~you are my bestest buddies~

Showing posts with label Siti Zulaikha. Show all posts
Showing posts with label Siti Zulaikha. Show all posts

Let's Snow-Walk at I-City

Assalamualaikum and Hello readers :)


Mesti ramai kawan-kawan sekarang ni sedang bercuti semester kan? Just same like me! So, ke mana kita cuti-cuti kali ini? Banyak tempat menarik kat Malaysia tapi aku belum berkesempatan untuk bercuti di semua tempat tu. Anyway, hari ini aku nak share satu tempat menarik untuk kawan-kawan kunjungi iaitu Snow-Walk, I-City.



Entry ini sepatutnya aku publish dah lama, tapi aku lupa sebab tersimpan lama dalam draft. Snow-walk ini adalah taman tema salji seperti di Genting Highlands. Tapi kali ini kita dapat merasa untuk bermain salji di Shah Alam. Kiranya tempat ini juga sesuai untuk family bersantai sambil bermain salji dengan anak-anak. Ada sedikit info kalau nak datang ke Snow-walk I-City ni.


# Bayaran masuk : Kanak-kanak RM10 (NP: RM20) dan dewasa RM15 (NP: RM25) Tak sure promotion ni masih available atau tidak. Hanya untuk jam 10am - 6pm.
# Harga tiket termasuk sekali dengan harga sewa jaket yang sudah disediakan.
# Lebih baik anda datang dengan memakai kasut bertutup supaya anda tidak perlu lagi menyewa boots.
# Mustahil anda akan masuk ke dalam Snow-walk dengan kasut yang terbuka sebab dalam tu sejuk gila! So, you have to rent the boots with RM10+RM20 (deposit). Kalau anda pulangkan boots itu, deposit akan dikembalikan. So, better pakai kasut bertutup terus yang boleh kene air lah kan...
# Tiada had masa untuk anda bermain salji di sana. Mainlah sampai beku! Hehehe... :P



Memang best la aku bersalji di sana. Main pulak dengan Eka. Masih kawan-kawan ingat dengan Siti Zulaikha aka Eka di entry INI. Sekarang Eka dah besar taw! Dah 2 tahun dah pun. Mulutnya petah macam bertih jagung di masak. Aku rasa lucu bila si Eka ni masuk ke dalam Snow-Walk ni, hidung dia jadi merah and sometimes dia beku berdiri diam-diam. Sebenarnya dia sejuk membeku dah tu. Kesian Ekaaaaa..... :)



Ada beberapa tempat permainan yang boleh kita main di sana seperti gelongsor, mini football ice, and so on. Gelongsor ni aku naik dengan Eka. Punyelah menjerit budak kecik tu bila kitorang menggelongsor dengan pelampung tu. Ada lagi satu jenis gelongsor yang aku naik dalam Mini Shoes. Gelongsor tu memang gila! Kalau ibu mengandung yang main, memang kompom kau beranak masa tu jugak. Punyalah sakit punggung aku berlanggar antara dinding-dinding ais di situ. Tapi lepas main, aku gelak besar sebab aku rasa lucu! Mana tidaknya, rupa-rupanya aku menjerit kuat gila masa menggelongsor di ais tu. Hahaha :D





By the way, please be careful with the ice. Tersangat-sangat la licin bila anda tersilap langkah. Encik Faiz jatuh macam nangka busuk buat kitorang gelak sakan. Kakak ipar aku jatuh gedebuuukkk pulak tak sampai hati aku nak gelak. Keh3... :P Nasib baik belum 'berisi' lagi. Hehehe... :P So, berhati-hatilah buat mereka yang berjalan di atas ais tu bila pergi ke sana. :)



Aku sudah ke I-City ni masa tahun 2011. Tapi tahun 2012 baru nak update. Alaaa...sekadar berkongsi tempat menarik untuk kawan-kawan kunjungi. And aku cuma share mana yang dekat dengan tempat aku. Kalau yang jauh-jauh tu tak kesampaian la pulak nak ke sana. Lepas ni, boleh lah aku jadi Agen Kementerian Pelancongan Malaysia. Eh, ada rezeki apa salahnya..... Marilah melancong! :)


Tutorial: Cara elakkan gambar anda di curi walaupun wujud disable right click!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)


Tutorial sebelum ni merupakan tutorial pertama yang pernah aku buat sepanjang dalam hidup aku ni. kali ni, aku ada satu lagi informasi mengenai tutorial untuk elakkan gambar anda dari di curi. tutorial yang ni paling senang la. just delete certain-certain coding jugak. tak perlu tambah apa-apa.

But, firstly aku just nak mention kenapa aku buat tutorial ni? sebab sekarang ni ramai *kipas-susah-mati kat luar sana. bukan untuk aku. tapi orang lain laaa... tapi kalau dah namanya kipas-susah-mati kau kan, dengan apa cara pon dia boleh berusaha untuk curi gambar korang. tapi tutorial aku ni bertujuan untuk melambatkan atau menyusahkan atau menyulitkan lagi kerja-kerja orang yang curik gambar korang ni.

Tapi!! yes! ade tapi taw! tutorial cume akan berkesan bila korang punyer blog ade letak "Disable right-click" macam blog aku ni. atau kalau blog korang memang tak boleh nak right-click langsung. atau, tak boleh nak highlight. sebab apa?? sebabnya, bila ada orang right-click kat gambar di blog korang, kan ada keluar 'Copy Image', 'View Image' dan sebagainya. haaaa... dekat situ jugak orang dah boleh curik gambar korang.

Apa?? still tak faham dengan apa yang aku duk membebel panjang-panjang kat atas ni?? oke-oke! meh aku kasi contoh! cuba korang klik gambar aku dengan Siti Zulaikha ni. gambar ni akan di buka pada tab baru dengan view yang lebih jelas kan?? cuba right-click lepas gambar di besarkan?? orang dapat curik kan??



oke! sekarang, cuba klik gambar yang sama kat bawah ni pulak? dapat tak korang klik kasi besar?? tak dapat kan?? so, secara tak langsung gambar korang takkan dapat di curi la. sekarang faham kan?? so, meh aku ajar camne cara dia ok. senang ajer.. tak susah pon..




1. As usual, login your own blog. bukan blog orang lain. kang kau di panggil penceroboh pulak kan? hahaha... :D

2. Tepekkan sekeping gambar yang korang suka.

3. Klik pada Edit HTML. ade nampak coding moding yang mampu memeningkan kepala kan??

4. Delete coding yang aku highlight kan macam kat bawah ni. Coding untuk certain-certain pics memang berbeza. tapi coding yang bakal di buang ni selalunya sama saja. Jangan sampai salah delete. takut tak berhasil. Coding ni mostly letaknya berada di awal coding gambar. pandai-pandai cari oke?


5. So, sekarang bila korang publish entry, cuba klik gambar yang korang dah kunci tak bagi di curi ni. dapat tak korang besarkan dia?? Kalau dah tak dapat tu kira berjaya la ya.. :) tahniah! sebab anda faham tutorial aku ni. hehehehe.. (^___^)v


Alaaaa...kalau dah nama pon kipas-susah-mati korang, mesti dia sanggup printscreen sebijik-bijik gambar korang. so, letak lah watermark sebagai pembuktian yang ini adalah gambar milik korang sendiri. Kan ada banyak software edit gambar yang korang boleh guna untuk letak watermark ni.

Hmmm...Demam-demam aku ni pon masih gagah untuk buatkan tutorial yang hampeh ni untuk kawan-kawan. sebab aku kesian kat seseorang yang gambar di blog beliau di curi dan dijadikan profile pic facebook sendiri. bengong ke apa??

p/s: tanda * kipas-susah-mati.
cube translate sebijik-bijik dalam BI,
hard-core-fan! :))))

Tutorial : macam mana nak besarkan gambar dalam entry?

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Buat pertama kalinya aku nak ajar orang macam mana nak besarkan gambar dalam entry. aku tak pandai nak ajar. tapi boleh ajar sikit-sikit ajer. kalau tak paham dengan penulisan aku, tanya taw! insyaALLAH aku cube ajar sampai you all dapat!

oke, cube tengok pic Siti Zulaikha kat bawah nie. nampak kecik jer kan. so, macam mane nak besarkan pic dye eh??



haaa.. macam pic bawah nie.. how to enlarge?? oke. pada aku, aku suke pic letak besar-besar kat entry blog sebab kepuasan untuk tengok pic besar gedabak taw! hehe.. tapi ade laa cara dye yang tersendiri. sume gune coding. jangan pening dengan coding oke! kalau pening, sediakan awal-awal panadol oke? hehe.. let's start!!





1. Login blog anda yer. jangan login blog orang lain pulak. :P

2. Upload sekeping gambar kat entry korang. bile dah DONE, pegi Edit HTML. see, ade nampak coding tak?? macam kat bawah nie.




3. Ok, sekarang ni nampak tak coding "height: 400px;" ?? haaa...sekarang delete coding yang aku hightlight tu tanpa rasa ragu-ragu yer adik-adik. jangan salah delete lak. nanti tak menjadi.





4. Now, nampak tak width coding tu?? kalau blog aku, aku tukar then pakai 600px. depends pada certain-certain blog. try and error oke. kalau buat lebih sangat takut terkeluar dari blog. nanti nampak lah kecacatan blog korang lak. kan buruk suda....so, try and error ok. kalau blog lebar, guna lah 600-700px. kalau tak berapa nak lebar sangat gune 400px jer. mane-mane jer oke.



5. Kalau korang preview blog korang sekarang, pic akan jadi pecah-pecah taw. macam kamera 1.3Megapixel la pulak. padehal korang guna 12Megapixel. oke, caranya, nampak tak coding "s400" yang aku highlight kat atas tu?? so, tukar kepada "s700". depends jugak la. bergantung kepada jenis dan kualiti kamera yang korang guna jugak. tapi cara dye same jer taw. as usual TRY AND ERROR!! hehe.. :)

6. Done! cube tengok! jadi tak?? aku ajar sebijik-bijik ni taw. kene banyak sabar and rajin main dengan coding. aku suke jugak coding-coding nie. tapi bila dah salah, mula lah menggagau aku nak betulkan balik coding tu.


p/s: pasni aku wat tutorial macam mane tak nak bagi
gambar di curik walaupon dah ade disable right click.
insyaALLAH..
tapi ni semua coding ok.
nantikan kemunculan nyer.. :)


haisshhh!! baby sapa ni duk terbiar kat shopping mall nih??

Assalamualaikum and Hello Readers! :)


Photobucket

Ahad lepas aku hang out dengan family kat macam-macam shopping mall. agenda?? ouh, carik baju dinner adik dengan kakak aku yang ada annual dinner la kunun-kununnyer. tiba-tiba, tengah dok aku berjalan-jalan sekitar mall, aku jumpe seorang budak kecik yang sangat comel duduk atas bangku tu. mak aihhh...comel giler! anak sape ni???



Photobucket

korang tengok!! korang tengok la tuh...!! tangan dia duk terangkat-angkat mintak di ambil dan di dukung.. adoii.. budak kecik ni, kalau aku amik jawabnye hilang la! aku culik siap-siap bawak balik rumah! pastu kurung dalam almari jangan kasik keluar..!! hahahaha.. :D olololorrrrhhh.... nak amik ke tak ni?? :)))




Photobucket

tangan dia dok tergapai-gapai lagi tuh. aduiii... kesian pulak aku tengok. aku dukung jer la eh? dah berjam-jam, mummy daddy dia tak datang pon nak ambil. aku je la ambik! haha.. :D muka da comel dah! potongan badan dah semangat dah tu. antara larat dengan tidak jer la aku nak angkut budak ni. hahhaaaha... :)))))))



Photobucket

haaaa... kan dah dapat!! mak oih... semangat giler budak ni. menggeletar segala tulang dan urat-urat lenganku. beras pon aku leh tahan lagi. minum susu apo la budak kecik ni?? hahaha.. :)))) korang tengok tangan dia!! sedapnyer ekau bergayut kat den punyo shawl subang yo?? den baru jo boli taw tu adik comey! tercabut nanti sapo nak bayor?? hahahaha... :)))))



Photobucket

alalalalalaaaaa... ekau tengok lagi ni haaa... bukan main manjo laei budak ni! kepalo dio siap landing atas bahu den. apo sodap macam bantal ko ekau ghaso?? hahahaha... :D ape lak kua bahasa negeri sembilan lak ni?? hik3!! :P aduhai.. ni yang rasa macam nak culik aje budak ni. kalau dah culik, aku takkan bagi sapa-sapa amik dah! :))




Photobucket

ermm...culik kejap la. aku nak bawak dia pergi makan. entah bape lame dia duduk kat bangku tu tadi, mesti tak makan-makan lagi. budak comel, awak nak makan apa?? cakap jer. tapi jangan mintak nak susu pulak. hahahahaha... :D haa... di saat tu mana aku nak cekau susu?? :))))




Photobucket

ushhh... jangan main-main. tak comel la kan minum guna botol susu? I pakai straw okeh! baru la aku di panggil brutal! hahaha.. :D aku bagi minum air soya oke. susu la jugak tu kan?? :)))) aku tengok macam sedap jer dia telan. hahaha... :))))) dia belasah jer makan hape-hape! semua dia sumbat kat mulut dia. bagus budak kecik nih. tak cerewet! :)))




Photobucket

haaa... dah kenyang kan muka dia?? pipi aku pon da bomb macam budak kecik tu jugak! dah macam mulut ikan da aku tengok! hahahaha... :))))) aduiii... mak, kakak nak culik budak ni boleh tak? dah comel da ni. boleh tak?? boleh la mak!!! hehe... tapi kan, aku dah tak larat nak dukung dia lama-lama. tangan aku dah lenguh. penat dia kan sama penat macam ko tulis esei 5 muka surat! hahaha.. :))))




Photobucket

ye adik comel. sebelum berpisah, meh sini kakak comel nak kiss sikit. muaaahhh!!! disebabkan adik sangat comel, kakak kiss 3 kali yer?? muaahhh!! muahhh!!! muahhhh!!!! sayang adik comel ni.. jangan nakal-nakal yer. nah! duduk balik kat bangku tadi oke. tunggu mummy adik datang. lain kali jangan duduk situ lagi. takut orang lain kebas lagi adik nanti... hahhaha... :)))))))) bye-bye adik comel.




p/s: sebelum korang telefon polis kata aku culik budak,
baik aku bagitahu siap-siap.
ini budak kecik adalah pelakon terhebat
anak buah kesayangan daku.
Siti Zulaikha, 10 months! :)))