~you are my bestest buddies~

I Love Food : Flaming Steamboat Buffet

Hello readers,


Hari ini aku hendak kongsi satu tempat makan yang menarik untuk kawan-kawan kat luar sana kunjungi. Mungkin ada yang pernah pergi, tapi sesiapa yang belum pernah pergi, you have to try this! You guys gilakan steamboat macam aku tak? Haaa... kalau korang semua tinggal berdekatan area Lembah Klang boleh la datang ke Flaming Steamboat Buffet ini. Actually restoren steamboat ini telah membuka 3 cawangan iaitu di Setapak, Shah Alam Seksyen 33 dan Sunway berhampiran dengan Sunway Pyramid.


Kau bayangkan... Mr. Squidward yang kawan Spongebob pon ada taw! :P

Kali ini aku makan di cawangan Sunway. Kenapa aku share info pasal restoren ni? Sebab aku rasa restoren ni menawarkan harga yang cukup murah bagi penggemar makanan laut yang segar dan terbaik dari laut. Pada aku ianya sangat murah dengan lokasi restoren yang terletak di Kuala Lumpur dan makanannya sangat fresh dan besar-besar. Mana nak jumpa kedai makan yang murah kat KL? Semuanya nak mahal-mahal belaka. Tskkk!

Harga untuk satu kepala :
Dewasa : RM26.90+
Kanak-kanak (4-10 tahun) : RM9.90+
Kanak-kanak (3 tahun dan ke bawah) : PERCUMA
Semua harga tertakluk kepada 5% servis perkhidmatan.

Pelbagai jenis promosi diadakan setiap bulan. Berita baik juga untuk mereka yang menyambut hari lahir boleh makan secara PERCUMA di sana. Tertakluk kepada terma dan syarat. Sila layari laman web mereka di www.flamingsteamboat.com



Di restoren ini turut menyediakan pelbagai jenis kerang, ketam yang sungguh lazat, hirisan ikan, fillet ayam, kupang, tiram, sotong, lala, pelbagai jenis udang dan sebagainya. Terlalu banyak menu sehingga tak tertulis dan segala minuman panas dan sejuk, aiskrim, ais kacang dan snek ringan adalah termasuk dalam harga pakej. Jadi, makanlah sepuas-puasnya di sana. Cuma jangan membazir sudahlah ye. Membazir itu amalan syaitan ye adik-adik. Jadi, jangan tamak. Ambil sikit-sikit. Jangan risau, bila habis je stok dalam peti ais tu, pekerja restoren itu akan restock! Hehe =D



Mereka menyediakan 2 jenis sup untuk dimasak bersama iaitu tom yam dan sup biasa. Boleh pilih mana-mana atau ambil kedua-duanya. Steamboat di masak atas dapur elektrik, jadi ia selamat untuk kanak-kanak yang pantang nampak api semua dia nak main. Haha =D



Beginilah keadaan susun atur restoren yang terletak di Sunway ini. Kedai makan ini mempunyai 2 tingkat. Tingkat atas adalah ruangan berair-cond manakala ruangan bawah lebih menjurus kepada smoking area. Terdapat 2 buah peti sejuk yang mana 1 buah diletakkan makanan laut yang segar dan sebuah lagi mereka menempatkan makanan sejuk beku seperti sosej, nugget ikan dan sebagainya.


Muka masing-masing kebulur sehari tak makan semata-mata nak
makan steamboat ni puas-puas!


Jom makan aiskrim! Ambil pelbagai jenis perisa dan rasa sendiri kenikmatannya!


Ok, perut pon dah kembung macam orang mengandung.

Bila dah melantak, takde masa aku nak control makan. Makan sajalah puas-puas. Cuma janganlah buruk makan. Hahaha =D Bersopan sikit... Kulit-kulit kerang dan udang tu kumpulkan lah satu tempat macam gambar atas ni. Hehehe =D Agak berpinggan-pinggan jugak untuk 2 orang makan macam aku ini. Tapi masih tersusun atur dan rapi lagi semua pinggan tu atas meja. Fuhhh, memang terbaiklah makan makanan laut kat sana. Penggemar seafood macam aku memang wajib cuba! =)


Terima kasih sudi baca...

Kenapa Nikah Khitbah?

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



#Apa itu Nikah Khitbah?


Pernah dengar tak tentang Nikah Khitbah? Selalunya orang panggil Nikah Gantung. Bunyinya nampak tak sedap langsung kan? Jadi, istilah yang aku akan gunakan dalam entri ini hanyalah Nikah Khitbah. Masyarakat kita zaman sekarang selalu salah tafsir dengan konsep pertunangan. Dalam kes ini, pertunangan antara seorang lelaki dan perempuan adalah satu ikatan kecil sebagai tanda seorang wanita itu bakal menjadi isteri kepada si lelaki. Tetapi mereka masih haram antara satu sama lain. Tidak boleh berpelakuan seperti pasangan suami isteri. Berbeza dengan pasangan yang melakukan Nikah Khitbah. Nikah Khitbah ini sama sahaja seperti nikah yang biasa kita dengar tetapi suami dan isteri tidak tinggal sebumbung dan si isteri masih lagi dibawah tanggungjawab si ayah. Si suami akan mengambil alih tanggungjawab tersebut apabila si isteri sudah tinggal sebumbung kelak.



# Kenapa aku rasa hendak melakukan Nikah Khitbah?

ALLAHU AKHBAR! ALLAH telah kurniakan aku satu perasaan cinta terhadap seorang lagi umat Nabi Muhammad SAW ni. Selain rasa cinta dan sayang aku terhadap ahli keluargaku, ALLAH berikan aku rasa cinta kepada seorang lelaki yang sudah 4 tahun aku kenalinya. Tak perlu aku cerita lebih lanjutlah, sedangkan kita bercakap dengan manja dengan lelaki yang bukan mahram pon sudah jatuh kepada hukum haram kan? Inikan pulak jika aku selalu keluar bersiar-siar menonton wayang dengannya. Ini pon bernasib baiklah kerana aku hanya menjalankan perhubungan jarak jauh antara Universiti Malaysia Perlis dan UiTM Shah Alam. Dalam tempoh masa yang lama itu, boleh bayangkan berapa banyak dah dosa yang aku berjaya kumpulkan?


Ini bukan soal aku sudah gatal merenyam hendak berkahwin. Tetapi aku merasakan terlalu banyak dosa aku sebelum aku sempat hendak bertaubat. Memandangkan soal perkahwinan ini memerlukan duit, aku terfikir untuk lakukan Nikah Khitbah terlebih dahulu. Mungkin jika aku ada rezeki lebih, aku akan buat kenduri untuk saudara mara dan rakan-rakan. Sungguhpun begitu, aku sanggup ketepikan soal impian perkahwinan aku idamkan selama ni demi elakkan dosa yang aku kumpul hari ini. Tak mengapalah, untuk apa indah di mata manusia jika hina di mata ALLAH.



# Apa kata mereka yang kurang berpengetahuan tentang Nikah Khitbah ini?

"Kau dah mengandung ke sampai nak menikah awal-awal ni?"

"Dah tak reti nak sabar ke? Kot ye pon dah gatal sangat, kerja lah dulu. Belajar pon tak habis lagi."

"Masak nasi pon hangus, ada hati nak berlaki."

"Seluar dalam kau pun Mak yang basuhkan, macam mana nak bagi anak bini kau makan?"

"Belajar tinggi-tinggi sampai tingkat 20, takkan kau nak kahwin gantung? Buat malu keluarga aje!"

Mungkin inilah kata-kata negatif yang bakal keluar dari mulut sesiapa yang tidak tahu menahu soal Nikah Khitbah ini. Tapi kita jangan salahkan mereka, sebaliknya kita terangkan sejelasnya agar tidak berlaku salah faham. Hmm, aku memang belum layak untuk menjadi seorang isteri yang berjaya. Ilmu memasak pon belum habis khatam lagi. Err, banyak lagi la ilmu alam rumah tangga yang belum aku pelajari. Akan tetapi, untuk elakkan dosa yang sedia ada, aku sentiasa bersedia memikul tangggungjawab sebagai hamba ALLAH yang Esa.


berfikirlah sebaiknya supaya tidak menyesal kemudian hari

Walau bagaimana pun, aku rasa aku perlu beristikharah kepada ALLAH. Seharusnya aku minta petunjuk samada jalan dan pilihan yang aku buat ini benar atau tidak. Kadang-kadang aku rasa keliru. Patutkah aku lakukan Nikah Khitbah atau aku hanya perlu bersabar kerana lagi 2-3 bulan sahaja aku akan menamatkan pelajaran. InsyaALLAH. Oh ya ALLAH, hambaMu sungguh keliru. Mungkin benar kata sahabat-sahabat aku, proses untuk melakukan pernikahan mengambil masa yang lama. Silap-silap haribulan aku sempat habis belajar dan bekerja baru aku akan bernikah.


Aku akan tunggu Emak pulang dari Umrah dan aku akan cuba berbincang tentang hal ini. Ya ALLAH, ini pon aku tak tahulah ada kekuatan atau tidak untuk aku cuba buka mulut untuk memperkatakan hal ini. Apa pendapat kawan-kawan? Apa yang harus aku buat?


Thanks for reading this entry!