~you are my bestest buddies~

Let's Snow-Walk at I-City

Assalamualaikum and Hello readers :)


Mesti ramai kawan-kawan sekarang ni sedang bercuti semester kan? Just same like me! So, ke mana kita cuti-cuti kali ini? Banyak tempat menarik kat Malaysia tapi aku belum berkesempatan untuk bercuti di semua tempat tu. Anyway, hari ini aku nak share satu tempat menarik untuk kawan-kawan kunjungi iaitu Snow-Walk, I-City.



Entry ini sepatutnya aku publish dah lama, tapi aku lupa sebab tersimpan lama dalam draft. Snow-walk ini adalah taman tema salji seperti di Genting Highlands. Tapi kali ini kita dapat merasa untuk bermain salji di Shah Alam. Kiranya tempat ini juga sesuai untuk family bersantai sambil bermain salji dengan anak-anak. Ada sedikit info kalau nak datang ke Snow-walk I-City ni.


# Bayaran masuk : Kanak-kanak RM10 (NP: RM20) dan dewasa RM15 (NP: RM25) Tak sure promotion ni masih available atau tidak. Hanya untuk jam 10am - 6pm.
# Harga tiket termasuk sekali dengan harga sewa jaket yang sudah disediakan.
# Lebih baik anda datang dengan memakai kasut bertutup supaya anda tidak perlu lagi menyewa boots.
# Mustahil anda akan masuk ke dalam Snow-walk dengan kasut yang terbuka sebab dalam tu sejuk gila! So, you have to rent the boots with RM10+RM20 (deposit). Kalau anda pulangkan boots itu, deposit akan dikembalikan. So, better pakai kasut bertutup terus yang boleh kene air lah kan...
# Tiada had masa untuk anda bermain salji di sana. Mainlah sampai beku! Hehehe... :P



Memang best la aku bersalji di sana. Main pulak dengan Eka. Masih kawan-kawan ingat dengan Siti Zulaikha aka Eka di entry INI. Sekarang Eka dah besar taw! Dah 2 tahun dah pun. Mulutnya petah macam bertih jagung di masak. Aku rasa lucu bila si Eka ni masuk ke dalam Snow-Walk ni, hidung dia jadi merah and sometimes dia beku berdiri diam-diam. Sebenarnya dia sejuk membeku dah tu. Kesian Ekaaaaa..... :)



Ada beberapa tempat permainan yang boleh kita main di sana seperti gelongsor, mini football ice, and so on. Gelongsor ni aku naik dengan Eka. Punyelah menjerit budak kecik tu bila kitorang menggelongsor dengan pelampung tu. Ada lagi satu jenis gelongsor yang aku naik dalam Mini Shoes. Gelongsor tu memang gila! Kalau ibu mengandung yang main, memang kompom kau beranak masa tu jugak. Punyalah sakit punggung aku berlanggar antara dinding-dinding ais di situ. Tapi lepas main, aku gelak besar sebab aku rasa lucu! Mana tidaknya, rupa-rupanya aku menjerit kuat gila masa menggelongsor di ais tu. Hahaha :D





By the way, please be careful with the ice. Tersangat-sangat la licin bila anda tersilap langkah. Encik Faiz jatuh macam nangka busuk buat kitorang gelak sakan. Kakak ipar aku jatuh gedebuuukkk pulak tak sampai hati aku nak gelak. Keh3... :P Nasib baik belum 'berisi' lagi. Hehehe... :P So, berhati-hatilah buat mereka yang berjalan di atas ais tu bila pergi ke sana. :)



Aku sudah ke I-City ni masa tahun 2011. Tapi tahun 2012 baru nak update. Alaaa...sekadar berkongsi tempat menarik untuk kawan-kawan kunjungi. And aku cuma share mana yang dekat dengan tempat aku. Kalau yang jauh-jauh tu tak kesampaian la pulak nak ke sana. Lepas ni, boleh lah aku jadi Agen Kementerian Pelancongan Malaysia. Eh, ada rezeki apa salahnya..... Marilah melancong! :)


24 comments:

  1. xpena g sana..insyaallah nk try

    ReplyDelete
  2. sem depan lah nak terjah icity ni:)
    wanie xpernah pg lg ni...hihi =)

    ReplyDelete
  3. wah seronoknya..aritu pergi xberkesempatan pon ke situ, sbb crowded sgt time krismas. :) nest time wajib ni

    ReplyDelete
  4. comel tgk muka baby tu..sejuk la tu :)

    ReplyDelete
  5. comelnya eka tue... nak2 lak pakai bju pink tebal tue... aishhh geram!!!

    ReplyDelete
  6. @dayah

    try la dayah..mmg best ke sana..insyaALLAH :) berjalan2 menikmati keindahan alam :)

    ReplyDelete
  7. @Farah Hanis

    haaa...pergi taw nanti...mmg post ini ditujukan utk org2 yg belum pernah pegi lg :)

    ReplyDelete
  8. @laskar pelangi

    wanie lg dekat kan? so, wanie mmg ptot pegi taw! :)

    ReplyDelete
  9. @Cik Bhulat

    budak cute tu namenye siti zulaikha..hehehe :D anyway, pergi lah waktu2 bukan musim perayaan. sbb tempat tu mmg tumpuan org ramai jugak :)

    ReplyDelete
  10. @kiera'sakura

    hahaha...mesti kembang abes anak buah ezma bila dia tahu kak kiera ckp dia comel.hahaha :D

    ReplyDelete
  11. ezma, ingat lagi..dulu first time g tempat ada salji waktu kat mines dulu...haha..kelakor..setiap org dia bg pgg 1 pek pemanas..bole plak cicir..sejuk gilerrr...

    Jemput baca,
    Arrowhead China Chips (Buah Ngaku)
    atau
    PHUKET : Destinasi berbulan madu

    ReplyDelete
  12. @mizzura

    oh..the mines pon ade jugak eh? dapat pek pemanas?? hahahaa :D comel la!

    ReplyDelete
  13. wowww .. best nyaaa .. xpayah susah2 pg negara bersalji . hehe

    ReplyDelete
  14. waaaaaaaaaaaaa nak g nak g !!!!!!!! :D

    ReplyDelete
  15. @cik faez

    tu laaa....kat msia sndiri pon ade kan? :)

    ReplyDelete
  16. @tomatokering :)

    kalau erika jenjalan kat shah alam mmg wajib pergi tempat ni memalam :P

    ReplyDelete
  17. sayang, mase ni dah berisi tapi tak twu je... but only for few weeks je la kot... hahaha

    ReplyDelete
  18. @ARIEFFAH OSMAN

    hahaa..kite mane la tahu kan...ehem3..tak sabar nak dapat adik eka pulak..hehehe :D

    ReplyDelete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?