Assalamualaikum and Hello my lovely readers.
Dah setel baca entry sebelum-sebelum ni? Okay, let's move on the next entry which is my solemnization part. Majlis akad nikah diadakan pada waktu lepas solat Isyak di Masjid Nurul Hidayah, Kg Pandan Dalam. Jam 9.15 malam aku mula gerak dari rumah kerana rumah dengan masjid aku hanya sejarak 5 minit. Masa ni lebih seminggu jugak aku tidak bertemu dengan Faiz. Aku dengan dia hanya bermesej di WhatsApp. Segala persiapan aku dan dia sudahpun aku uruskan sebelum tu lagi. Masa tiba di masjid, aku masih duduk dalam kereta. Tapi terintai-intai jugak bakal suami sebab aku dah nampak keluarganya yang sudah tiba di perkarangan masjid. Aku cuba intai dari celah tingkap kereta. "Argh, mana pulak bakal suami aku menyorok ni?". Masa ni jantung aku dah start berdegup laju. Laju gila macam baru lepas berlari marathon.
Apabila semua barang hantaran sudah siap dipersembahkan, aku diarahkan oleh Emak untuk masuk ke dalam dewan masjid. Masa ni lagi lah jantung aku rasa macam nak terkeluar dari landasannya. Semua orang dah ada dalam dewan nikah masjid. Aku pulak dah la jenis pemalu kalau semua mata pandang aku. Hik3 =D Tapi aku banyakkan berselawat sebab itu je cara aku nak hilangkan rasa gugup. Dannn, masa inilah aku nampak bakal suami aku berada di depan mata dan sedang duduk di atas tilam nikah. Ya Allah, cantiknya awak berbaju melayu. =')
Jurunikah Masjid Nurul Hidayah : Ustaz Wan Erman bin Wan Emran
Sebelum upacara akad nikah dijalankan, jurunikah beri sedikit khutbah nikah untuk hadirin yang hadir. Muda lagi jurunikah kami ni. Mula-mula aku ingat, mesti tok kadi yang dah berusia yang akan menikahkan kami. Suasana dalam masjid ketika itu agak riuh dengan lawak jenaka jurunikah tersebut. Tak sangka pandai dia berjenaka bagi menghilangkan rasa gugup di dada. Gitewww... Tapi memang kelakar lah ustaz ni. Dia siap tanya soalan yang paling aku nak sangat jawab.
Jurunikah : Cik Ezmaliza, boleh saya bertanya satu soalan yang sangat-sangat mencabar? Setakat yang saya nikahkan orang sebelum ini, belum pernah lagi mereka gagal menjawab soalan saya. Boleh ke?
Haih, masa ni aku lagi lah gementar. Soalan apa pulak tok kadi ni nak tanya? Dalam kepala aku berlegar-legar memikirkan soalan yang mungkin ditanya. Adakah dia nak tanya bacaan doa qunut. Atau bacaan sujud sejadah ke? Ke dia nak tanya aku mana aku kenal bakal suami aku? Dengan selamba berlagak tenang, aku menjawab, "Ya InsyaAllah saya cuba jawab".
Jurunikah : Alhamdulillah, jawab elok-elok ye. Jadi, soalan saya adalah.... Adakah lelaki di depan saya ini yang ingin awak kahwini?
Haaaaaa..... masa ni lah air mata aku dah start jatuh berjurai-jurai. Manakan tidak, otak aku tengah ligat berfikir soalan yang maha mencabar dan mungkin aku sendiri boleh lupa kalau ustaz tu tanya aku bacaan tahiyat akhir ke. Sekali dia tanya aku soalan yang amat mudah dan kemudian aku cuba untuk ukirkan senyuman dan semestinya aku menjawab, "YAAA!!"
Abah mertua saya yang berbaju coklat tu. Faiz dan Abahnya memang saling tak tumpah wajahnya.
Upacara akad nikah di jalankan. Sewaktu jurunikah menggenggam tangan Faiz, badan aku mula rasa seram sejuk. Aku lihat Faiz kelihatan tenang dan bersahaja. Aku cuba ambil mood dari dia. Dah kenapa pulak aku nak kene resah gelisah. Tapi masa ni air mata dah asyik nak gugur saja. Mekap mata pon sedikit rosak sebab aku asyik mengelap air mata. Aku tahu keadaan di sekeliling mulai senyap kerana hendak mendengar lafaz akad nikah oleh Faiz.
Sebelum kahwin dulu, masa dalam kereta nak menuju ke butik pengantin, Faiz selalu jugak cuba hafal akad nikah tersebut depan aku. Lepas tu dia sendiri angguk kepala cakap, "Sah!! Sah!!". Lepas tu dia main-main, siapa yang cakap tak sah, dia nak tunjuk penumbuk kecil dia. Hahahaha =D Aku pulak, kalau boleh mahukan dia lafaz sekali sahaja dalam keadaan tenang dan kuat suaranya.
Jurunikah: Ahmad Faiz Mustaqim bin Mohd Noor?
Faiz : Saya!
Jurunikah : Aku nikahkan dikau dengan Ezmaliza binti Embok Zrik dengan berwakil walikan bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai.
Faiz : Aku terima nikah Ezmaliza binti Embok Zrik dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai......
Alhamdulillah, tepat jam 10 malam aku sah menjadi isteri kepada Ahmad Faiz Mustaqim dengan sekali lafaz. Air mata aku tak henti-henti mengalir. Hingus jangan cakap lah. Habis tisu bertukar ganti si Awin bagi padaku (bertudung ungu). Pantang aku bila menangis, mata aku mesti akan sembap sikit. Kemudian lafaz taklik oleh suami di bacakan. Semua orang mendengar dengan kusyuk tetapi tidak aku. Aku dapat dengar antara jelas dengan tidak. Ye laaa.. itu jugaklah aku nak kesat air mata dan hingus segala bagai. Waktu itu, aku rasa bersyukur yang amat kerana kini Faiz adalah suamiku yang sah.
Saat lafaz taklik dibacakan.
Faiz menurunkan tanda tangan di borang lafaz taklik.
Aku rasa lega yang amat. Terima kasih ya Allah.
Bacaan doa selesai upacara nikah.
Solat sunat nikah dan sujud syukur.
Upacara pembatalan air sembahyang. Masa Faiz hulurkan mas kahwin ni, dia sempat cakap, "Ni duit mas kahwin dari Abang untuk Sayang. Sayang gunalah untuk apa-apa sebab Abang tak boleh ambil duit ni". Masa ni aku macam malu pulak nak pandang mata dia. Padahal selama ni aku selalunya main lawan mata dengan dia. Alahhh, mengada-ngadanya aku! =P
Menyarungkan gelang emas. Tangan aku dah sejuk beku dah waktu ni. Aku seganlah orang pandang-pandang. Boleh pulak photographer suruh bonda-bonda duduk depan kami berdua. Lagilah segan aku dibuatnya. Cepatlah habisss oiii....
Wanginya tangan awak Sayang. Bapa botol perfume awak bubuh niiiieeee? =P
Cium lama sikit tangan tu. Ramai nak amik gambar ni..... Ouh, okay!
I feel so comfort now! =) Thank you Allah.
Parents! Emak dan Ayah serta ibubapa mertuaku. Me called them as Ma and Abah too.
Big family of Faiz. Ini pun masih belum cukup kuotanya lagi.
My small family. Sedara mara datang kenduri esok.
Thank you Ayah dan Emak kerana membesarkan Kakak sampai 'besar' macam ni. Hehe =') Tanpa kalian, kakak takkan berada di sini hari ini. Thanks for all your support and doa. Much love Emak and Ayah.
All my besties yang sudi hadir. Thanks for coming friends. I really love you so much.
But I love my husband more. Hehehe =D
Officially as a husband and wife. I love you so much, Faiz.
Meh sini nak cium sikit awak ni. =P
Alhamdulillah! Legaaa.... Majlis yang amat penting ini selesai dan berjalan lancar atas keredhaanNya. Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku seorang lelaki yang bergelar suami ini. PemberianMu ini cukup besar rahmat padaku dan aku janji aku akan patuh akan suamiku. Aku berdoa agar jodoh aku dengan Faiz kekal berpanjangan sehingga ke syurga kelak. Aku sedar walaupun sudah berkahwin, jodoh kita dengan suami perlu di jaga dan tetap perlu berdoa agar kekal sampai bila-bila. Aku mahu lahirkan zuriat yang banyak-banyak untuk suamiku. Semoga rezeki kami tiba awal. Aminnn =')