~you are my bestest buddies~

Nostalgia Ramadhan Si Kecil Ezmaliza Ezrik

Assalamualaikum and Hello Readers :)


Bulan Syaaban semakin melabuhkan tirainya. Bulan Ramadhan pula muncul kembali. Syukur tak terhingga kerana kita semua masih lagi dikurniakan ALLAH usia yang panjang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan ni. Bila Ramadhan datang, aku pasti takkan lupa segala nostalgia bulan puasa sewaktu aku masih hingusan dahulu.



1. Ayah kene kejut bangun sahur.
Selalunya memang Ayah yang akan kejut aku bangun sahur masa aku kecik-kecik. Kalau Emak yang kejut memang tak jalan laaa! Rasa macam di dodoi-dodoi untuk makin suruh tidur je suara Emak kejut bangun sahur padahal garang jugak. Sekali aku dengar Ayah panggil, "Kakak... Bangun..." Kompom cepat jer terbeliak bijik mata ni. Hmm, bila dah bangun dengan mata yang terkebil-kebil kene pulak makan nasi. Pergghh, tekak aku tak boleh terima nasi di pagi buta waktu sahur. Kenapa tak hidang McD je Mak? Kalau McD, mesti Kakak makan sahur hari-hari. =,=


2. Lepas sahur, terus masuk bilik.
Punya la nampak kepemalasan aku nak sembahyang Subuh. Kene kejutkan sekali dek Ayah baru aku bangun balik. Aiyaaa... =D Memang teruk la aku nih. Tapi bila sampai kat surau, Pak Imam pulak baca surah bukan main panjang lagi. Menguap-nguap aku dalam telekung. Saf untuk solat Subuh di puasa minggu pertama memang full.

3. Pergi sekolah bulan puasa penuh mencabar.
Darjah 2 aku rasa sangat hebat sebab mampu berpuasa. Tapi aku bengang betul dengan budak kelas aku siap bawak bekal Nugget goreng Cap Ayamas dan air sirap diisi dalam botol air berbentuk telefon pergi kelas time aku tengah bersemangat untuk puasa. Mana tak tergugat iman aku di kala muda hingusan. Takpe-takpe! Demi nak dapat duit raya RM1 per day aku gagahkan juga.


4. Kat TV pulak tengok rancangan masak-masak Chef Wan.
Aku bukak TV1, ada rancangan memasak menu berbuka untuk malam ni. Bukak TV2, ada rancangan Untie Meenachie buat Maruku. TV3 pulak rancangan Maria Tunku Sabri buat Jalan-jalan Cari Makan episod ulangan. Time tu manede rumah aku pasang Astro lagi. Kang kalau tidur, Mak kata kurang pahala puasa. Ececehhh... Aku puasa pon semata-mata nak dapat duit raya macam lah dapat pahala. Dapat la sikit kot?


5. Bila malam ke surau sembahyang terawih.
Macam biasalah. Semangat bukan main tinggi untuk ke surau semasa seminggu pertama. Sampai aku mengekor Emak ke surau pon dapat saf belakang. Bila duduk tahiyat, aku siap boleh sandar ke dinding. Gila sengal aku masa kecik-kecik dulu. Hahahaha =D Masuk minggu keseterusnya, aku boleh duduk di saf depan-depan. Maklumlah, semua orang duduk rumah terbongkang kekenyangan. Paling best, makan jamuan moreh. Kalau boleh rasa nak bawak tupperware bungkus makanan untuk dibawa balik. Ahh, sumpah buruk noh perangai.


6. Lawan dengan jiran sebelah rumah berapa jenis kuih raya dah buat.
Dulu aku rajin tolong Emak buat kuih raya. Antara kuih raya yang wajib buat, cornflakes madu, tart nenas, samprit, kuih sarang semut, kuih bunga cina dan popiah mini. Yang lain-lain macam kacang-kacang aku beli kat Jalan TAR sehari sebelum raya. Borong banyak-banyak dapat murah wooo. Tapi sekarang nak buat kuih raya, Mak kata dah malas. Beli je senang. Aku ikot je. Haha. =D


7. Pesta bunga api dan mercun.
Part ni bukan aku dalangnya. Tapi kakak aku yang dah tua-tua tu lagi semangat beli bunga api dari adik-adiknya. Ada ke patut pergi bazar Ramadhan beli juadah sepatutnya, tapi dia senyap-senyap beli bunga api. Aku dengan adik pow la sikit. Malam-malam lepas sembahyang terawikh baru boleh main. Keseronokan zaman muda-muda memang tak boleh lupa. Sekarang dah tua kalau nak main bunga api, aku risau budak kecik memandang enteng terhadap aku. Ceitt!!




8. Menunggu depan TV untuk mendengar pengisytiharan tarikh Raya Puasa.
Setiap tahun memang atuk itu jugak lah yang ditunggu-tunggu. Duduk atas sofa sambil bersandar dan mengumumkan tarikh raya puasa. Lepas dapat tahu je, dalam hati bersorak gembira sebab dah boleh makan puas-puas lepas ni. Yeayyy!!! Memang dasar budak kecik. Takpelah, aku tak salahkan Ezmaliza semasa dia kecil. Tapi kalau dah besar pon macam ni jugak, memang sumpah buruk gila.


Ape pon, nostalgia berpuasa ini bukan semua orang alaminya. Ada yang sama tapi dengan cara yang berbeza. Adik-adik kecil, hargailah zaman kecil anda kerana zaman itu sangat indah dan kakak rasa macam nak pindah ke zaman itu sekali lagi. Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu makna kepada kita semua. InsyaALLAH.




p/s : azam puasa kali ini hendak mengkhatamkan al-Quran.
setiap kali lepas solat fardhu baca 4 muka surat.
aku dah tambah tolak darab bahagi dah!


Tahniah Ezmaliza kerana berjaya menamatkan 3 tahun pengajian kamu di UniMAP.

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

sijil penghargaan dari TMTC

Syukur Alhamdulillah. Inilah permulaan ayat. Setelah aku berjaya menamatkan Latihan Industri, ini bermakna aku juga telah menamatkan tahun ke-3 pengajian di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Tapi aku ada lagi setahun untuk menamatkan pengajian Bachelor of Communication Engineering ni. Itu pon InsyaALLAH jika tiada halangan seperti aku berkahwin ke?[gatal kau ezma!] Atau aku kene extend ke? [mintak dijauhkan]


sijil-sijil dari setiap kelas yang aku hadir

Aku menjalani Latihan Industri di Telekom Malaysia Training Centre di Jalan Semarak selama 12 minggu sahaja. Tiada ELAUN! Tapi aku tak kesah sangat sebab rumah aku dekat je dengan TM ni. Plus, makanan kat sini murah-murah dan aku memandu kereta yang menggunakan NGV. Sangattttt saving! Cuma tension sikit sebab setiap kali aku nak pergi dan balik kerja, jalan asek sesak je. Sebab tu aku terasa macam nak bawak helikopter pergi ke tempat kerja. =D


yang lelaki di tengah-tengah itu adalah Supervisor aku, Encik Amirull-din.muda dan bekerjaya. hahaha =D

Di hari terakhir aku di TM iaitu pada hari Jumaat lepas 22 Julai 2011, aku dan kawan-kawan bercadang hendak buat pot luck. Do you know what is pot luck? Masih ada yang tak tahu apa tu pot luck! Pot luck ni adalah majlis makan-makan. Setiap orang harus bawak makanan untuk mempelbagaikan lagi menu makanan jamuan itu. So, aku mintak tolong Emak untuk masakkan Kuey Teow Kerang. Gulpp!! Tetiba lapar pulak taip entry ni. =,="



Paling surprise adalah pihak trainers di TMTC ni belikan sebuah kek Secret Recipe untuk kami 6 orang yang akan menamatkan Latihan Industri pada hari itu. Sangat-sangat terharu kerana mereka sangat sporting dan baik hati. Terima kasih pihak trainers kerana sudi beri tunjuk ajar kepada kami. Semua maklumat dan informasi itu akan kami gunakan sebaiknya. InsyaALLAH.


Antara wajah-wajah yang menamatkan Latihan Industri. 6 orang je sebenarnya.
Selebihnya adik-adik tahun akhir Diploma.


Kat sini aku nak berkongsi sedikit informasi buat pembaca mana tahu kot-kot tahun depan nak menjalani Latihan Industri ni. Ambil iktibar dari mereka yang pernah ada pengalaman seperti aku. Aku nak kongsikan ni pon sebab aku taknak korang jadi macam aku di saat-saat akhir.

1. Buat research terlebih dahulu.
Dalam internet ada banyak web yang memberi peluang pekerjaan atau mereka yang hendak menjalani Latihan Industri ni. Mereka akan nyatakan tempat, elaun dan antara requirement yang mereka mahukan seperti kelayakan minimum pemohon. Pilih syarikat yang bersesuaian. Janganlah pulak kau student Hotel and Management pergi mintak kat Telekom Malaysia yang hanya menerima student Engineering.

2. Prepare very well all the resume dan surat-surat dari pihak universiti.
Siap dan perkemaskan resume anda. Pastikan semua butir-butir tentang diri anda lengkap dan benar. Kebanyakan syarikat akan menggunakan khidmat emel sebagai medium untuk anda menghantar segala resume dan surat-menyurat. Jadi, segalanya mudah dihujung jari anda.

3. Jangan terlalu demand sangat la.
Jangan jadi macam aku. Nak tempat yang ada elaun je. Level pendidikan entah ke mana. Jangan pandang sangatlah elaun tinggi atau rendah ni. Kalau tinggi, kerja kau nanti macam orang gila pulak nak buat itu ini sebab bersesuaian dengan elaun yang kau dapat. Sampaikan orang cuti Sabtu Ahad pon kau kene kerja jugak. Ini kenyataan. Just look at me. Tiada elaun plus kepala aku sikit pon tak serabut dengan masalah kerja. Aku tak kata nak promote TM. Tapi aku kata jangan demand.

4. Hantar resume di awal waktu. [mcm solat di awal waktu la pulak]
Contohnye la kan, korang kene mulakan Latihan Industri bulan May. So, korang kene mula hantar awal-awal tahun lagi. Ini penting kerana korang akan bersaing dengan student-student dari universiti lain juga. Bila dah hantar, rajin-rajin buat follow up dengan syarikat berkenaan atas permohonan anda. Mereka takkan marah atau rasa annoying dengan anda kerana itu memang kerja dia. Hahahah =D So, hak anda haruslah mendesak mereka kalau mereka masih belum submit apa-apa jawapan supaya anda tidak ketinggalan. Tapi beragak-agak la nak buat tu...

5. You must have plan B, C until plan Z.
Jangan aim satu syarikat sahaja. Buatnya kau terlalu confident tiba-tiba syarikat tu reject permohonan kau, tak ke putih mata? So, buat perkara yang sama ke syarikat-syarikat lain jugak. Tapi kalau semua syarikat nak terima kau, maknenye kau ni memang genius la sebab semuanya rebutkan kau kan? So, kene pilih satu yang terbaik dan get ready untuk menulis surat jawapan menolak tawaran pulak kat syarikat yang korang taknak tu. Hasudah! Itu lagi leceh! Pandai-pandai ler koranggg!! =)



lepas makan kuey teow sendiri, aku bantai nasi lemak yang Fiza bawak pulak.pedas woo!


aktiviti memotong kek! sluurrrpppp!! yummy!!


Banyak pengalaman yang aku dapati sepanjang menjalani Latihan Industri di sini. Walaupun tak banyak, it better than nothing. Bersesuaian dengan jurusan yang aku ambil iaitu Communication Engineering, aku banyak mempelajari tentang UniFi di Telekom. Segalanya tentang fiber optik, sejenis gentian kaca yang menyalurkan maklumat dengan pantas. Hmm, kalau korang budak engineering mesti paham punya lah. Panjat tiang elektrik untuk pemasangan UniFi pon aku pernah buat taw. Nampak je lembut ni, tapi aku ganas taw! =)


supervisor aku sangat sporting. baru masuk kerja, beliau dah bagi pendrive free seorang sebijik.


from left : Fiza UniMAP, Hana (UM), Fety (UniMAP) dan aku.

Jadi, diharapkan informasi yang aku kongsikan dapat memberi manfaat buat adik-adik yang akan menjalani Latihan Industri tahun depan. Pilih syarikat yang mampu membuatkan logbook dan laporan akhir anda nanti penuh berisi. Jangan nanti kau cuma isi logbook anda dengan "Hari ini saya menyambung kerja staf semalam dengan mem-fotostet sahaja. Sekian terima kasih."





p/s : eh, aku pakai tudung bawal la hari tu.
terasa bulat dan kembali ke zaman
sebelum shawl-shawl muncul.

♥ ♥ Roses are Forever at Floria Putrajaya 2011 ♥ ♥

Assalamualaikum and Hello Readers.

Walaupun dah ramai yang post tentang Pesta Floria di Putrajaya ni minggu lepas, aku tetap nak tulis jugak tentangnya. Pesta Floria ini berlangsung dari 9 Julai hingga 17 Julai di Presint 2, Putrajaya. Aku berkesempatan untuk turut berkarnival pada 16 Julai baru-baru ni. Kalau ada yang dah pergi, pasti mereka lebih tahu pengalaman manis ke sini.


bersama bunga kekwa yang menguning

Lebih-lebih lagi, kalau ada sang LELAKI yang pergi ke sini aku memang tabik spring! Tak kesah la kalau korang hanya pergi bersama keluarga, menemani teman wanita atau kawan-kawan, serta sekadar membuat photoshoot di taman bunga. Apa pon, bukan mudah lelaki hendak datang ke tempat-tempat yang kebiasannya wanita sahaja yang berminat. Tahniah LELAKI!


pokok buluh yang menjadi hiasan

Tema Pesta Floria kali ini adalah "Roses are Forever". Ada berjuta-juta kuntum bunga terdapat di sana. Pelbagai warna dan jenis yang membuat hati rasa nak petik-petik sahaja bunga di taman. Memang sesuai untuk bergambar di sana walaupun siang harinya teramatlah panas dek mentari. Wajib bawak air sendiri daripada membazir beli sana-sani.


puluhan ribu bunga-bungaan yang menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara


permaidani dari bunga-bunga ros.alahai, sapalah sanggup nak pijak ni?


hasil seni kreatif dari para pelajar sekolah dan universiti


antara orked yang sempat di curik gambarnya


berkira-kira nak belikan untuk mak ke tak. nak letak kat mane? rumah aku bukan atas tanah.


pasukan pancagaram! ehh..bukan..pasukan pancaragam pon ada yeee...!!


sebab tak bawak air, aku beli ice-blended.


cuaca amat panas menyebabkan aku terpaksa menjadi puteri lilin


look at the sunset.sooo, nice sunset at putrajaya.


lepas solat maghrib di Masjid ini, aku keluar ambil gambar masjid pulak.
shoot malam ni memang aku lemah sikit la. =(



let's see the bridge. just like Penang Bridge like? sangat cantik!


dan malam harinya, ada pertunjukkan bunga api.

Daripada kita berfoya-foya di shopping complex, apa salahnya kalau kita berjalan-jalan mencuci mata untuk melihat ciptaan ALLAH. Ucapkanlah Subhannallah dengan setiap ciptaanNya. Sungguh agung dan cantik dan tak mampu di tandingi oleh sesiapa pon.

Dan apa yang paling menariknya di sini, aku yakin pasti semua pengunjung yang datang berkereta akan sesat dan berkata seperti, "Ya ALLAH, mana aku letak kereta aku tadi?" atau "Alamak, kereta aku dah kene curikkkk!!" atau pun, "Aku rasa alien dari planet Marikh dah songlap kereta aku la!". Yes, inilah ayat yang keluar dari mulut aku sebab tak tempat parking kereta sendiri. Macam nak patah kaki mencari satu-satu kereta. Dekat sejam baru jumpa. Letak kat tempat lain, cari kat tempat. Memang lah tak jumpaaaaa.....




p/s: aku suka melihat ciptaan ALLAH.
aku suka abadikannya di dalam kenangan.
bagaimana caranya? it is photography!