~you are my bestest buddies~

|| Faeizma Wedding || Sesi Berinai & Majlis Khatam Al-Quran serta Tahlil Arwah

 Assalamualaikum and hello my lovely readers.

Syukur Alhamdulillah kali ini aku update blog bukan lagi sebagai gadis bujang tetapi sebagai isteri seseorang. Dua minggu ke'busy'an melanda dari sebelum dan selepas nikah, baru sekarang ada masa nak update blog. Nanti korang pon macam tu jugak. Takkan malam ni nikah, tup-tup esok pagi update blog. Express bonaaa tuu... Kih3 =D Akan ada banyak episod 'Faeizma Wedding' ni. InsyaAllah aku cuba kongsi dan sampaikan satu persatu cerita dan mungkin tips untuk penjimatan terhebat buat bakal pengantin di luar sana. 


|| BERINAI ||

Di sebabkan aku tak suka tengok duit mengalir macam air terjun yang deras, aku lebih suka sesuatu yang lebih murah, jimat dan berbaloi. Dan seperti biasa, aku juga macam gegadis lain yang ingin kelihatan seperti pengantin yang memakai inai. Nak buat inai di jari Emak aku pon tahu nak pakaikan. Tapi disebabkan aku nak jugak ada inai yang berukir di tangan, aku cubalah menyervey harga aci-aci yang buat inai di Jalan TAR. Pehhh, ada yang mahal gila sampai beratus-ratus. Ko letak emas ke dalam inai tu nyah oii? So, I decided to choose Aunty Hema (016-377 8992) untuk buatkan inai aku. Dia duduk bersidai tepi Mydin je. Hehehe =D Pakej yang dia tawarkan RM70 untuk inai kaki dan tangan. Harga berbeza kalau nak suruh dia datang ke rumah pulak. So, aku buat dekat situ jugak dengan bertemankan oleh Angah. Aunty Hema ada pesan suruh pakai legging dan jangan pakai jeans kalau nak datang buat inai. Legging? No way! Baju kurung is better. 







Mula-mula dia buatkan kaki aku dulu. Katanya lebih cepat kering. Selamba je dia suruh aku letak kaki atas peha dia. Patik ini orangnya beradat. Tak sampai hati patik nak letak kaki atas peha orang lain. Macam kurang hajaaarrr pule rasenyeee... T__T  Dia kata ini sudah kerja dia. Sob3 =( Macam tu la orang nak cari rezeki... Aku perhatikan laju dan cukup mahir dia buat melukis atas kaki aku. Pesen aku pulak sukakan inai yang merah kehitaman dan lukisan inai yang haluuuusssss amat. 






Aku dah kaji dalam e-fatwa di internet tentang hukum pemakaian inai lukis ni. Hukumnya harus jika tidak bertentangan dengan agama dan akan jatuh kepada haram sekiranya corak inai bermotifkan haiwan. Manakala untuk lelaki pula, diharuskan memakai inai pada sebilangan jari bagi menandakan anda adalah pengantin. Correct me if I am wrong. Ini apa yang aku baca dalam e-fatwa. Boleh rujuk SINI. By the way, seeloknya pakai inai 1-2 hari sebelum nikah. Bukan apa, takut inai hilang kepekatan warnanya. Tapi inai yang aku pakai ni mampu bertahan lebih 1 minggu. 




|| MAJLIS KHATAM AL-QURAN, DOA SELAMAT DAN TAHLIL ARWAH ||


Pada siang harinya dah selesai berinai. Malam harinya iaitu Khamis 16 Mei 2013 diadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil Arwah serta Doa Selamat di teratak ibubapaku sendiri. Bila masuk waktu malam je, mulalah aku nak batuk-batuk. Maklumlah, aku di duga dengan macam-macam keadaan sebelum hendak bernikah. Aku mengalami tonsil, kemudian dapat pulak alergik antibiotik, lepas tu batuk dan demam panas tak reti nak sembuh. Tapi aku gagahkan juga. Mungkin ini penghapus dosa-dosa kecilku. 




Malam tu aku mengenakan jubah putih milik adik ipar, Susie dan shawls Sumaiyah tajaan ShawlsAyuCinta. Sepatutnya shawl grey itu aku pakai sewaktu Majlis Bertandang, akan tetapi warnanya tidak sama pulak dengan dress aku. T__T Masa ni, suhu badan dah start menaik. Muka dan start panas kemerahan tapi aku cuba buat rilex jerk! Tak nak ahh nampak lembik sangat. Konon nak control cun lettew....









Majlis dikendalikan oleh Kumpulan Marhaban Nurul Iman, Kg Pandan. Semua berbaju uniform pink you olls


Why so serious Ezma? =,= Aku demam la woi.





Bermulah Majlis Khatam Al-Quran oleh aku dan diikuti oleh hadirin yang lain. Alhamdulillah, bacaan aku masih lancar walaupun kadang-kadang terselit sedikit bunyi-bunyi batuk yang tak berapa nak merdu. T__T Dari surah Dhuha hingga ke surah An-Nass aku baca satu persatu hasil didikan guruku, Cik Arah yang duduk di atas sofa itu. Alhamdulillahhh... sejak aku berumur 8 tahun hinggalah sekarang sudah berkahwin pon dia masih ingat aku sebagai anak muridnya.







Sewaktu bacaan tahlil pula, mulalah aku rasa sebak mengingatkan arwah adik, Ezam yang baru sahaja meninggalkan kami pada bulan Januari hari tu. Aku dah janji tak mahu menangis lagi, tetapi makcik yang duduk disebelah kiri aku bertanyakan akan hal itu. Mahu tak mahu, aku bercerita sambil berjurai air mata kerana rindukan adik Ezam. Al-Fatihah buat Allahyarham Ezam. ='( Tahlik arwah ini kami tujukan buat arwah adik, arwah atok dan nenek dan semua umat Islam yang telah pergi dahulu dari kami. 


Alhamdulillah, rumah kami kecil sahaja. Harap selesa buat tetamu yang hadir.
Terima kasih Kumpulan Marhaban Nurul Iman.







Juadah kami malam itu adalah dari Nasi Lemak Saleha Kg Pandan Dalam. Seriously memang sedap! Korang boleh cuba nasi lemak dia di Kg Pandan Dalam. Mereka beroperasi dari jam 5 pagi hingga 11 malam. Pehh, boleh sahur sekali la kiranya tu. Majlis kami berakhir lebih kurang jam 11 malam. Setel je majlis, aku terus membongkang tidur. Pening gila kepala aku. Suhu badan makin tinggi. Aku telan panadol, ambil kain basah letak kat dahi then bukak air-cond then bantai tidur sampai pagi. Zzzzz!!





p/s: next entry, entry nikah.
pening kepala nak pilih gambar.
=,="

16 comments:

  1. tak sabar nak tunggu entri nikah.cepat skit update ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah update. sila baca. maaf lmbt reply. hahaha =D

      Delete
  2. 'meyervey' yg takleh tahan tu.hehe. by the way, congratulation kak ezma. tak sabar nak tunggu next entry. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. should be 'menyervey'.. hahaha :D thank u miraa... next entry kita dah update! :)

      Delete
  3. tahniah dah selamat jadi bini orang tak sabar nak baca entry seterusnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik milaaa... next entry kita dah update dahhh :D hahaha

      Delete
  4. tahniah dear. sorry sbb x dtg wedding.. ada camping time tu.... :( sorry.. pape pn, all the best, and jadilah wanita tabah dan kuat... challenges lepas ni lagi kuat arusnya dari time bujang.. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atie... it's okay babe. dah lepas dah pon. nanti ko kawen, jemput aku okay.. :D insyaAllah akan aku harungi semua cabaran yg berliku tersebut. =)

      Delete
  5. alhamdulillah.. kalau pasal inai tu yang Aida baca ustaz kata kalau pakai yang bercorak kat tangan tak boleh sampai ke bahagian lengan. maksudnya tak melebihi pergelangan tangan, dan lelaki pulak memang tak boleh pakai sebab dikira menyerupai wania. tapi akalu sebab untuk mengubati tu dibolehkan lah. wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh, yeke.. kite baca lelaki boleh pakai inai di sebilangan jari bg menandakan dia adalah pengantin. cube klik link yg kite share kat entry ni.. :(

      ape pon, thanks for the info dear.. :)

      Delete
  6. Tahniah Ezma. maaf tak daapat datang. wuu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih yuyu.. it's okay... no biggie =D

      Delete
  7. sabar menunggu entri yg seterusnye..demam2 pun menten cun adik kak sha ni..hehehe..

    al-fatihah untuk arwah ezam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tu kene cover lebih la kak sha.. sbb tu nampak mcm tak demma.. hahahahaha

      Delete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?