~you are my bestest buddies~

Anda sudah guna Voucher Buku 1 Malaysia?

Assalamualaikum and Hello Readers :)

Seronok kan dapat Voucher RM200 dari kerajaan Malaysia. Alhamdulillah. Aku tidak kisah jika mereka hendak cakap bantuan-bantuan yang datang ni semuanya dari duit rakyat sendiri atau semata-mata hendak meraih undi pilihanraya akan datang. Aku tidak peduli semua itu kerana aku rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia dan turut bersyukur kerana masih terpilih untuk terima bantuan ini. Mulanya aku tertanya-tanya, buku apa yang aku boleh beli dengan voucher RM200 ni? Aku kini berada di akhir semester. Lagipun tak banyak buku akan digunakan. TINGGG!! Keluar satu idea!!



Sewaktu berjalan-jalan di sekitar KL hari tu, aku singgah di Borders yang terletak di lower ground floor Times Square. Bersebelahan dengan kedai kasut Esarli. Borders juga menerima pembelian buku dengan menggunakan Voucer Buku 1 Malaysia. Selain itu, Borders menawarkan diskaun 10% untuk pembelian RM100 dalam satu resit dan percuma untuk membuat member card Borders. Apa yang menariknya, member card ini boleh dikongsi dengan 2 orang rakan yang lain. Maknanya kelebihan ini dikongsi dengan 3 orang. Satu lagi, member card ini bukan sahaja boleh digunakan di Borders sahaja malahan di Starbucks, Metrojaya, barangan Campap dan sebagainya. Orang kata, berbaloi-baloilah shopping di Borders ni :) Oh ye, lupa nak cerita. Aku juga ada dapat voucher makanan dari Starbucks setelah menggunakan voucher di Borders ni. Sangat berbaloi-baloi kan? :))



Memandangkan kita tidak dihadkan untuk membeli buku pelajaran sahaja, aku fikir ke hadapan sikit. Buku-buku diatas adalah hasil belian Encik Faiz. Tapi buku ''Bisik-bisik Perkahwinan'' tu aku pon beli jugak. ''40 Kesalahan dalam Solat'' hasil tulisan Mahmud Al-Misri memerihalkan kesalahan-kesalahan yang sering kita lakukan dalam solat. Buku yang sangat bermanfaat untuk kita sebagai umat Islam dalam memperbetulkan bacaan dan amalan dalam solat. Moga-moga ibadah kita diterima ALLAH. Amin :)

Selain itu, aku paling suka buku ensiklopedia "Pengubatan Herba Terapi Alternatif Kedoktoran Islam" hasil tulisan Dr. Khalid Gadd. Harganya RM50. Nilainya tidak sama dengan ilmu yang bakal kita dapat setelah membaca buku ini. Ternyata pelbagai petua kesihatan dengan perubatan herba dan tumbuh-tumbuhan mampu kita peroleh dan disertakan dengan pelbagai ayat al-Quran dan hadis bagi mensahihkan lagi bukti-bukti kebenaran. Seriously, aku jatuh cinta dengan buku ni sangat-sangat. Hari tu, aku cuma sempat pinjam untuk sementara waktu sahaja. InsyaALLAH, ada rezeki lebih aku akan beli buku ini sebagai koleksi bacaan aku nanti :)

Usia aku kini sudah mencecah 23 tahun. Mustahil aku tidak memikirkan soal perkahwinan. Walaupun nampak masih muda, tidak salah jika aku membuat persediaan dalam menghadapi alam perkahwinan. Jadi, buku "Bisik-bisik Perkahwinan" turut aku beli hari tu. Tulisan Ustaz Johari Yaman ini kadang-kadang melucukan. Walaupun aku belum habis lagi membacanya, setiap tulisannya membuatkan aku geli hati bila membacanya. Sebagai contoh, antara ciri-ciri lelaki yang belum boleh di kahwini adalah mereka yang 'Anak Emak' dan sangat addicted dalam sukan. Haaa...terasa tak? :P Nak tahu lebih lanjut, wajib lah beli buku ni. :)



Buku seterusnya aku peruntukkan untuk Emak. Maklumlah, kalau aku nak belikan buku-buku sekolah untuk adik-adik, aku mana ada adik yang masih bersekolah. Jadi, aku belikan Emak buku-buku bercorak masakan. Buku-buku resipi ni bukan sahaja untuk Emak. Tetapi lebih kepada untuk aku yang tidak pandai masak. Hahaha :D Sesuai sangatlah tu kan? Nak kahwin kene pandai masak kan? "Citarasa Malaysia masakan Kedah", "Chef Wan Manisan" dan "Pelbagai Jenis Puding" aku pilih untuk cukupkan kuota voucher ni. Orang kata kalau dah berlambak buku resipi tapi tak terbuat langsung resipi tu tak guna jugak kan? Alhamdulillah, keesokkan harinya tu jugak aku cuba buat salah satu resipi puding tu. Nanti aku cerita lain di entry yang lain :)



Last but least, "Koleksi Langsir Terbaik" dari Puan Noraini Margono, "A-Z Sulaman Manik" dan "Variasi Gubahan Pengantin" turut menjadi pilihan. Emak kata, beliau suka dengan koleksi langsir dari Puan Noraini Margono. Ini bermakna memang tak sia-sia aku belikan buku ini untuk Emak. Lagipun, Emak memang hebat mereka cipta langsir di rumah aku sendiri. Memang tak pernah beli secara siap. Emak adalah tukang jahit yang terhebat pada aku. Semua baju kurung aku beliau yang jahitkan. Terima kasih Emak :)

Buku sulaman manik pula memang aku beli khas untuk aku. Entah dari mana datangnya minat untuk menjahit manik pada baju sendiri aku tak tahu. Dulu aku pernah jahit sendiri manik pada lengan baju raya tahun lepas. Ramai jugak yang memujinya. Walhal, aku jahit manik itu tersangatlah simple dan ringkas. Nampak gayanya bolehlah aku mengaplikasikan sulaman manik dari buku tu ke baju nikah aku sendiri. Hehehe.. Gatallah kau Ezma! :P

Hey-hey! Ini ada lagi yang lebih menggatal! Aku siap beli buku gubahan untuk pengantin taw! Bukan apa, nanti senanglah aku. Tak payah susah-susah nak upah orang lain untuk membuat gubahan pada hantaran aku nanti. Paling tidak pun, boleh lah aku pulak yang ambil upah untuk buat hantaran orang nanti ke? Hehehhee... :D Hebat betul perancangan manusia ni. Tetapi perancangan ALLAH lebih hebat lagi. Jadi, sama-samalah berdoa agar impian aku tercapai. Hehehe :D Amin... :)




p/s: Aku masih ada lagi RM100 voucher buku tu.
Masih lagi terfikir tak tahu nak beli apa?



25 comments:

  1. hamboihhh kemainn .. :PPP
    kite doa yang terbaik untuk ezma :D

    bagi kite je lah 50 tu . share :P

    ReplyDelete
  2. Bagus Cik Ezmaliza ni.. memanfaatkan voucher buku yang diberi pihak gomen dengan membeli bahan rujukan yang berguna dalam kehidupan seharian..


    Errr.. beli buku Gubahan Pengantin? Wahh.. nampak sangat Cik Ezmaliza bakal berkahwin nanti, tu pasal bagi kat puan emak suruh explore dalam bab menghias persiapan perkahwinan anaknya dia nanti :)



    *ngeeee... kenduri kahwin nanti ajak fik makan nasi minyak taw!

    ReplyDelete
  3. boleh la tempah kat ezma nanti utk jahit manik n sulam

    hehe

    ReplyDelete
  4. nk abeskn rm50 pon da pening... inikan pulak lg rm150... 3x pening la cmni...

    ReplyDelete
  5. yg balance seratus tu pos kt nuru ok sys?? heheheh :)

    ReplyDelete
  6. Waaaaa:))
    semua tu buku yg sangat2 bergunaaaa=)
    winkwinkwink~~:)

    ReplyDelete
  7. untung dpt voucher kan

    ReplyDelete
  8. wahhh..entri kita lebih kurang...Bestnye buku2 ezma...mmg btul2 bersedia utk jd wife ni..haha..ada balance lagi eh? bestnye..ila dh abis pn baucer..huhu

    ReplyDelete
  9. @tomatokering :)

    hehehe..dah bertulis name dah dikkk :P kalo takde, boleh je nak bg kat erika sorg nie..ekekeke :D

    ReplyDelete
  10. @-Incek Fik-

    hahaha..ye laa...nak beli buku pelajaran tu mcm susah aje kan..hahaha :D

    insyaALLAH ade rezeki lebih sy jemput semua org :)

    ReplyDelete
  11. @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr

    haihhh..boleh ngat aihhh :D ezma dah pandai jahit sulam and manik sikit2...hehehe :D

    ReplyDelete
  12. @kaizen

    hahaha..gune je ape2 pon yg boleh...tak beli buku, boleh beli external harddisk :) pendrive ke.. :D

    ReplyDelete
  13. @nuruashia

    hahaha..nuru..nuru!! voucher tu dah bertulis name kak ezma..kalo tak tulis, boleh je nak bg kat sape2...hahaha :D

    ReplyDelete
  14. @laskar pelangi

    nanti boleh la ezma pinjamkan buku ni kat wanie..kite exchange :) hehehe

    ReplyDelete
  15. @Cik Ila

    hehehe...nampak mcm gatal noh kan ezma nie..hehehe :D anyway, ezma dah gune rm50 utk beli cooler pad yg dah rosak...ade baki lg rm50.. :)

    ReplyDelete
  16. hai (:

    baiknya u, beli buku2 ilmiah..

    i banyaknya beli stationary, novel & manga.

    ReplyDelete
  17. wahwah wah.. banyak nye beli. hehe ok la tu utk diri sendiri :)))

    nak 1 voucher lagi. hehe

    ReplyDelete
  18. @Marya Hana

    hai marya...

    it's better than nothing dear.. at least u beli brg2 yg boleh digunakan. sometimes i ni pemalas bace buku. hahaha :D

    ReplyDelete
  19. @Mra Mastura

    btol2!!

    semua nie kegunaan untuk mak and diri sendiri :)

    voucher semua tinggal 1 keping aje lg..tadi sempat beli cooler pad jap..ehhehe :D

    ReplyDelete
  20. ezma semua buku2 nie menarik....

    eh eh kenapa masakan kedah menjadi pilihan nie....

    lepas ni boleh la tempah jahitan manik dengan ezma...tempah baju n langsir dengan emak yer

    ReplyDelete
  21. @aDisH.sHidA

    hahaha..sbb dah itu je yg menjadi pilihan terakhir and murah.. :P hik3 :P

    ReplyDelete
  22. arghh... kenapa masa blaja ritu tak dapat boucher. Jeles ok. Nak shopping buku gak. Bak satu. kih3~

    ReplyDelete
  23. i pun ada beli buku masakan chef wan tu utk mak . sampai2 je kedai buku mak dah tunjuk itu ini -,- amboi mak

    ReplyDelete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?