~you are my bestest buddies~

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Murah, Cantik, Menawan : Produk manakah yang terbaik?

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Pernah tak jumpa mana-mana perempuan yang tidak ada langsung barang kecantikan dalam bilik mereka? Even baby-baby yang baru lahir pon ada lotion badan mereka sendiri taw! Jadi, sangatlah mustahil kan kalau perempuan tiada barang-barang kecantikan ni. Yelah, semua perempuan pasti ingin tampil cantik walaupun dia bertudung litup serta berpurdah.



Jadi, dalam entry kali ni aku nak kongsi sikit tips dan produk yang aku sering gunakan seharian. So, janganlah nak cakap aku nak menunjuk-nunjuk pulak. Produk yang mampu di miliki ni tak payah nak bangga sangat lah kan. Lainlah kalau kau guna produk mahal nak mati macam SK II ke, Estee Lauder ke kan? Aku memang tak mampu la yang tu. Dengan berbekalkan bajet sebagai seorang student, aku cuma akan review produk-produk yang mampu di miliki serta berkesan.


Berdiri dari kiri : Pencuci muka Clean & Clear (kecil), pencuci muka Clean & Clear (besar), Toner NIVEA Visage Sparkling Whitening, Minyak Zaitun Syahirah, foundation Elianto, Bio-Essence BB Cream 8 in 1 dan bedak muka Silky Girl.

Bedak asas solekan atau pun foundation, aku gunakan Bio-Essence BB Cream. Ini SAHAJA satu-satunya produk yang sedikit mahal yang aku ada. Itu pun aku beli bila ada promotion sahaja. Kalau takde, nampaknya aku cuma mampu meleleh air liur tengok benda alah ni dalam kotak sambil cakap bye-bye pada aku. By the way, tekstur foundation ini ternyata membuatkan wajah kelihatan sangat-sangat bersih tanpa sebarang noda. Tapi kalau nak pakai hari-hari, memang kopak la jawabnya. So, aku gantikan dengan foundation dari Elianto. Ini pun aku beli sewaktu ada promotion jugak. Ekeke.. :D Sungguh menjaga bajet kau ni Ezma!!


Bermula dari rawatan kulit wajah, aku lebih gemar menggunakan produk Clean & Clear facial wash foam. Memang sejak akil baligh lagi, aku guna produk ni dan ternyata kulit aku lebih sesuai. Tetapi berbeza dengan seorang kenalan aku, dia menggunakan Clean & Clear for acne. Katanya tidak berkesan dengan wajahnya yang sering berjerawat. Apabila mengenakan solekan pula, aku akan menggunakan minyak zaitun atau baby-oil untuk membersihkan solekan pada mata. Hal ini kerana minyak zaitun atau baby oil lebih mudah menghilangkan kesan eye-shadow dan eyeliner berbanding dengan toner biasa. Kiranya sekali sapu, terus hilang kesan make-up. Aku tidak menggunakan make up removal sebab harganya agak mahal. Hehe :D Untuk solekan pada wajah pula, aku hanya menggunakan toner biasa. Aku lebih menggemari produk Nivea kerana harganya lebih murah jika dihitung dengan kandungan mililiter di dalamnya. Matematik penting baii!! :D


Dari kiri cepat jalan : SebaMed acne gel, OXY 10, Rosa T from Garden of Eden, dan Nixoderm.

Siapa kata muka aku tak pernah keluar jerawat? Biasalah orang perempuan tiap-tiap bulan, mesti jerawat singgah sekejap pada muka. Jerawat pun ada macam-macam jenis. Ada yang nampak ketara merahnya. Ini paling memalukan. Tapi ada jugak jerawat yang parking baik punya sampai orang lain pun tak nampak. Jerawat jenis ni lebih sakit dari jerawat yang nampak ketara tu cuma dia tidak kelihatan pada pandangan. So, produk-produk dalam gambar di atas merupakan produk terbaik yang aku boleh jamin kalau nak hilangkan jerawat. Paling best sekali adalah Nixoderm sebab ianya jenis 'pedas-pedas'. Aku lebih suka ubat jerawat yang pedas-pedas bila letak kat muka. Aku rasa macam jerawat tu mati terbunuh bila disapu ubat. Yeah! Tapi sekarang ni Nixoderm kurang berkesan pada muka aku sekarang. Ini kerana Nixoderm telah imun atau sudah biasa pada wajah aku. So, aku menggunakan Rosa T Acne Serum. Botol kecil 5mL ini tersangatlah best! Hilang semua parut-parut jerawat aku. Kene rajin gunalah! Baunya agak kurang best tapi takdalah sampai rasa nak muntah bila memakainya. Yang ini pun aku beli sewaktu promosi sahaja kerana harganya sebotol kecil RM25. Tapi sangat berbaloi! You must try! :)


Sengetkan kepala dari kiri : Lipstick Elianto, Vaseline Petroleum Jelly, Lip gloss Elianto. Yang baring tengah-tengah jalan : Eye liner Elianto.

Buat kaum wanita, kulit muka dah cantik tiba-tiba bibir kering dan hitam pulak. Bukan sebab merokok yang menjadikan bibir mereka hitam, tetapi mereka tidak menjaga bibir mereka sebaiknya. Setiap malam, aku akan sapu Vaseline Petroleum Jelly pada bibir. Bila bangun pagi, bibir kelihatan lembap dan menjadikan sapuan lipstick or lipbalm lebih mudah. Banyak kegunaan Vaseline ni sebenarnya. Kalau kulit kering, tumit kaki merekah, punggung baby yang melecet akibat ruam lampin semua boleh gunakan Vaseline. Tapi aku khususkan untuk sapu pada bibir sahajalah. Takkan nak campur-campur bila kau dah sapu ke kaki kan? Tiga lagi produk Elianto di atas ternyata sangatlah best untuk di cuba. Lipstick dan lip gloss dari Elianto sedikit pun tidak mengeringkan bibir aku. Harganya juga murah dan mampu dimiliki oleh student-student seperti aku. Tidak ketinggalan eye liner Elianto yang mudah di lukis dan tidak comot.


Bagaimana dengan penjagaan kulit tubuh badan? Aku cuma menggunakan Vaseline Healthy White untuk lotion harian manakala Vaseline Healthy Hand & Nail untuk rawatan kulit pada tangan. Lotion yang kecil dan aku mudah untuk bawa ke mana-mana tersangatlah wangi dan berkesan kerana aku perasan tiada lagi kutikel pada kuku aku setelah aku mencuba produk ini. Kalau nak bagi putihkan kulit tu, aku tak pastilah berkesan atau tidak sebab cuaca di Perlis ini seperti tidak mengizinkan aku menjaga kulit supaya kelihatan cerah. Memang sedih lah!! T____T


The latest : Ezmaliza went to the class with jubah! I felt awesome! Ekekeke :P

Orang kata, jika nak cantik minum air putih banyak-banyak. Cuba kita contohi kaum Cina yang bawa sebotol besar air putih ke mana-mana mereka pergi. Lihat sahaja kulit mereka yang bersih dan lembap kerana air penting untuk badan kita. Selain itu, rajin-rajinlah kita berwudhuk. Mereka yang rajin berwudhuk ini sering kelihatan cerah berseri-seri. Itu pula kuasa wudhuk yang ternyata maha hebat! :)



p/s: Tidak semua produk berkesan dengan keadaan kalian.
Jadilah pengguna yang bijak dan berjimat-cermat! :)



p/s/s: Dalam hati ni teringin sangat nak pakai
SK II, tapi tak mampu! nangess!!



Happy Birthday, Braces!!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Baru aku sedar yang braces aku dok pakai hari ni dah cecah setahun umur dia. Happy birthday, braces! hehe.. Mengikut doktor, kalau aku rajin buat checkup seminggu sekali, aku cuma pakai braces dalam 6 bulan jer. Tapi kalau dah 2 bulan sekali baru nak ngadap doktor memang hampeh la jawabnya. Mane taknya. Klinik gigi aku kat KL. Aku lak study berbulan-bulan kat Perlis. Masa cuti je la aku nak wat checkup. :P



Masalah aku ni sebenarnya tidak la rumit sangat. Cuma nak perbetulkan kedudukan dua batang gigi atas yang tak sama rata. Sikit jer. Gigi bawah aku oke ajer. No problemooo!! Dulu, setahun yang lepas, masa aku start pakai braces ni, lidah aku asyik berdarah jer. Perasan tak kat lidah kita ada reseptor-reseptor yang macam bijik-bijik tu.... haaa, yang bijik-bijik tu la selalu tersangkut kat besi-besi braces ni. Sebab aku punya lidah tak reti duduk diam masa tu. Dok kacau besi-besi barces tu. Sekali bila tersangkut........zassss!!!!! Auwwww!!! Terkesima kau! Haaa..... Time tu dunia macam berhenti seketika. *ayat aku nak hiperbola jer!



Bila dah seminggu pakai braces ni, baru aku perasan aku susah nak sebut certain-certain huruf. Lebih-lebih lagi huruf "D" dan "S". Mak oiii... Tergeliat-geliat lidah aku nak sebut perkataan yang ada huruf-huruf tu. Contohnya la kan, aku nak cakap camni, "Masa aku tengah duduk-duduk kan... ". Secara spontannya ayat tu bertukar jadi, "Masa aku tengah luluk-luluk kan....". Hadoiiii...mulut ni tak reti cover betul la. Tak pasal-pasal jadi bahan gelak kawan-kawan aku. Hik3!! :))) Tapi takpe, hope aku mampu menceriakan kawan-kawan aku nie.



So, macam mana aku jaga kebersihan gigi dan mulut? Haaa.. you know what.. Dalam bakul mandi aku mesti ada dua berus gigi. Satu untuk berus gigi yang betul-betul punya. Satu lagi untuk berus braces. Hahaha.. :D Ili, housemate aku selalu cakap camni, "Ezma, kau pergi lah mandi dulu. Kau kan mandi lagi lama dari aku. Kau dah lah ada dua gigi nak kene berus". Grrrr!! Geram aku dengan pompuan ni taw! Suke sangat usik aku. >__<



Zaman sekarang orang dah takde nak malu-malu dah pakai braces. Kalau dulu, orang yang pakai braces kan macam buruk. Yelaaa.. Macam cerita Yo Soy Betty La Fea. Spek mata old school jer dah tebal giler! Pastu nampak nerd abes! Last-last jadi cun giler abes bila dah pakai contact lens and dah tanggalkan braces. Sekarang ni braces ni macam jadi kegilaan pulak budak-budak zaman sekarang. ada yang teringin nak pakai braces sebab Fatin Liyana punye braces cantik and colorful. Hapeee?? Bukan sikit-sikit duit nak guna taw! :)



Nasib baik lah braces dulu dan sekarang dah berubah bentuk pattern dye. Kalau lah macam Willy Wonka macam cerita Charlie The Chocolate Factory kat bawah ni, dah confirm-confirm takde orang nak pakai kan?? Rupa dia je dah macam orang nak pergi main rugby! Hahaha.. :D Terfikir jugak. Memang macam ni rupa orang zaman dulu-dulu pakai pendakap gigi? Macam mana nak makan? Takkan makan minum guna straw je kot? Hairan!! Hairan!!


sumber dari Google


Bila dah mencapai setahun umur braces aku, so far dua batang gigi depan aku dah jarang. Doktor kata memang dia nak bagi jarakkan supaya gigi senang bergerak masuk ke dalam. Ouhh.. Like that haaa... :)))) Dah rata sikit dah gigi aku taw. Cuma nak bagi kedudukan kekal rata 100%, baru doktor akan rapatkan dua batang gigi yang jarang tu. "Erm, doktor.. kalau saya taknak rapatkan boleh tak? Saya nak jadi macam Syarifah Aleya tu. Gigi dia yang jarang tu comel apa". Kau tahu doktor cakap ape, "Awak ingat itu style ke?". Sekali lagi aku terkesima. Alaaa.. Saje gurau pon tak boleh la doktor nie.. Hahaha.. :)))))



Bagi kamu yang sudah memiliki gigi yang cantik, rata dan putih, better jagalah gigi korang dengan baik mulai sekarang. Duit beribu-ribu keluar dari poket mak aku nak cantikkan gigi aku ni haaa.. So, korang cuma perlu berus gigi dan ubat gigi yang terbaik sahaja untuk mengekalkan kesihatan gigi dan mulut anda. Pesanan ini di bawa oleh Kementerian Kesihatan! :)


p/s: ade org cakap pakai braces ni haram.
seolah-olah macam mengubah kejadian Tuhan.
macam mana ni?? ada sape-sape boleh tunjuk ajar?