Assalamualaikum and Hello Readers! :)
Syukur Alhamdulillah. Inilah permulaan ayat. Setelah aku berjaya menamatkan Latihan Industri, ini bermakna aku juga telah menamatkan tahun ke-3 pengajian di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Tapi aku ada lagi setahun untuk menamatkan pengajian Bachelor of Communication Engineering ni. Itu pon InsyaALLAH jika tiada halangan seperti aku berkahwin ke?[gatal kau ezma!] Atau aku kene extend ke? [mintak dijauhkan]
Aku menjalani Latihan Industri di Telekom Malaysia Training Centre di Jalan Semarak selama 12 minggu sahaja. Tiada ELAUN! Tapi aku tak kesah sangat sebab rumah aku dekat je dengan TM ni. Plus, makanan kat sini murah-murah dan aku memandu kereta yang menggunakan NGV. Sangattttt saving! Cuma tension sikit sebab setiap kali aku nak pergi dan balik kerja, jalan asek sesak je. Sebab tu aku terasa macam nak bawak helikopter pergi ke tempat kerja. =D
Di hari terakhir aku di TM iaitu pada hari Jumaat lepas 22 Julai 2011, aku dan kawan-kawan bercadang hendak buat pot luck. Do you know what is pot luck? Masih ada yang tak tahu apa tu pot luck! Pot luck ni adalah majlis makan-makan. Setiap orang harus bawak makanan untuk mempelbagaikan lagi menu makanan jamuan itu. So, aku mintak tolong Emak untuk masakkan Kuey Teow Kerang. Gulpp!! Tetiba lapar pulak taip entry ni. =,="
Paling surprise adalah pihak trainers di TMTC ni belikan sebuah kek Secret Recipe untuk kami 6 orang yang akan menamatkan Latihan Industri pada hari itu. Sangat-sangat terharu kerana mereka sangat sporting dan baik hati. Terima kasih pihak trainers kerana sudi beri tunjuk ajar kepada kami. Semua maklumat dan informasi itu akan kami gunakan sebaiknya. InsyaALLAH.
Selebihnya adik-adik tahun akhir Diploma.
Kat sini aku nak berkongsi sedikit informasi buat pembaca mana tahu kot-kot tahun depan nak menjalani Latihan Industri ni. Ambil iktibar dari mereka yang pernah ada pengalaman seperti aku. Aku nak kongsikan ni pon sebab aku taknak korang jadi macam aku di saat-saat akhir.
1. Buat research terlebih dahulu.
Dalam internet ada banyak web yang memberi peluang pekerjaan atau mereka yang hendak menjalani Latihan Industri ni. Mereka akan nyatakan tempat, elaun dan antara requirement yang mereka mahukan seperti kelayakan minimum pemohon. Pilih syarikat yang bersesuaian. Janganlah pulak kau student Hotel and Management pergi mintak kat Telekom Malaysia yang hanya menerima student Engineering. 2. Prepare very well all the resume dan surat-surat dari pihak universiti.
Siap dan perkemaskan resume anda. Pastikan semua butir-butir tentang diri anda lengkap dan benar. Kebanyakan syarikat akan menggunakan khidmat emel sebagai medium untuk anda menghantar segala resume dan surat-menyurat. Jadi, segalanya mudah dihujung jari anda. 3. Jangan terlalu demand sangat la.
Jangan jadi macam aku. Nak tempat yang ada elaun je. Level pendidikan entah ke mana. Jangan pandang sangatlah elaun tinggi atau rendah ni. Kalau tinggi, kerja kau nanti macam orang gila pulak nak buat itu ini sebab bersesuaian dengan elaun yang kau dapat. Sampaikan orang cuti Sabtu Ahad pon kau kene kerja jugak. Ini kenyataan. Just look at me. Tiada elaun plus kepala aku sikit pon tak serabut dengan masalah kerja. Aku tak kata nak promote TM. Tapi aku kata jangan demand. 4. Hantar resume di awal waktu. [mcm solat di awal waktu la pulak]
Contohnye la kan, korang kene mulakan Latihan Industri bulan May. So, korang kene mula hantar awal-awal tahun lagi. Ini penting kerana korang akan bersaing dengan student-student dari universiti lain juga. Bila dah hantar, rajin-rajin buat follow up dengan syarikat berkenaan atas permohonan anda. Mereka takkan marah atau rasa annoying dengan anda kerana itu memang kerja dia. Hahahah =D So, hak anda haruslah mendesak mereka kalau mereka masih belum submit apa-apa jawapan supaya anda tidak ketinggalan. Tapi beragak-agak la nak buat tu... 5. You must have plan B, C until plan Z.
Jangan aim satu syarikat sahaja. Buatnya kau terlalu confident tiba-tiba syarikat tu reject permohonan kau, tak ke putih mata? So, buat perkara yang sama ke syarikat-syarikat lain jugak. Tapi kalau semua syarikat nak terima kau, maknenye kau ni memang genius la sebab semuanya rebutkan kau kan? So, kene pilih satu yang terbaik dan get ready untuk menulis surat jawapan menolak tawaran pulak kat syarikat yang korang taknak tu. Hasudah! Itu lagi leceh! Pandai-pandai ler koranggg!! =)
Banyak pengalaman yang aku dapati sepanjang menjalani Latihan Industri di sini. Walaupun tak banyak, it better than nothing. Bersesuaian dengan jurusan yang aku ambil iaitu Communication Engineering, aku banyak mempelajari tentang UniFi di Telekom. Segalanya tentang fiber optik, sejenis gentian kaca yang menyalurkan maklumat dengan pantas. Hmm, kalau korang budak engineering mesti paham punya lah. Panjat tiang elektrik untuk pemasangan UniFi pon aku pernah buat taw. Nampak je lembut ni, tapi aku ganas taw! =)
Jadi, diharapkan informasi yang aku kongsikan dapat memberi manfaat buat adik-adik yang akan menjalani Latihan Industri tahun depan. Pilih syarikat yang mampu membuatkan logbook dan laporan akhir anda nanti penuh berisi. Jangan nanti kau cuma isi logbook anda dengan "Hari ini saya menyambung kerja staf semalam dengan mem-fotostet sahaja. Sekian terima kasih."
p/s : eh, aku pakai tudung bawal la hari tu.
terasa bulat dan kembali ke zaman
sebelum shawl-shawl muncul.
terasa bulat dan kembali ke zaman
sebelum shawl-shawl muncul.