~you are my bestest buddies~

IDEA : Design baju pernikahan

Assalamualaikum and Hello Readers. :)


Amboi, sejak dua menjak tiga menjak aku dah bertunang ni, asyik meng-google je kerjanya. Aku suka baca blog wanita pasal perkahwinan. Banyak inspirasi dan idea aku dapat bila aku baca kisah dan pengalaman sesetengah orang ni. Salah satunya adalah idea untuk baju pernikahan.


Salah satu hantaran pertunangan aku adalah sepasang kain satin dan lace untuk dibuat baju nikah. So, tinggal tunggu nak hantar pada tailor sahaja. Bila baca cerita-cerita orang di blog, ada yang hantar pada tailor atau designer terkemuka. Ada jugak yang hantar pada butik-butik ternama. Ada jugak yang hantar pada orang biasa-biasa sahaja. Masa sebelum bertunang, aku ada jugak emelkan pada butik-butik yang menjalankan perniagaan melalui online mintak quotation untuk design dan tempah baju untuk wedding. Ada la dalam 7-8 buah butik aku emel. Harammm!! Sorang pon takde nak reply. Yang aku hairannya, kat page facebook siap tulis, 

"Any inquiries please do not hesitate to PM or email us at blaaa...blaaaa...blaaaa...."

BOLEH BLAH! Butik agak ternama. Kalau aku sebut, korang mesti kenal punyalah! Malas aku nak mention butik diorang dalam blog ni. Kang femes tak tentu pasal pulak. Terus aku unlike fanpage diorang. Nak meniaga buat cara nak meniaga. Aku serious kot nak tempah baju kat dorangggg... Iskkk!!




Disebabkan itu, mungkin aku akan tempah pada orang biasa-biasa sahaja. Walaupun Emak aku jugak seorang tailor, tapi aku taknak bebankan beliau dengan kerenah aku yang macam-macam ni. Dengar kata orang kalau nak tempah baju nikah cuba-cubalah bawak diri tu ke Medan Mara berhampiran dengan Pertama Kompleks dan SOGO. Orang kata lagi butik-butik pengantin pon selalunya akan hantar ke tailor situ jugak. Maka dengan itu, adalah lebih baik kalau aku terus ke tailornya tanpa melalui orang tengah. Tengoklah dalam hujung minggu ni aku rasa nak pergi menyervey kat situ. Nanti aku share dalam entry lain pulak ok.


So, bila dah meng-google, ramai B2B kata suruh bawak design yang diminati. Kalau tidak, tengok pada design tailor yang sedia ada je la. Emak cakap, kalau taknak membazirkan kain lace, buatlah macam jubah. Aku suka design jenis dress atau ala-ala maxi. Tapi taknak ketat sampai nampak tulang belulang. Hahaha :D Biar kain tu kembang payung. Hmmm, sebenarnya aku sendiri masih tak nampak bayangan lagi potongan yang macam mana sesuai dengan bentuk badan aku. 


Moh ler kita terjah satu persatu........


# Dress macam ni aku minat. Simple but very nice. Tapi macam tak guna sangat lace. Mungkin tailor tu ada idea mereka sendiri mana nak bubuh lace aku nanti. Takpe, kita bawak je gambar design ni kat tailor nanti. 



# Yang ni pon aku sukaaa!! Tapi design ni sesuai untuk untuk mereka yang tinggi dan langsing. Nak kene tunggu aku kurus sikit baru boleh buat design macam ni. Fabrik kain pon aku rasa jenis chiffon. Tak pasti lah kalau kain satin sesuai atau tak. Nexttt!!



# Ni satu lagi design yang menarik perhatian aku. Ohhh, sangat cantik! Full of beadings. Tapi masalah yang sama jugak, mana nak letak kain lace tu nanti? 



# Yang ini kita panggil jubah kaftan. Pon cantik jugak kalau dibuat baju nikah. Aduhaiii... aku tak boleh bayang pandai ke tak tailor yang bakal aku ketemui nanti design baju untuk aku. Hmmm....



# Ini last design yang menarik minat mata aku untuk memandang. Ohhh... kembang ala-ala princess gitu. Yang ni boleh ditambah lace pada bahagian badan. Kain meleret atas lantai ni maknanya aku tak boleh la nak guna pakai semula. Kot la kalau nak pergi mana-mana function macam dinner ke... Emak cakap, nanti habis disapu dek tahi ayam. 


Hmmm.... Pening kepala fikir baju perempuan ni. Kalau baju untuk lelaki senang sangat! Baju melayu sudah! Kalau nak nampak advance sikit pakai ala-ala coat. Pon senang dan tak memening kepala. Bajet aku untuk tempah baju nikah ni adalah bawah RM300. Kalau dapat yang cantik dan murah, memang tailor itulah yang aku pilih. Warna kain satin yang aku dapat masa hantaran hari tu sebijik macam gambar kat bawah ni. Kalau buat design macam ni pon cun jugak. Hahahaha :D




Aku tak tahulah sebenarnye kalau kena hantar kain berapa bulan sebelum majlis. Tapi kalau hantar sekarang, takut nanti badan aku tiba-tiba makin naik entah macam mana pulak. Kalau makin kurus takpe pulak. Tak menjadi masalah. Kena control makan lepas ni Ezmaaa!! 


Girls, korang ada idea tak mana nak cari tailor yang boleh dapat harga murah dan design cantik? Setakat yang aku tahu sekarang ni cuma Medan Mara sahaja la. Kalau boleh nak area Lembah Klang je. Kang kalau korang bagi idea nun jauh kat Utagha, bila masa pulak aku nak belayar ke sana. Please.... i need an idea. 


Thanks for reading this entry :)

34 comments:

  1. Ezma patut cuba satu baju persalinan kahwin berkonsep Jubah :D

    *teringat adik sendiri kahwin, mak yg buatkan baju :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak gayanya memang kene cube dulu la kan? baru kite nampak rupanya pada badan kita kan?

      eh, adik KH dah kawen? KH bile pulak? :P

      Delete
    2. Nice Info! Desainnya bagus-bagus.

      Sekalian aku mau share. Mungkin ada yang membutuhkan.

      MENGEMBALIKAN KEPERAWANAN DENGAN TEKNIK SULAP

      Sekedar info. Sekarang ini banyak cara untuk mengembalikan keperawanan. Yang sedang populer adalah, mengembalikan keperawanan dengan metode sulap. Dengan metode ini, seorang perempuan yang selaput darahnya sudah rusak/robek karena berbagai hal, bisa "kembali" perawan.

      Kalau yang membutuhkan info ini, bisa kunjungi situs/website yang menyediakan layanan tersebut.
      Untuk mengunjungi websitenya silahkan klik di sini : KLIK DI SINI

      atau bisa langsung kunjungi:
      http://rba-consultant.blogspot.com

      atau langsung ke:
      http://rba-consultant.blogspot.com/2013/01/tentang-premarital-consultant.html

      ----

      Delete
  2. boleh cuba try test baju konsep jubah. skrg dh trend. tak jadi masalah rasanya nak dapatkan kat butik2 pengantin. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..masalahnye kite ni jenis pemalu... lepas tu mesti tak sampai hati nak masuk butik pengantin.. sbb bila dah masuk mesti kene 'beli' sesuatu.. tak sampai hati nak tinggalkan mcm tu aje... tp kite mmg tahu yg kite ade hak.. :)

      Delete
    2. Btul tu...dah try mesti dorg igat kte kompem nk bli... Tp yg pertame ngan kedua tu cantek... Simple je...

      Delete
    3. kannnn?? lepas tu nanti bila keluar dari butik tanpa sebarang kata putus, mula lah mereka buat muka masam mencuka.. aduhhh.... susah hati la...hahha :D

      Delete
  3. sis cuba usha kat sini..
    http://www.facebook.com/kamigilafesyen?ref=ts&fref=ts
    and kat sini..
    http://www.facebook.com/minaz.com.my?ref=ts&fref=ts

    ReplyDelete
    Replies
    1. yunk, salah satu link yg awak bagi tu la kite emel dorg tak reply2... malas dah nak bukak... dah kecik hati... :( tapi baju mereka mmg cantik....anyway, thank you for the idea yunk :)

      Delete
    2. la yeke..kita pun kadg2 fed up jugak lau jenis yg ckp pm price tapi xreply2..huhuhu....sis pakai apa pun ttp cumel...

      Delete
    3. hehe.. jadi, disebabkan itu, lebih baik kita pergi sendiri ke kedai jahit tu terus tanpa perlu emel2..hahaha :D

      Delete
  4. ala-ala jubah maxi adalah sangat lawa.skang ni pun ramai yg buat design mcm tu.eh..btw,ezma boleh try g kat ejashahril.com.kalo kat fb,just search,eja shahril.kawan akak ni.dia memang akan reply.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis, thank you for the suggestion!! hehehe :D tapi dia amik tempahan tak sis? atau hanya jual baju saja? :)

      Delete
  5. biase la pompuan..mmg cerewet sket bab baju2 kawen ni..macam kak sha jugak la..haha..tgh gigih kuruskan sikit bdn ni..baru nak g tempah baju..takpe..ade banyak lagi masa..ewahh..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ezma pon sama ni kak sha...sedang ingin kuruskan badan..hehehe :D takpe, insyaAllah..sempatt..mcm2 produk ade jual skrg ni..hehehe :D

      Delete
  6. Replies
    1. mmg cantik...simple je kan... tapi nnt kite tak tahu mcm mane dgn lace dia... :)

      Delete
  7. dik, kak jiha rasa kalo ezma pakai apa2 pon tetap cantik. sebab kak jiha dah lama baca blog ezma. cume nak komen takda akaun gmail. hahaaha...

    kak jiha nampak ezma boleh pakai ape jugak jenis baju sebab awak memang dah cantik. bersyukur ezma dikurniakan rupa dan kulit yg cantik bersih. kiranya tak byk maintenance mcm kak jiha ni. hahha :D

    kak jiha salute dgn ezma sbb memilih konsep pakaian yg sopan. akak boleh nampak masa majlis tunang ezma lagi. sopannn sgt... siap pakai handsock lagi... kalau majlis org lain, kak jiha tgk baju mereka macam nak kahwin.. siap pakai baju pengantin... ishh, tak berkenan kak jiha...

    apa pon, teruskan update blog. kak jiha pembaca setia blog ezma walaupon tak tahu nak komen mcm mana. rupanya, kawan2 ofis kak jiha pon pembaca blog ezma.. mmg tergelak kami ramai2 masa tu sbb bukak blog yg sama masa tu...

    best of luck ok ezma yg comellll loteyyy!! kak jiha geram dgn pipi tuuuu.... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. allahu rabbi... terima kasih kak jihaaa... terharunya dapat komen mcm ni... kak jihaaa, sebenarnya kita ni biasaaaa sgttt...jgn terlalu memuji.. takut riak nnt.

      maka dgn itu, ezma akan rajin update blog demi silent reader mcm kak jiha ni...hehehe :D

      Delete
  8. Paling berkenan dengan dress yang mula-mula tu, simple but nice! =')

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgttt simple...and i also agree with you... that's why i put at the top..hehehe :D

      Delete
  9. biasalah...bila dh bertunang..mesti nk kawen..so,mesti kena excited..and preparations should be carefully..hihi..best tau nk kawen...hihi..
    salam kenal dr citrus...www.garapankenangan.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai citrus... :D betul laa..skrg ni persiapan nak kahwin bukan mudah mcm org dulu2.. semuanya susah..dan semuanya duitttt... :D

      Delete
  10. cantiknya dress first pink tu..sweet sgt....agk2 mmg thn ni la kan awk naik pelamin...smg dipermudahkan urusan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah... tahun 2013 jugak..nnt kalo nak sampai masanya kite jemput awak ye..mesti dtg taw!! :)

      Delete
  11. ezma klau nk tmph bj mlayu kn aku tau 1 tmpt... jahitan dye mmg kemas.... klau bj pompuan nnt aku tnye de sowng kakak ni... aku slalu tmph bj kurung siap manik kt dye... jahitan manik dye cntk n kemas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa..kat mane?? mcm best je ni..nnt habaq mai nohh..tak sabaq nak tahuuu....cepat taw..kang takot terhantar ke kedai jahit lain dah... :)

      Delete
  12. ezma xsabar nk tgk entry nikah nti...hee..even da ber'dua' nti..jgn lupa update blog yaa..suma bju kat ats 2 cntik2...sesuaije suma..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak oii..jgn tggu entry nikah..mmg lama lagi nak tggu kalau mcm tu... hahhaha :D tapi insyaAllah... tahun ni jugak :)

      Delete
  13. long dress..tangan cekak letak butang balut 5biji tak pun tangan tu kecik tp letak jugak butang balut 5biji..design ala2 baju putih gambar pertama tu..cantik..simple je

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh...kalau buat style mcm tu mmg cantikkk!! :) ade jugak terfikir..tp kain tak cukup..nak beli kain lg ni yg payah sikit nie...

      Delete
  14. follow my blog gourgeousblogofzieyrazailani.blogspot.com lawanya design baju pengantin..

    ReplyDelete
  15. Gambar pertama tu salah satu koleksi Gaun pengantin yang saya ada dulu. SOLD already.

    Sebagai orang yang menjual baju pengantin, eloklah sy kongsikan beberapa tips untuk pilih design baju ni ;
    1) Pilih kain yg sesuai . Lagi elok kalau pilih design dulu kemudian tanya tukang jahit, kena beli kain apa untuk buat baju mcm ni.
    2) Bajet.
    3) Keselesaan.

    Regards,
    Pn Siti
    http://hannahbridal.com.my

    ReplyDelete
  16. Aslmlkum... sis jubah kaftan yg clour purple 2 brp harganya....?

    ReplyDelete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?