~you are my bestest buddies~

~aku berjaya memiliki DSLR!! yeay!! ~



yehhaaa!!!! ini adalah entry aku yang ke seratos! heh? orang lain dah beribu-ribu post da kot..gulp! haha.. :D aku kan pemalas update blog. so, terlambat sikit la. ngah3..!! :D

syukur ALHAMDULILLAH aku kepada ALLAH yang Maha Esa. aku gembira sangat hari ni. sebab apa gembira?? sebab.......... aku berjaya memiliki kamera DSLR sendiri. selama ni aku telan air liur je tengok orang lain memegang kamera tu. OMG!! jeles gak weh.. lagi-lagi tengok blog-blog orang yang duk tepek gambar hasil dari DSLR tuh. aduhai.. cam nak terkeluar bijik mata menengoknye. heee... :) blog yang aku salu duk usha blog dia ni la.. gambar dia...mak aii.. aku cuma mampu telan air liur je la. lawa-lawa seyh!!

now, aku nak ucapkan terima kasih berjuta-juta lemon kat Kakak aku, Ezma Rubie. :) dia la yang tolong belikan kamera ni untuk aku. mula-mula nak tengok-tengok je. dapat lak ada offer, aiiiiihh.. lagi lah meleleh air liur aku..wakakakka..!! :D


angah : kakak sure ke tau gune ni? nanti kalo angah dah belikan, kakak tak tau guna pulak.
aku : hehe. kakak bukan tak tau guna langsung. sikit-sikit tu adela. :P
emak : alaa.. kakak kan masih belajar lagi. nanti-nanti la beli. kang tertinggal belajar kang.
aku : alaaa.. mak.. bolehlah.. kakak memang dah gila sangat nak pakai kamera ni mak. asek tengok orang len je pakai.. boleh la mak eh.. hehehe.. :P
angah : hmm... amik je la mane-mane yang kakak nak. nak yang D3000 ke D5000?
aku : hah?? alamak.. tak tau.... :P


lastly, pilihan angah untuk aku ialah Nikon D5000. katanya, function untuk D3000 lebih kurang sama je dengan D5000. tapi nanti kalau aku dah mahir, dah tentu aku nak yang lagi advance! eh, betul jugak eh. so, aku pon sambar je la D5000 tu. TERIMA KASIH ANGAH!

aku mimpi ke ni? impian dan mimpi-mimpi setiap malam aku menjadi realiti..! ya ALLAH, aku tau kalau orang lain dah mampu dah nak beli dua tiga bijik lagi. tapi seriously, memang aku mengidam sangat-sangat dah ni. syukur tak terhingga. oke, sudah-sudah la tu ezma oii..! :P

now, lets see my new love ni.. :)

front view Nikon D5000


skrin LCD nya boleh di pusing-pusing


top view D5000


LCD adjustable senang nak amik gambar. takdelah aku tertonggeng-tonggeng nak amik. :P



LCD boleh laras 270 degree


i love PHOTOGRAPHY



aku baru baca separuh dari kitab kamera ni. mak aii.. tebal gila manual dia. dah macam nak buku sekolah je aku tengok! tapi minat punya pasal, aku gagahkan jua mata ni untuk menelaah manual yang tebal tuh. sambil-sambil tu pon aku sedang mencari mana-mana blog yang mengajar tentang penggunaan kamera ni. ada sapa-sapa tau laman web blog itu?? aku sedang belajar lagi dan ingin belajar lagi. sapa-sapa yang sudi share ilmunya dengan aku, tell me yarh.. it's ok if sikit atau banyak, semua aku terima dengan hati terbuka. TUNJUK AJARKU SIFU!! :)







p/s : angan-anganku menjadi kenyataan. so, aku harus belajar dengan lebih rajin lagi. :)


~tak habis-habis dengan senyuman kerang busuk ko tuh~

haha. :D dulu aku buat contest, now aku lak nak join contest. it such a been a long time aku tak join contest. hehe. :P so, cuti-cuti pon tak tau nak buat ape, saje men'join'kan diri untuk contest ni. ouh, pasal contest ke? haha.. :D tajuk tak boleh blah. oke, contest kali ni namanya "Contest Senyuman Paling Menawan" yang di anjurkan oleh .....


|| Cik Chentazetty ||



tak susah mane pon untuk join contest ni, just bace rules beliau di blognye oke. jangan lupe lekatkan sekali banner contest yang vogue ni. tarikh tutup contest adelah 20 Mei 2010 ni. so, masih ade lagi masa untuk kamu godek gambar-gambar kat laptop tu haa.. hehe.. :))



so, gambar yang aku ingin tepek di sini adalah gambar senyuman aku yang macam kerang busuk nih. actually, aku tak tau pon kerang busuk boleh senyum. plus, mulut dye kat mane aku pon tak tau. haha. :D tapi bila aku tengok balik, mak aii.. tembamnye aku. tapi sekarang dah tak lagi. sebab aii selalu buat senaman pipi. kah3.. :D

kenapa aku suka senyum? eh, you all tak suke senyum ke? senyum kan satu sedekah. senyum je kat sapa-sapa. lantak la mereka nak balas balik atau tak. janji kita tak nampak sombong. senyum dapat menyembunyikan masalah. segala macam jenis stress boleh hilang apabila kita senyum. tetapi, senyum la dengan ikhlas. sebab senyuman yang tak ikhlas memang boleh nampak dari mata kasar seorang manusia biasa. orang kata macam senyum yang di buat-buat memang la buruk! hehe.. :P

so, kamu di bawah wajib harus join contest ini sebab saya mahu lihat senyuman kamu pula. tapi, PLEASE! jangan letak gambar yang terlebey suda oke. sebab komfom saya kalah. hahahaha.. :D enjoy it!

# Sis Neena #
# Faiz Farish #
# Mizzura #
# Cik Ecah #
# yes! kamu yang belum join, sile join! nak tag yang lain, mostly sume dah join. #






p/s : menang kalah adat pertandingan. tapi yang penting kepuasan hati dapat join!

~tolong jangan taip macam orang takde lidah!~




hoho.. tajuk entry aku ada bau-bau macam marah tak? haha. actually tak marah pun. cume kesal dengan sikap adik-adik kita yang gemar menyalahgunakan bahasa Melayu. baru-baru ni ada terjumpa satu group di FACEBOOK, iaitu Kami Benci Orang Type Macam Rempit [Lew, Kew, Jew, Niew, Kowunk, AQ...etc] . rasa lucu jugak bila group di tubuhkan. haha. :D Dan aku pon tidak ketinggalan untuk turut join. apa masalah la budak-budak ni.

'' weh kowunk, aQ nak itot leyh ak? agy pon aQ kan dak tecik agy ''

'' lew jew law ko nak itot. tapi en ko niew cam dak tecik agy arr ''

aarrgghh!! sumpah menyampah bila aku baca ayat ni. mungkin aku rasa aku tak perlu kot nak menyampah-nyampah sebab bukan mereka hantar dekat aku. ouh tidak!! adik perempuan aku pon sama je. aduhai... apa yang aku perasan la kan, mostly golongan-golongan yang taip ala-ala orang takde lidah kebanyakannya budak perempuan yang masih bersekolah. konon-kononya manja macam budak kecil la tu ye? manja ke??? gedik lagi ada. tapi bukan semua oke. kang tak pasal-pasal budak-budak perempuan yang masih bersekolah tu banned aku pulak. haha.. :D

aku rasa macam nak tergeliat lidah bila baca ayat macam tu. ini dah merosakkan bahasa Melayu kita. wahai adik-adik kat luar sana, jangan sampai terpengaruh pule ye dalam karangan exam ni. jangan jadi cam adik lelaki kak Ezma. nak tau kenapa? haha.... :D

teringat dulu masa dia Tahun 1 sekolah rendah, markah kertas Bahasa Melayu nye dapat 98% je. sebab ada satu kesalahan. apalagi, mak pon semak la kertas dia. kesalahan dia cuma satu iaitu salah ejaan sewaktu menamakan peralatan dapur.

ini PERIUK or PUYOK?


ade ke patot dia namakan benda kat atas ni sebagai PUYOK?? akibat terlampau pelat, dia dengan selamba badak tulis PUYOK besar-besar kat ruangan kosong tu. alamak aii..adik aku.. ko ni biar betul dik. mak tak ajar PUYOK.. tapi P.E.R.I.U.K !! adui... jadi, jangan terpengaruh oke. kang elok-elok boleh lulus karangan, tiba-tiba failed. hihi.. :P




~nak main LIKE-LIKE macam dalam facebook tak?~

anda suka tolong orang tak?just like me. tapi aku pernah jumpa manusia yang tidak dikenali dalam dunia internet ni memarahi aku bila aku mintak tolong. actually aku pernah bertanya pada satu blog tutorial ni berkenaan 'RAINBOW LINK'. tapi aku tak tahu menahu pon nama mende alah tu adalah 'RAINBOW LINK'. sebaliknya aku cuma bertanya pada tuan blog, "bagaimana nak buat link dalam blog jadi bertukar-tukar kaler apabila mouse cursor move pada link tersebut?".


itu adalah soalan aku. a few days after that ade la sorang gurl ni reply kata sudi nak tolong. tapi dye bukan la tuan blog tutorial tu. so, oke la. i am proceed with her help. just main-main reply email je la.
but that time, aku memang busy dengan study week and exam. masa tu nak bukak blog pon tak ade masa dah. and if she are brilliant she can see my latest post adalah sangat berkurun lamanya tak update. that means aku da lama tak online la. adoiyai..!! and ada satu hari tu, aku ke library untuk study. sambil-sambil tu aku bukak emel macam biasa, so, aku reply la emel CIK-YANG-BAIK-HATI ni. lebih kurang macam ni la aku tanya..

"salam..hye..sory..dah jumpe ke coding utk link colorful tu??
cube tgk contoh blog ni..link dye, bile cursor move, jadi kalerful.."

soalan aku tu ada bau-bau macam aku seorang pemalas ke?? ada bau-bau macam aku ni mengharap sangat pertolongan dye ke? bawah ni hasil reply beliau.


[emel dari CIK-YANG-BAIK-HATI. sila klik gambar untuk penglihatan yang lebih jelas.]




[reply dari aku. sila klik gambar untuk penglihatan lebih jelas.]


dye boleh marah aku sebab konon-kononnya aku sengaja membiarkan dye carik sorang-sorang selama 11 hari coding untuk 'RAINBOW LINK' tuh. WTH??!! aku exam okeh! aku tak mintak pon kau beriya-iya nak tolong aku. kalau tak nak tolong lain kali tak payah reply soalan aku. aku cuma bertanya pada orang lain. bukan kau! ish! and dalam emel tu jugak dye cakap, "kalau camni, saya da malas nak tolong awak. pandai-pandai la cari sendiri. tak pon pandai-pandai la awak godek sendiri"


OMG! it's oke wahai CIK-YANG-BAIK-HATI, aku boleh cari sendiri. tapi aku cuma nak bagitau bahawa ilmu kita ni cume ibarat setitik dari seluas lautan. ilmu ALLAH lebih besar. jadi, jangan terlalu kedekut oke. tak baik. lebih-lebih lagi awak tu menceburi bidang perniagaan. takot lari pulak pelanggan. hmm..oke la..taknak cerita pasal ni lagi. move to the real story! kat bawah oke!




cerita yang ni pulak pasal aku dapat orang betul-betul baik hati nak tolong aku. yuhuu..!! sonok taw bila aku dapat belajar apa jua cara untuk mencantikkan blog. aku tak kesah ape jua jenis bentuk pelajaran. tapi bila kita tambah sesuatu yang baru dalam blog masing-masing, pasti kita akan rasa berpuas hati dengan hasil yang di buat.



so, kali ni aku bukak satu blog tutorial from
.:::. MSue RoomZ .:::..
rupa-rupanya blog sudah lama aku follow, tapi aku baru add kat sidebar. she has a lots of good tutorials yang sangat2 berguna untuk menambahkan gadget pada blog you all.



just now, she help me to put LIKE button on the blog just like FACEBOOK. hehe. kepada siapa-siapa yang tidak mempunyai akaun FACEBOOK tu, tak dapat la nak LIKE my entry. anyway, bukan setakat itu saja Cik Sue ni tolong, beliau siap invisible kan aku punya navbar lagi. mula-mula aku memang tak tau apa tu navbar. hahaha. :D [bunguks nyer aii] rupa-rupanya navbar tu mende biru kat atas tu.. alaa.. tempat kita nak sign in and sign out tu. huhu.. sorry.. baru tahu namanya navbar. hehe. :P


and then she helps me to put REPLY-TO-COMMENT function in my comment box! ouh, sangat membantu saya la Cik Sue nih.. hehe. :) tidak kedekut dengan ilmu. malah siap bersabar lagi layan kerenah buduh saya nih. banyak lagi benda yang ingin saya pelajari dalam dunia blogging ni seperti coding dan gadget dalam blog. so far, saya cuma tahu HOW-TO-DISABLE-COPY-IMAGE saja. :P hehe..so, untuk mencantikkan lagi blog you all, sila la ke blog beliau ya. :)



p/s : jangan tanya aku siapa perempuan itu. aku tak nak jatuhkan maruah nye.

p/s/s : "saya ade sebiji epal, awak pon ade sebiji epal..
kalau kita kongsi epal kita sudah menjadi dua biji epal.

saya ade ilmu, awak pon ade ilmu..
jadi, kalau kita kongsi ilmu
kita sudah menjadi dua ilmu.."


~berhutang tag dengan nabila and sis neena~


sorry my dear Hazatul Nabila and Sis Neena. bukan lupe untuk jawab tag ni. tapi masa tu masa tak mengizinkan. sorry sangat. but today, i will do it! promise.. :)

tag from Hazatul Nabila.

1. SIAPAKAH ANDA DI RUMAH?
~saya adalah seorang anak perempuan kepada kedua ibu bape saya. hehe. :) ~

2.SIAPAKAH DIRI ANDA DISAMPING RAKAN?
~ saya adalah seorang manusia yang selelu membantu kawan. kadang2 saya ni mudah berasa kasihan bila kawan2 dalam kesusahan. and i love to listen their problem eventhough diri sendiri ber'problem'. ~

3. LIMA BENDA YANG ANDA IDAMKAN TAPI MASIH BELUM TERCAPAI?
~ hasrat saya untuk memiliki kamera DSLR persendirian. bukan nak share dengan sapa2. no way!
~ saya inginkan segulung ijazah dalam genggaman ni bila habis belajar kelak.
~ saya teringin untuk pergi vacation ke luar negara.
~ saya mahu ada RM 1 juta dalam akaun bank saya. lebih pon takpe.
~ dalam usia saya yang baru cecah 21 tahun ni, saya teringin nak ke Mekah dengan parents. :)

4. SIAPAKAH NAMA PASANGAN ANDA?
~ erk? erm.. boleh ke bagitau?elleh! cam la tak penah mention kat sini. oke2.. AHMAD FAIZ MUSTAQIM BIN MOHD NOOR..

5. CERITAKAN 5 PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG PASANGAN ANDA?
hah??kene bgtau jugak ke?abes la kembang muntot iye nanti..hahaha... :D oke2...
~ sangat menjaga solatnya, paling penting oke!
~ i love his eyes. kuyu and sexy.
~ tak pernah mengalah. sentese menang kalo gado. :P
~ suka sangat bila tengok dye makan ayam. sampai habis licin ayam tu dye kebas. kalo tulang boleh makan, mesti dye bedal gak! haha.. :D
~ i love everything about him!

6. BILA TARIKH COUPLE?
~ haa.. April Fool.. 1 April 2008.. :) hari nie je genap 25 bulan!

7. KENANGAN PAHIT ANDA BERSAMA RAKAN ANDA.
~ bila kene fitnah. ikot suke mulot longkang ko je eh gemok! kata kat kitorg macam2. benda yang kitorang tak buat, jangan kata kitorang buat. kang aku sumpah ko jadi spare tyre kang! baru tau.. :P

8. LAGU TEMA CINTA ANDA?
~ Yovie dan Nuno- Menjaga Hati.

9. APA PERUBAHAN YANG ANDA INGIN LIHAT PADA PASANGAN ANDA?
~when I said I love everything about him, just accept it. tak perlu komen ape2 kot. :)

i am done cik nabila.. :)





tag from Sis Neena and Cik Ecah *updated*

1. Go to your photo files… Select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.


i already read the rules sis..hehe.. :) oke.. untuk itu setelah di godek2 laptop ni, gambar itu adalah gambar.....




fuh..!! naseb baik gambar ni adelah yang terpilih. kalau pic yg bukan2, mati la den. haha.. ade ke?? oke..btw, pic ni di ambil masa aku pergi ALTERA, Penang. ada lawatan ke kilang itu la..hehe. :) orang kata pic ni macam aku kat oversea. eh, memang la. Penang ni bukan kene over the sea ke? merentas laut gak tu kan? ala.. sesekali aku nak berangan ape salahnye. itu aje. :)