~you are my bestest buddies~

dah agak dah! balik rumah confirm takkan study!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Aku dah agak dah! kalau aku balik KL, sudah semestinya buku takkan di buka. haha. :D pasaipa?? opss..loghat utara keluar sudah.. :PP hmm..dah balik rumah terchenta, peratusan untuk aku membuka buku sangat la tipis. tu baru bukak buku yer. apetah lagi peratusan untuk aku tatap dan study buku-buku tu lagi lah takde!


so, daripada duduk rumah, jom kita pergi jalan-jalan. hahaha.. :D pergi mana?? tengok wayang?? main bowling?? adehh... bukan!! bukan!! kali ni aku buat lain dari yang lain. join Pembukaan Rasmi Petronas dan McDonalds di Petronas MRR2. alaaaaa.... yang baru bukak tu.... tak tahu ker?? sape penah pergi?? huhuhu.... :))



Photobucket


dulu masa aku kecik-kecik, aku memang di besarkan dalam dunia family McD! happy meals!! toys!! Ronalds!! semuanya lah! ingat lagi tak watak-watak dalam family McDonalds?? macam kat bawah ni haaa.... ade Ronalds, Birdie, Grimace, Hamburgler dan yang kecik-kecik warna warni tu lupe pulak nama dia. adoiii...



Photobucket


so, aku membesar dalam dunia McDonalds. sebab apa?? haha.. kakak aku boss McD oke. sedikit sebanyak tempias dia kene sikit la kat aku dan adik aku. masa kecik-kecik asyik nak berebut mainan jer. last-last kakak aku kene bagi 2 set supaya aku dan adik tak berebut. hahaha... :D



Photobucket


encik Ronalds ni watak utama McD la. bukan patung maskot yang ade baju sendiri tu. tapi cat je muka dia dengan warna putih. letak gincu besar sekeliling bibir. senyum lebar-lebar macam aku suke senyum!! haha... aku rasa sape-sape pon boleh jadi kot. kaya kot jadi Ronalds ni. satu event jer, gaji dia cecah beribu-ribu. hahaha... :D macam best jer?? :P


Photobucket


so, last pic aku dan encik Ronalds! dia ni aku rasa sama tinggi je dengan aku. dia pendek ke atau aku yang tinggi??? hahahha... :D entah! tapi aku rindu kenangan aku kecik-kecik dulu main kat rumah Ronalds at McDonalds! :))))




p/s: so, betul tak aku cakap? bila dah balik rumah,
mesti aku tak bukak buku punyer!
hmm.. nak taknak, aku bukak la sekejap Control System ni.
sedap sikit hati aku malam ni. :)

keadaan semakin horror di Perlis! nak taknak aku harus bertindak!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

keadaan di Perlis semakin horror. erti kata lain, makin teruk dan tak terkawal. nak taknak, aku kene bertindak. dua tiga hari ni, hujan tak berhenti-henti sehinggakan Perlis mengalami banjir yang teruk. kalau korang perasan, ramai jugak blogger yang update entry pasal banjir di utara tanah air ni.



hmmm..tension aku pikirkan keadaan ni lah!! :((


aku pulak bukan nak cerita pasal banjir. tapi aku dah nekad untuk balik ke KL sebab sekarang macam-macam masalah berlaku dah ni. bekalan air putus. aku nak mandi, beyak dan terkucil semua macam mana?? paling penting!! aku nak amik air semayang camne??? dengar ura-ura pulak, bekalan elektrik pun akan putus mulai malam ni. adoiiii.... dah tu, exam dah nak dekat. kalau elektrik takde, aku nak study camna??

walaupun hakikatnya, aku ni bukan kaki study, aku pikir jugak lah keadaan aku nanti kan. haha. :D dalam kepala otak aku ni pikir macam-macam benda. tak bawak balik kereta kang, takut di tenggelami dek air banjir. balik guna kereta banyak pakai duit. adeeehhh... sabar EZMALIZA!! balik saja dan study elok-elok kat uma naaa...


jangan main hujan ya kawan-kawan. nanti demam. kesian dokter-dokter pening kepala kat spital tu.. hahaha.. :D


so, aku akan balik KL malam ni atau pagi esok. bye-bye baby blog. bye-bye bloggers!! aku kalau dah sampai rumah terchenta memang tak pandang sikit pon laptop nih. hahahahhaa... :)))) anyway, doakan pemanduan aku semoga selamat segalanya. :) amin.

Assalamulaikum..... :))


tak cantik ke perempuan berbaju kurung bila hangout??

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Ini adalah entry bergambar. kenapa?? sebab aku malas nak taip panjang-panjang. haha.. :D Sabtu lepas, UniMAP ada buat satu program untuk students 3rd year yang bakal menjalani Latihan Industri. so, kitorang di wajibkan memakai baju kurung. BAJU KURUNG oke!! pelik ke?? biasalah... ada mulut-mulut yang longkang busuk masa kitorang hangout lepas abis program mengutuk dari tepi , depan belakang kata kitorang agak skema bila berbaju kurung ke shopping mall. elleh.. jeles kitorang cantik cakap jer la. haha.. :D


ini aku. eh, dah tentu la aku. berkurung biru. teruk sangat ke? siap boleh main tangkap gambar lagi masa nak beli waffers taw. sedap woo..!! :) nampak skema ke aku? tak kan??



ini aku dan bestfriend aku, Ili. :) aku gila biru. dia gila pink. oke jugak kan? teruk sangat ke? dia pon lawa jer aku tengok. apa yang skema sangat?? :)) kawan aku ni single ye. sapa-sapa nak ngorat, sile mintak izin aku. kah3!! :D



mereka pula kawan-kawan aku yang gila-gila sporting. kitorang mampu jer nak berkaraoke dengan berbaju kurung. skema ker?? tak cantik ke mereka?? lawa oke!! comel lotey taw.. dalam ni aku rasa macam aku over giler!! aku gile microphone oke. aku dulik hapa ade suara ke tak. belasah jer la!! :))



ini sekali lagi kawan aku ye. sesi tayangan gigi bermula. turun eskalator kat shopping mall tu, ade segerombolan perempuan dari arah bertentangan dok pandang-pandang kitorang. ingat aku tak dengar la tu apa dorang kata. "eeeeiiii, skemanyer!!," sambil menjuihkan mulut dan blah cenggitu jer! aik! agak kurang ajar di situ! ces!



haa.. yang ini juga blogger! dia memang suka buat mimik muka. sebab itu dia penah memenangi contest mimik muka apa entah. tapi dia memang juara la! :) cepat-cepat!! sapa dapat teka siapakah dia??? :)))) tengok jugak dia. skemakah dia?? lawa jugak aku tengok. haaa... ape lagi. sila ngorat beliau juga. :))))



last! sebagai penutup, berbaju kurung bukan penghalang segala-galanya. malah, lebih cantik dan sopan. maaaaaaallaaaahhhhhhh.... lebih cun dari mereka yang berpakaian ketat dan seksi lagi seksa kat luar sana. ooo... pandai lah korang eh. pompuan yang terdedah sana sini dok puji melambung tinggi. bila mereka yang berbaju kurung camni, kau mengata ya?? aku gunting lidah kau nanti. hahahahaha... :D



p/s : eh, tadi kata malas nak taip panjang-panjang??
arrhh,, dulik apa aku. haha.. :D