~you are my bestest buddies~

Ini Bukan Rumah Tok Su Saya, Tetapi Rumah Tok Su Alor Star, Kedah.

Assalamualaikum and Hello Readers :)



Cerita lama yang tak sempat untuk aku abadikan dalam blog kesayanganku. Ouh, betapa pemalasnya aku yang langsung tidak bertanggungjawab terhadap blog sendiri. Anyway, it's better than nothing right? Hey hoo!! Let's go! :)



Shoot kali ni kami adakan di Rumah Tok Su Alor Star Kedah. What a lovely house. Rumah Tok Su ini terletak di bandar Alor Star. Tidak terlalu bandar, tetapi pinggir bandar pon boleh lah. terdapat beberapa buah rumah tradisional masyarakat Melayu yang di pamerkan khas untuk sesi photoshoot atau pergambaran filem. Memang klasik gila gua cakap sama lu! Kalau pergi ke sana, memang kene pandai cari ruang dan peluang sebab ramai sungguh orang-orang yang berkahwin, bertunang dan macam-macam lagi yang mengadakan shooting di sana.



Tema kali ni adalah "Kebaya Nyonya". Haih, dengan keadaan aku yang menuntut ilmu nun jauh di utara, jauh pulak dari tempat tinggal, memang susah nak cari baju kebaya nyonya ni. Kalau ada pun, takkan lah aku nak bawa ke UniMAP? Bukannya sesuai nak di pakai ke kuliah! Anyway, thanks to my future sister in law, Susie Nancy for this baju kebaya. Much appreciated and too many peeps ask me where I bought it! Hahaha.. :D I don't know how to answer.



Objektif kali ini adalah lebih kepada mempelajari teknik fotografi. Gambar di atas adalah hasil percubaan yang entah ke berapa kali untuk melakukan teknik strobe. Teknik strobe ini memerlukan dua atau lebih speedlite agar effect pada gambar lebih menarik. Silap angle, memang tidak menjadi. Memang perlu ada tahap kesabaran yang tinggi jugak lah! :P



Oh ye, aku lupa nak cerita. Kalau entry dulu-dulu, aku pernah beritahu yang aku memang nak sangat-sangat cari payung kubur. Ada yang bagi idea suruh ambil saja di tanah perkuburan lah. Kau gila??!! Buatnya ada yang mengikut. Urghh! Apa punya tahyul la kau ni Ezma! Hahaha.. :D Punyalah lama aku mencari payung kubur ni. Aku puas fikir, kat mana ada jual payung ni. Dalam kepala aku cuma fikir, mungkin kat kedai peralatan menguruskan jenazah mungkin ada jual. Tapi kat mana pulak kedai tu di negeri Perlis ni? Puas meronda satu Kuala Perlis, aku singgah di kedai membuat batu nisan Kuala Perlis.


Aku : Assalamualaikum pakcik.
Pakcik Batu Nisan : Waalaikumussalam. Ye dik. Siapa meninggal ni?
Aku : (Tersengih lalu jawab) Eh, takde siapa pon yang meninggal pakcik. Saya cuma nak tanya kat sini ada jual ke alat-alat menguruskan jenazah? Macam kain kafan ke??
Pakcik Batu Nisan : Eh, sini buat batu nisan je dik oii. Manada jual benda-benda macam tu. Kalau ada pun, kat pekan Kuala tu mungkin ada. Siapa meninggal ni dik? (sekali lagi pakcik tu tanya. curiga barangkali)
Aku : Oh tak pakcik. Sebenarnya saya cari payung kubur. Pakcik pernah tak tengok drama-drama Melayu kat TV? Kalau ada sesiapa yang meninggal, nanti dia letak payung atas kubur. Haaa.. payung tu lah saya cari sebenarnya. Pakcik tahu tak kat mana ada jual?
Pakcik Batu Nisan : Payung tu di buat dari apa? Batu ke? Kalau batu boleh lah pakcik buatkan.


What? Batu?? Apalah pakcik nih! Takkan lah diperbuat dari batu. Perli aku ke ape? Aku terus berlalu menuju ke pekan Kuala Perlis. Entah kenapa, aku berhenti di depan kedai Cina yang jual peralatan sembahyang Cina. Kot-kot lah ada!



Aku : Hello Tokey. I nak tanya, sini ada jual payung tak?
Taukeh Cina : Payung apa lu cari? Ada macam-macam payung maa...
Aku : Err.. You ada jual payung lama tak? Payung yang orang selalu letak atas kubur tu?
Taukeh Cina : Ohhhh... ada!! ada!! ada!!!! Tinggal satu! Lu tunggu kejap haaa... Ada dekat belakang.

My God! Masa taukeh tu pergi amik payung yang dikatakan tu, aku dah meloncat gembira dah. Harap-harap betullah payung yang dimaksudkan. Dalam hati, dup dapp dupp dappp!!!

Taukeh Cina : Ini betul haa?? (sambil tunjuk payung)
Aku : Haaaaaaa!!!!! Betollllllll!!!!!! Lama I cari payung ni tokey! Macam mana boleh you jual payung ni dekat kedai you haaa?? Belapa linggit??

Aiyaaa!! Lagi mahu tanya kenapa dia jual payung tu, dah dapat tu lagi banyak tanya kan? Dan-dan terus aku tukar dialog ke dialek Cina pulak. Hahaha :D Aku target harga payung tu RM10 je dan taukeh tu jual dengan harga RM8. Bila aku balik hostel, ternyata berhabuk gila payung ni. Nampak sangat takda siapa nak beli. Oh payung, kali ni aku memilikimu. Lama sudah ku tunggu tahu?



Bergaya sakan lah aku dengan payung Cina tuh. Memang payung yang aku idam-idamkan :) Payung itu diperbuat dari kertas dan kayu. Jadi, payung ini bukanlah untuk melindungi diri dari hujan. So, tak boleh ganas-ganas! Kene lembut-lembut aja pegang payung ni.



Alright, lastly.. Thank you so much to the photographers Lutfi Arshad dan adik Amirul Amer. Semoga apa yang dipelajari pada hari tersebut membuahkan hasil untuk kalian pada masa depan. Thank you again to my official MUA, Ili Dalila Jarni for the awesome make up. You make me like a baby-doll. Hahahaha :D





p/s : world of photography is my passion.
p/s/s : hargailah hasil peninggalan tradisi Melayu kita!

Murah, Cantik, Menawan : Produk manakah yang terbaik?

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Pernah tak jumpa mana-mana perempuan yang tidak ada langsung barang kecantikan dalam bilik mereka? Even baby-baby yang baru lahir pon ada lotion badan mereka sendiri taw! Jadi, sangatlah mustahil kan kalau perempuan tiada barang-barang kecantikan ni. Yelah, semua perempuan pasti ingin tampil cantik walaupun dia bertudung litup serta berpurdah.



Jadi, dalam entry kali ni aku nak kongsi sikit tips dan produk yang aku sering gunakan seharian. So, janganlah nak cakap aku nak menunjuk-nunjuk pulak. Produk yang mampu di miliki ni tak payah nak bangga sangat lah kan. Lainlah kalau kau guna produk mahal nak mati macam SK II ke, Estee Lauder ke kan? Aku memang tak mampu la yang tu. Dengan berbekalkan bajet sebagai seorang student, aku cuma akan review produk-produk yang mampu di miliki serta berkesan.


Berdiri dari kiri : Pencuci muka Clean & Clear (kecil), pencuci muka Clean & Clear (besar), Toner NIVEA Visage Sparkling Whitening, Minyak Zaitun Syahirah, foundation Elianto, Bio-Essence BB Cream 8 in 1 dan bedak muka Silky Girl.

Bedak asas solekan atau pun foundation, aku gunakan Bio-Essence BB Cream. Ini SAHAJA satu-satunya produk yang sedikit mahal yang aku ada. Itu pun aku beli bila ada promotion sahaja. Kalau takde, nampaknya aku cuma mampu meleleh air liur tengok benda alah ni dalam kotak sambil cakap bye-bye pada aku. By the way, tekstur foundation ini ternyata membuatkan wajah kelihatan sangat-sangat bersih tanpa sebarang noda. Tapi kalau nak pakai hari-hari, memang kopak la jawabnya. So, aku gantikan dengan foundation dari Elianto. Ini pun aku beli sewaktu ada promotion jugak. Ekeke.. :D Sungguh menjaga bajet kau ni Ezma!!


Bermula dari rawatan kulit wajah, aku lebih gemar menggunakan produk Clean & Clear facial wash foam. Memang sejak akil baligh lagi, aku guna produk ni dan ternyata kulit aku lebih sesuai. Tetapi berbeza dengan seorang kenalan aku, dia menggunakan Clean & Clear for acne. Katanya tidak berkesan dengan wajahnya yang sering berjerawat. Apabila mengenakan solekan pula, aku akan menggunakan minyak zaitun atau baby-oil untuk membersihkan solekan pada mata. Hal ini kerana minyak zaitun atau baby oil lebih mudah menghilangkan kesan eye-shadow dan eyeliner berbanding dengan toner biasa. Kiranya sekali sapu, terus hilang kesan make-up. Aku tidak menggunakan make up removal sebab harganya agak mahal. Hehe :D Untuk solekan pada wajah pula, aku hanya menggunakan toner biasa. Aku lebih menggemari produk Nivea kerana harganya lebih murah jika dihitung dengan kandungan mililiter di dalamnya. Matematik penting baii!! :D


Dari kiri cepat jalan : SebaMed acne gel, OXY 10, Rosa T from Garden of Eden, dan Nixoderm.

Siapa kata muka aku tak pernah keluar jerawat? Biasalah orang perempuan tiap-tiap bulan, mesti jerawat singgah sekejap pada muka. Jerawat pun ada macam-macam jenis. Ada yang nampak ketara merahnya. Ini paling memalukan. Tapi ada jugak jerawat yang parking baik punya sampai orang lain pun tak nampak. Jerawat jenis ni lebih sakit dari jerawat yang nampak ketara tu cuma dia tidak kelihatan pada pandangan. So, produk-produk dalam gambar di atas merupakan produk terbaik yang aku boleh jamin kalau nak hilangkan jerawat. Paling best sekali adalah Nixoderm sebab ianya jenis 'pedas-pedas'. Aku lebih suka ubat jerawat yang pedas-pedas bila letak kat muka. Aku rasa macam jerawat tu mati terbunuh bila disapu ubat. Yeah! Tapi sekarang ni Nixoderm kurang berkesan pada muka aku sekarang. Ini kerana Nixoderm telah imun atau sudah biasa pada wajah aku. So, aku menggunakan Rosa T Acne Serum. Botol kecil 5mL ini tersangatlah best! Hilang semua parut-parut jerawat aku. Kene rajin gunalah! Baunya agak kurang best tapi takdalah sampai rasa nak muntah bila memakainya. Yang ini pun aku beli sewaktu promosi sahaja kerana harganya sebotol kecil RM25. Tapi sangat berbaloi! You must try! :)


Sengetkan kepala dari kiri : Lipstick Elianto, Vaseline Petroleum Jelly, Lip gloss Elianto. Yang baring tengah-tengah jalan : Eye liner Elianto.

Buat kaum wanita, kulit muka dah cantik tiba-tiba bibir kering dan hitam pulak. Bukan sebab merokok yang menjadikan bibir mereka hitam, tetapi mereka tidak menjaga bibir mereka sebaiknya. Setiap malam, aku akan sapu Vaseline Petroleum Jelly pada bibir. Bila bangun pagi, bibir kelihatan lembap dan menjadikan sapuan lipstick or lipbalm lebih mudah. Banyak kegunaan Vaseline ni sebenarnya. Kalau kulit kering, tumit kaki merekah, punggung baby yang melecet akibat ruam lampin semua boleh gunakan Vaseline. Tapi aku khususkan untuk sapu pada bibir sahajalah. Takkan nak campur-campur bila kau dah sapu ke kaki kan? Tiga lagi produk Elianto di atas ternyata sangatlah best untuk di cuba. Lipstick dan lip gloss dari Elianto sedikit pun tidak mengeringkan bibir aku. Harganya juga murah dan mampu dimiliki oleh student-student seperti aku. Tidak ketinggalan eye liner Elianto yang mudah di lukis dan tidak comot.


Bagaimana dengan penjagaan kulit tubuh badan? Aku cuma menggunakan Vaseline Healthy White untuk lotion harian manakala Vaseline Healthy Hand & Nail untuk rawatan kulit pada tangan. Lotion yang kecil dan aku mudah untuk bawa ke mana-mana tersangatlah wangi dan berkesan kerana aku perasan tiada lagi kutikel pada kuku aku setelah aku mencuba produk ini. Kalau nak bagi putihkan kulit tu, aku tak pastilah berkesan atau tidak sebab cuaca di Perlis ini seperti tidak mengizinkan aku menjaga kulit supaya kelihatan cerah. Memang sedih lah!! T____T


The latest : Ezmaliza went to the class with jubah! I felt awesome! Ekekeke :P

Orang kata, jika nak cantik minum air putih banyak-banyak. Cuba kita contohi kaum Cina yang bawa sebotol besar air putih ke mana-mana mereka pergi. Lihat sahaja kulit mereka yang bersih dan lembap kerana air penting untuk badan kita. Selain itu, rajin-rajinlah kita berwudhuk. Mereka yang rajin berwudhuk ini sering kelihatan cerah berseri-seri. Itu pula kuasa wudhuk yang ternyata maha hebat! :)



p/s: Tidak semua produk berkesan dengan keadaan kalian.
Jadilah pengguna yang bijak dan berjimat-cermat! :)



p/s/s: Dalam hati ni teringin sangat nak pakai
SK II, tapi tak mampu! nangess!!