~you are my bestest buddies~

Showing posts with label sabar. Show all posts
Showing posts with label sabar. Show all posts

Jangan di hina salesman itu. Mereka juga ada hati dan perasaan.

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Beberapa hari lepas aku tolong Mak bayarkan bil eletrik kat Post Office Tesco Ampang. Mak bagi duit laaa. Aku cuma tolong bayarkan aje. So,lepas parking kereta kat port redup-redup sikit, aku terus masuk dalam Tesco yang sejuk berair-cond. Perghh!! Hilang sikit peluh kat ketiak!

"Kaka manniiisss, rasa satu ini maruku mannisss macam kaka jugaaa,"seorang pakcik warga Singh maybe menerpa aku tiba-tiba.

"Dik, kat rumah ada tak penapis air macam ni dik? Produk ni bagus dik. Airnya di tapis... Bla bla bla......," seorang abang macho datang nak bagi flyers.

"Kak, ada anak kat rumah? Adik-adik kecil ke? Ada tak? Buku pendidikan ni bagus taw kak untuk perkembangan minda anak-anak bla bla bla,"sorang kakak berusia 30-an pulak datang menerpa.

Mereka yang datang menerpa aku lemparkan dengan senyuman yang paaaalllinnnggg manis yang aku mampu ukirkan kerana aku mengejar masa. Takut Post Office tutup pulak. Dah lewat petang nih. Walaupun dalam hati aku ada tertanya-tanya bila masa aku ada anak kecik kat rumah bila kakak tadi datang menerpa. Hmmm..... [sigh]

pernah jumpa salesman/salesgirl di mana-mana shopping complex or pasaraya? Atau pernah menjadi salesman/salesgirl di shopping complex?

Hari yang sama aku pergi bayar bil tu, ada seorang perempuan kelihatan penuh berilmu di dada dan pakaian yang agak bekerjaya besar dan wajahnya kelihatan seperti manusia bergaji besar melintasi aku di hadapan sambil membuang risalah yang di renyuk-renyukkan atas lantai. Agak kurang ajar la perempuan ni. Buang sampah di tempat yang tak sepatutnya. Bila aku pusing belakang, aku tengok ada seorang abang macho berkemeja putih tadi hanya ni hanya memandang kosong dan wajahnya hampa.

Cuba kita letak diri kita di tempat abang salesman tadi, mesti hati kau sakit gila dan kecewa melihat perbuatan manusia perpendidikan berperangai seperti tu. Meh sini aku nak ajar cara terbaik untuk menerima atau menolak pelawaan salesman/salesgirl ni:

  • Kalau mereka mengedarkan risalah/pamplet/flyers, ambil sahaja dan pandanglah sekilas walaupun hakikatnya anda tidak berminat. Don't forget to smile and say thank you.
  • Janganlah buang serta-merta kertas yang anda dapat tu depan mereka. Kecik hati mereka tawww. Kalau tak berminat sekalipun, simpanlah dalam beg dulu. Kat rumah nanti buang lah kalau nak buang. Jika inginkan penjimatan, boleh buat pembungkus nasi lemak.
  • Jika anda dalam keadaan tergesa-gesa mengejar masa, tolak secara baik permintaan mereka dengan cara ukirkanlah senyuman and say thank you.
  • Don't you ever do this. Mengoyakkan pamplet dan buang di hadapan mereka. Ini sangat rude ok! Jangan tunjukkan kebodohan anda yang memang sedia bodoh itu.
Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Aku pernah jadi sekreteriat fotografi UniMAP di Festival Konvokesyen suatu ketika dahulu. Aku di kehendaki mempromot set-set fotografi di satu studio kepada bakal-bakal graduan yang sedang mendaftar. Kerjanya sama saja seperti salesman. Menebalkan muka untuk pergi ke arah mereka dan mempromot. Memang bukan semua orang ada masa dan minat untuk mendengar. So, bila dah penat melayan kerenah mereka yang pelik-pelik, aku dan kawan merancang hendak pergi ke arah kakak yang cun dan abang yang handsome aje. Aku yakin pemikiran aku pasti sama macam mana-mana salesman di dunia ni.


takkan nak pergi ke arah salesman/salesgirl yang handsome, cun dan seksi baru kita
nak terhegeh-hegeh beli produk mereka? that's pervert!


Bila nampak cantik, handsome dan segak je, aku dan kawan berlari menerpa mereka untuk meminta tumpuan. So, kenapa tidak kamu menghargai salesman jika mereka pon berfikiran sama seperti aku? Tapi kalau muka sahaja cantik, perangai macam hantu, aku menyumpah cukup-cukup orang macam ni. Aku sikit pon tak berkecil hati kalau mereka yang menolak tawaran aku sambil senyum itu. Malah, aku rasa released! Jadi, belajarlah untuk menghargai mereka ya. Kadang-kadang mereka yang salesman ni mempunyai taraf hidup yang lebih tinggi dari kita manusia biasa. As usual la, buat part time job. Saja isi masa lapangggg.......





p/s: menulis berdasarkan pengalaman.
bukan main suka mereka cerita.
belajar untuk senyum dan say thank u.



Pengalaman menarik bekerja part time cuti semester! Part1-Cashier Tesco

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Dulu masa lepas SPM, sementara tunggu result UPU, aku pernah bekerja sebagai cashier paling berdedikasi di Tesco Ampang. Dalam 5 minit je jarak dari rumah. Masa tu pulak memang Tesco tengah cari pekerja untuk jualan Chinese New Year. Kerja aku sebagai cashier adalah meng'scan' barang, ambil duit dari customer dan return balance kalau ada. Paling hebat kalau customer bayar guna credit card. Aku swipe je credit card then customer sign dan blah!


Innocent je muka aku masa kecik-kecik. Masa ni apa aku kesah amik gambo dalam toilet!

Ragam customer ni ada macam-macam tahu. Lebih dari 4 bulan aku bekerja di Tesco Ampang tu, so ada beribu-ribu customer yang ada macam-macam kerenah aku dah jumpa. Paling yang aku ingat sangat-sangat dengan satu keluarga customer ni. Ada parents, seorang anak perempuan yang agak kerek berusia dalam 20-an dan anak lelaki yang agak hensem tapi pemalas. Beli barang dapur banyak gile. Berpuluh-puluh tin susu macam nak bukak kedai runcit dekat rumah. Tomato berkilo-kilo sampai habis jugak la stok tomato kat Tesco tu. Dalam hati, "Bapak banyak gile customer ni beli barang dapur. Tiga troli? Nak buat kenduri ke apa? Tukang packer dah la takde." Sebelum scan barang-barang tu, aku bukakkan lah plastik untuk mereka kot-kot la kalau ada sudi nak tolong packing sementara aku scan barang-barang tu. So, si Bapak ni pon bagitahu kat anak perempuan dia tolong aku packing. Korang tahu apa minah ni jawab, "Eeiii, plissss laaa Daddy. Tu kerja dia, biarkan dia buat sorang. Patah kuku Siti (bukan nama sebenar, aku tibai je ni) taw!" Amboiiii, celuparnya mulut minah nie. Ada jugak aku picit-picit tomoto ni kang!



Antara kes lain yang aku ingat, kes kecurian. Korang jangan tak tahu udang galah pon ada orang curik. Korang mesti pernah pergi Tesco kan? Alaa, kat Giant ke pon same je konsep dia. Customer ni ambil 1kg udang sederhana yang murah tu. Then bila timbang harga dia contohlah RM5. Then customer ni buang balik udang sederhana yang murah tu dia pergi ambil berkilo-kilo udang galah yang sedap bile di makan tu dengan menggunakan plastik yang sama yang dah bertepek harga RM5 tu. Then, dia letak berlapis-lapis plastik la kononnya air udang tak bocor. Lepas tu, ambik barang-barang lain yang murah untuk cover agaknya. Yang paling bangangnya tu, dia pergi bayar kat kaunter aku. Yang aku ni agaknya dah semangat nak balik rumah agaknya mata tak perasan langsung. Yelaaa, kerja aku ni scan barang je. Ada pulak masa aku nak bukak satu-satu plastik customer yang bertroli-troli untuk ingat harga satu-satu.


Lepas je dia bayar kat kaunter aku, ada guard tahan aku sebab dia kata aku sengaja lepaskan customer tu. Rupa-rupanya kat pintu keluar Tesco tu, customer tu kene tahan sebab tukar udang galah tu. Bila buat body-check kat poket seluar orang ada air botol Yogurt Marigold. Kat poket belah kanan ada cili benggala. Hey, what the fishball kau pergi curik cili benggala ni? Bongok gila. Dah tu pulak, aku di persalahkan sebab main scan je. Yess, I admit my mistake tapi aku bengang gile kenapa tak tahan mamat ni dari dalam Tesco lagi kalau dah nampak dari CCTV kan? Siottttt gile! Dah nak sampai kereta baru pergi tangkap! Please la don't drag me in that situation! GRRR!! Tapiiii, tu la kes paling aku ingat sampai hari ini. Bodoh jugak mamat ni. Lain kali pergi la curik udang galah kat Kedai Runcit Mak Esah keeee.........



Sejak dari tu, pengalaman banyak ajar aku berhati-hati. Selain tu, aku kene belajar banyak kesabaran. Yang kelakar sepanjang aku ingat la, aku pernah picit-picit roti customer tahu. Ini memang kantoi habis la... Aku tak pernah la cerita kat blog. Ada satu makcik ni. Dia beli roti buku banyak jugak la. Sambil-sambil aku tengah scan barang-barang lain, makcik ni membebel la kat aku. Dia kata roti-roti ni makcik nak buat sandwich untuk jual. Aku ni sebagai cashier yang berdedikasi cuba la nak jadi pendengar setia yang baik. Tatkala tangan aku capai je roti tu, makcik tu menjerit. " EHHHH, jangan pegang roti tu. Tangan awak dah la kotor. Roti ni nak jual tahu? Biar makcik yang scan!!" Makcik ni gila ke apa? Mane boleh dia masuk dalam kaunter ni. Roti tu siap berplastik lagi kot. Kalau betul la tangan aku kotor sebab pegang ikan ke, takkan la boleh meresap masuk melalui celah-celah zarah plastik tu pulak kan? Disebabkan aku geram kerana dia jerit kuat-kuat sampai customer dari counter sebelah pon boleh pandang aku, aku nekad untuk balas dendam. Masa aku masukkan roti tu dalam plastik beg, aku picit sikit sebuku roti tu. Kahkahkah! Aku rasa jahat gila aku masa tu. Makcik tu kerek sangat!


Macam-macam hal lagi la kerenah manusia ni kalau nak diikutkan. Nak cerita bukan setakat cecah lantai. Tapi sampai kerak bumi pon tak habis lagi cerita aku. Bila di kenangkan berdosa pulak aku buat macam tu. Gaji aku dapat, tapi....... Hmm... Entahlah. Eh, tapi kan. Aku pernah dapat HADIAH MYSTERY SHOPPER taw. Maknanya aku dah bagi good service kat pelanggan misteri yang menyamar untuk menilai pekerja di Tesco ni. HAHAHA.. [gelak bangga] Well, untuk kawan-kawan yang pernah buat kerja sambilan ni mesti banyak pengalaman kan? Apa pengalaman korang pulak? Ceritalahhhh....



p/s : adik-adik yang cuti semester tu boleh la carik
duit poket dari asek membesarkan perut dok umah saje.

p/s/s : next entry nanti aku cerita pasal pengalaman aku bekerja
sebagai salesgirl kat SOGO pulak. lagi kurang ajar punya part 2.

Azam Baru : Belajar Mengawal Kemarahan dan Stress dengan Bijak!




bila masuk tahun baru Islam, Awal Muharram semuanya nak baru la konon-kononnya. ini belum masuk Tahun Baru yang bulan Januari tuh.. baju nak baru.. suasana nak baru.. pengalaman baru.. azam pon nak baru jugak.. padehal azam yang tahun lepas punye belum capai lagi tuh.. banyak jugak yang belum tertunai.. tapi yang tertunai tu pon ade jugak. contoh cam hasrat dan impian aku untuk memiliki kamera DSLR. Alhamdulillah.. terima kasih Angah!




azam dan impian aku untuk Awal Muharram kali ni adalah untuk belajar mengawal kemarahan dan stress dengan bijak. aku ni jenis orang yang senang sangat nak melenting. tapi cepat cool..!! pastu senang sangat nak mengamuk.. tapi cepat cool..!! dan aku ni selalu sangat stress bila tension atas sebab tertentu. tapi cepat cool..!! haha.. :P mangsa sasaran aku mesti DIA. kesian DIA. buat salah sikit pon dah kene marah.. maafkan saya, awak. :( saya tidak sengaja..



so, bile stress, orang kata pantai atau laut adalah tempat paling syoookkk la kalau nak hilangkan tension. yeke?? angin dan ombak akan membawa pergi segala masalah kita. orang kata la.. bukan aku ye.. jadi, aku pon try la melepakkan diri tepi Pantai Kuala Perlis. nasib baik Perlis ada pantai... KL manede.. huh! eh, betul la.. memang release tension aku di buatnya. segala masalah macam di bawa pergi oleh angin dan ombak laut tu. serious! tak tipuu... nyaman jerrrr.... :)



itu baru satu cara nak hilangkan stress. ada banyak lagi sebenarnya. dalam Al-Quran tapi tak ingat la pulak Surah apa, ada tertulis bahawa mengambil air wudhuk mampu menghilangkan kemarahan. ye la... sifat marah kan sifat syaitooonnn... ish3!! jadi, ambil la wudhuk selalu.. insyaALLAH.. sedikit demi sedikit sifat buruk tu akan hilang. dan last but not least, senyum la selalu!! sebab itu lagi la menghilangkan stress malah membuatkan wajah anda kekal awet muda gituu.. wah, macam iklan promosi krim muka pulak..!! hahaha.. :)))


p/s: tapi kalau orang buat pasal,
takkan nak diam kan??
ini boleh mendatangkan kemarahan! :P

~kalau ko kene kutuk, buat camni aje~


hye everyone. how are you today? I am fine. tQ. haha. :D basic english mase aku kat sekolah rendah dulu2. huhu. :P

aritu aku ade blogwalking ke blog2 orang lain. aku terjumpe la satu entry bout kutuk mengutuk dalam blog ni. mungkin fahaman u all kutuk mengutuk di sini adalah blogger mengutuk someone dalam blog dye sendiri. tu lantak la. blog dye, dye punye suke. yang aku maksudkan kat sini adelah mengutuk dalam ruangan komen atau chatbox.

ko di 'banned' selame2nya.


alaa.. bukan aku tak pernah kene. selalu je. tapi orang2 camni bengong. dye tak tau ke kite boleh banned IP address mangkuk ni! yang dye duk ngutuk ni, dye kata la macam2. pengecut la, gedik la, poyo la, macam2 lagi la bahasa yang secantik manis tu kuar dari mulut dye. yang aku herannye tu, kalo la ko kata blogger cam kawan aku tu pengecut, ko tu lagi pengecut kot. sebab ko cume bajet berani tulis kat chatbox aje. link pon ko tak tinggalkan. kalo ade pon, link tah hape2 ntah yang ko tinggalkan.

wahai kawan2 blogger aku yang penah kene kutuk camni, meh sini. aku ade satu informasi yang mungkin u all dah tau. tapi aku cume nak ingatkan balik je. orang yang mengutuk kite ni sebenarnye dye dengki dengan ko. dye jeles abes la atas macam2 sebab. first thing dah tentu la dye jeles sebab ape yang ALLAH berikan pada ko selama ni dye tak pernah dapat. ko nak aku kasik satu contoh tak? contohnye camni, orang yang ngutuk ko tu ntah gemok gedempol then dye jeles dgn ko sebab ko kurus slim melim cam model gitu. pastu, dye makin la jeles bile tgk kulit ko yang halus mulus tak sama cam kulit si pengutuk tegar ni berjerawat batu abes. sampai takde ruang dah kat muke dye nak tumbuh jerawat. haa.. ni dah macam aku la pulak mengutuk orang kan. cop2.. tak okeh! aku dah mentioned awal2 tadi, ini hanyelah contoh.

tak pon kan, aku ley bg contoh lain pulak. dye jeles la dengan ko sebab ko cantik tertarik ko memang da bomb! sume kumpulan manusia yang berlainan jantina dengan ko suke pandang ko sedangkan kumpulan manusia tu takde selera pulak nak pandang si pengutuk ni. so, ko dun worry la ye kawan2 blogger. relax je. betol weh ape aku cakap ni. paling tidak pon mesti u all akan setuju sikit dengan info aku ni, walopon ade yang sikit2 tak betol ke. mesti ade sikit punye la. ye tak?? :)

haa.. ni satu lg informasi bergune utk u all yang penah kene kutuk cam aku ni gak. si pengutuk tegar ni suka bukak blog ko kan? kalo tak suka blog apesal aku namekan dye pengutuk tegar? haa.. that means dye memang suke la bkk blog ko tu. ko tau sebab ape? sebab dye nak tau la lebih lanjut kisah hidup ko arini. dye suke amik tau sal ko buat ape, ko bangun kul bape, ko makan ape arini, bape kali ko terberak dalam satu hari, dengan mamat/minah mane pulak ko bercintan cintun. haa.. ko tak rase ko macam artis fofuler gitu. ko lum lagi jadi artis, dah kene kutuk2 cam artis sekarang ni. femes youuu... gempak! so, u all ptot rase bangga la sebab si pengutuk tegar ni suka la nak amik tau hal seharian u all. so, chill bebeh. relax n dun worry.

ni bukan artis kot.tp kene interview cam artis hot gitu.tak ke bangge sume org nak amik tau hal ko.besh ape.


so, just wat dunno je la dengan manusia camni. JEALOUS adelah kunci utama kenape wujudnya pengutuk dalam dunia blogger ni. jadi, seharusnya u all bangga oke. walopon u all takde ape2 aset utk dibanggakan, u all cume perlu bangga sebab blog u all ade pengunjung setia yang suke sangat amik tau hal u all. sooo, lepak je keyh. cool.. doa je banyak2 supaye pengutuk u all tu sihat walafiat and di panjangkan umur. kang kalo sakit, blog u all lak takde pengunjung setia camtu. hahahaa... :D that's all.



p/s: entry ni juge adelah informasi bergune utk aku juge rupenya.