~you are my bestest buddies~

Showing posts with label tension. Show all posts
Showing posts with label tension. Show all posts

Tak tahu hukum hakam ke sampai soalan macam tu sekali kau tanya pada aku?!

Assalamualaikum and Hello Readers!

Internet di UniMAP memang problem sejak akhir-akhir ni. So, aku tak dapat nak update blog and whatsoever. Tapi baru-baru ni aku bukak la account Formspring yang dah berkurun lamanya tak bukak-bukak. Bila sign in jer account tu, ada laa dalam berbelas-belas soalan aku kene jawab. Takdelah sampai beratus. Aku bukan femes-emes macam orang lain yang nak tanye itu dan ini.



Bukak-bukak jer, mata aku tertumpu pada soalan Anonymous yang bertanya soalan yang tersangatlah bodoh pada aku. Dah baca kan?? Nampak kan soalan kat atas yang aku printscreen tu?? Nampak kan??? Ni nak suruh aku berkhutbah ke apa?? Golongan manusia jenis apa yang tanya soalan bodoh kat aku ni?? Bengang pulak rasenye lah! Aku memang bukan manusia yang alim ulama' untuk bagi hadis dan hujah mengenai hukum hakam mencukur bulu kening. Tak pasal-pasal aku meng'google' di pagi Jumaat ni untuk cari hadis yang sahih tentang persoalan ni.


Hukum Cukur Bulu Kening
Menurut pandangan syara' adalah HARAM kepada seseorang perempuan mencukur bulu keningnya kerana itu bererti merubah ciptaan Allah dan merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam Al-Quran. Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan Islam sudahpun mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan. Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seseorang perempuan itu menyambung rambut rambutnya dan meminta orang lain menyambung rambutnya dan lain-lain, apalagi perbuatan mencukur buku kening. Kecuali jika bulu-bulu tersebut tumbuh di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tumbuh pada diri perempuan, dikala itu wajiblah menghilangkannya, seperti tumbuh bulu di pipi, tumbuh misai dan janggut seperti lelaki, kesemua bulu-bulu ini hendaklah dibuang kerana ia menjelekkan pemandangan seseorang perempuan.


Ayat-ayat di atas aku petik dari INFO MUSLIMAH. Dah jelas lagi terang serta bersuluh bahawa manusia yang bertanya soalan ni pada aku, hanya nak menaikkan kemarahan aku saja. Mustahil dia tak tahu hukum hakam ni. Bukan aku hendak menuding jari pada mereka yang telah mencukur bulu kening mereka. Terpulang lah pada kehendak individu tersebut. Tapi bukanlah pada aku. InsyaALLAH, mak ayah aku pon ada mendidik aku sebaik mungkin soal ilmu agama.



Buruk sangat ke kening aku? Ya, aku memang tidak cantik di mata kau. Tapi, kenapa aku nak tambah dosa aku yang sedia ada untuk ikot cakap kau wahai Anon. Please ask me with an attitude oke! Aku masih memanjat kesyukuran pada ALLAH sebab mengurniakan wajah yang lengkap dan sempurna dengan kening, mata, hidung dan mulut. Ada manusia lain yang kurang bernasib baik, takda kening. Atau kening nipis sampai tak menampakkan bulu kening. Berterima kasihlah kerana kita masih dikurniakan segala-galanya oleh ALLAH.



Dah terang-terang aku tulis "Don't ask me a silly question"! Masih ada yang tak faham rupanya. Tak susah pon maksudnya. Meh sini aku translate-kan semula ayat tu dalam Bahasa Melayu, "Jangan tanya soalan yang BODOH"! See! Dah faham sekarang? Aku harap orang yang bertanya ni, jangan lah kecil hati atas penulisan aku. Cuma aku nak kau faham soal agama jangan di bawak main-main. Dosa besar tahu? Sama-samalah kita bertaubat ya. InsyaALLAH......


Bukan semua operator telefon macam kau kan?? Ouh, pelisss lahh!!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)



Gambar paling atas saje nak menunjukkan tension kan? So, memang muka tengik dah sekarang ni. Kenape ni Ezma? Hmm... Semester 6 dah masuk 20hb December hari tu. Awal kan? Selalunye student lain akan masuk selepas New Year celebration. Aku dengan kawan-kawan masuk awal pulak. Ade jugak kot student U lain yang same macam aku.

Masuk semester baru lebih awal ni sebab semester ni sepatutnya semester untuk aku menjalani latihan industri atau praktikal la erti kata lainnya. Tapi tempoh praktikal aku disingkatkan menjadi 2 bulan saje. Nak mencari tempat tu sikit punye susah! Geram pulak rasanya. Sepanjang hari ni jer, aku dok setia menatap laptop dan handphone untuk call mana-mana company yang ada dalam list aku.

Aku yang sopan : Hello, selamat tengahari. Ni Syarikat ****** Sdn Bhd kan?
Operator yang mula-mula baik : Yes, may I help you? [alamak! dia speaking la pulak!]
Aku yang sopan : Erm, sorry. I am Ezmaliza, student of Communication Engineering at Universiti Malaysia Perlis. I just want to ask you that............... [aku belum abes cakap lagi, dia potong]
Operator yang tiba-tiba angin : Sorry, no more practical students at this moment. Thank you. [terus letak phone]
Aku yang sopan : Eh, excuse me miss!!!!!!!! *blurrrrrr

GRRRR!! Aku assume dia baru lepas kene maki dengan bos dia kot! Ada operator syarikat yang baik pon ada jugak. Bila dah mengganas macam ni pulak rupanya. Adeehhh!! Budi Bahasa Budaya Kita taw! Selamba badak je kau letak phone tu. Agaknye dengar je aku sebut student terus potong ayat aku and blah cenggitu jerk! Dengar lah dulu sampai habes. Manelah tahu kot-kot aku nak cakap something yang lain ke?? Bagi surprise duit bonus tahunan ko ke?? Tak pun aku nak bagi kejutan hadiah tempat pertama yang ko join contest Gores dan Menang ke?? Selambe jerk kau kan! Ishhh!!


Aku yang berbahasa : Hello, selamat tengahari. Ni Syarikat ****** Sdn Bhd kan?
Operator yang baik : Yup, betul.
Aku yang berbahasa : Ok, saya Ezmaliza. Student Communication Engineering dari Universiti Malaysia Perlis. Saya nak tanya , syarikat ni masih ambil lagi ke practical students? [BM and BI aku bercampur baur sudah!]
Operator yang baik : Untuk pengetahuan cik, syarikat kami tidak menyediakan praktikal untuk bidang penyiaran ya. Maaf ya...
Aku yang baik start blurrr : Eh, saya bukan MassComm cik. Majoriti bidang saya Electric and Electronics. [sumpah, tak tipu..aku bukan MassComm!]
Operator yang baik : Ouh, Kejuruteraan Perhubungan ya? Ok, sorry ya. I'm missunderstanding. Kalau macam tu, awak submit resume dan surat dari pihak universiti ke alamat emel kami.
Aku yang dah tak blurr : Oh, terima kasih banyak ye cik. Sekarang jugak saya submit emel tu ya.

Memandangkan aku seorang student yang mengamalkan konsep Berbudi Bahasa Budaya Kita. Makanya, aku reject syarikat yang mula-mula tadi tu! Wah, aku pulak yang reject kan?? Hahaha.. :D Ada berlambak lagi syarikat yang aku nak call taw. So, dalam proses nak buat praktikal ni memang kene banyak bersabar. Banyak faktor aku kene amik kira. Lokasi, kesesuaian bidang, kebolehpasaran dalam dunia kerjaya.... and macam-macam lagi lah. Elaun amik kira tak?? Tipu lah kalau korang tak nak amik kira elaun. Sumpah, korang tipu kan? Hehe.. Aku ada jugak nak. Tapi janganlah demand sangat wehhh... Ni baru nak buat praktikal taw. Belum kerja lagi. :))))) Sikit-sikit sudah lah.




Hmm.. Semester ni aku cuma amik 4 subjek ajer. Jadual kelas aku pon tak pack sangat. [makin rajin la aku update blog! :P ] So, kawan-kawan yang belajar kat Uni lain ada sapa-sapa yang amik subjek sama dengan aku tak? Boleh kita sharing and caring sesama kita. Wahhh, nampak cam baek lak aku! Padehal, aku lah paling pemalas. HAHAHA.. :))))


p/s: esok meneruskan usaha mencari tempat praktikal. :(

Azam Baru : Belajar Mengawal Kemarahan dan Stress dengan Bijak!




bila masuk tahun baru Islam, Awal Muharram semuanya nak baru la konon-kononnya. ini belum masuk Tahun Baru yang bulan Januari tuh.. baju nak baru.. suasana nak baru.. pengalaman baru.. azam pon nak baru jugak.. padehal azam yang tahun lepas punye belum capai lagi tuh.. banyak jugak yang belum tertunai.. tapi yang tertunai tu pon ade jugak. contoh cam hasrat dan impian aku untuk memiliki kamera DSLR. Alhamdulillah.. terima kasih Angah!




azam dan impian aku untuk Awal Muharram kali ni adalah untuk belajar mengawal kemarahan dan stress dengan bijak. aku ni jenis orang yang senang sangat nak melenting. tapi cepat cool..!! pastu senang sangat nak mengamuk.. tapi cepat cool..!! dan aku ni selalu sangat stress bila tension atas sebab tertentu. tapi cepat cool..!! haha.. :P mangsa sasaran aku mesti DIA. kesian DIA. buat salah sikit pon dah kene marah.. maafkan saya, awak. :( saya tidak sengaja..



so, bile stress, orang kata pantai atau laut adalah tempat paling syoookkk la kalau nak hilangkan tension. yeke?? angin dan ombak akan membawa pergi segala masalah kita. orang kata la.. bukan aku ye.. jadi, aku pon try la melepakkan diri tepi Pantai Kuala Perlis. nasib baik Perlis ada pantai... KL manede.. huh! eh, betul la.. memang release tension aku di buatnya. segala masalah macam di bawa pergi oleh angin dan ombak laut tu. serious! tak tipuu... nyaman jerrrr.... :)



itu baru satu cara nak hilangkan stress. ada banyak lagi sebenarnya. dalam Al-Quran tapi tak ingat la pulak Surah apa, ada tertulis bahawa mengambil air wudhuk mampu menghilangkan kemarahan. ye la... sifat marah kan sifat syaitooonnn... ish3!! jadi, ambil la wudhuk selalu.. insyaALLAH.. sedikit demi sedikit sifat buruk tu akan hilang. dan last but not least, senyum la selalu!! sebab itu lagi la menghilangkan stress malah membuatkan wajah anda kekal awet muda gituu.. wah, macam iklan promosi krim muka pulak..!! hahaha.. :)))


p/s: tapi kalau orang buat pasal,
takkan nak diam kan??
ini boleh mendatangkan kemarahan! :P

keadaan semakin horror di Perlis! nak taknak aku harus bertindak!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

keadaan di Perlis semakin horror. erti kata lain, makin teruk dan tak terkawal. nak taknak, aku kene bertindak. dua tiga hari ni, hujan tak berhenti-henti sehinggakan Perlis mengalami banjir yang teruk. kalau korang perasan, ramai jugak blogger yang update entry pasal banjir di utara tanah air ni.



hmmm..tension aku pikirkan keadaan ni lah!! :((


aku pulak bukan nak cerita pasal banjir. tapi aku dah nekad untuk balik ke KL sebab sekarang macam-macam masalah berlaku dah ni. bekalan air putus. aku nak mandi, beyak dan terkucil semua macam mana?? paling penting!! aku nak amik air semayang camne??? dengar ura-ura pulak, bekalan elektrik pun akan putus mulai malam ni. adoiiii.... dah tu, exam dah nak dekat. kalau elektrik takde, aku nak study camna??

walaupun hakikatnya, aku ni bukan kaki study, aku pikir jugak lah keadaan aku nanti kan. haha. :D dalam kepala otak aku ni pikir macam-macam benda. tak bawak balik kereta kang, takut di tenggelami dek air banjir. balik guna kereta banyak pakai duit. adeeehhh... sabar EZMALIZA!! balik saja dan study elok-elok kat uma naaa...


jangan main hujan ya kawan-kawan. nanti demam. kesian dokter-dokter pening kepala kat spital tu.. hahaha.. :D


so, aku akan balik KL malam ni atau pagi esok. bye-bye baby blog. bye-bye bloggers!! aku kalau dah sampai rumah terchenta memang tak pandang sikit pon laptop nih. hahahahhaa... :)))) anyway, doakan pemanduan aku semoga selamat segalanya. :) amin.

Assalamulaikum..... :))


~abes semua lampu dalam dewan tu aku kira ~



salam..wah! lame giler tak update blog ni. berhabuk dah.. oke2.. aku nak bersihkan sikit blog ni. kite update sikit eh.. nanti anak cucu tertunggu-tunggu pulak.. :))

hmmm..dah dua paper dah aku jawab.. ade lagi 3 paper. study week aku memang jadi tension week. ape tak nyer.. semua nak kene revise balik. ada jugak dapat sikit-sikit tips dari kawan-kawan. tapi sepanjang dua paper yang lepas, aku kurang berpuas hati sikit. geramnyer..!! kenape la otak aku tak boleh pikir ni.

bukan tak boleh jawab masalahnya, cume aku ambil masa yang lama untuk pikir soalan tu berulang-ulang kali. kan tu dah buang mase aku. bukan calang-calang soalan dia nak tanya. nak-nak pulak kalau aku dapat soalan panjang gile nak mati, tapi yang dia mintak ciput je.. itu je dah boleh buat aku keliru apa yang soalan cube mintak.

hakikatnya aku sedar aku seharusnya fokus dalam kuliah. rajin-rajin buat tutorial. ulangkaji balik apa yang aku belajar dalam kuliah. al-maklumlah...bila dah sampai bilik, katil tu lagi nak panggil aku untuk tidur.. haha.. :))




dalam dewan exam, bila aku tak boleh pikir apa-apa, mula lah aku punya mata menerawang ke tempat lain. nak pandang orang kiri kanan kang takot dikata meniru pulak. aku pon tengok la siling dewan besar gabak tu.. penah jugak la aku kira berapa banyak lampu dengan air-cond yang ade dalam dewan ni.. dalam hati aku, ape la pegi letak air-cond banyak-banyak kat dewan ni. dah sejuk gila dah ni. cube la letak satu dalam bilik aku. tak banyak pon aku mintak.. SATU jer... :P :P :P

ape pon aku berusaha untuk abeskan paper yang ade tinggal lagi tige.. yeay3!! :))) buat kawan-kawanku, aku wish u all gudluck oke. doakan aku dapat jawab dengan tenang dan mudah ye. aku pon sudah tentu doakan kamu semua. ya ALLAH, janganlah Kau putuskan semangatku untuk terus menuntut ilmu di dunia ini ya ALLAH.. cuma itu yang aku harapkan.. biar pun kau memang tak pandai ezma,, andai ada semangat pasti segalanya boleh.. insyaALLAH.. amin...



~hilang tension aku bile tengok dye ni~

hmm..exam makin dekat. aku makin cuak. hasrat hati cam nak study tapi, mini projek banyak lagi belum siap. aku ni kalau selagi belum siap projek, stress sikit nak study. so, bile stress, aku tgk budak kecik ni. rase macam nak geget2 aje. geram. haha.. suke2 aku tepek muke budak kecik ni. kalau la mak dye tau, mara tak agak2??hahahaha... :)) jadi, kawan2.. jum ilangkan tension bersame2 dgn mencuci mate tgk ini budak kecik.. hehehe.. :)


uih.. berbeza kaler kulit aku dgn dye. mak aiii..nak pakai bedak ape lagi ni??


fokus abes kat ini budak tembam...hehehe.. :P


dye baru reti meniarap.. tggu la bile dapat kaki nanti, tak dapek aku nak kejo satu uma.


eh. gelak pulak dye.. nak kene geget tak sophea??


haaa.. senyum macam ni oke. baru la manis. tapi kan sayang, aii lagi suke u gelak terkekeh bile aii geletek u.. hik3.. :P




okeh. puas...!! ape??tak?? alaa.. aku tak leh bubuh banyak2. kang nak loading gambo je dah berjam2..so, jom sambung study. gudluck! :)



~OMG..kenape aku lak??~

salam. mood aku arini adelah xde mood & sakit hati, benci, geram etc.. :(

kenape???ouh tidak. aku xphm dgn manusia yg aku rase terpelajar tapi sbnrnye same aje cm org xpernah blaja. sebelum ape2 yg terjadi lps ni, aku mintak ampun mintak maaf. entry ni bukan nk mengutuk org yg bakal aku sebut. tp sekadar makluman & pengajaran kpd sape2 yg bace terutama cikgu2..or bakal2 cikgu.. :)

sorry to say that.. ptg td aku ke kelas 'KEMAHIRAN KEJURETERAAN'. setelah beberape mggu aku mendapat cuti sementara, aku pon macam igt2 lupe hendak ke kelas ni. arini turn aku utk buat lab 'machine lathe'. aku semangat smpi awal sbb aku xnk kene tggl ape2 maklumat yg bakal aku terima. plus, aku naik bas kan.. kompom la kene dtg awal. bile waktu bengkel start, aku masuk dalam bilik khas. SUDDEENLY!!!!!

jureteknik: ehh..!!kejap2..!! ni awak nak ke mane nih??
aku: saye?? saye nak masuk bengkel ni la.. (jawab dgn penuh sopan lagi lembut smbil senyum)
juruteknik: kelas ape yg awak nak masuk nih??!! (tanye dgn penuh berlagak)
aku: bengkel machine lathe la encik.. (jwb lagi dgn penuh sopan & bertambah pelik)
juruteknik: apesal awak pkai kasut jenis macam ni?? xpenah pegi lab ke??!!! xpenah dtg briefing ke?? awak ni dah bape lame masuk bengkel??? (tanye bertubi2 smpi aku rase hairan & pelik)
aku: eh?xboleh eh encik? (sekali lagi aku jwb dgn lebih sopan daripade sebentar tadi)
juruteknik: eh..boleh..boleh..BOLEH BLAH..!!
aku: ??? (terkedu & trus terkedu.. xtaw nk kata ape)


YA ALLAH!!! ape salah aku smpi aku ditengking & dimalukan sedemikian rupe depan kawan2 aku yang lain. aku terus kluar dari lab tu then bgtau kawan2 yg lain bahawa kasut yg bertutup tapi masih nmpk kaki xleyh pakai dalam lab ni. aku hairan.. kasut aku bertutup aje.. tapi kenape dye tengking2 aku cmtu?? last2 juruteknik tuh pggil masuk sume org. then dye spotcheck satu2. ofkoz la aku kne berdiri kt depan. ade lagi yg kene.. aku, ILI, KAK ERNA & KAK EDA... sekali lagi aku di malukan.

juruteknik: awak ni semua xpenah dtg briefing ke?? dah bape kali sy ckp??
kami : (buat dono n mls nk dgr dye bebel)
juruteknik: skrg sy nak awak sume pegi balik tuka kasut!!! pegi pinjam moto sape2 balik..!! kang dah pegi jangan xkembali pulak!! (penuh sindir!)

aku pon pegi la merayu pade sape2 nak bg pinjam moto ke.. keta ke.. sebab aku nak balik uma.. nak tukar kasut.. last2 aku mintak tolong kawan aku.. RAHIMI.. aku pinjam keta dye.. aku tahu dye berat hati nak bagi.. sebab dye xpenah bagi sape2 pinjam pon keta dye tuh.. lagi pulak keta baru kan.. tapi di sini aku hargai kau sgt RAHIMI.. sebab sudi pinjamkan keta kau wpon berat hati kau.. aku nak berterima kasih sgt2 pade kau..TERIMA KASIH KAWAN..!! :)

aku dapat je kunci keta, aku kua dari bilik tu dgn macam2 rase. nak nangis ade.. nak marah pon ade.. nak maki balik dye pon ade.. adui.. aku tahu aku ni student.. tapi xpayah la maki hamun aku smpi cmtu sekali..!! aku pon ade hati n perasaan la.. upe2 nye juruteknik tu ikot aku dari belakang.

juruteknik: sy mintak maaf la pasal td. sy tak bermaksud yer tadi.
aku: ouh.xpela encik. (sambil berlalu sbb aku sakit hati gile babeng)

sepanjang jalan menuju ke kolej kediaman tuh aku menangis. ILI, KAK ERNA & KAK EDA puas pujuk tapi aku mmg xpuas hati. ape salah aku sampai aku di maki hamun cmtu sekali?? kenape?? kenape msti aku dimalukan depan kawan2 aku yg lain?? smpi kt uma masg2 amik kasut aku patah balik gi lab tuh.. amik mase 10 minit aje kot.

spanjang aku wat lab tu, aku ase nak nangis lagi. tapi kali ni aku hairan. dye buat baik gile dgn aku n kawan2 aku yg konon2 xpkai kasut tuh. dye ckp lembut aje dgn aku. siap tnye byk2 kali samade aku fhm ke x ape yg aku wat nih. aku pulak penat nak jwb "yer, saye fhm encik!". paling xley blah nyer lagi, mase abes je wat bengkel ni, byk habuk2 besi bersepah2 atas lantai. so kene la sapu kan sbb tempat tu kene bersihkan balik kalo diikot dalam peraturan makmal. tapi.....!!! penyapu & berus2 tu bukan aku yer yang amik. tapi juruteknik tu yg amikkan. hahh?? kenapekah?? dalam hati aku berkata agaknyer dye nak COVER balik la ape yg dye da maki hamun aku td. wah!! dye igt senang2 je aku nak lupe ape yang dye maki aku tadi???

aku bukan la nak burukkan name UNIMAP.. tapi aku cume nak bgtau satu aje. BUDI BAHASA BUDAYA KITA. kenape kamu begitu 'berbudi' wahai juruteknik?? saye ni hanye nak menuntut ilmu daripade kau. tapi kamu buat saye macam org yg xde maruah & perasaan. penat air mata aku nak mengalir lame2 sampai aku nak jwb test ANALOGUE malam tadi pon xsenang.

kalo nak cite sal soal ni mmg xkan habis smpi bile pon. tapi aku cume nak pesan pade sape2. xkesa la korg ni pengajar or x. student seperti aku ni masg2 ade hati & perasaan. jgn la ikot sedap mulut aje nak maki hamun anak org. aku mmg xmengadu pade mak ayah aku. takot nnti dorg dtg perlis gi serang lak juruteknik nih..!! haha.. :)) penah taw ayah aku serang cikgu sekolah aku dulu.. tapi aku mls maw cter. so, aku sedang bad mood and sedang pulih dari hati yang luke. aku tau aku salah sbb lupe nk pkai kasut lain. tapi wahai encik juruteknik, saye ni ade hati & perasaan yer encik. camne kalo ade org wat cmtu kt anak dye pulak??????? sile la jawab..!!