Assalamualaikum and Hello Readers! :)
Saat aku menulis entry ni adalah hari ke 11 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah, puasa aku masih penuh setakat ni. Malam hari aku ikut mak ke surau untuk menunaikan solat terawih dan tadarus al-Quran. Bila siang hari, aku membongkang depan laptop tengok blog-blog orang. Kalau perasan sekarang ni ramai orang dah mula menjinak-jinakkan diri dalam dunia mendodol eh, men-doodle ni kan?
my 1st trial. tudung bengkang bengkok. serupa aku punya tangan daaa...
So, aku pon try la cari tutorial macam mana nak lukis doodle ni. Takda cara yang lebih senang ke? Tengok doodle mereka nampak cun dan cute-cute meow aje. Hmm, aku dah la bangang dalam bab-bab melukis. Ohh, boleh lukis guna Microsoft Power Point. Mungkin tu lagi senang sebab aku memang hancur dalam Adobe Photoshop. Aku lupa dari blog mana aku amik tutorial dia. Aiseymen, dah pinjam tutorial lupa pulak nak ambil link blog. =,="
Punyalah bangga bila siap lukisan tu sebab seluruh kaum kerabat aku tahu yang aku tak pandai melukis. Bersemangat gila aku tunjuk laptop aku kat mak.
"Mak, cuba tengok lukisan kakak. Cantik taw! Dekat 5 jam kakak lukis muka kartun ni."
Mak aku hanya memandang sekilas. Sikit pon dia tak cakap apa-apa. Hish, tak boleh jadi ni. Aku kene buktikan yang aku pandai lukis gak! Aku tambahkan sikit blusher and pink-kan lagi shawl kartun tu.
"Mak!! Tengok la ni. Cantik tak kakak lukis?"
"Hmm, kakak bukan reti melukis pon. Lukis muka orang pon petak-petak."
"Aik, manede. Kan bulat aje ni"
"Hmm, kakak bukan reti melukis pon. Lukis muka orang pon petak-petak."
"Aik, manede. Kan bulat aje ni"
Lantas mak aku ke dapur dan ambil buku resipi masakan beliau. Beliau menyelak-nyelak dannnnn nahhh!! Satu semburan air teh-o aku telah lakukan sebab tergelak-gelak melihat halaman muka surat itu.
"Nah, tengok kakak punya drawing zaman dulu-dulu. Hade ke lukis muka orang pon petak-petak? Mak ingat nak buat mee rebus untuk bukak puasa semalam. Tiba-tiba Mak jumpa page ni dalam buku resipi mak. "
"Kahkahkah!! Dah tu kenapa tak buat mee rebus??"
"Tak lalu nak buat lepas tengok lukisan ni......"
"Grrr!!! Mak nihhhh!!!!"
"Kahkahkah!! Dah tu kenapa tak buat mee rebus??"
"Tak lalu nak buat lepas tengok lukisan ni......"
"Grrr!!! Mak nihhhh!!!!"
Berkurun lama buku resipi mak aku ni kalau korang nak tahu. Buku resipi ni selalunya mak aku guna untuk tulis resipi baru yang keluar kat TV. Disebabkan buku ni sangat tebal, aku amik sikit bahagian muka surat belakang untuk mengarut yang entah hape-hape. Masa ni umur aku baru 8 tahun.
Kisah-kisah Ezmaliza
Saya ialah Ezmaliza. Saya murid
darjah 2 Fairuz kelas yang paling ter-
pandai sekali. Saya tinggal di Kampung
Dato' Harun Kampung Pandan Dalam.
Alamat rumah saya ialah
153, Kg Pandan Dalam. Cuba lihat
muka saya.
Saya ialah Ezmaliza. Saya murid
darjah 2 Fairuz kelas yang paling ter-
pandai sekali. Saya tinggal di Kampung
Dato' Harun Kampung Pandan Dalam.
Alamat rumah saya ialah
153, Kg Pandan Dalam. Cuba lihat
muka saya.
Kau tengok! Ayat penguat semua ada. Segala "paling", "ter" dan "sekali" mana boleh digabungkan dalam satu ayat. Mesti cikgu Bahasa Melayu aku pelangkung kepala aku. Pergh! Pandai la sangat kelas 2 Fairuz tu. Padahal kelas ke-3 dari 10 buah kelas. Aku siap letak alamat rumah. Haha, ni alamat rumah lama aku. Sekarang dah 5 tahun aku pindah rumah baru. Yang paling tak boleh tahan tu, siap ada tandatangan untuk nama panjang dan nama pendek. But, please don't call me LIZA. Hahaha.. =D
Moh ler kita zoom sikit lukisan bertuah aku nih.
Betul cakap mak. Dulu aku lukis muka orang petak-petak. Telinga dia pulak taknak capang macam kuali astro la pulak kan? Kening taknak kalah Akak Ziana Zain kau! Kasut pulak nak vogue aja. Skirt aku tak ubah macam kain renda langsir tingkap rumah aku. Tapi inilah kenangan yang masih terpahat dalam buku resipi mak aku. Lucu sungguh.
Apa pon, aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat BUNBUN kerana ada sudi melukiskan doodle untuk aku. Kau tengok lukisan atas ni. Beliau dapat inspirasi dari gambar kat bawah ni. Aku tak sangka ada orang sudi doodle-kan diri aku. Aku rasa sangat-sangat terharu sebab aku tak pandai melukis. Sobsobsob :(( Hasil editing ini pulak datangnya daripada ERIKA RAIN aka TOMATOTAKBAPANAKKERING. Rajin betul beliau edit gambar aku guna Adobe Photoshop. Yang ni satu lagi, apsal entah aku memang noob gila dengan software nih. Dah belajar banyak kali pon, tetap rasa bangang gak. Anyway, thank you so much to Erika Rain dan Faherah Hidayah aka Bunbun. Orang seperti mereka harus dihargai sebaik-baiknya. Bukan senang mereka hendak membazirkan masa untuk edit dan lukis semata-mata untuk kita. Hey girls, I appreciated both of you soooo much!
So, sebagai kesimpulan. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tapi ALLAH menciptakan semua hambaNya cukup dengan kesempurnaan. Tak perlulah kalau seorang itu sibuk dengan dunia men-doodle kau pun sibuk nak buat jugak. Orang lain nak jadi photographer, kau pun sibuk jugak nak jadi photographer. Berpada-padalah dengan keupayaan kita sebagai manusia biasa.
p/s:kelebihan aku adalah aku suka mengarang.
kau tengok aje lah lukisan aku masa darjah 2 tuh.
menulis yang bukan-bukan aku pandai lah.
kau tengok aje lah lukisan aku masa darjah 2 tuh.
menulis yang bukan-bukan aku pandai lah.