Assalamualaikum and Hello my lovely readers.
Dah setel baca entry sebelum-sebelum ni? Okay, let's move on the next entry which is my solemnization part. Majlis akad nikah diadakan pada waktu lepas solat Isyak di Masjid Nurul Hidayah, Kg Pandan Dalam. Jam 9.15 malam aku mula gerak dari rumah kerana rumah dengan masjid aku hanya sejarak 5 minit. Masa ni lebih seminggu jugak aku tidak bertemu dengan Faiz. Aku dengan dia hanya bermesej di WhatsApp. Segala persiapan aku dan dia sudahpun aku uruskan sebelum tu lagi. Masa tiba di masjid, aku masih duduk dalam kereta. Tapi terintai-intai jugak bakal suami sebab aku dah nampak keluarganya yang sudah tiba di perkarangan masjid. Aku cuba intai dari celah tingkap kereta. "Argh, mana pulak bakal suami aku menyorok ni?". Masa ni jantung aku dah start berdegup laju. Laju gila macam baru lepas berlari marathon.
Apabila semua barang hantaran sudah siap dipersembahkan, aku diarahkan oleh Emak untuk masuk ke dalam dewan masjid. Masa ni lagi lah jantung aku rasa macam nak terkeluar dari landasannya. Semua orang dah ada dalam dewan nikah masjid. Aku pulak dah la jenis pemalu kalau semua mata pandang aku. Hik3 =D Tapi aku banyakkan berselawat sebab itu je cara aku nak hilangkan rasa gugup. Dannn, masa inilah aku nampak bakal suami aku berada di depan mata dan sedang duduk di atas tilam nikah. Ya Allah, cantiknya awak berbaju melayu. =')
Jurunikah Masjid Nurul Hidayah : Ustaz Wan Erman bin Wan Emran
Sebelum upacara akad nikah dijalankan, jurunikah beri sedikit khutbah nikah untuk hadirin yang hadir. Muda lagi jurunikah kami ni. Mula-mula aku ingat, mesti tok kadi yang dah berusia yang akan menikahkan kami. Suasana dalam masjid ketika itu agak riuh dengan lawak jenaka jurunikah tersebut. Tak sangka pandai dia berjenaka bagi menghilangkan rasa gugup di dada. Gitewww... Tapi memang kelakar lah ustaz ni. Dia siap tanya soalan yang paling aku nak sangat jawab.
Jurunikah : Cik Ezmaliza, boleh saya bertanya satu soalan yang sangat-sangat mencabar? Setakat yang saya nikahkan orang sebelum ini, belum pernah lagi mereka gagal menjawab soalan saya. Boleh ke?
Haih, masa ni aku lagi lah gementar. Soalan apa pulak tok kadi ni nak tanya? Dalam kepala aku berlegar-legar memikirkan soalan yang mungkin ditanya. Adakah dia nak tanya bacaan doa qunut. Atau bacaan sujud sejadah ke? Ke dia nak tanya aku mana aku kenal bakal suami aku? Dengan selamba berlagak tenang, aku menjawab, "Ya InsyaAllah saya cuba jawab".
Jurunikah : Alhamdulillah, jawab elok-elok ye. Jadi, soalan saya adalah.... Adakah lelaki di depan saya ini yang ingin awak kahwini?
Haaaaaa..... masa ni lah air mata aku dah start jatuh berjurai-jurai. Manakan tidak, otak aku tengah ligat berfikir soalan yang maha mencabar dan mungkin aku sendiri boleh lupa kalau ustaz tu tanya aku bacaan tahiyat akhir ke. Sekali dia tanya aku soalan yang amat mudah dan kemudian aku cuba untuk ukirkan senyuman dan semestinya aku menjawab, "YAAA!!"
Abah mertua saya yang berbaju coklat tu. Faiz dan Abahnya memang saling tak tumpah wajahnya.
Upacara akad nikah di jalankan. Sewaktu jurunikah menggenggam tangan Faiz, badan aku mula rasa seram sejuk. Aku lihat Faiz kelihatan tenang dan bersahaja. Aku cuba ambil mood dari dia. Dah kenapa pulak aku nak kene resah gelisah. Tapi masa ni air mata dah asyik nak gugur saja. Mekap mata pon sedikit rosak sebab aku asyik mengelap air mata. Aku tahu keadaan di sekeliling mulai senyap kerana hendak mendengar lafaz akad nikah oleh Faiz.
Sebelum kahwin dulu, masa dalam kereta nak menuju ke butik pengantin, Faiz selalu jugak cuba hafal akad nikah tersebut depan aku. Lepas tu dia sendiri angguk kepala cakap, "Sah!! Sah!!". Lepas tu dia main-main, siapa yang cakap tak sah, dia nak tunjuk penumbuk kecil dia. Hahahaha =D Aku pulak, kalau boleh mahukan dia lafaz sekali sahaja dalam keadaan tenang dan kuat suaranya.
Jurunikah: Ahmad Faiz Mustaqim bin Mohd Noor?
Faiz : Saya!
Jurunikah : Aku nikahkan dikau dengan Ezmaliza binti Embok Zrik dengan berwakil walikan bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai.
Faiz : Aku terima nikah Ezmaliza binti Embok Zrik dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai......
Alhamdulillah, tepat jam 10 malam aku sah menjadi isteri kepada Ahmad Faiz Mustaqim dengan sekali lafaz. Air mata aku tak henti-henti mengalir. Hingus jangan cakap lah. Habis tisu bertukar ganti si Awin bagi padaku (bertudung ungu). Pantang aku bila menangis, mata aku mesti akan sembap sikit. Kemudian lafaz taklik oleh suami di bacakan. Semua orang mendengar dengan kusyuk tetapi tidak aku. Aku dapat dengar antara jelas dengan tidak. Ye laaa.. itu jugaklah aku nak kesat air mata dan hingus segala bagai. Waktu itu, aku rasa bersyukur yang amat kerana kini Faiz adalah suamiku yang sah.
Saat lafaz taklik dibacakan.
Faiz menurunkan tanda tangan di borang lafaz taklik.
Aku rasa lega yang amat. Terima kasih ya Allah.
Bacaan doa selesai upacara nikah.
Solat sunat nikah dan sujud syukur.
Upacara pembatalan air sembahyang. Masa Faiz hulurkan mas kahwin ni, dia sempat cakap, "Ni duit mas kahwin dari Abang untuk Sayang. Sayang gunalah untuk apa-apa sebab Abang tak boleh ambil duit ni". Masa ni aku macam malu pulak nak pandang mata dia. Padahal selama ni aku selalunya main lawan mata dengan dia. Alahhh, mengada-ngadanya aku! =P
Menyarungkan gelang emas. Tangan aku dah sejuk beku dah waktu ni. Aku seganlah orang pandang-pandang. Boleh pulak photographer suruh bonda-bonda duduk depan kami berdua. Lagilah segan aku dibuatnya. Cepatlah habisss oiii....
Wanginya tangan awak Sayang. Bapa botol perfume awak bubuh niiiieeee? =P
Cium lama sikit tangan tu. Ramai nak amik gambar ni..... Ouh, okay!
I feel so comfort now! =) Thank you Allah.
Parents! Emak dan Ayah serta ibubapa mertuaku. Me called them as Ma and Abah too.
Big family of Faiz. Ini pun masih belum cukup kuotanya lagi.
My small family. Sedara mara datang kenduri esok.
Thank you Ayah dan Emak kerana membesarkan Kakak sampai 'besar' macam ni. Hehe =') Tanpa kalian, kakak takkan berada di sini hari ini. Thanks for all your support and doa. Much love Emak and Ayah.
All my besties yang sudi hadir. Thanks for coming friends. I really love you so much.
But I love my husband more. Hehehe =D
Officially as a husband and wife. I love you so much, Faiz.
Meh sini nak cium sikit awak ni. =P
Alhamdulillah! Legaaa.... Majlis yang amat penting ini selesai dan berjalan lancar atas keredhaanNya. Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku seorang lelaki yang bergelar suami ini. PemberianMu ini cukup besar rahmat padaku dan aku janji aku akan patuh akan suamiku. Aku berdoa agar jodoh aku dengan Faiz kekal berpanjangan sehingga ke syurga kelak. Aku sedar walaupun sudah berkahwin, jodoh kita dengan suami perlu di jaga dan tetap perlu berdoa agar kekal sampai bila-bila. Aku mahu lahirkan zuriat yang banyak-banyak untuk suamiku. Semoga rezeki kami tiba awal. Aminnn =')
onie plak yang sebakkkkkkkk, ni yang nak kawen gak ni,hikkkk....tapikan ezma,kita macam tak bersedia lagilahhhh,hee
ReplyDeletejom la kawen onieeee... ready or not tu akan happen lepas kawen nnt..
Deleteezma....senyum akak membaca kisah kamu nie...comey je...malu2 tapi mahu ye
ReplyDeletetahniah tahniah tahniah
kita boleh bayangkan wajah kak shida senyum ceneee..hahaha =D terima kasih kak shida.. akak byk bg sumber inspirasi... =)
Deletecongrates.. suka baca.. amik berkat ni.. hahaha.. tak abis2 berkat.. kekeke
ReplyDeletethank u dear.. eh, takpelaaa.. berkat kot2 lepas ni turn dia pulak.. hehhehe =D
DeleteCOMEL AYAH FAIZ! :)
ReplyDeleteahhahaha.. komen ni paling comel dan lucu! comel kan ayah mertua kitaaaa?? =D kite suka bila abah kita senyummmm =))
Deleteezma sayang. happy for you;)
ReplyDeletesemoga sentiasa bahagia hingga ke syurga :)
terima kasih wanieee... amin ya rabbal alaminnn ;)
Deletealhamdulillah..semuanya dipermudahkan..semoga menjadi suami isteri yang sentiasa diredhai Allah hendaknya..
ReplyDeletep/s :: comel!
alhamdulillah.. terima kasih kak shaaa... insyaAllah kita akan menjadi isteri yg diredhaiNya dan diredhai suami.. ;)
Deletetak sabar plak rasanya nak kahwin.haha
ReplyDeletesila lah berkahwin. hahaha
DeleteSalam. saya membe faiz masa kt UiTM, satu course n penah satu kelas. hehe.
ReplyDeletetahniah2. faiz ne baik orangnya n awak pun cantik sgt.
semoga kekal smpai syurga. :D
terima kasih member faiz. ;) alhamdulillah, saya tidak silap pilih org.. ye, saya kenal suami saya dah 6 tahun... hehe
DeleteAlhamdulillah.. officially kan akak..hehe! sebak kot baca.huhu.. bdw, akak comel sgt! semoga kekal bhgia till jannah..diberkati hidup dunia akhirat. :)
ReplyDeletealhamdulillah, terima kasih syg! :) insyaAllah amin ya rabbal alaminnn ;)
Deletebestnya...ezma,muka ezma dgn faiz sama lah...hihi.
ReplyDeletehehe.. lepas ni kak siti pulak kawen.. yeayyy!!
Deletehaha.. kak siti adalah org ke bape ribu dah cakap cmtuuu....
So nice lah. Selamat Pengantin Baru! ;)
ReplyDeletehehe.. terima kasih iqlimaaa atas ucapannya tuuu :)
DeleteSo nice lah. Selamat Pengantin Baru! ;)
ReplyDeleteWaaaaa lama gila tak menjenguk blog ezmaliza..
ReplyDeleteI x dapat pon pergi wedding u, coz ada hal yg tak dpt dielakkan..
terlampau banyak wedding nak attend..
btw, congrats! u nampak lawa & berseri2..
moga jodoh hingga ke Jannah amin ya rabb..
hahaha.. :D tu laaa.. your blog pon dah lama i tak jenguk! :(
Deleteanyway, thank u maryaaa.. lepas ni giliran marya pulak kannn :D
insyaAllah........
rasa sebak juga bila baca entry ni...
ReplyDeleteinsyaallah kekal bahagia sampai ke syurga ezma dan faiz
terima kasih cik gk atas doanyaaa... jgn sesebak laaaa.. nnt nanges kangggg!
Deletetahniah ezma.. alhamdulillah syukur dilancarkan segalanya.. saya betul2 minta maaf kerana tak dpt menjadi saksi detik bersejarah awak dan suami... in sha ALLAH ada rezeki saya berziarah kalian nanti ye :)
ReplyDeleteterima kasih hazwaniii :) it's okay dear.. insyaAllah ada rezeki kita berjumpa yeee.... kita masih stay kat ampang.. insyaAllah bulan depan pindah rumah baru kat bukit jalil.. :)
Deleteselamat pengantin baru izma..
ReplyDeleteni buat tak sabar nak kwen ni.. hihihii :p
terima kasih rina ellisaaa...
Deletehahaha :D lepas ni turn rina plak kannn.. :D kite mmg saje nak bg awak tak sabar nak kawen. hahahaha =D
eh, saya takde akaun gmail la ezma. tp sy tak tahu pulak boleh komen sebagai anonymous. ezma, awak memang cantik. akak dari dulu adore gila dengan awak tahu. walaupun awak xkenal akak, tapi akak kenal sgt dgn awak.
ReplyDeletedari awak belum kahwin smpi dah kawen mcm ni pon akak tetap adore sgt2. your face dari tetap maintain cun gila. subhanallah. ape pon, selamat pengantin baru ezma. akak doakan ezma selamat dunia akhirat. semoga tiada seseiapa yg mendengki dgn awak sebab akak dapat rasakan betapa tulusnya hati awak bila menulis di blog. akak ternanti2 setiap hari kalau bukak blog awak kot2 kalo ade update.
doakan kak jiha pulak ye lepas ni. kak jiha pon agak berusia tapi masih belum ade calon utk dibuat suami. akak teringin sgt nak jumpa awak ezma. ezma tinggal kat kl kan? kak jiha yakin, kalo dalam blog pon nampak cantik sgt..kalo kat luar mesti awak ni cantik gilaaaaa!! kak jiha takot pengsan je nanti bile jumpa awak. over sgt kan akak jiha ni.. hahaha..
eh, suami awak hensemnya! kalo kak jiha jumpa dulu sebelum awak, mesti akak dah buat laki. hehe..gurau je dik. akak ni xcntik mcm ezma nak di buat laki dek faiz tu. heheehe :D tak sabar nak bace next update!
pjg berjela da komen akak ni. akak dah ober excited sebenarnye.. :D
ya allah.. kite terharu baca komen kak jiha.. dari dulu akak komen.. tp kite tak sure sape kak jiha ni.. anyway, kak.. kita ni manusia biasa je. kalo akak jumpa kita, mesti akak terkejut.. hahaha :D
Deleteape pon, terima kasih kak.. ada fb x? add la kite.. Ezmaliza Ezrik...
insyaAllah..lepas ni kita cuba rajinkan diri untuk update blog ye. hehe :D takot makin malas pulak lepas nie.. haahhahaa