~you are my bestest buddies~

Mutiara Padang Pasir bersama OnlineHijab, ShawlsAyuCinta, KZNabihah Boutique dan Marliy Kama Make Up.


Assalamualaikum and Hello Readers.

Empat nama besar dalam industri perniagaan secara online yang cukup gah di Facebook mahupun blog. Mereka adalah Online Hijab E-Boutique, ShawlsAyuCinta, KZNabihah Boutique, dan Marliy Kama Make Up akan menemui anda pada :

Tarikh : 11 February 2012 (Sabtu)
Masa : 2.00pm - 4.00pm
Tempat : H-2-2 Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.
Tema : Arabian Style
(kalau tak dapat tema Arabian, pakailah apa sahaja janji menutup aurat)
Bayaran :
PERCUMA


Aturcara majlis :

2.00 pm - Ketibaan tetamu
2.30 pm - Welcome speech & Fashion Show
3.00 pm - Demo product from KZNabihah Boutique
3.20 pm - Demo product from ShawlsAyuCinta
3.40 pm - Demo product from OHB
4.00 pm - Preview Make-up by Marliy Kama
4.15 pm - Lucky draw


Untuk maklumat lanjut, sila tekan
https://www.facebook.com/events/333002790058084/




Siapa yang tidak kenal dengan sebuah butik online yang menjual pelbagai jubah dan hijab yang cukup eksklusif dan bercirikan muslimah moden. Butik secara online milik Puan Lela Nabiela kini sudah direalisasikan di dunia nyata dan kini butik beliau sudah pun dibuka di Sri Hartamas. Jadi, jika kawan-kawan ingin melihat sendiri koleksi jubah dan hijab yang cantik-cantik, sudi-sudikanlah hadir pada 11 Februari ini.



Tidak ketinggalan juga dengan sebuah lagi perniagaan secara online ini iaitu Shawls@AyuCinta. Perniagaan milik Puan Ayu Cinta ini menjual pelbagai jenis shawls dan tudung yang sangat cantik dan harga berpatutan. ShawlsAyuCinta ini telah banyak kali di review oleh majalah-majalah muslimah dan di dada-dada akhbar. Siapa tahu kemungkinan besar, beliau akan mengadakan promosi secara besar-besaran pada event kali ini? Mungkin inilah masanya untuk anda memborong sakan shawls beliau.



Ini ada satu lagi bisness secara online yang menjual pelbagai skirt yang cantik-cantik dan gorjes! Pelbagai size dan warna boleh di dapati jika anda bijak mencari dan memilih. Perniagaan milik Cik Nabihah Rahman ini cukup membuatkan ramai gadis-gadis yang dahulunya takut untuk bergaya kini sudah berani tampil cantik dengan penuh keyakinan. Jika anda ingin lihat pelbagai koleksi terbaru beliau, marilah datang ke event Mutiara Padang Pasir ini.



Nama besar dari Puan Marliy Kama juga tidak terlepas untuk bersama-sama menjayakan program pada 11 Februari ini. Siapa yang tidak kenal dengan Puan Marliy Kama yang hebat menghasilkan pelbagai jenis solekan dan tatarias untuk semua wanita-wanita di luar sana. Siapa tahu, mungkin Puan Marliy Kama akan memanggil anda sebagai salah seorang peserta program untuk test make up. Bertuahnyalah badan.... Beliau juga akan melakukan demo product pada hari itu. Jadi, jangan ketinggalan ye kawan-kawan!




p/s : ALLAH suka pada kecantikan.
Jadi, kita kenapa kita tidak mahu ingin kelihatan cantik?

14 comments:

  1. @tomatokering :)

    pergiii...insyaALLAH..jom erika jommm!! :D

    ReplyDelete
  2. nk join juga la....tp...xreti nk style2 sgt...

    nti selekeh jer hukhuk

    ReplyDelete
  3. @nuruashia

    jom nuru...kak ezma insyaALLAH pergi...jom jumpe kat saneeee... :)

    ReplyDelete
  4. @faralululily

    hik3...susa dear org nak buat kat perlis..ni bukan ezma punye event... kalo ezma punye, dah lame ezma buat..hik3.. :D

    ReplyDelete
  5. @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr

    alaaa....manede cik gk selekeh... siap ade TTM lg...hehehe :D jom cik gk...kite jumpe kat sane...nak x?? :)

    ReplyDelete
  6. kim slm kak lela ea nnti ezma...=)

    ReplyDelete
  7. @Hannah Miswan

    alaaa...kenapa kak hannah tak join? baru nak jumpe... anyway, insyaALLAH kak..salam akak akan disampaikan :)

    ReplyDelete
  8. mcam best..tgk keadaan la nk pegi..ngn sape ni..huk3

    ReplyDelete
  9. @dayah

    hehe...alaa..bawak je la kawan2 pegi sane... :) kite jumpe di sane yaaaaaaa....... :D

    ReplyDelete
  10. waaaa~cam best.ezma sayang.pergi jangan tak pergi tauu:)

    ReplyDelete
  11. @laskar pelangi

    ezma dah pergi dahhh!!! memang best sgt2 dear... :) rugi jugak sape tak pergi tadi... hehe

    ReplyDelete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?