~you are my bestest buddies~

Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Bride and Groom's Reception Theme

Assalamualaikum and Hello Readers. =)



Guys!! Aku ada lebih kurang 2 bulan lagi nak melangsungkan perkahwinan. Hakikatnya, banyak lagi persediaan yang aku belum buat. Persiapan diri nak menjadi bini orang pon belum. Persiapan untuk majlis perkahwinan pon masih on-the-way. Tapi aku dah tetapkan warna tema untuk majlis resepsi di sebelah pihak aku. Memandangkan aku bukan jenis gegirl, maka warna pink bukan menjadi pilihan aku. Actually, my faveret color is baby blue. Jadi, sewaktu hendak membuat baju persandingan, aku pilih gabungan aqua blue match with bright purple. Tak sabar rasanya nak tengok baju persandingan aku siap nanti. Tapi simple je. Takdelah macam princessssss bagaiii....







Kalau gabungan teal color dengan bright purple pon cun gilaaa!! Tapi tu dah tersama dengan tema warna persandingan Apek & Leuniey pulak. Walaupun hakikatnya aku memang terinspirasi dari situ. Dah selalu sangat orang buat tema warna biru-pink. Haihhh, nasib baik la aku bukan peminat pink. 






Hiasan hantaran untuk Faiz pon aku gunakan tema warna yang sama. Memandangkan harga bunga artificial agak mahal, aku mengambil langkah penjimatan tahap dewa. Aku mendapat inspirasi dari blog Kakakecik : Adish Shida iaitu untuk membuat bunga tisu daripada kertas crepe. Haiihh, nak buat jugak tutorial pasal benda ni? Tak payahlahhh... Korang tengok je dari link yang aku dah sertakan tu. Perlu ada kerajinan sikitlah untuk buat benda alah ni. Buat bunga tisu banyak-banyak. Lepas tu boleh buat hiasan dulang hantaran tu nanti. It is very-very-very cheap and saving! Bawah RM5, korang boleh dapat almost 100 kuntum bunga tisu. Kiralah sendiri tahap penjimatannya. Lagipun, duit banyak habis beli bunga masa aku bertunang hari tu. Nak gunanya sekejap je pon. Semua ni hanya nak nampak syarat jeee... :) Jadi, mari berjimat........





Okeh, tema warna untuk resepsi sebelah pihak lelaki pula, kami memilih tema Oren dan Kelabu. Faiz sewa siap-siap dari vendor yang sama masa resepsi belah perempuan. Tapi bukan baju baru la. Alaaa.. aku bukan kesah sangat pon. Janji cantik dan selesa untuk di pakai. Kalau kita ambil dari vendor yang sama, aku dapat murah. Sewa baju pengantin sekarang ni, paling murah pon RM1000. Itu kalau baju cantik la. Baju yang biasa-biasa tu boleh dapatlah dalam RM600-RM900 untuk sepasang baju persandingan lelaki dan perempuan. Tapi Faiz dapat sewa dari vendor resepsi pihak dengan harga RM500 je. Untie CT tu cakap, warna kulit Faiz cerah. So masuk je dengan semua warna. Lebih-lebih lagi kalau warna terang macam warna oren. Haiii, pandailah untie nak bodek tunang sayaaa....Kembang kempislah hidung dia nantiiii..... T_T







For me, orange color is not my favorite. Tapi lepas aku fitting baju bertandang hari tu, mulalah semua jenis perasaan mak nenek keluar terpancar dari muka aku. Berangan berposing sakan aku depan cermin rumah untie CT Katering hari tu. Nasib baik untie tu sangat sporting. Tunggu masa nak pecah je cermin besar dalam bilik tu tunggu aku nak salin baju semula. Ngeee =D  Kasi cannn la aku nak berangannnn.........





Jadi, tetamu yang berada di Kelantan nanti usahlah gusar dalam hati kerana pihak Faiz bukanlah beri buah oren sebagai buah tangan. Sayur carrot juga jauh sekali.  Hahahaha =D  Tapi kombinasi dua warna ni betul-betul buat aku rasa suka jugak dengan warna kegemaran budak rumah aku, Bedah. Masa walimah dia pon, dia mengenakan jubah oren. Ouhhh, cantekkk wooo...... =)





Setakat ini sahajalah update mengenai persiapan perkahwinan aku. Haaa... hari Sabtu ni aku nak ke Melaka. Nak pergi ambil kad kahwin yang sudah siap dicetak. Harap-haraplah tiada masalah dengan kad tu. Aku memang taknak postage ke KL sebab mahal. Lebih baik aku pergi sendiri lebih jimat. Biasalah, my car used NGV. Haaa.. tu salah satu penjimatan untuk ke gerbang perkahwinan gak tuuu... =) Nanti aku update pasal kad pulak yeee... Byeee.....





inilah masanya untuk aku bayar hutang yang tertunggak!!

Assalamualaikum dan Hello Readers! :)

Inilah masanya untuk membayar segala hutang piutang yang tertunggak dek kerana aku agak busy minggu ni. study test macam study untuk final exam. tapi tetap tak tahu nak buat jugak! :D

baik lah! hutang aku yang pertama datangnya dari Cik Mizzura .

|| FIVE things about me when I am online ||



Tatkala aku bukak jer laptop dan mendapat jaringan internet, aku akan memeriksa inbox emel di Yahoo. certain orang malas nak cek-cek emel nih. tapi aku ni rajin la jugak. tapiiiiii... takdelah kemaruk sampai setiap saat nak cek inbox! haha.. :D



Laman web yang ke dua aku akan bukak adalah Gmail. sebab semua emel yang datang dari blog akan masuk kat Gmail aku. aku separatekan emel aku kepada dua supaya aku takdelah serabut sangat dengan inbox yang melimpah ruah. :D adoii, kau tak pening ke Ezma??emel sampai dua?? eh, takdelah. so far aku hidup lagi. panadol ade. makan je la kalau pening. :))))))))




Benda yang seterusnya aku akan bukak adalah laman web facebook! percaya atau tidak, kebanyakan pasangan selalu akan bergaduh sebab menatang nih. aku pon kadang-kadang tak terkecuali. ape pasal entah. dulu masa main friendster takde pulak nak gaduh-gaduh. haha.. :D tapi salunye aku la yang carik pasal..huhu.. :P facebook ni la tempat aku bertemu semula dengan kawan-kawan yang lama terpisah dan mengekalkan persahabatan supaya makin terjalin! pergghh!! ayat aku sumpah tak boleh blah! :))))))))




sambil-sambil aku online facebook, aku akan open new tab untuk tengok blog aku sendiri. kot-kot la ade orang komen, aku wajib reply. pada aku, blogger itu sombong kalau tak reply bloggers yang komen kat blog kau. tapi mungkin tak semua la kan? :) ape pon, I love my blog lah! penat aku cantikkan kau taw blog. dulu kau hitam legam. sekarang dah colorful sikit. :)))





And last but least, aku akan bukak portal Universiti Malaysia Perlis tempat aku menuntut. :) kat portal ni la aku akan dapat macam-macam maklumat yang berkaitan. segala macam jenis lecture notes and tutorial aku akan download dari portal ni. tapi bila ranking ni dah menjadi yang paling akhir, maknanya aku ni takdelah rajin mana yer. sila angguk dan buat-buat memahami aku. terima kasih. :)





hutang seterusnya datang dari Cik Laskar Pelangi dan Cik Eyka Elisha. Dua-dua suruh aku bayar hutang yang sama. adoii... bukan sikit-sikit tahu, banyak gila. adoiii..sape lah cipta soalan panjang-panjang ni? kah3!! :)))

Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you.At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, its because i want to know more about you.




let's start now!!

1) Nama aku seperti dalam blog. no ciplak-ciplak atau nama glemer. tulen dan asli dari mak ayah aku. :)

2) Apabila aku berblogging jer, mesti nak tulis panjang-panjang cecah lantai. aku pon tak tahu la kenapa. bila suruh buat esei kat exam, kering pulak idea aku.

3) Aku pantang tengok warna baby blue. buruk macam mane pon barang tu, aku tetap akan kata cantik.

4) I love photography. tapi kawan aku kata aku ni bukan suke photography pon. aku lebih suka berada dalam gambar. hik3. :)))))

5) Now, I am persuing Degree in Communication Engineering at Universiti Malaysia Perlis. only 3 semesters left! yeay!! pastu boleh kawen!! huh! gatai !! :)))

6) walaupun aku ganas, hati aku lembut macam kapas. aku mudah betul mengalirkan air mata. dah tu, esok pagi mula lah bengkak mata tuh! :)))

7) aku manusia cepat marah, tapi cepat sejuk. hehe.. :) hots and cold babe! :)

8) kalau sape-sape tengok locker aku, dia akan tahu yang aku memiliki banyak gila shawls sampaikan aku rase aku nak buat lelong pon ada... hahaha.. :)))))

9) walaupun sekarang aku sedang menuntut dalam bidang engineering, aku punya minat takde kaitan langsung dengan engineering. :P

10) hasrat dan impian aku untuk berumah tangga adalah selepas habis belajar. tapi kalau jodoh aku sampai awal, takkan aku nak tolak pulak kan?? :)))))

11) aku ada impian nak hantar mak ayah aku ke Mekah. insyaALLAH. andai ada rezeki yang lebih, akan ku kotakan hasrat ini.wah! :)

12) nak tau tak, aku teringin nak carik musuh-musuh aku. bukan nak makan dorang. tapi aku nak mintak maaf dan jernihkan air yang keruh.. hehe.. :P serious! aku bukan main-main :)

13) haa..dah nombor 13 nih. aku lahir 13 haribulan dua taw! :) lagi 15 minit jer nak jadi Valentine. hik3.. :D tapi, aku tak celebrate pon. :P

14) di saat ini aku sedang gila nak pikir ape lagi patut aku sumbat kat nombor seterusnya..

15) aku tak suke orang yang excited melampau terhadap sesuatu benda yang kau tak patot nak excited sebab aku pon adooooo...!!

16) walaupun aku perempuan, aku tak malu atau segan untuk cakap perempuan itu cantik.

17) apabila aku dah gelak, sumpah aku tak mampu nak cover lagi dah!

18) aku adalah aku. menjadi orang lain bukan cara aku.

19) ayat-ayat aku semakin pendek kerana aku penat menjerit untuk sokong Kelantan tadi. hahahahaha!! :D

20) kerja gila yang aku pernah buat adalah pusing berpuluh kali round about di Kangar sebab aku tak dapat buat keputusan untuk mencari kedai makan. :))))

21) sejak akhir-akhir ni, aku dah jadi gila bola sikit. sejak bila entah! :P

22) tatkala di nombor ini, aku sedang menguap selebar mungkin kerna mengantuk tahap gaban! :P

23) aku gile perfumes. aku tak peduli murah atau mahal. janji wangi dan tak menusuk hidung! :))

24) antara KFC and McDonalds, aku prefer McDonalds! :)

25) yes!! last words! I dunno dah nih..please, bagi aku tidur. mata dah berat. nunite! :) zZZzzZZzz!!


kalau you all bace ni, sila buat. penat kot nak pikir ayat! tapi kalo you followers I, sila buat! haha.. :D tak..tak!! aku tak paksa pon. :)



kenapa GIGI rongak??


ini adalah sejenis tag! tapi tajuk aku lain sikit. sebab tag tu datangnya dari Gigi Rongak! aduii.. kenapa Gigi Rongak?? tak sampai hati aku nak panggil orang macam ni. tapi tak pe lah.. aku pon orang panggil GiGi BeSi. haha.. :D sebab apa?? Along aku cakap, ada pagar kat gigi aku. :P so, jom layan tag ni. lama dah tak buat tag! :)


1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
DUIT! tanpa DUIT aku tak kemana-mana. nak beli kereta pon guna DUIT. tapi, ingat! DUIT bukan segala-galanya! :)

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit sendiri.
haaa...ada banyak satu T-shirt yang aku baru beli semalam. murah sajer. tak payah mahal-mahal. aku student yang masih di tanggung mak ayah lagi. T-shirt ni macam melambangkan diri aku sendiri. pink color!! cube teka..apa dia yang sama?? :P



3. Di manakah tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang?
erm.. tempat tu yang pasti area rumah aku, Taman Cempaka, Ampang KL.. tema lak, aku teringin nak kahwin ala-ala taman. alaa...boleh la tu.. rumah aku dalam taman. oke la tu kan?? :P

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
ermm... no komen. next! HAHA.. aku kejam! :D

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
selagi dia mencintai aku, selama itu lah aku akan mencintainya. hingga hujung nyawa! wahh!! :D

6. Novel/Buku/Majalah terakhir yang korang beli.
ermmm.. REMAJA yang 15 September punya. yang bulan Oktober tak beli lagi. aku ni peminat setia REMAJA ni taw. kat almari bilik aku dah penuh dah stok tahun-tahun lepas. :P

7. Apa nama penuh korang?
Ezmaliza binti Embok Zrik. [aku Bugis! bangge lak!tuih!] ;p

8. Antara mak dengan ayah, mana yang korang lebih mesra?
I can get along with both of them! but my mom lebih sikit. eh, ayah.. eh..tak! mak.. eh??? entah lah! dua-dua sama saje. tiada beza kasih sayang yang depa dok bagi kat aku. [ah, sudah! cakap utara dah aku]

9. Adakah korang basuh baju sendiri?
soklan cepumas! oke! aku jujur. aku pengguna setia mesin basuh. fullstop! :D

10. Bila tarikh lahir korang and kat mana korang sambut tahun lepas?
13 Februari and aku sambut kat Shah Alam in advance 15 minutes. huhu.. :D not bad laaa.....

11. Beritahu tiga perkara tentang orang yang tag korang.
* nama dia Gigi Rongak.
* mungkin dulu giginya rongak sebab tu dia gelarkan dirinya rongak.
* sumpah! dia tak sombong! huhu... :P

12. LIMA orang blogger yang korang nak tag!
* Shasha Bee *
* Laskar Pelangi *
* Nobita Sensei *
* Kepa *
* Farah Amoi *

* YOU!! * [eh, buat-buat tak sedar diri lak! you! sila buat!]





~eh, kawan aku dah kahwin la.aku bile lagi??~



aku mengintai di sebalik facebook aje. kawan sekolah aku dah kawen. waaa.. ni menunjukkan aku pon da boleh kawen jugak senanye. arrgghh.. gatalnye aku. eh, tapi betolla weh. dulu mak aku penah cakap, "kalau dulu masa zaman2 mak, umur2 sebaye kakak ni dah beranak pinak dah. " hah?? bia betul mak aku ni. tapi jangan terkejut la. ini mmg kenyataan bahawa kawan sekolah aku kat SEMASHUR dulu dah bernikah. wow! aku sgt teruja bila dapat tahu hal ni.

bukan tak ade kawan2 aku yg dah kawen ni. tapi mostly kawen sebab2 tertentu. dah kembung perut, baru nak kawen. ade yg kawen kat Siam. ade yg kawen senyap2. tapi kawan aku ni kawen sebab perlukan seseorang yg bernama lelaki utk menjadi tulang belakangnya. her name is AMALINA ALLEN PETER. her husband name ABQARI HAMID.


I just called her Mell. she is beautiful gurl in my school, SEMASHUR. mell masuk SEMASHUR sama dengan aku iaitu since Form 4. but in different case. aku dari daily school. but she is from boarding school too which is SEMEXCEL, Labuan. mell pindah sebab ikot family. as long as I knew, mell ni orgnye sosial. TAPI, aku hairan. seSOSIAL mane pon dye, pengetahuan dye tentang agama tersangatlah tinggi. dulu aku dan dye same2 join SEMASHUR ISLAMIC SOCIETY (SIS). setiap kali ade meeting, mesti dye akan beri pendapat yg sgt bernas berkenaan Islam. aku kagum sungguh. orgnye dah la cantik. tggi ilmu agama. tapi yg paling penting, dye turut bersosial seperti kita semua.

cuma kali ni, post aku is special to dedicate for AMALINA ALLEN PETER. dye bernikah bertujuan supaya ade org nak menjaga dye. she is always travelling. walaupon she is still student of UIA, dye juge seorang usahawan yg berjaya. she is making HERBALIFE bussiness. dari dulu lg dye ni berkecimpung dalam bidang ni. memang kaya woo. dah merata negara dye berjalan. see!! income masyuk..!! asek travell ke sana ke mari..!! that is why she needs a husband so that ade org yg akan menjaga dye ke mane saje dye pergi. wahh!! kalo la parents aku bg greenlight mcm tu, sonoknye weh. hahaha... :D

utk mell, aku doakan yg terbaik utk ko ye. semoge perkahwinan ko kekal sehingga ke akhir hayatmu. kenduri ko bulan Jun ni aku nak pergi taw. aku tak kira. ko bagi or tak, aku nak jugak datang. hahahaha... :D utk her husband pule, I dunno who you are. but, u have a very big responsible to take care of my wonderful friend. jagalah dye seperti mana kamu menjaga diri kamu sendri oke. ramai taw kawan2 mell yg syg mell ni. kalo kamu menyakiti dye, tggu aje la depan pintu uma utk diserbu. hahaha.. :D no la.. it's just kidding. :P

mell, semoga kamu berbahagia di sana syg. aku gembira sebab dah wujud student pertama yg kawen dulu dalam batch kita. BADBATCH SEMASHUR LEGISLATURES SEMASHUR! yuhuuu.. :) gempak!! really happy for u. gudluck mell. selamat mengharungi hidup baru. jadilah isteri terbaik utk aku suamimu. bubye...!! :D

~aku dah nak kawen!! jemput la ek..~

http://emo.huhiho.com
[cikKITTY ni nanges sebab sedih nak tinggalkan ayahKITTY n makKITTY]


fuh!! gempak! biler2??? bile ezma nak kawen?? :D huhu... adesss...!! aku blaja pon xabes lagi. xkn nk kawen pulak. tu da gatai bebenoh la tuh. kalo mak aku tawu aku sibuk nak kawen, mesti dye perhambat aku dgn batang mop! haha.. :D tak2.. mak aku xsegarang itu. aku saje wat cte.. bweekkss..! :P

biasanye org pompuan cm aku ni mesti ade angan2 kan? laki pon ade kot. tapi xsetinggi angan2 aku. aku mengimpikan sebuah perkahwinan ala-ala taman gitu. aku nak majlis aku nanti buat dalam dewan berkonsepkan taman. hehe.. :) pelamin aku mestila gempak! fuh! berangan xigt! lebih kurang cmni la aku minat. :)


cincin perkahwinan aku of course emas putih. kaler emas bese oke gak! tapi.. besela.. aku nak jugak len dari org dolu2.. :P senanyer aku ni xdela suke sgt pon pkai cincin. xbleyh ke kalo cincin tuka jadi rantai ke?? alaa.. tapi susa la pulak bakal suami aku nk sarung rantai leher. haha.. :D aku ni bertudung. kang kne selak2 pulak.. alaaahh!! lecehnyer. oke la.. cincin pon cincin la.. :D

aku ase nanti reka bentuk and design cincin bile aku nak kawen nt mesti la lagi cun dari yg ni kan?? so lebih kurang cmni la cincin idaman aku. hak3.. :D ade diamond kat atas tuh.. yg paling pasti, mestila muat2 ye. kalo longgar aku cabut jer. letak dalam laci. hak3.. :D berangan xsuda la ko nih ezma! :P

bab baju2 pengantin lak, aku kalo bleh nk beli tros. xmen la sewa2 baju. no special la kalo sewa2 nih. sbb org dah pkai before nih. aku inginkan sesuatu yg aku ley simpan wat kenangan sampai ke anak cucu aku. aihh.. lum ape2 lagi dah ade anak cucu plak..! aishhh... :P for sure aku akan tempah baju kawen aku sendiri. hmm,, aku lbeh minat gaun then pkai tudung! kaler ape? aku ni suke babyblue. tapi xkn sume aku nak ikot kaler fevret aku kot? haha.. :D baju nikah ofkoz putih! huhu... aku tempah la kt sape2.. rizalman ke.. sape2la pereka fesyen ternama kt Malaysia nih. alaa.. mak aku pon boleh la. :)

[sapela akak pengantin ni ek? kak, pinjam baju jap ek??]


haaa... untuk pengantin lelaki pulak, aku lebih menggemari bakal suami aku pkai tuksedo. fuiyoo!!! smart seyh! yg penting, aku xnk bowtie..! buwok! biarla dye nmpk cm nk pegi kje ke hape, aku lebih suke dye pkai necktie. baru ensem woo..! :D tuksedo hitam or putih tu aku xkesa. dua2 smart! n of course dye punye pon aku nak tempah jugak! no more rental2! aku mahu simpan smpi biler2..! :D lebih kurang cenggini la.. hik3.. :P


[bang, pinjam baju jugak ek. sory sbb terpakse kerat muke! :P]


ekkekee.. :P cmne lak dgn hantaran?? haha.. aku ni xde la demand mane cam Puteri Gunung Ledang tu haaa.. belanje hantaran biarla mak ayah aku yg tentukan. dorg nk pinang aku mestila berusaha nk dapatkan wang sebanyak yang parents aku tentukan tuh.. kah3.. :D nak seribu daye, xnk seribu dalih.. hik3.. :D aih.. berangannyer aku nih! tahap ke'berangan'an aku ni dah melampau nih. siap ley tbayang sedare mare aku tgh bawak barang2 hantaran aku kpd pengantin laki. wakakkaa.. :D


[tapi bukan la yg ni barang2 yg aku nak kasi.. ssshh.. rahsia!]


satu lagi persoalan yg sering bermain dalam fikiran pengantin ni salunye adalah kek perkahwinan. :) hehe.. cakes! wow! semestinyer yg berlayer2 tuh.. tggi cam KLCC tuh.. yg ade patung pengantin kecik kt tgkat plg atas kek tuh. wahahaa.. :D nk potong kek bukan pakai pisau potong kek ari jadi yg pelastik pink tuh okeh! nak yg pedang aje! hak3.. :D silap2 haribulan kalo bakal suami aku ni gile, di penggalnye kepala aku tyme tuh.. wakakakak.. :D xke naya aku dibuatnyer?? haha.. :D xdela. aku nak ikot adat jugak. ade la sikit pulut kuning ngan kuah kari. oppsss.. majlis aku je oke nt ade kuah kari. wakaka.. :D sedapnyerr..! nyam2..


hmmm... sebuk duk bercerite sal kawen jer.. ade calon kerr?? hahaha.. :D ntah la.. Tuhan la yg menentukan jodoh aku kelak. dengan sape??? haaaa.. itu kite xtau yer..! :P tapi yg pasti aku masih lagi berdoa agar Tuhan kurniakan aku jodoh yg sempurna dan secocok gitu dgn aku.


haha.. :D aku nak jugak bace angan2 kawan2 blogger aku. kalo korg rajin wat la entry cm aku nih. nt aku bace n komen! yeah! ini hanye la angan2 belaka. kalo nk make sure ianya dimakbulkan aku knela rajin2 belajar supaye aku ley dapat kje yg gempak gajinye. dan yg paling penting sekali aku knela menyimpan mulai sekarang! cewaahh!! aku ade 2 thun lagi nak abeskan degree ni. keje tah dapat ke x aku pon xtahu lagi. aih.. name pon berangan! aku punyer suke lerrr... :P okeh bebeh! see yaa.. pasni aku nak cte sal angan2 aku bile DAH kawen nt pulak! bweekk!! :D


p/s: gambar2 adalah ihsan encikGOOGLE. terima kasih :) hanyelah ciplak'an semate2. tiade kaitan antara yg idop atau yg meninggal dunia. :P