~you are my bestest buddies~

|| Faeizma Wedding || De Hantaran

Assalamualaikum and hello my lovely readers.

Kalau semalam aku janji nak update entry pasal nikah. I think, I have to hold first sebab berpinau bijik mata nak pilih gambar. Kang berjela sampai ke sudah tak habis scroll kang cemana. Jadi, aku update dulu pasal hantaran. Hantaran ini adalah hadiah daripada pihak A kepada pihak B. Selalunya hantaran diberi dalam jumlah ganjil dan pihak lelaki akan menerima hantaran lebih banyak berbanding pihak perempuan. Ahh, adatlah semua ni. Disebabkan masa bertunang dulu, hantaran aku dan Faiz adalah sebanyak 5 dulang berbalas 7 dulang jadi sewaktu hendak bernikah kami sepakat hendak buat 9 dulang berbalas 11 dulang. Pehh, pengsan aku nak perah otak fikir nak beri apa kat orang lelaki nih. Let's go one by one. 


|| HANTARAN DARI EZMA KEPADA FAIZ ||


Ini adalah hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki. Aku mengenakan tema biru turquoise dan purple. Untuk lebih jimat, aku buat sendiri hiasan bunga hantaran dengan menggunkan crepe paper. Seriously jimat gila nak mati laaa sebab kos sangat murah. Less than RM 7 aku boleh buat 200 kuntum bunga. Tapi yang mahalnya adalah sentimental value yang aku bubuh sewaktu menggentel bunga crepe ni. Mane tidaknya, berminggu-minggu lamanya aku ambil masa nak siapkan bunga crepe ni. Naik kematu muntut aku duduk lama-lama buat bunga crepe ni. Kalau sampai waktu rajin, banyaklah hasilnya. Bila malas, mahu dekat sebulan aku tinggalkan. Tapi aku dah start buat bunga crepe ni dari bulan Januari lagi sebelum arwah Ezam meninggal. 


 Hantaran dari pihak aku sudah tiba di masjid.


Kasut dari Polo Haus ni beli kat Sogo je. Payah nak carik kasut lelaki. Last sekali, Faiz pilih sendiri.  


HTC Desire X. Comel gila handphone ni. Tapi Faiz suka. =') 

Kemeja T. Kemeja lelaki pon lagi mahal dari kemeja orang pompuan. T__T Pink uolls! Faiz tak kesah! 


Pavlova ni aku tempah dari Cha Chocolate Cupcake. Aku sendiri pon tak pernah rasa pavlova. Tapi dah bagi suami sebagai hantaran. Sayang, sedap ke pavlova ni? Sampai hati tak simpankan sikit untuk kiteee... =P


Jam tangan. Yang ni Faiz beli sendiri. Sebab aku tak pandai pilih jam tangan orang laki. T_T


Al-Quran dan terjemahan. Masa aku beli Quran ni, Faiz cakap dia nak Quran yang siap ada tajwid dan translate-nya. Senang nak merujuk katanya. Good! 


Sejadah ni Emak beli dari Mekah. Emak cakap dia simpankan beberapa helai sejadah Mekah untuk bakal-bakal menantunya iaitu Faiz dan adik ipar aku Susie. Love you, Emak! 


Loreal Man Expert dan Kenzo Perfume. Aku dan Faiz sama-sama tidak gemarkan pakej produk yang siap berbalut dalam bakul yang dah siap berbungkus tu. Yang mahalnya bila dah siap berbalut dengan plastik je. Baik beli satu-satu dan hias sendiri!


Sireh junjung. Dari daun sireh, bunga segar, pinang, kapur dan gambir semuanya aku dan Angah beli di Jalan TAR sehari sebelum nikah. TIPS: Untuk kekalkan kesegaran fresh flowers sebelum dihias menjadi sireh junjung, rendamkan batang bunga dalam baldi berisi air dan letakkan dalam bilik air rumah. Dan gunakan span basah sewaktu menghias sireh junjung.


Wallet, belt, card holder and buckle from Playboy. Ini pun beli kat Sogo. Beli sewaktu ada promosi la woi. Kalau beli time takde promosi, gigit jarilah aku. 


And last but not least, green apple. Sengaja aku letak satu jenis je buah supaya aku cuma akan nampak satu color saja. Tak serabut mata aku memandang. 


|| HANTARAN DARI FAIZ KEPADA EZMA ||

Faiz memilih tema warna biru dan putih sebagai warna tema dari pihaknya dan artificial flowers sebagai bunga hiasan. 
 
Hantaran mereka juga sudah sampai di masjid. Hai Kak Nonie! =P



Mas kahwin dan gelang tangan emas. Mas kahwin ni selalunya bergantung kepada kemampuan pihak lelaki hendak beri berapa. Akan tetapi, duit hantaran pon dah banyak takkan nak demand mintak mas kahwin pon banyak jugak. Jadi, memadailah sekiranya kita ikut mas kahwin bagi negeri Selangor iaitu sebanyak RM300.


Wedges from Elle. Aku prefer wedges dari high heels. Pon beli kat Sogo jugak. 


Samsung Galaxy Note II dan sepasang kain. Memang dah lama mengidam nak pakai Note II. 


Ensiklopedia Solat. Sebelum beli, aku dah bagitahu Faiz awal yang aku tak mahu Al-Quran pasal Quran dah terlalu banyak kat rumah. Jadi, aku mahukan buku ilmiah. Seriously ensiklopedia solat ni bagus gila. Dari sini korang akan tahu kesalahan korang sewaktu bersolat. 


Telekung dari Kak Noni, kakak kepada Faiz. Kain dia panjang dan bila bersujud, confirm tak nampak kaki.


Bunch of chocolate. Hancur diet aku makan coklat. =P 


Produk kecantikan Safi Balqis. Yang ni semua aku beli sendiri. Sebab aku taknak Faiz salah beli. Aku beli satu-satu dari krim siang, krim malam, toner, serum, BB cream, gel pengelupas, pencuci muka, skrub dan sebagainya. Total semua ada 10 jenis dan aku dapat dengan harga less than RM120. Berbaloi tak? Hehe =D


 Decellini handbags. Aku tidak memandang kepada jenama, tetapi aku pandang kepada fungsi beg tersebut pada aku. Compartment dalam besar muat untuk letak wallet, mini telekung, make-up kit, kamera, pampers anak, susu tin anak, basikal untuk anak, buaian untuk dan muat untuk tumpang wallet Faiz, handphone Faiz, kunci keta dan kunci motor Faiz pon dah cukup lah. =,=" Then kiri kanan beg tu ada lagi kocek. Faiz cakap, "Haa.. boleh letak botol susu anak kita nanti". Grrrr!!


Dan last sekali bunga telur serta wajik. Nasib baik mereka tak bagi sireh junjung. Sebab pada aku membazir je sireh junjung walaupun tu kepala segala hantaran. Bukan makan sangat sireh tu. Elok lagi aku makan telur rebus dan wajik tu. Hehehe =D Nak ikutkan aku tak mahu bagi sireh junjung. Tapi Emak aku nak jugak letak! 


GOOD TIPS : Kalau nak beli barang-barang hantaran, belilah 4-6 bulan lebih awal. Sebabnya, duit boleh spent untuk benda lain pulak bila dah nak dekat-dekat kenduri nanti. Jangan beli last minute melainkan korang anak orang kaya lagi berada. Sekian, terima kasih.




p/s : next entry nak update pasal apa eh. 
macam banyak lagi je sebelum update entry nikah.
ada idea tak?

21 comments:

  1. tengok hantaran ezma, rasa macam nak kawen skali lagi je...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. jangan2!! nanti laki akak mara kiteeee... =D

      Delete
  2. oo kena beli barang2 hantaran 4-6 bulan awal eh..

    thanks ezma info..

    btw, hantaran2 awak cantik gubahan nya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seeloknya beli barang hantaran seawal yg boleh. lg byk dulang, lagi banyak bulan perlu diawalkan.. hahaha =D hantaran ni kami sekeluarga gubah sendiri... bunga crepe pon buat sendiri..

      Delete
  3. kita beli barang hantaran setahun setengah awal kot.
    haha.
    januari 2012 dah start beli barang sikit sikit.
    dapat gaji sebulan beli satu/dua barang.
    kahwin in shaa Allah 31/8 nih.
    preparation kahwin bukan last minute kan.
    kena plan awal awal lagipun kita bukan jenis suka last minute and bukan anak orang kaya.
    hee.
    :')~

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..kalo persiapan iqah kite mmg tahu yg iqah buat dah lama dah. sebab dari dulu lg kite dah nampak..hebat2.. semoga semuanya berjalan lancar ye cik iqah ;)

      Delete
  4. lawa hantaran kedua pihak...terutama bnga tisu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..tang bunga tisu tu mmg kite TIRU kak shida bulat2!! thanks for the tutorial kak shidaaa..muah3!!

      Delete
  5. kak sha beli hntaran start awal tahun 2012 lagi..semangat nak kawen..hahaha..eh? sama pulak dengan iqah..adakah kita sekepala? haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee.
      kak shah kahwin bila ?
      kita beli barang hantaran awal pun ada jugak orang cakap macam macam.
      dia cakap kitaorang semangat sangat nak kahwin ntah jadi ke tak belum tentu.
      jahat kan orang macam tuh.
      hidup kena ada perancangan.
      kalau main hentam keromo/takde plan punya orang susah la kan.
      hee.
      biasa la , nak kahwin banyak dugaannya.
      :')~

      Delete
    2. hahaha... bagus2 kak shaaa...mgkin skrg ni persiapan utk hantaran kak sha setel dah kan? cuma nak hias je kot.. untuk kak sha jugak, selamat membuat persiapan..semoga semuanya berjalan lancar.. aminnn......

      Delete
  6. haha.
    kak sha kahwin bila ?
    kita and bakal husband kita nih jenis yang suka beli sikit sikit sebab bukannya dapat duit banyak sekaligus kan.
    sekarang tinggal lagi dua bulan kitaorang relax takde fikir apa sangat.
    kadang kadang rasa pelik jugak sebab tengok bakal pengantin lain macam busy kitaorang tak pun.
    cuma sekarang busy menulis kad kahwin je la.
    haha.
    :D~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita rasa majlis iqah dgn majlis kak sha dekat2 je.. entah2 sama tarikh..hahaha =D bulan ogos jugak kak sha ni kalo xsilap... :D

      Delete
  7. hehehe dapat idea warna yang sama... tapi seksa tang nak buat bunga crepe tu...

    sebab tu la hantaran GK macam tak berapa banyak ja bunga huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. takpe cik gk.. kite sekepala.. utk cik gk, lepas ni jadi puan gk plak..hahaha :D

      selamat membuat persiapan seterusnya ye cik gk...semoga semuanya berjalan lancar...aminnnnnn

      Delete
  8. Salam saye nk tye ezmaliza bli paper crape yg warna biru tu jnis yg mcm mne?sye ad bli tp kras gile ktas tu xblh jd bunga la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenis lembut je. sy beli kat kedai bunga reben jalan tar.. =)

      Delete
  9. salam..awk ada fb x?klu ada blh bg x?sukanya tgk bajet awak..cantik n jimat..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade.. cari la Ezmaliza Ezrik... tell me your fb name.. nnt sy approve..

      Delete
  10. Sya nk kwen bln may 2o14. So smentra ada YES skrg nh, ingt nk beli lah brng2 untk hntran.. Tp org kta brangan kulit x elok beli awal2 (akan rosak lma smpan, x dgunakan). So mcm mana ya? Urmm.

    ReplyDelete
  11. Sya nk kwen bln may 2o14. So smentra ada YES skrg nh, ingt nk beli lah brng2 untk hntran.. Tp org kta brangan kulit x elok beli awal2 (akan rosak lma smpan, x dgunakan). So mcm mana ya? Urmm.

    ReplyDelete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?