocolate Cupcake. Aku sendiri pon tak pernah rasa pavlova. Tapi dah bagi suami sebagai hantaran. Sayang, sedap ke pavlova ni? Sampai hati tak simpankan sikit untuk kiteee... =P


Jam tangan. Yang ni Faiz beli sendiri. Sebab aku tak pandai pilih jam tangan orang laki. T_T


Al-Quran dan terjemahan. Masa aku beli Quran ni, Faiz cakap dia nak Quran yang siap ada tajwid dan translate-nya. Senang nak merujuk katanya. Good! 


Sejadah ni Emak beli dari Mekah. Emak cakap dia simpankan beberapa helai sejadah Mekah untuk bakal-bakal menantunya iaitu Faiz dan adik ipar aku Susie. Love you, Emak! 


Loreal Man Expert dan Kenzo Perfume. Aku dan Faiz sama-sama tidak gemarkan pakej produk yang siap berbalut dalam bakul yang dah siap berbungkus tu. Yang mahalnya bila dah siap berbalut dengan plastik je. Baik beli satu-satu dan hias sendiri!


Sireh junjung. Dari daun sireh, bunga segar, pinang, kapur dan gambir semuanya aku dan Angah beli di Jalan TAR sehari sebelum nikah. TIPS: Untuk kekalkan kesegaran fresh flowers sebelum dihias menjadi sireh junjung, rendamkan batang bunga dalam baldi berisi air dan letakkan dalam bilik air rumah. Dan gunakan span basah sewaktu menghias sireh junjung.


Wallet, belt, card holder and buckle from Playboy. Ini pun beli kat Sogo. Beli sewaktu ada promosi la woi. Kalau beli time takde promosi, gigit jarilah aku. 


And last but not least, green apple. Sengaja aku letak satu jenis je buah supaya aku cuma akan nampak satu color saja. Tak serabut mata aku memandang. 


|| HANTARAN DARI FAIZ KEPADA EZMA ||

Faiz memilih tema warna biru dan putih sebagai warna tema dari pihaknya dan artificial flowers sebagai bunga hiasan. 
 
Hantaran mereka juga sudah sampai di masjid. Hai Kak Nonie! =P



Mas kahwin dan gelang tangan emas. Mas kahwin ni selalunya bergantung kepada kemampuan pihak lelaki hendak beri berapa. Akan tetapi, duit hantaran pon dah banyak takkan nak demand mintak mas kahwin pon banyak jugak. Jadi, memadailah sekiranya kita ikut mas kahwin bagi negeri Selangor iaitu sebanyak RM300.


Wedges from Elle. Aku prefer wedges dari high heels. Pon beli kat Sogo jugak. 


Samsung Galaxy Note II dan sepasang kain. Memang dah lama mengidam nak pakai Note II. 


Ensiklopedia Solat. Sebelum beli, aku dah bagitahu Faiz awal yang aku tak mahu Al-Quran pasal Quran dah terlalu banyak kat rumah. Jadi, aku mahukan buku ilmiah. Seriously ensiklopedia solat ni bagus gila. Dari sini korang akan tahu kesalahan korang sewaktu bersolat. 


Telekung dari Kak Noni, kakak kepada Faiz. Kain dia panjang dan bila bersujud, confirm tak nampak kaki.


Bunch of chocolate. Hancur diet aku makan coklat. =P 


Produk kecantikan Safi Balqis. Yang ni semua aku beli sendiri. Sebab aku taknak Faiz salah beli. Aku beli satu-satu dari krim siang, krim malam, toner, serum, BB cream, gel pengelupas, pencuci muka, skrub dan sebagainya. Total semua ada 10 jenis dan aku dapat dengan harga less than RM120. Berbaloi tak? Hehe =D


 Decellini handbags. Aku tidak memandang kepada jenama, tetapi aku pandang kepada fungsi beg tersebut pada aku. Compartment dalam besar muat untuk letak wallet, mini telekung, make-up kit, kamera, pampers anak, susu tin anak, basikal untuk anak, buaian untuk dan muat untuk tumpang wallet Faiz, handphone Faiz, kunci keta dan kunci motor Faiz pon dah cukup lah. =,=" Then kiri kanan beg tu ada lagi kocek. Faiz cakap, "Haa.. boleh letak botol susu anak kita nanti". Grrrr!!


Dan last sekali bunga telur serta wajik. Nasib baik mereka tak bagi sireh junjung. Sebab pada aku membazir je sireh junjung walaupun tu kepala segala hantaran. Bukan makan sangat sireh tu. Elok lagi aku makan telur rebus dan wajik tu. Hehehe =D Nak ikutkan aku tak mahu bagi sireh junjung. Tapi Emak aku nak jugak letak! 


GOOD TIPS : Kalau nak beli barang-barang hantaran, belilah 4-6 bulan lebih awal. Sebabnya, duit boleh spent untuk benda lain pulak bila dah nak dekat-dekat kenduri nanti. Jangan beli last minute melainkan korang anak orang kaya lagi berada. Sekian, terima kasih.




p/s : next entry nak update pasal apa eh. 
macam banyak lagi je sebelum update entry nikah.
ada idea tak?

DIY : Guestbook Wedding

Assalamualaikum and Hello Readers.

Pejam celik, pejam celik aku ada lebih kurang 2 minggu lagi nak jadi isteri orang. Walimah pon semakin hampir. Tapi kenapa belum berdegup kencang jantung ni? Mungkin sebab aku sibukkan diri dengan persiapan sampai tak sempat nak rasa jantung berdegup kencang kot? Hahaha =D

Memandangkan I am very cheapskate, so almost everything aku akan buat sendiri without pay more. Like my guestbook! Buku tetamu ni kalau nak ikutkan bukanlah sesuatu yang wajib dalam majlis perkahwinan, tetapi bagi aku ini penting buat tetamu yang nak dedikasikan ucapan dan doa buat aku dan Faiz. Macam dulu, aku pernah pergi ke majlis perkahwinan terlalu awal sebelum ketibaan pengantin sebab aku perlu pulang awal untuk menghadiri ke walimah seterusnya. Aku pon dedikasikan ucapan dan doa aku buat pasangan pengantin itu di dalam guestbook mereka. Nahhh, itulah gunanya guestbook. 

So barang-barang keperluan semuanya aku beli di Kedai Bunga Reben Jalan TAR. Dah situ je murah. Kenapa perlu membazir kan? Rencah-rencahnya adalah kain felt, gam UHU, gunting, benang, jarum, manik, cute alphabets and last but not least buku guestbook yang dibeli di kedai alat tulis. Pastikan ruangan dalam buku tersebut plain color without any lines or dots okay? =)




Semua kos membuat guestbook ini adalah di bawah RM30. Jimat bukan? Ada tu aku jumpa orang buat bisness jual guestbook sampai beratus-ratus. Pehhh! Tak mampu aku. Nak buat semua ni tak ambil masa yang lama. Lebih kurang 3-4 jam sahaja. Bergantunglah tahap kerajinan korang. Yang lama nak buat guestbook aku adalah menjahit manik di sekeliling nama Ezma & Faiz. Uishh, berkematu muntot aku nak menjahit manik-manik ni. Tapi aku memang dah diajar oleh Puan Emak untuk menjahit manik. So, aku dah pandai sikit-sikit lah. 



Haaa.. tengok ni. Nama Faiz sebagai percubaan pertama untuk aku jahit manik. Ye la... Aku takut kalau tak cukup manik. Ada tinggi dan rendah kedudukan manik kayu ni. Hahaha =D Tapi hasilnya pada aku cukup memuaskan. Jadi you olls jahitlah kemas-kemas dan cantik-cantik. Sebab buku ni aku nak simpan sampai bila-bila. Nanti aku nak tunjuk kat cucu aku, "Ni lah buku tetamu opah masa opah kahwin dengan Atuk kau! Agaknya zaman kau nanti, tulis guestbook pada Ipad barangkali."



Gigih jugak lah aku potong bentuk hati tu. My tips, kalau nak buat apa-apa bentuk pada kain felt, better you bentukkan pada kotak atau kertas keras terlebih dahulu. Then, baru tekapkan pada kain felt. Kalau terus buat pada kain felt nanti tak jadi bentuk hati pulak. Takut jadi bentuk jantung. Hahahaha =D 

Inilah hasil kerja pertama aku menggunakan kain felt. Aku memang tak pernah la nak berhasil seni dengan kain ni selain tengok orang je buat cantik-cantik. So nanti jangan ada yang order buku tetamu pada aku ye. Den takdo maso nak buek! Ekau buek la sendiri yo.

Sekian sajo entri pendek guestbook den tanpo cara membuat eh. Ekau buek la sendiri pandai-pandai yo. Ekau kan lobih kretip dari jari jemari den. =P




p/s: Sapo gentel-gentel manik kayu kat buku den 
sampai tecabot, den sumpah jari dio jadi biskot cip cekelat.

Kad Kahwin & Cop Mohor

Assalamualaikum and Hello Readers =)

Last Saturday, my fiancee and I went to Malacca. [starting ayat masa buat esei omputeh satu ketika dulu] Dengan tujuan aku mahu mengambil kad kahwin yang sudah siap di cetak. Yeayyy! Tahap eksaited dia tak boleh nak gambarkan pada mana-mana gambar. Mak aku siap membebel lagi. Pasal apa jauh sangat cetak kad kahwin sampai kat Melaka tu haaaa... Makkk, kalau dah sana murah, nak buat cemanaaa... 


jerawat kat idonggg! dulik hape aku. 


Actually aku memang berniat hendak design sendiri sahaja kad kahwin aku. Sebab aku tak sukakan sesuatu yang berulang dan terlalu familiar dengan kad-kad kahwin pengantin lain. Ada yang jenis passport la, jenis kulit depan buku sekolah la, jenis ala-ala tiket penerbangan kapal terbang la, dan banyak lagi la. Pada aku, jenis kad macam tu memang tengah trend sekarang ni. Tapi aku memang tak minat. Aku sukakan sesuatu yang simple yet nice. Dan segala maklumat lengkap untuk petunjuk para tetamu nanti. Demi menjimatkan kos, aku inginkan jenis kad 3 lipatan dan mengandungi 2 pihak. Satu pihak belah aku, satu lagi belah Faiz. Senang! Jimat! Tak memeningkan banyak kepala! =)

Memandangkan aku memang noob gila pasal Adobe Photoshop ke, Adobe Illustrator ke, dan segala macam jenis software design men-design ni. Memang takes time la kalau aku nak belajar. So, aku hendak upahkan seorang designer dari kalangan kawan-kawan aku sendiri. Puas jugaklah aku bertanya sorang-sorang kawan yang aku rasa dia pandai men-design. Mostly dorang takde pengalaman design kad kahwin. Finally aku skype dengan Wan dan dia setuju untuk cuba jaya dahulu. Lepas aku beri segala mak nenek details pasal kad aku, Wan starts to design and sometimes he shows me the progress thru FB. Dia kata dia tak penah design kad kahwin, tapi seriously dia sangat professional layan aku macam customer kedai printing. Haha! Wan is super tabah and gigih kot layan kerenah dan cerewet segala mak nenek aku ni. Ye laaa.. Aku bayar kot! Mestilah aku nak something yang perfect and jangan ada silap pon. Gitewww!




Almost 1 month and half aku dok berbincang dengan Wan pasal design. Lama kan? Sebab tarikh wedding aku asyik bertukar-tukar. Tu yang progress jadi lamaaaa sangat. Kesian Wan. Hahaha... Tapi dia memang kawan yang best gila la. Masa final touch up untuk aku hantar print, aku tanya berapa dia nak upah untuk semua ni. Aku memang tak kesah pon berapa yang penting reasonable la... Sebab tu aku cerewet sikit. Lepas tu dia jawabbbb...............





Inilah yang dikatakan rezeki orang yang nak mendirikan masjid. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa baik kau, Wan. Aku dan Faiz sangat terharu okay. Banyak sangat kerenah kami, dia layankan saja. Best of Wan. Contact him :-

Twitter : @ohduit

Setel bab design, aku meneruskan misi mencari tempat untuk print kad kahwin yang murah, murahhhh dan sangat murah! Bila dah dok melangok depan laptop, memang aku google je la. Lastly aku jumpa Kad Kahwin Borong. Memang murah la sebab aku mahu kad kahwin bersaiz 4"x9" dan 3 lipatan. Bayangkan sekeping kad hanya 39sen untuk 1000pcs. Itu kalau aku design sendiri. Harga dia lain sikit kalau dorang yang designkan. Aku berurusan secara online sahaja. Cepat jugak mereka membalas emel dan pertanyaan aku. Tapi Kad Kahwin Borong ni di Melaka. Disebabkan aku tak mahu postage, aku sanggup meredah ke Melaka dari Kuala Lumpur ni. Aku tak kisah sangat sebab kereta usang aku pakai NGV. Jimatttt! Percetakan mengambil masa 10-14 hari waktu bekerja. Done!


So, bila dah dapat kad kahwin, macam nak melecet jari jemari melipat kad ni. Sebab kertas dia setebal 260gsm. Agak keras dan very berkualiti. Siap ada UV finishing. Fuhh, not bad! Bila dah lipat, nak masuk dalam sampul putih yang dia provide sekali. Alaa... rasa macam kosong gila la pulak sampul ni. So, aku dah terfikir nak buat rubber stamp. Rupanya ramai jugak B2B yang buat macam ni. Aku mintak tolong Aizam rekakan untuk aku. Maklumlah, aku buta Photoshop. Aizam suruh aku pilih corak dan font tulisan. Antara pilihan yang aku suka............




I decided to choose the second one. Because the first one in my opinion looks very bold bila nak cop nanti. The third one pulak aku rasa tulisan terlampau berkerawang. Nanti orang salah sebut nama aku atau Faiz. Nehii! So, the second one tu font Mordred. Muat-muat je dengan nama Faiz yang panjang bebenoh tu dengan nama aku yang seciput jeee... Kata orang kedai rubber stamp tu dia guna software CoralDraw untuk buat rubber stamp. Tapi aku hantar design dalam bentuk gambar je pon. Format jpg. Boleh jugakkkk! Harga rubber stamp ni should be murah je. Harganya dalam RM8 onwards depends on size. Disebabkan aku ni jenis tak bape reti nak bersabar, aku mahu rubber stamp aku disiapkan sepantas kilat maka aku dicaj mahal sikit which is RM20. Never mind. Minggu depan aku puasa seminggu! T__T




Macam nak lebam telapak tangan aku mengecop sampul kad kahwin. Hasilnya memang memuaskan. Aku tolong cop, Emak tolong masukkan kad dalam sampul. Very good team work! Tapi kan, most B2B cakap usually harga setem untuk sampul kad kahwin yang kosong tanpa sebarang cop adalah 60sen. Tapi once sampul kad kahwin tu ada tulisan-tulisan lain selain alamat penerima, maka harga setem naik kepada 80sen. Entahlah, aku tengok kawan-kawan aku yang pos kad kahwin guna sampul bercorak, dorang guna setem 60sen sampai je kat peti surat rumah aku. Agaknya abang posmen pon dah malas nak layan perangai orang tak paham bahasa macam aku yang bakal buat nanti ni. Kehkehkeh! Entahlah aku berani buat ke tidak. =,="




My tips kalau B2B nak buat stamping macam ni, make sure permukaan rubber stamp dicop habis pada ink. Bila nak cop pada sampul, tekankan sikit supaya hasilnya lebih cantik dan nampak. Hati-hati! Jangan sampai double cop. Nanti tak cantik. So, tangan tu kena bedung jugak la kalau nak buat cop-cop ni. Haha =D Dan sediakan tisu atau kain untuk lap pada permukaan rubber stamp. Bila dah selalu sangat cop, dakwat yang masuk pada celah-celah permukaan makin lama makin menebal dan bila dicop akan nampak satu kawasan yang tidak diingini tu tebal tiba-tiba. Rajin-rajin tengok la ye. Kerja mudah je ni.... Selamat mengecop!





p/s: member yang dekat-dekat area KL 
aku rasa nak bagi kad by hand je. T__T

Takde duit, usah berangan nak kahwin.

Duit. Wang. Money. Ongkos. Fulus.

Satu perkataan yang membawa satu maksud yang sama. Takde benda ni, semua benda tak boleh jalan. Zaman sekarang ni semuanya nak guna duit. Paling mudah difahami, nak terberak pon kena ada duit. Tambah pulak lah untuk aku yang bakal melangsungkan perkahwinan lagi la kena guna banyak duit. Susah aku nak ekspresikan perasaan aku tatkala ni. Tapi aku cuba jugak luahkan melalui blog ni supaya orang sedar dan faham. 

Sebenarnya kan, aku kurang berpuas hati bila orang zaman sekarang selalu sangat post kat Facebook cakap pasal kewajipan bernikah dan lain-lain tu semua tak perlu. Kononnya, cukuplah sekadar bayar yuran kursus kahwin, buat HIV test, bagi duit mas kahwin dan bayar upah tok kadi. Haiiihhh laaaa... Memang betul. Buat benda yang wajib sudah la. Yang lain tu semua adat je. Kalau nak ikutkan aku pon nak buat macam tu. Tapi percaya atau tidak, mesti mendapat tentangan hebat dari orang tua dan confirm saudara-mara, jiran tetangga dan kawan-kawan mula mengata. 

"Macam kahwin koboi je", "Ni confirm dah ada isi dalam perut", "Kedekut gila tak buat kenduri kahwin"

Mulut orang kan, mana boleh kita tutup. Tapi selalunya itulah yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Tapi dalam laman sosial bagai rakkk canang sana-sini kata tak perlu membazir dalam soal perkahwinan. Cukuplah akad nikah yang wajib tu sahaja. Sudah la weiii... Korang hanya pandai menulis. Tapi bila berlaku depan mata habis dicanang itu ini. 



Bukanlah aku nak cakap yang aku tak mahu buat kenduri. Kalau tak buat pon aku tak kisah. Tapi, Emak Ayah aku kisah. See! Emak dan Ayah!! Orang tua kita selalunya akan jadi orang yang bantah itu dan bantah ini. Mereka akan cakap pulak soal adat. Soal mulut saudara-mara atau jiran tetangga jangan cakaplah. Awal-awal lagi dah dengar semua tu. Tapi aku faham dan mengerti maksud mereka. Hukum agama wajib kita buat. Adat kita pula jangan dilupakan. Betul... Aku setuju.... Biasalah zaman dulu pon kenduri kendara mesti ada. Pengantin diarak dengan paluan kompang, dirai atas pelamin, pengantin berbaju indah dan meriah, tetamu diberi bunga telur dan kemudian majlis di sebelah pihak lelaki pula. Semua-semua-semuaaaa tu menggunakan duit. Zaman sekarang apetah lagi. Paling tidak RM10 ribu mesti ada dalam tangan nak buat kenduri. Itu pon tanpa pengantin bersandinglah. Itu baru sebelah pihak punya majlis sahaja. Belum masuk lagi dengan majlis bertandang pulak. 

Haaaa... inilah yang aku cuba nak sampaikan. Everything needs money la weiii! So, please start saving your money. Tipulah kalau korang boleh cakap korang taknak jamu saudara-mara dan kawan-kawan makan kenduri untuk meraikan majlis perkahwinan korang. Ye tak? Tanya je la pada aku, aku pasti akan mengangguk laju tanda mahu. Disebabkan dari itulah aku mula belajar menyimpan duit dan tidak membazir. Maklum saja, aku bukan orang senang. Tapi aku juga bukan orang susah yang boleh menagih simpati minta dihulur sana sini. Kami masih ada maruah diri. Jadi, jangan menilai sesuka hati. 

Bercakap soal duit dalam merancang majlis perkahwinan, perkara paling banyak menggunakan duit adalah menjamu makan tetamu yang hadir. Jika satu kepala RM10, maka 1000 orang yang datang tak ke mencapai angka RM10k? Takkanlah nak hidang meehoon goreng saje kan? Nanti orang mengata. Tapi si pemikir bijak pandai yang pulak akan menghentam, "Beri sajalah mana yang mampu, asal ikhlas." Tapi dalam hati kecoh cakap, "kenduri aku pergi minggu lepas hidang meehoon goreng jerrrrrr!! " Macam mintak pelempang kan? Zaman sekarang ni lauk kenduri paling murah pon datang dengan pakej nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam, pajeri nenas, sedikit buah-buahan dan air kordial. Normallah tu. Nak demand pulak ke lauk masakan kampung tu lagi lah mahal kekdahnyaaa... Ni kalau guna khidmat katering lah. Kalau rewang orang kampung lain pulak percaturannya. Kalau rasa mampu, boleh buat lauk sedap-sedap. Tapi tidak mampu, memadailah dengan apa yang ada. Enough! Hati pon senang kan? Ini tidak, anak makcik Joyah depan rumah tu buat kenduri kahwin anak dia sampai tumbang 10 ekor unta, kau pun nak lawan jugak. Kesudahnya, korang gigit jari. 



Itu belum masuk lagi dengan baju pengantin. Kang kalau pakai baju kurung biasa orang mengata. Tak campur lagi urusan kad kahwin, doorgift dan sebagainya. Takde semua tu orang mengata. Apakah kita hidup atas dasar orang mengata sahajakah? Bukan dari redha Allah? Biasalah manusia.... mana boleh kita tutup mulut mereka. Sesempurna manapun sesuatu majlis pasti ada mulut mengata. Percayalah. Itulah yang tidak kena. Itulah yang tidak cantik. Ini pulak tidak sedap. Itulah terlampau manis. Macam-macam kan? Biasalah.... manusia... mana berpuas hati. Orang dah bagi makan pon dah kira bersyukur dan besar rahmat tahu. 

Fuhhh, puas dah aku meluahkan segala isi hati yang teringin sangat aku nak buat video and cakap depan semua orang. Tapi cukuplah aku ekspresikan dalam bentuk tulisan saja. Nanti kena kecam, payah! Iyeee... memang betul. Semuanya guna duit. Tapi tak usahlah nak buat majlis semewah gila babeng macam nak bagi gajah yang makan. Cukuplah sekadar mana yang mampu sahaja. Mulut orang pedulikan. Biar dia tahu bagaimana bila mereka pulak yang buat sesuatu majlis. Haaa.. itu jam ampa rasa macam mana. Ada rasa coklat berperisa oren? Hahaha =D 

Sebaiknya bakal pengantin mulalah menyimpan dari sekarang. Eh, silap! Kalau dah namanya bakal pengantin, sepatutnya dari dulu lagi kita kena menyimpan duit. Percayalah. Bila lagi 2-3 bulan korang nak menikah, korang akan rasa macam duit simpanan tidak cukup walhal dah beribu-ribu ringgit dalam akaun bank. Takpe, menyimpan dan berjimatlah. Siapa cakap urusan nikah kahwin ini mudah. Susahhhh hakikatnya. Biasalah... semua orang yang dah berkahwin akan fikir macam tu. Mula lah rasa macam adat Melayu ni menyusahkanlah, membebankanlah dan macam-macamlah. So korang yang dah tahu kenapa nak buat bodoh lagi? Menyimpanlahhhh dari sekarang. 

Tapi aku cukup tabik dengan pasangan pengantin yang buat majlis kenduri kahwin simple sesimplenya! Tapi simple macam mana pon, duit tetap kena ada dalam tangan. Lainlah kalau kahwin free. Itu lagi orang mengata. Aneh kan hidup ni? Kalau terlalu murah, orang kata takda harga. Bila terlalu mahal, orang kata membazir. Bila langsung takde, orang kata kedekut taik hidung masin. Jadi, buatlah seikhlas mungkin. Allah menjanjikan rezeki pada setiap manusia yang hendak mendirikan masjid. Tak mengapa... InsyaAllah rezeki itu akan datang jika cuba berusaha untuk mencari. Tang tu, aku yakin sangat.

Buat bakal pengantin macam aku, lakukan semuanya seikhlas mungkin. Jangan buat ala kadar sahaja. Berbeza hasilnya orang yang ikhlas dengan orang yang buat ala kadar hanya nak cukup syarat. Mari kita cuba sama-sama pedulikan kata-kata orang yang bercakap belakang. Usah takut. Sebenarnya mereka pun belum tentu mampu nak buat seperti anda. Tak usahlah kita nak membazir hanya untuk majlis satu hari. Kehidupan kita masa akan datang pon bukan orang yang mengata tu corakkan. Memadai dengan niat kita hendak menjamu kawan-kawan makan sedap-sedap sewaktu kita disatukan sebagai suami dan isteri. Walimah ni sunnah muakad kata Nabi SAW. Jadi, buatlah sekadar yang termampu. Tak usahlah sampai nak berhutang dengan ceti haram mahupun bank. Kalau dah tak mampu sangat, buatlah loan dengan Pa&Ma. (tak paham sudah!)

Insyaallah, aku juga akan buat sekadar termampu sahaja. Aku tak mahu membazir atas perkara yang entah hape-hape! Mana yang kita boleh D-I-Y, kita cuba buat. Zaman teknologi sekarang ada macam-macam cara penjimatan boleh dilakukan. Antara mahu atau tidak. Antara rajin atau malas. Itu sahaja. InsyaAllah nanti aku kongsikan dalam blog satu persatu penjimatan yang boleh dilakukan untuk tatapan bakal pengantin di luar sana. Hidup kita biarlah tampak indah di sisi Allah juga, jangan hanya nak nampak indah di mata manusiawi sahaja. Kalau tidak, syaitan bermaharajalela. 

Phewww, berjaya jugak aku luahkan segalanya. Ok, bye! =)







p/s: Duit tak mampu membahagiakan seseorang. 
Tapi dengan adanya duit, seseorang itu mampu untuk bahagia.

Bride and Groom's Reception Theme

Assalamualaikum and Hello Readers. =)



Guys!! Aku ada lebih kurang 2 bulan lagi nak melangsungkan perkahwinan. Hakikatnya, banyak lagi persediaan yang aku belum buat. Persiapan diri nak menjadi bini orang pon belum. Persiapan untuk majlis perkahwinan pon masih on-the-way. Tapi aku dah tetapkan warna tema untuk majlis resepsi di sebelah pihak aku. Memandangkan aku bukan jenis gegirl, maka warna pink bukan menjadi pilihan aku. Actually, my faveret color is baby blue. Jadi, sewaktu hendak membuat baju persandingan, aku pilih gabungan aqua blue match with bright purple. Tak sabar rasanya nak tengok baju persandingan aku siap nanti. Tapi simple je. Takdelah macam princessssss bagaiii....







Kalau gabungan teal color dengan bright purple pon cun gilaaa!! Tapi tu dah tersama dengan tema warna persandingan Apek & Leuniey pulak. Walaupun hakikatnya aku memang terinspirasi dari situ. Dah selalu sangat orang buat tema warna biru-pink. Haihhh, nasib baik la aku bukan peminat pink. 






Hiasan hantaran untuk Faiz pon aku gunakan tema warna yang sama. Memandangkan harga bunga artificial agak mahal, aku mengambil langkah penjimatan tahap dewa. Aku mendapat inspirasi dari blog Kakakecik : Adish Shida iaitu untuk membuat bunga tisu daripada kertas crepe. Haiihh, nak buat jugak tutorial pasal benda ni? Tak payahlahhh... Korang tengok je dari link yang aku dah sertakan tu. Perlu ada kerajinan sikitlah untuk buat benda alah ni. Buat bunga tisu banyak-banyak. Lepas tu boleh buat hiasan dulang hantaran tu nanti. It is very-very-very cheap and saving! Bawah RM5, korang boleh dapat almost 100 kuntum bunga tisu. Kiralah sendiri tahap penjimatannya. Lagipun, duit banyak habis beli bunga masa aku bertunang hari tu. Nak gunanya sekejap je pon. Semua ni hanya nak nampak syarat jeee... :) Jadi, mari berjimat........





Okeh, tema warna untuk resepsi sebelah pihak lelaki pula, kami memilih tema Oren dan Kelabu. Faiz sewa siap-siap dari vendor yang sama masa resepsi belah perempuan. Tapi bukan baju baru la. Alaaa.. aku bukan kesah sangat pon. Janji cantik dan selesa untuk di pakai. Kalau kita ambil dari vendor yang sama, aku dapat murah. Sewa baju pengantin sekarang ni, paling murah pon RM1000. Itu kalau baju cantik la. Baju yang biasa-biasa tu boleh dapatlah dalam RM600-RM900 untuk sepasang baju persandingan lelaki dan perempuan. Tapi Faiz dapat sewa dari vendor resepsi pihak dengan harga RM500 je. Untie CT tu cakap, warna kulit Faiz cerah. So masuk je dengan semua warna. Lebih-lebih lagi kalau warna terang macam warna oren. Haiii, pandailah untie nak bodek tunang sayaaa....Kembang kempislah hidung dia nantiiii..... T_T







For me, orange color is not my favorite. Tapi lepas aku fitting baju bertandang hari tu, mulalah semua jenis perasaan mak nenek keluar terpancar dari muka aku. Berangan berposing sakan aku depan cermin rumah untie CT Katering hari tu. Nasib baik untie tu sangat sporting. Tunggu masa nak pecah je cermin besar dalam bilik tu tunggu aku nak salin baju semula. Ngeee =D  Kasi cannn la aku nak berangannnn.........





Jadi, tetamu yang berada di Kelantan nanti usahlah gusar dalam hati kerana pihak Faiz bukanlah beri buah oren sebagai buah tangan. Sayur carrot juga jauh sekali.  Hahahaha =D  Tapi kombinasi dua warna ni betul-betul buat aku rasa suka jugak dengan warna kegemaran budak rumah aku, Bedah. Masa walimah dia pon, dia mengenakan jubah oren. Ouhhh, cantekkk wooo...... =)





Setakat ini sahajalah update mengenai persiapan perkahwinan aku. Haaa... hari Sabtu ni aku nak ke Melaka. Nak pergi ambil kad kahwin yang sudah siap dicetak. Harap-haraplah tiada masalah dengan kad tu. Aku memang taknak postage ke KL sebab mahal. Lebih baik aku pergi sendiri lebih jimat. Biasalah, my car used NGV. Haaa.. tu salah satu penjimatan untuk ke gerbang perkahwinan gak tuuu... =) Nanti aku update pasal kad pulak yeee... Byeee.....