~you are my bestest buddies~

Showing posts with label braces. Show all posts
Showing posts with label braces. Show all posts

Perihal Gigi dan Braces


Assalamualaikum and Hello my love Readers.


Aku berharap ini adalah entry terakhir aku tentang dunia braces. Bukan malas hendak bercerita tentang ini. Cuma aku rasa orang lain pun dah muak nak dengar. Tapi mungkin entry ini berguna untuk mereka yang mahu perbaiki susunan gigi yang tidak teratur seperti aku dulu. Orang lain pun pakai braces jugak, tapi aku sahaja nampak beriya-iya. Ini kerana aku terlalu gembira setelah mendapat gigi baru yang dahulunya tersangatlah buruk dan kini Alhamdulillah sudah rata dan aku mampu menjalankan fungsi-fungsi utama gigi dengan baik. Jadi di sini aku cuba keluarkan beberapa persoalan dan jawapan yang seringkali orang ramai ingin bertanya tentang braces.



kedudukan asal gigi sewaktu sebelum memakai braces




# Kenapa perlu pakai braces?
Bukankah ia seperti mengubah ciptaan ALLAH?

Rasulullah SAW bersabda: Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang minta disambungkan rambut, perempuan yang bertatu dan yang minta ditatu, perempuan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya, dan perempuan yang mencabut bulu muka dan bulu kening.
(Al-Bukhari dan Muslim).

“Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Haaa...kan tak pasal-pasal aku meng-google segala hadis untuk membuktikan kesahihan supaya tiada yang salah faham. Pada zaman Jahiliah dulu, mereka akan menjarakkan kedudukan gigi untuk kelihatan cantik. Berbeza dengan zaman sekarang. Mustahillah gigi yang jarang itu dikatakan cantik. Bukankah susah untuk menguyah dan daging mudah terselit di celah-celah gigi.

Jadi, ilmuan Islam telah membahagikan hukum pemakaian braces ini kepada dua jenis iaitu HARAM dan HARUS. Haram hukumnya jika anda telah pun mempunyai gigi yang cantik tersusun rapi dan mahu memakai braces untuk kelihatan lebih cantik lagi supaya boleh bermegah-megah. Namun, harus hukumnya jika gigi anda tidak lagi mampu untuk menjalankan fungsi-fungsi asas seperti tidak boleh mengunyah atau menggigit dengan betul dan pertuturan terganggu dek kerana susunan gigi yang tidak teratur. Sila klik di SINI untuk maklumat lanjut.


sewaktu memakai braces


# Bagaimana prosedur hendak membuat braces? Berapakah harga permulaan? Tidak sakitkah? Berapa tempoh masa untuk seseorang itu memakai braces?

Untuk mereka yang ada cita-cita hendak memakai braces, pertama sekali anda harus SURVEY klinik-klinik gigi berdekatan anda. Jangan cari klinik yang berjauhan dari tempat tinggal anda. Ini penting kerana memudahkan anda untuk datang membuat appointment setiap 2 minggu selepas memakai braces. Jangan jadi seperti aku. Study di Perlis manakala klinik gigi di kawasan kediaman sendiri iaitu di KL. Bukan ke susah untuk aku ulang-alik dari Perlis ke KL. Carilah klinik yang bersesuaian dengan BAJET untuk memasang braces ni. Ini kerana kebanyakan kos untuk pemasangan braces mencecah ribu-ribu. Tetapi masih ada klinik gigi yang menawarkan harga yang murah seperti RM 1000 ke atas. Harga kos dan tempoh pemakaian untuk setiap pemakai braces juga tidak sama dengan setiap orang. Bergantung kepada jenis kerosakan gigi dan jenis braces yang anda gunakan.

Kemudian, doktor akan CHECK gigi samada ada gigi-gigi yang perlu dicabut atau tidak sebelum di UKUR kedudukan gigi anda dengan menggunakan sejenis bahan daripada tanah liat kalau tak silap dan doktor akan tetapkan tarikh untuk anda datang setelah braces itu siap untuk di PASANG pada gigi. Alhamdulillah, aku tidak perlu mencabut mana-mana gigi pun. Seram juga kerana orang kata mesti demam dan tak lalu makan lepas cabut gigi secara tiba-tiba. Laa.. janganlah takut. Nak cantik kan? Walau bagaimana pun, tempoh masa untuk ukur dan pakai mungkin mengambil masa lebih kurang 1 minggu bergantung kepada keadaan.



# Selalunya aku tengok orang pakai braces yang ada kaler-kaler tu.
Kenapa kau punya sebaris besi sahaja?


Seperti yang telah diberitahu tadi. Jenis braces yang digunakan adalah berbeza dengan setiap orang. Braces juga bukan ada 2-3 jenis sahaja. Malahan ada berpuluh-puluh jenis braces yang patut anda ketahui. Mungkin ada boleh google "Jenis-jenis braces". Bagi kes pada gigi aku pula, aku mempunyai masalah dua batang gigi atas yang tidak rata. Ini agak memalukan kerana kawan-kawan pernah mengejek gigi aku yang buruk dulu. T__T Satu batang gigi atas bahagian hadapan terbelakang dari susunan asal. Ini kerana aku mempunyai gigi yang jenis lebar dan bergusi kecil. Jadi, ruang dalam gigi sangat sempit menyebabkan satu gigi aku terkedalam sewaktu gigi susu dicabutkan. Braces jenis aku pakai di panggil "Removable Braces". Braces jenis ini boleh ditanggalkan. Tapi kalau nak cepat baik, kene berdisiplin dan sentiasa pakai. Aku cuma akan tanggalkan braces ni sewaktu hendak makan dan memberus gigi.

Braces jenis yang colorful itu pula berbeza juga jenis kerosakan gigi. Biasanya gigi yang terlalu kedepan dan berlapis-lapis akan pakai braces jenis itu. Majoritinya, pemakai braces adalah berjenis ini. Mereka boleh menggayakan braces mereka dengan pelbagai jenis band berwarna atas pilihan kita sendiri. Anda perlu tahu, ada jenis-jenis braces yang langsung tidak kelihatan pada gigi sebaliknya braces yang diletakkan pada belakang gigi. Macam-macam kan kecanggihan dunia perubatan zaman sekarang. Aku rasa hendak ambil dentist. Tetapi aku student engineering. So, faham-fahamlah kalau ada term-term dentistry yang aku tidak tahu menahu langsung. :P


gigi baru yang terhasil selepas 2 tahun memakainya


# Benarkah berat badan akan turun bila pakai braces?
Tidak sakit ke pakai braces nie?

Janganlah cakap berat badan boleh turun bila pakai braces nie. Mungkin ini adalah simptom dari tidak ade selera untuk makan setelah berbraces. Ataupun, malas untuk memberus gigi selepas makan apabila sudah berbraces. Macam kes aku, aku malas untuk buka-pasang-buka-pasang braces setiap kali nak makan. Tapi berat badan tetap gak naik 2 kilo. So, teori tu tak boleh nak pakai sangat la kan? :P Ok, nak pakai braces ni mula-mula memang la sakit. Emak cakap, "Nak cantik kan? Kenelah sakit-sakit dulu". Rasa sakit tu masa mula-mula sahaja. Lepas 2-3 hari insyaALLAH dah hilang rasa sakit. Tapi bertahan la sikit. Takdelah sampai macam nak pitam bila pakai braces :) Ada jugak orang cakap, bentuk muka akan berubah bila dah pakai braces. Yang tu aku tak pasti. Tapi kawan aku cakap, bentuk bibir dan cara percakapan aku dah lebih baik. Alhamdulillah....



# Benarkah doktor akan sama-ratakan gigi bila gigi sudah ber-braces?

Menurut kes aku, setelah memakai braces hampir 2 tahun, gigi atas kelihatan rata dan tidak lagi terkedalam seperti dahulu. Tetapi, malangnya aku dapati 2 batang gigi atas di bahagian depan tidak sama panjang akibat akar gigi yang sudah tertanam di dalam gusi. Jadi, hasilnya gigi tidak sama panjang la pulak. Orang akan nampak seperti sama panjang, tapi bila di perhatikan betul-betul barulah orang akan tahu. Kemudian, doktor memberi dua jalan penyelesaian samada hendak kikis gigi yang panjang supaya boleh sama tinggi dengan gigi yang pendek ATAU extend gigi yang pendek sehingga sama tinggi dengan gigi yang panjang. Doktor kata aku mempunyai masalah gigi sensitif dan pantang jika doktor hendak mengikis gigi. Jadi, doktor membuat pilihan untuk meng-extend gigi yang pendek tu. Erti kata lain, kaedah menampal gigi. Caranya agak rumit tetapi aku tak tahu macam mana doktor lakukan.

Aku pernah tanya doktor, "Lama-lama tak kuning ke gigi saya doktor?" Doktor itu jawab sambil ketawa, "Kalau you tak gosok gigi, memanglah kuning!" Yaaaa right!! Rajin-rajin gosok gigi. Doktor cakap tampalan itu tidak akan kuning dan tiada beza warna antara gigi asal dan gigi extend.
Ya ALLAH, syukur Alhamdulillah. Betapa gembiranya hati ni bila hasilnya selama ni sangat baik. Dulu aku selalu fikir, "Boleh rata ke gigi aku pakai braces macam ni? Macam tak berjaya je. Doktor kata 6 bulan aje boleh rata..". Mana nak cepat baik kalau jumpa doktor pon boleh skip-skip appointmentnya kan? Hahaha... :D Sendiri tanya, sendiri jawab. Jadi, janganlah skip appointment anda ok? Be punctual kalau nak dapat gigi yang cantik dengan cepat. :)

Saya sudah, anda bila lagi? Kongsi pengalaman kita bersama-sama ok? Nak dengar dan lihat sendiri pengalaman mereka yang berbraces, anda boleh LIKE fanpage INI dan INI di Facebook. Tersangat happy bila dapat baca pelbagai pengalaman kawan-kawan lain yang memakai braces ini. Anyway, selamat berjaya buat semua yang ingin berubah! As-salam!! :)





p/s: nak cerita semua tentang braces ini alamatnya
2 hari 2 malam pun tak habis taip.


BEFORE & AFTER : Ya, dulu gigi aku memang tersangatlah buruk!

Assalamualaikum and Hello Readers :)

Suatu ketika dulu, aku langsung tak kenal ape itu braces. Aku tak kenal erti mencantikkan gigi. Aku tak pernah ambil kesah gigi aku tersusun atur atau berterabur. Yang aku cuma tahu, tiap-tiap pagi aku akan tonyoh gigi aku dengan berus gigi sampai kembang gila berus tuh. Sehinggalah satu hari, sewaktu aku masih Form 1, Cik P berborak-borak dengan aku............

Cik P : Kau nak tahu tak Ezma.... budak perempuan tu cantik gila. Tapi yang kurengnya tang gigi dia lah. Gigi dia macam ko sikit taw. Satu kedepan, satu kebelakang.
Aku : Erk? Jujurnya kau ni! Gigi aku buruk ke? (terus aku main-mainkan lidah ke gigi aku.)

Haaa... di saat itu aku sentiasa berfikir dan berfikir. Di saat itu jugak, aku selalu menatap cermin dalam tempoh yang lama sambil senyum lebar-lebar. Bermacam persoalan bermain dalam kepala otak aku nie. "Buruk sangat ke gigi aku?", "Susunan gigi yang macam mana yang cantik?". Aku tak pernah ambil tahu pon masa tu. Bila dah tersentap macam tu, barulah aku nak terbukak bijik mata.





Anyway, gambar di atas adalah rupa gigi aku dari pandangan arah depan. Memang ilusi! Masa ni aku belum pakai braces lagi. Orang takkan perasan betapa teruknya rupa gigi aku pada hakikatnya. Bila mak offer untuk aku pakai braces, aku terus bersetuju. Kos agak mahal sikit. Tapi dah mak nak belanje, aku pon cuba jugak lah. So, pada 24 December 2009 aku mula pakai braces di sebuah private clinic Kuala Lumpur.



Ok, ini adalah satu entry yang amat-amat memalukan. Inilah rupa sebenar kedudukan gigi aku. Yang sebenarnya, masalah aku cuma terletak pada satu batang gigi atas. Satu gigi tu termasuk ke dalam sikit. So, doktor kata gigi tu perlu ditolak ke arah depan. DAN, disebabkan itu braces yang aku gunakan tidak sama seperti braces-braces orang lain yang colorful tu. Sebab ramai yang tanya kenapa braces aku pelik lah, itu lah, ini lah. So, ini jawapannya. Braces yang aku pakai ni namanya Removable Braces. :)



Menurut dentist, dua batang gigi atas tu perlu dijarakkan untuk memberi ruang pada gigi yang hendak di tolak ke depan. Senang cerita, gigi aku perlu ada ruang tengah-tengah macam DJ Hot FM tu la, Syarifah Aleeya. Pernah satu ketika, apabila ada ruang kat tengah-tengah tu, anak buah aku cakap,"Untie!! Untie!! Untie takyah bukak mulut untuk masukkan nasi. Lalukan kat celah-celah gigi tu pon boleh!". Ohhh, lasernya anak buah aku berkata-kata. Nasib baik kau kecik lagi, kalau tak dah lama aku smack down dia nie. Sedih betul!



Jadi, dalam tempoh hampir 2 tahun aku memakai braces ni, macam-macam benda aku perlu jaga demi menghargai sebaris susunan gigi. Dalam bakul mandi aku ada 2 batang berus gigi. Aku harus rajin berus gigi. Aku harus rajin berus braces. Setiap kali selesai memberus, aku akan berkumur dengan Colgate Plax supaya mulut tidak berbau dan nafas sentiasa segar. Aku tak boleh cakap terlalu banyak sebab risau tak dapat cover air liur sendiri. Bila pakai braces, banyak huruf aku tak boleh sebut so, kawan-kawan aku akan suruh aku ulang percakapan aku dua kali untuk lebih jelas. Bukankah ini memenatkan? Hahaha :D Tapi, inilah pengalaman.



Dan sekarang aku akan lalui proses yang terakhir iaitu menyama-ratakan ketinggian gigi atas. Next appointment bila aku balik KL untuk jumpa dentist, gigi aku akan rata sepenuhnya. InsyaALLAH. Dentist said, she will used composite for my teeth. But then, aku dah tak boleh lagi nak makan benda-benda yang keras macam jambu batu ke... Mahu patah gigi aku nanti. Tapi, kalau boleh aku tetap akan pakai braces ni tiap-tiap masa untuk mengekalkan kedudukan gigi sampai bila-bila. Apa guna bayar mahal-mahal, tapi pakai sekejap saje. Pakailah lama-lama, barulah boleh cakap "berbaloi-baloi!!"



Jikalau dulu, setiap kali bergambar, aku tak pernah menampakkan gigi. Maklum saja, orang pasti akan cakap macam nenek tua yang senyum sebab aku berusaha untuk tutup gigi dengan bibir ni. Tapi sekarang, aku sudah boleh senyum lebar sehingga ke telinga. Alhamdulillah, terima kasih mak. Pesanan aku untuk kawan-kawan yang sedia ada memiliki gigi yang tersusun rapi, hargailah gigi anda. It is very costly when you want to repair your teeth. Why don't you just spent your money for buying the toothpaste every month?





p/s: Alangkah seronoknya kalau Cik P tu bace blog aku sekarang ini.
Weh Cik P, gigi aku dah cantik ok. Lagi cantik dari gigi kau taw! Hahaha :D

Happy Birthday, Braces!!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Baru aku sedar yang braces aku dok pakai hari ni dah cecah setahun umur dia. Happy birthday, braces! hehe.. Mengikut doktor, kalau aku rajin buat checkup seminggu sekali, aku cuma pakai braces dalam 6 bulan jer. Tapi kalau dah 2 bulan sekali baru nak ngadap doktor memang hampeh la jawabnya. Mane taknya. Klinik gigi aku kat KL. Aku lak study berbulan-bulan kat Perlis. Masa cuti je la aku nak wat checkup. :P



Masalah aku ni sebenarnya tidak la rumit sangat. Cuma nak perbetulkan kedudukan dua batang gigi atas yang tak sama rata. Sikit jer. Gigi bawah aku oke ajer. No problemooo!! Dulu, setahun yang lepas, masa aku start pakai braces ni, lidah aku asyik berdarah jer. Perasan tak kat lidah kita ada reseptor-reseptor yang macam bijik-bijik tu.... haaa, yang bijik-bijik tu la selalu tersangkut kat besi-besi braces ni. Sebab aku punya lidah tak reti duduk diam masa tu. Dok kacau besi-besi barces tu. Sekali bila tersangkut........zassss!!!!! Auwwww!!! Terkesima kau! Haaa..... Time tu dunia macam berhenti seketika. *ayat aku nak hiperbola jer!



Bila dah seminggu pakai braces ni, baru aku perasan aku susah nak sebut certain-certain huruf. Lebih-lebih lagi huruf "D" dan "S". Mak oiii... Tergeliat-geliat lidah aku nak sebut perkataan yang ada huruf-huruf tu. Contohnya la kan, aku nak cakap camni, "Masa aku tengah duduk-duduk kan... ". Secara spontannya ayat tu bertukar jadi, "Masa aku tengah luluk-luluk kan....". Hadoiiii...mulut ni tak reti cover betul la. Tak pasal-pasal jadi bahan gelak kawan-kawan aku. Hik3!! :))) Tapi takpe, hope aku mampu menceriakan kawan-kawan aku nie.



So, macam mana aku jaga kebersihan gigi dan mulut? Haaa.. you know what.. Dalam bakul mandi aku mesti ada dua berus gigi. Satu untuk berus gigi yang betul-betul punya. Satu lagi untuk berus braces. Hahaha.. :D Ili, housemate aku selalu cakap camni, "Ezma, kau pergi lah mandi dulu. Kau kan mandi lagi lama dari aku. Kau dah lah ada dua gigi nak kene berus". Grrrr!! Geram aku dengan pompuan ni taw! Suke sangat usik aku. >__<



Zaman sekarang orang dah takde nak malu-malu dah pakai braces. Kalau dulu, orang yang pakai braces kan macam buruk. Yelaaa.. Macam cerita Yo Soy Betty La Fea. Spek mata old school jer dah tebal giler! Pastu nampak nerd abes! Last-last jadi cun giler abes bila dah pakai contact lens and dah tanggalkan braces. Sekarang ni braces ni macam jadi kegilaan pulak budak-budak zaman sekarang. ada yang teringin nak pakai braces sebab Fatin Liyana punye braces cantik and colorful. Hapeee?? Bukan sikit-sikit duit nak guna taw! :)



Nasib baik lah braces dulu dan sekarang dah berubah bentuk pattern dye. Kalau lah macam Willy Wonka macam cerita Charlie The Chocolate Factory kat bawah ni, dah confirm-confirm takde orang nak pakai kan?? Rupa dia je dah macam orang nak pergi main rugby! Hahaha.. :D Terfikir jugak. Memang macam ni rupa orang zaman dulu-dulu pakai pendakap gigi? Macam mana nak makan? Takkan makan minum guna straw je kot? Hairan!! Hairan!!


sumber dari Google


Bila dah mencapai setahun umur braces aku, so far dua batang gigi depan aku dah jarang. Doktor kata memang dia nak bagi jarakkan supaya gigi senang bergerak masuk ke dalam. Ouhh.. Like that haaa... :)))) Dah rata sikit dah gigi aku taw. Cuma nak bagi kedudukan kekal rata 100%, baru doktor akan rapatkan dua batang gigi yang jarang tu. "Erm, doktor.. kalau saya taknak rapatkan boleh tak? Saya nak jadi macam Syarifah Aleya tu. Gigi dia yang jarang tu comel apa". Kau tahu doktor cakap ape, "Awak ingat itu style ke?". Sekali lagi aku terkesima. Alaaa.. Saje gurau pon tak boleh la doktor nie.. Hahaha.. :)))))



Bagi kamu yang sudah memiliki gigi yang cantik, rata dan putih, better jagalah gigi korang dengan baik mulai sekarang. Duit beribu-ribu keluar dari poket mak aku nak cantikkan gigi aku ni haaa.. So, korang cuma perlu berus gigi dan ubat gigi yang terbaik sahaja untuk mengekalkan kesihatan gigi dan mulut anda. Pesanan ini di bawa oleh Kementerian Kesihatan! :)


p/s: ade org cakap pakai braces ni haram.
seolah-olah macam mengubah kejadian Tuhan.
macam mana ni?? ada sape-sape boleh tunjuk ajar?


kenapa GIGI rongak??


ini adalah sejenis tag! tapi tajuk aku lain sikit. sebab tag tu datangnya dari Gigi Rongak! aduii.. kenapa Gigi Rongak?? tak sampai hati aku nak panggil orang macam ni. tapi tak pe lah.. aku pon orang panggil GiGi BeSi. haha.. :D sebab apa?? Along aku cakap, ada pagar kat gigi aku. :P so, jom layan tag ni. lama dah tak buat tag! :)


1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
DUIT! tanpa DUIT aku tak kemana-mana. nak beli kereta pon guna DUIT. tapi, ingat! DUIT bukan segala-galanya! :)

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit sendiri.
haaa...ada banyak satu T-shirt yang aku baru beli semalam. murah sajer. tak payah mahal-mahal. aku student yang masih di tanggung mak ayah lagi. T-shirt ni macam melambangkan diri aku sendiri. pink color!! cube teka..apa dia yang sama?? :P



3. Di manakah tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang?
erm.. tempat tu yang pasti area rumah aku, Taman Cempaka, Ampang KL.. tema lak, aku teringin nak kahwin ala-ala taman. alaa...boleh la tu.. rumah aku dalam taman. oke la tu kan?? :P

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
ermm... no komen. next! HAHA.. aku kejam! :D

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
selagi dia mencintai aku, selama itu lah aku akan mencintainya. hingga hujung nyawa! wahh!! :D

6. Novel/Buku/Majalah terakhir yang korang beli.
ermmm.. REMAJA yang 15 September punya. yang bulan Oktober tak beli lagi. aku ni peminat setia REMAJA ni taw. kat almari bilik aku dah penuh dah stok tahun-tahun lepas. :P

7. Apa nama penuh korang?
Ezmaliza binti Embok Zrik. [aku Bugis! bangge lak!tuih!] ;p

8. Antara mak dengan ayah, mana yang korang lebih mesra?
I can get along with both of them! but my mom lebih sikit. eh, ayah.. eh..tak! mak.. eh??? entah lah! dua-dua sama saje. tiada beza kasih sayang yang depa dok bagi kat aku. [ah, sudah! cakap utara dah aku]

9. Adakah korang basuh baju sendiri?
soklan cepumas! oke! aku jujur. aku pengguna setia mesin basuh. fullstop! :D

10. Bila tarikh lahir korang and kat mana korang sambut tahun lepas?
13 Februari and aku sambut kat Shah Alam in advance 15 minutes. huhu.. :D not bad laaa.....

11. Beritahu tiga perkara tentang orang yang tag korang.
* nama dia Gigi Rongak.
* mungkin dulu giginya rongak sebab tu dia gelarkan dirinya rongak.
* sumpah! dia tak sombong! huhu... :P

12. LIMA orang blogger yang korang nak tag!
* Shasha Bee *
* Laskar Pelangi *
* Nobita Sensei *
* Kepa *
* Farah Amoi *

* YOU!! * [eh, buat-buat tak sedar diri lak! you! sila buat!]





~selepas sebulan aku pakai gigi besi~

haha.. ramai org xtaw aku bergigi besi sekarang.. alaa.. aku teringin nak nak bergigi cantik cam korg.. n cam panda bawah ni gak. tp hope gigi aku tak patah la yer. :P
http://emo.huhiho.com

meh aku nak cite kat sume org. actually aku dah lama dah berdaftar nak pasang braces ni kt klink kerajaan. tp disebabkan lama sangat aku nak menunggu, aku pon naik fed up la. aku tros wat dgn klinik swasta. hmm.. harga tu xyah ckp la. mak ayah aku nyer duit. aku terima je la. tengs mak ayah :)

aku start pakai besi ni pada 24hb December 2009. so arini dah sebulan lebih gak la aku pakai. sebenarnye aku cuma nak perbetulkan kedudukan gigi atas bahagian depan ni. mula2 aku ingat gigi tu terkedepan sikit then perlu di tarik masuk ke dalam. rupe2nye lepas doktor cek, baru aku paham. kalo nak kedudukan yang betul punye, gigi yang sebenar harus di tolak kasi keluar. ouh... now i know.. :)



haa.. ni la braces. tapi aku xpakai yg ni. sebab besi yang ni hanya utk gigi yg terkedepan nak kasi masuk ke dalam. tapi part aku ni len sket. org ckp kalo pakai yg braces ni, still boleh makan n bertutur dengan betul. tapi aku?? :(



huhu.. haaa... yang ni baru aku punya. tapi ni bukan gigi aku okeh. kuning tak hengat. aku rajin gocok gigi taw.. :P selapis besi ni la yang berada dalam gigi aku sekarang ni. :) kalo yang atas tadi di panggil 'braces'.. yang ni pulak di panggil 'retainer'. selalunye org yg pakai retainer adalah selepas dye pakai braces. tapi aku xyah dah pkai braces. :)

antara effect2 yang aku alami selepas sebulan aku pakai besi ni:

*** aku makin pelat. huruf yang paling aku susah nak sebut adalah huruf 'S'. alamak aih.. cam nak tergeliat lidah aku nak sebut huruf ni. kalo la budak kecik tau aku xley sebut huruf ni, mau nya
dye duk gelak terguling2 sebab kakak besaq panjang xreti sebut huruf cam budak tadika. :P ***

*** setiap kali aku nak makan, aku kene bukak retainer ni. oleh sebab mende ni jadi leceh, sudah tentu aku akan menolak setiap tawaran manusia2 yang baik hati duk hulur gule2 or coklet kat aku mase dalam kelas. ko gile? xkan aku nak korek mulut aku mase dalam kuliah? baik aku telan air liur je la tgk dorg makan. haha. :D jage korg!! aku abes pantang nanti, aku bedal sorg2 coklat tuh! huhu.. :P ***

*** aku jadi semakin rajin dalam penjagaan gigi dan mulut. setiap pagi n malam, aku akan alert utk gosok gigi. kalo lepas makan je, aku akan berkumur2 dgn COLGATE PLAX or LISTERIN. kalo before ni aku pikir sudah memadai dengan menggosok gigi sahaja. tapi korg kene ingat taw. gosok gigi belum cukup untuk memastikan gigi korg bersih. kadang2 ade lagi sisa2 makanan yang masih terlekat kat celah gigi kalo kiter xbetul caranya. [wah2.ade bunyik cam iklan dalam TV tu x?wakakaka :D ] tapi syesly weh. aku baru dapat kesedaran tentang kebersihan gigi n mulut nih. ***

*** aku jadi makin senyap la. [senyap kerrr??? :P ] haha.. xdela. actually aku jadi makin malas nk bercakap. sebab aku cakap pon org xbape nak dengar. yela.. aku pelat kan. bile aku cakap je, org asek cakap "hah????". aih.. ape pekak sangat ko nih! hahaha. :D ***

*** yang paling pasti sekali, akibat lidah aku yang xreti duduk diam, lidah aku salu jugak berdarah mase 2 mggu pertama aku pakai besi nih. sebab aku suke main lelangit nih. rase licin je. tapi bile bijik2 kt lidah ni tersangkut sikit kat besi tu, terkedu ko...!! haaa.. :D tapi sekarang lidah aku pon dah penat nak main. dye dah makin reti duduk diam. so, no more bloody tongue :) ***


okeh, enough for that. len kali aku story lagi. kalo korg nak tau, retainer ni ade macam kaler taw. aku punye kaler merah. sebab aku pilih merah. hehe.. :) apsal tah. sebab aku tgk kalo kaler feveret aku tu masuk dalam mulut, ase buruk lak. biala aku pilih ikot kaler bibir. ekekke.. :P http://emo.huhiho.com menyampah i.. auw..!! :D





huhu.. kalau la retainer aku kaler camni aku sendri rase cam nak makan. wakakaka.. :D kaler dye wat aku tergoda u.. rase cam nak makan eskrim :P haha.. :D okeh. aku hanya mau share dgn kamu sumer. aku teringin nak bace cerita sape2 lagi rakan2 blogger yang pakai braces cam aku gak. so far aku dah jumpe sorg. cikSYAHIRA nama dye. she's the new one. ade lagi x?? :)