~you are my bestest buddies~

Baby Boy or Baby Girl?

Assalamualaikum and Hello Readers.


Bila ada orang tegur sebab blog tidak berupdate, baru aku rasa sedikit sentap atas ketidak-bertanggungjawabnya aku terhadap blog sendiri. Maafkan patik. Patik bukannya sengaja. Langsung kehilangan idea nak menulis blog di kala ini. Korang sihat ke? Mak buyung di sini sihat-sihat aje. Cuma kadang-kadang ada la jugak rasa letih dan sakit-sakit kat perut rasa macam bawak sebiji buah tembikai dalam perut. Kalau baru lepas makan, laaaagggiii lah besar perut aku. Macam nak meletup pon ada. 


InsyaAllah esok 1 November, genaplah usia kandungan aku 5 bulan. Pehhh, sekejap je aku rasa nak masuk 5 bulan dah. So maknanya ada lagi lebih kurang 4 bulan lebih nak bersalin. Seram sejuk bila fikirkan pertama kali nak bersalin nanti. Tak tahu macam mana sakitnya nak beranak. Tapi Faiz selalu cakap, "Inilah jihad sayang,"... Iye laaaaaaa Abanggggg.......



Walaupun dah nak masuk 5 bulan, aku masih belum tahu jantina baby dalam perut. Mungkin esok lusa nak pergi check-up kat KKIA, mungkin aku dah boleh tahu dah kot. Orang kata, naluri ibu tu selalunya betul. Naluri aku ni macam main-main pon ada. Kadang-kadang kuat mengatakan bayi yang aku kandungkan ni bayi lelaki. Tetapi hati meronta mahukan bayi perempuan. So, macam mana tu? Kira macam naluri aku ni tak boleh pakai jugak la kan.... Kikiki =D


Janin sewaktu berusia 11 minggu 4 hari


Janin sewaktu berusia 14 minggu 5 hari


Kalau bosan-bosan dalam kereta kan, aku dengan Faiz selalu main teka-teka jantina baby dalam perut ni lelaki ke perempuan. Lepas dah main teka-teka jantina, kitorang main teka-teka nama pulak. Hahaha =D Memang takde keje Ibu dan Ayah ni. Faiz pon melayan je kerenah Ibu-to-be ni. Faiz cakap, dia nak baby boy sebagai anak pertama. Dia cakap, nanti dah besar, baby boy ni akan jaga Ibu dan adik-adik yang lain. Tapi sebenarnya aku tahu, Faiz nak buat kawan untuk main bola sama-sama dengan dia la tuuu... Ingat aku tak tahu ke? =P  Tapi aku pulak nak baby girl. Sebabnya aku rasa tak sabar nak main solek-solek dengan baby sendiri. Nak dressing baby girl sendiri. Hahaha =D Punyalah tak berasas permintaan aku. Ahhhh, tapi Faiz dah cakap. Dia tak kisah either baby boy or girl, janji baby sihat dan sempurna. Itu sudah cukup menggembirakannya. InsyaAllah.... Memang itulah kehendak semua ibu-ibu mengandung sekarang ni. Tiada lagi yang lain......





Jadi, disebabkan kami masih belum mengetahui jantina baby, persediaan untuk membeli kelengkapan bayi tu kami buat ala kadar dahulu. Macam beli baju baby ni.... Masa kitorang balik Kelantan untuk menyambut Hari Raya Haji, Faiz bercadang untuk ke Pasar Sena (Pasar Isnin) di Machang. Pasar ni hanya di buka pada hari Isnin hingga jam 12 tengahari. Adalah jarang-jarang bagi kami yang bekerja waktu pejabat nak dapat cuti pada hari Isnin. So, apalagi.... Kitorang borong sakan baju baby yang ada dijual di Pasar Sena ni. Seriously memang murah gilaaaa.... And tersangatlah ramai orang memborong baju kanak-kanak kat sini. Harganya dalam lingkungan RM5 ke atas. Faiz cakap, kita ambil je baju baby yang girl dan boy boleh pakai. Tapi ni aku tengok dah macam boy je banyak. Takpe-takpe! Even though if baby girl sekalipun, aku rasa tiada masalah untuk dia pakai baju yang ala-ala baby boy. Cuma baby boy akan kelihatan pelik jika pakai baju yang ala-ala baby girl punya. Ye tak? Hahaha =D

Aku tahu.... orang tua-tua selalu cakap.... tak berapa nak elok la kalau beli baju bayi terlalu awal. Tapi nak buat macam mana kan? Kami jarang-jarang balik Machang. Kalau nak kirim kat Ma dan Abah Faiz di sana, takut menyusahkan mereka pulak. Tapi kitorang tak beli banyak pon. Ade laaaa dalam seploh laiii.... Beli seplohhh laiii dapat lagi satu baju free. So, total baru seblasss laiii je ponnn.... =P Yang Angah aku pulak dah cakap siang-siang yang dia nak sponsor pampers anak aku sejak dia lahir sampailah dia besar dan tidak pakai pampers lagi. Ya Allah.... murahnya rezeki anak dalam perut. Alhamdulillahhhh.... Kak Ngah Faiz pulak siap nak bagi awal-awal stroller baby dan car seat masa aku dapat tahu aku mengandung 4 minggu. Hahaha =D Tu laaaagggiii la awal gila dia bagi. Syukur rezeki anak....

Okay, esok ada check-up baby untuk ke 5 bulan. Tak sabar nak suruh doctor scan samada lelaki ke perempuan. Erm, nak berangan kejap lahhh! =)


Siap smile lagi =)



Anak omputeh memang la ommey-ommey! Mata je dah biru.....


Alalala...........


Commeyyy nyeeeeee! Kalau dapat baby girl, nak simpan rambut dia panjang-panjang buat ponytail!

Yang ni twin girl. Tapi dah confirm bukan twin sebab masa check heartbeat memang ada satu aje. Hehe =D


17 comments:

  1. hi! your tummy besar!
    mine..almost 4 months tapi serius tapi orang tak tahu i pregnant. still pakai tshirt biase :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn?? besar kan tummy kite?? tapi bila bangun pagi kecik macam biasa je. hehe =D

      Delete
  2. jombaca ni untuk persediaan bersalin..:)
    http://arazua.blogspot.com/2013/10/episiotomy-dan-perineal-massage.html

    ReplyDelete
  3. hihihi comel. kejap je kan awak. Dah 5 bulan dah.

    Kite tringin tol anak twin. Ahahahaha belum kawen dha berangan nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan3?? pejam celik dah 5 bulan dah kite pregnant.. hehe =D kalau kite preggy baby twin, alamatnya, meletup la perut kite.. dah la kicik aje.. hehehe =D

      Delete
  4. Tak sabar pulak tengok baby akak. hehehe

    ReplyDelete
  5. k.zai hr tu pon dok ingat girl skali boy daaaa...

    take care k

    ReplyDelete
  6. comelnya perot! hehehe..semoga ezma dan baby sehat2 je sampai saat melahirkan..

    ReplyDelete
  7. lahai..tak lama tak nampak rupanya tuan belog dah peknen..jaga diri :)

    ReplyDelete
  8. moga di permudahkan..take care mommy to be :)

    ReplyDelete
  9. dh mcm 6-7 bulan perut awak..hehe..btw, salam perkenalan..terjumpa blog awak kt blog kawan yg lain...(^_^)

    ReplyDelete
  10. Comel baby bump.Kite rs baby ezma boboy.Nti xtau la kan. Lg satu,bersalin tak sakit ezma..Cuma contraction sblm bersalin je klu sakit perut.Baby keluar,InsyaAllah..tak sakit.selamat berjuang. ;)

    ReplyDelete
  11. salam perkenalan..alahai...tomeynya...smoga semuanya sihat yea...

    ReplyDelete
  12. tak sabar tunggu baby kak ezma keluar..hee

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum ezma. hehe samalah. kita dok ingat baby girl, sekali scan baby boy. suami pun cakap alhamdullilah. dapat baby boy nanti besar boleh jaga kita sampai tua. Terharu dengor Y_______Y

    ReplyDelete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?