~you are my bestest buddies~

I Love Food : Ban Mai Thai Restaurant Kuala Perlis


Lintas langsung dari Lab untuk siapkan FYP. Tapi masih sempat untuk kongsi dengan kawan-kawan semua. Hahaha =D

Siapa yang stay area Perlis dan sekarang ini sedang kebulur lapar memang wajib baca entry aku yang ni. Sebab aku nak cerita satu kedai makan yang sangat awesome decoration-nya di Kuala Perlis. Bertemakan restoren makanan Thai yang berwarna biru-putih. Restoren ini terletak betul-betul di sebelah 7-Eleven Kuala Perlis yang baru buka tu. Mostly student UniMAP mesti tahu punya lah! Tapi lokasinya agak tersorok dari pandangan orang ramai.


sila salin alamat dan nombor telefon kalau rasa diri tu macam sesat


Hasil dari interview aku, restoren ini mula beroperasi pada 23 April 2012. Masih baru lagi, tetapi makanan yang disajikan memang tip-top! Diusahakan sendiri oleh Encik Zamri bin Mustapha dan keluarganya. Menurut tuan punya kedai, restoren ini dibuka pada jam 11.30 pagi hingga lewat malam dan bergantung kepada pelanggan yang datang.


aku dah gemuk sebab asyik cerita pasal makanan.
esok lusa aku cerita pasal ubat kurus pulak ye.



Menu istimewa yang disajikan dalam restoren Thai mestilah Tom Yam Kung! Perghhh!! Memang terangkat habis bila rasa Tom Yam yang di masak oleh isteri tuan punya kedai ni. Tambah pulak aku memang gila Tom Yam. Hanya tekak aku je boleh detect mana satu Tom Yam sedap selain Tom Yam yang Emak aku buat. Hehe =D Harga pun berbaloi. Mampu dibayar la kiranya.


Menu kami hari tu : Nasi Putih, Tom Yam Kung Ayam,
Baby Kailan Ikan Masin, Udang Goreng Tepung.


Kiri : Ili Dalila (yang dibelanja makan) Kanan : Aku (yang membelanjakan makan)
Motif? Haha.. Sesekali belanja kawan baik makan apa salahnya. =)


sijil pengiktirafan barangkali


dah! jom mencekik! dari tadi asyik ambil gambar je. bismillahhh....


ini pandangan dari luar kedai

Aku mudah tertarik dengan kedai yang mempunyai dekorasi yang menarik dan tersendiri nih. Yang uniknya, pemilik restoren mengambil idea dari buah fikirannya sendiri. Katanya, "Kalau nak pelanggan makan di kedai kita dengan selesa, kita sendiri perlu selesa untuk duduk di kedainya." Bagus betul visi beliau. =)

Apa pun, kawan-kawan UniMAP dan pembaca blog yang mungkin akan datang ke Perlis ni pon boleh cuba menjamu selera di Ban Mai Thai Restaurant ni. Kenapa aku promot? Satu je alasannya. SEDAP! Kalau tak sedap, aku malas nak promote kan. Haha =D




p/s: makin lama aku duduk kat Perlis,
berat badan dah mencecah 50kg dah!



Terima kasih sudi baca. Jangan terliur pula ye.

SnaPhenomena Photography in White Room Studio


Sejak berkecimpung dalam dunia fotografi, aku memang teringin sangat-sangat nak shoot dalam real studio which is shoot in front of the big lighting dan real white background. Finally, impian aku menjadi kenyataan apabila tuan punya studio sudi bawa kami SnaPhenomena Photography untuk shoot di studio mereka iaitu di Jitra, Kedah.

So, for those yang stay area Kedah yang teringin nak shoot dalam studio, tak kisahlah shoot untuk pengantin baru atau lama ke, shoot untuk hari graduasi anda ke, shoot untuk family di hari raya ke, shoot untuk ibu-ibu mengandung ke, boleh lah datang ke:

Graphic Ten Studio
Tingkat 3C, Jalan Tengku Maheran 2,
Taman Tengku Maheran,
06000, Jitra,
Kedah Darul Aman.

Tulis alamat macamlah nak buat karangan surat-menyurat masa zaman sekolah dulu kan? Hahaha =D Atau pun, anda boleh contact Syed Muhammad Nazir di Facebook beliau. Kot la kalau boleh dapat harga special untuk anda pembaca blog Ezmaliza. Hahaha =D


Petang tu sebelum bergerak ke studio, sempat lagi singgah Tasik Darul Aman untuk shoot santai di sana. Gambar ni buat aku rasa macam berlakon dalam filem saja. Sudikah Encik Hariz kahwini Izzah? Eh, ape kes kau Ezma? Hehehe =D


Props tambahan adalah barang sendiri jugak. Beg jeans yang menjadi handbag kegemaran santai aku. Bila kawan-kawan tengok, mereka kata aku gunting seluar jeans lama aku untuk buat beg ni. Hahaha =D Haihhh, takde keje aku nak gunting seluar jeans aku. Sayangggg kottt!!


Potrait di taman tidak sama dengan potrait di studio. Mungkin berbeza dari segi ketebalan pipi. Muahaha.. =D



This is turban style. Please, dont't ask me how to wear it. Just You-Tube. I dun mind if people said I am look like a Benggali-Jual-Karpet or what. Janji orang tak nampak rambut aku. Tutuplah rambut kamu walau dengan apa jua kain. Kalau dah tak mampu sangat, gunalah sehelai surat khabar. Maksudnya di sini, pakailah apa sahaja pun untuk tutup rambut wanita a.k.a aurat. Punyalah berlambak tudung dan shawls yang semakin mencanak-canak orang jual sekarang. Yang 3 helai RM10 pon ada. Tak usahlah beli yang mahal-mahal kalau belum mampu.


Greyscale scene! Menjadi tak muka yang sengaja buat-buat garang tu? Kalau menjadi, lepas ni nak buat lagi. Huhu.... =P




From left : Shida Manshor, Ain Suriana and Ezmaliza Ezrik.
Nak jugak tu mention nama sendiri. Wajibbul ghunnah!


Behind the scene. Oh, i love the lighting so much!


I am easily to working with them! They are awesome and funny! :)




Heel tu aku beli murah je. Masa tu tengah sale gila-gila. Daripada berapa hengget entah jadi RM20 sahaja.



Can you spot the different between all the pictures above? Can you get it?
Top-left : "Sekarang kita buat muka penat!!"
Top-right : "Ok, semua sila buat bunyi huruf MMMMM"
Bottom-left : "Everyone, please say OOOO!!"
Bottom-right : "Ok, dah! Kita candid je lah apa-apa gaya"


Back-from-left : Syed Muhammad Nazir, Rosnajihah Ahmad, Khirol Hazwan Affendi, Suriati Suhaimi, Ismail Makalalag.
Front-from-left : Syariniey Amran, Ain Suriana, Ezmaliza Ezrik, Shida Manshor, Ili Dalila (MUA)


They are my SnaPhenomena Photography team member. Lepas grad nanti, mesti aku akan rindukan mereka semua. Mungkin ini adalah kenangan terakhir kita bersama. Satu hari nanti, kita berkumpul semula, mesti semua orang dah ada kerjaya masing-masing.



p/s: mungkin untuk second time aku masuk studio nanti
adalah sewaktu aku berkahwin kelak.



Terima kasih sudi belek-belek gambar sampai habis.

A Great Day in Universal Studios Singapore - Part 2

Assalamualaikum and Hello Readers! :)


Sebelum anda baca entry ini, dah setel ke baca entry Part 1 di SINI? Kalau belum, anda wajib baca yang tu dulu sebelum baca entry yang ini. Amik kau! Jatuh ke hukum WAJIB tuuuu!! Diharapkan entry ini mendapat kesinambungannya dari Part 1 la ye =)


dah beli benda ni, jangan buang ye. simpan buat perhiasan dalam almari rumah.

Haaa!! Nampak tak kepala Transformers kat botol air ni? Now, kami sudah masuk ke Sci-Fi City area. Botol air tu saja dah $28 bersamaan dengan RM68.48! Gila adik-beradik aku beli sampai 2 botol. Yang kerja aku ni pulak asyik dok mengira dan meng-convert duit Singapore ke duit Malaysia. Kalau aku, memang jangan haraplah aku nak beli! Sebab aku memang takde duit wehhhh... Sedih kan? T__T Eh, tapi kan, walaupun $28, kita boleh refill air tu berapa banyak kali dengan harga $2 setiap kali refill di mana-mana stalls di USS.


kalau Transformer tu betul-betul hidup, mesti dia dah lambung-lambung aku yang cinonet nih!



Antara game banyak-banyak kat USS tu, paling tergempak sekali (ayat penguat terlampau) adalah Transformer The Ride 3D! Seriously, aku hampir nak fed up bila beratur lebih dari sejam untuk game. Punyalah lama aku tunggu sampai selamba badak je aku bersila atas lantai sebab dah penat sangat dah beratur lama-lama. Game-game kat sini tak sama ghupe dia dengan Genting. Kalau manusia beratur panjang-panjang at least kita boleh nampak dari luar dan boleh bajet berapa lama nak sampai turn kita. Tapi untuk semua game ni, bila beratur, mula-mula nampak macam sikit je orang. Tapi makin ke depan, eh berapa banyak bilik nak ke terjah ni? So, before masuk mana-mana game, dia akan tulis pada skrin on how many people is queue up right now and how much time you must wait until your turn.


bila dah lama sangat beratur, makinlah banyak gambar akan diambil. buat habis shutter speed aje. =,="



Tak rugi kami beratur lebih sejam untuk Transformer The Ride ni. Sumpah seriously memang best gila nak matik! (sekali lagi ayat penguat terlampau telah digunakan) Kali ini Emak aku boleh naik sebab takde adegan terguling-guling macam roller-coaster. Kita akan naik 12 orang satu kereta then akan berjalan dalam satu chamber ke satu chamber. Satu skrin akan ditayangkan seperti adegan Transformer sedang berlawan dengan musuhnya! Real gila weh! Kereta yang kitorang naik tu sebenarnya tak berjalan pon. Cuma bergerak gila-gila real just like we are moving on together with the Bumble Bee! Aku rasa macam diterbangkan melayang-layang dek robot-robot! Bila Transformer jatuh, kita pon akan rasa macam jatuh jugak! Bila ada something yang terbakar, serta merta asap keluar depan mata aku dan muka aku rasa bahang panas sebab real macam terbakar! Eh, banyak lagi lah kalau aku nak cerita sampai habis! From 10, I give you 8. Where's the other 2 points? Just becoz I had to wait for you with a longgggg period of time!


These awards are belongs to you! Siap ada jual macam-macam award lagi tu! Banyak duit, silalah beli.


too many antique cars over there!


mulut aku cakap, "hey!"


this is rare! adik aku pon kaki melompat jugak laaa!! :P



USS ni tersangat la besar! Kalau salah seorang lost, matilah nak cari balik. Dah la line Celcom tak dapat kat sana. So, kene pakai line Singapore. Tapi kat handphone aku, tak naik pulak line Celltel Singapore ni. Pernah sekali terpisah sekejap dek kerana sorang sana, sorang sini sibuk duk amik gambar. Pusing belakang, Emak dah hilang! Tinggal aku dengan adik aku aje. Macam nak nanges pon ada.... Jadi, don't worry. Map dan signboard disediakan. Arhhh, don't worry la sangat tapi rasa nak nanges jugak!


ehem! cuba tengok jari M&M tu buat 'peace'. comel gile! hahahaha =D

Ok, pagi-pagi muka cantik berseri dengan berbedak tebal. Sampai Maghrib, muka semua berminyak dah boleh goreng telur dah! Terjumpa pulak, maskot M&M kat Candilicious World. Memang full of candy babe! Pokok-pokok semua candy! Hahaha =D By the way, aku rasa maskot ni jantan sebab dia peluk aku. Kalau kat adik, dia tak peluk pon. Kehkehkeh.. =D Gatai taw! Suka ambik kesempatan! =)


rupa globe USS di waktu malam. malam-malam pon ramai orang lagi? ye la..casino bukak malam-malam taw!


dah! jom balik! tidur jap sementara tunggu bas balik ke kastam!


dalam bas, tidur lagi tu! urgh, yang lain tu semua tu nampak benor nipunye! keh3... :P


turun dari bas. mamai sangat! check out di kastam pon leceh jugak! grr!
kerja aku hari tu asyik beratur berjam-jam aje! =(



TIPS DAN INFO MENGENAI UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE:

1# Buat passport seawal mungkin. Aku hampir mengambil risiko untuk tidak join family aku ke Singapore sebab satu hari sebelum ke USS baru nak buat passport. Buatnya Jabatan Imegresen offline, memang tak ke USS lah aku! :P

2# If possible, jangan pergi ke USS sewaktu weekend. Ramai gila orang! Buang masa anda untuk beratur lama-lama aje nanti. Plus, jalan nak masuk Singapore pon sesak gila hujung minggu.

3# Kalau dah masuk Singapore, jangan sesekali buang sampah merata-rata kalau taknak kene saman. Eh, Malaysia patut buat macam ni lah!

4# Kalau anda memilih untuk menaiki bas, kuatkan tahap kesabaran anda untuk tunggu bas sampai ke stesen. Don't you ever to choose to take any cab because it is tooooo expensive!!

5# Pakailah pakaian yang selesa untuk anda bersantai. Yang perempuan, usahlah gatal-gatal nak pakai skirt ke hape ke. Sebabnya kau akan patah balik keluar dari barisan sewaktu hendak main roller-coaster! Haha =D Girls, please wear flat shoes ok? And ditegaskan di sini, tak usah nak pakai shawls ala-ala Hana Tajima yang mana confirm melayang kalau naik roller coaster.

6# Kalau percutian anda adalah jenis percutian bajet, lebih baik bawak makanan sendiri dari luar. Bawaklah air mineral banyak-banyak rather than you have to spent on Transformer Bottles Drinking. Hahaha =D

7# Masa aku pergi USS, petang tu hujan. So, rasa menyesal tak bawak payung lipat dalam bonet kereta. =( Ada jual raincoat but with the price of $2 =) Membazir. Last-last, kami redah je hujan untuk jalan-jalan.

8# Dulu orang kata kat USS takde surau. Tapi masa aku pergi, surau sudah ada. Siap ada aircond lagi. Cuma saiznya yang agak kecil membuatkan anda terpaksa tunggu giliran untuk solat. Lokasinya agak terpencil. So, rajinkan mulut untuk bertanya, "Err, excuse me! Where is the prayer room?"

9# Untuk anda yang rajin menggalas beg ke sana sini, mohon sediakan coins untuk disimpan di locker room. Diingatkan sekali lagi, setiap locker ada limit masa so, you have to alert for each time you put the bags inside the locker.

10# Jangan pergi ke Singapore untuk sehari. Memang tak cukup masa untuk berjalan sepenuhnya. Haha =D Menulis berdasarkan pengalaman babe!

11# Bring your camera for capture all the best memories there. And don't forget to provide the extra batteries ok?

12# Jangan lupa untuk re-calculate back your own money. Takut nanti bila nak balik, duit Singapore dah habis. Haha =D


Habis dah kot info dan tips untuk anda. Kalau ada tambahan, aku update lagi nanti ye. So, macam mana? Part 2 kali ini pon panjang lebar cecah lantai jugak. Harap-harap info yang diberi dapat membantu sesiapa yang merancang untuk ke USS nanti. Ehem3!! Ada rezeki, aku nak pergi lagi sini. Best jugak kalau honeymoon kat Singapore. Keh3! Berangan kau jahhh!!



p/s: Apabila aku dah buat tulisan warna HIJAU dan MERAH iaitu warna-warna
kontra, ini menunjukkan betapa pentingnya tips yang ingin aku kongsikan ni.



Terima kasih sekali lagi sebab sudi baca sampai habis. =)

A Great Day in Universal Studios Singapore - Part 1

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Beberapa minggu lepas, aku dan family bercuti sehari suntuk di Singapore. Perghhh, this is my first time aku bercuti menggunakan passport. Kira macam oversea jugak lah walaupun cuma sebelah Johor Bahru je kan? Hahaha =D Tujuan kami ke sana hanyalah untuk masuk ke Universal Studios Singapore (USS) sahaja. Tempat lain belum difikirkan lagi. Hahaha =D


masing-masing muka excited dalam bas menuju ke Singapore

Memandangkan aku sahaja manusia yang masih belum ada pendapatan sendiri, maka dengan itu aku telah di-support sepenuhnya termasuklah duit untuk buat passport, tambang bas ke Singapore, duit makan dan minum serta duit membeli cenderamata. Keh3 =D Mula-mula aku rasa macam Eh-Seronok-Jugak-Orang-Belanja-Kan? Hakikatnya TIDAK! Aku kena beragak-agak sikit dengan setiap permintaan kerana harga barangan di Singapore jauh terlalu tinggi berbanding di Malaysia.


curik-curik ambil gambar Emak sedang check-in di kastam Malaysia.
sebenarnya diharamkan mengambil gambar. ampun pak, saya tak tahu!

First of all, kalau nak ke luar negara anda mestilah mempunyai passport. Buatlah passport awal-awal. Jangan jadi macam aku. Esok nak ke Singapore, hari ini baru aku terhegeh-hegeh nak buat. Kalau anda tinggal di Kuala Lumpur, sebaiknya sebelum Subuh dah beratur untuk buat passport ya. Jangan tanya kenapa. Anda pon tahu apa sebabnya. :) Sediakan 2 keping gambar berukuran passport tanpa nampak gigi, photostat IC depan belakang sehelai dan better bawak pen sendiri daripada meminjam sana sini. Buat passport RM100 untuk 2 tahun dan RM300 untuk 5 tahun.



naik escalator ke USS macam menuju ke syurga.. hahaha =D

Sewaktu menukar duit Malaysia ke Singapore, nilai matawang antara RM100 bersamaan $40.88 sahaja. Jadi, tersangat-sangat mahalnya duit Singapore ni. Urghhh!! Sebab itu kami sekeluarga bersepakat tidak mahu membawa kereta masuk ke Singapore. Satu, sebab tak tahu jalan nanti buat habis minyak aje. Kedua, procedurenya lebih leceh kata orang. Ketiga, entah berapa dolar pulak nak bayar parking kereta. So, dari KL, kami menaiki kereta sehingga ke Larkin, JB dan parking di sana. Kemudian naik bas yang disediakan dari Larkin terus masuk ke Woodlands iaitu kastam Malaysia-Singapore. Ya ALLAH, punyalah leceh yang teramat! Malas nak cerita. Nanti makin mencecah ke lantai entry aku sedia panjang ni.


kerja aku melompat je! memang aksi feveret dah ni.

Harga tiket untuk ke Universal Studios Singapore ini adalah $74 per pax dan setelah diconvertkan ke duit Malaysia, ia menjadi RM181 seorang. Harga untuk kanak-kanak aku tak pasti pulak. Tak ke mahal nak matik kalau macam tu? Untuk Singaporean, pada mereka itu nilai biasa sahaja. Tetapi tidak pada Malaysian. Urghhh again! Masa tu aku berfikir, alangkah indahnya kalau aku sudah bekerja.... Ohhhh!!


gate entrance of USS


infront of USS gift's store


untuk mereka yang memang tak boleh tinggal
makanan Malaysia, sini pon ade jual jugak.


wonderful view of Silver Green USS


colorful right? seriously tempat mereka sangat cantik.


muka HOT! panas weh kat sana. macam Malaysia jugak. haih, memanglah... dah kata sebelah-sebelah. takkan nak tunggu salji turun pulak kan? hahaha...harapanlah kau!



Ok, now focus on the second pic. Nampak tak roller-coaster yang warna biru dan merah tu? Aku cuma sempat naik kedua-dua roller-coaster tu sahaja. Roller-coaster untuk gambar atas aku tak rasa macam nak naik. Haha =D FYI for those who dunno, both of the roller-coaster berjaya membuat hormon adrenaline aku merembes dengan jayanya. Punyalah kecut perut aku dibuatnya! You must try this! Tersangat-sangat besttttt!!


Entrance : replika kerusi roller-coaster. so, bolehlah cuba-cuba try-try test!

Emak kata, "Tak tercabut ke nyawa naik roller-coaster tu?". Hahaha =D Kesian Emak... Yelaaa, bukan usia beliau untuk main game-game macam tu. Tapi nasib baik Emak ada, boleh tolong jagakan beg-beg kami semua. Sebab, tiada barang boleh dibawa bersama sewaktu beratur untuk kedua-dua roller coaster tu. Kalau anda mahu sewa loker, haaaaa....!! Harganya taknak mahal pulak kan? Siap ada had masa pulak tu. Kalau lewat ambil barang dari loker, loker anda akan di-lock! Haaaa, duit lagi!


LAPAR! Kami lunch di Oasis Spice Cafe. Perghhh!!
Sedap gila makanan ala-ala Oasis ni. Harga pon sedapppp!!!!


oasis view. macam ala-ala Sunway Pyramid kan?


kat belakang sanalah semua watak cartoon dalam filem Shrek semua ada!


masa aku buat pose ni, adik aku bantai gelak gila sebab
katanya sama sangat! kuang asam ko Ezam! haha =D


castle of Shrek! cun weh! sangat berseni!



Haaa!! Masa ni tengah tunggu untuk masuk dalam panggung wayang 4D Shrek! Beratur punyalah panjang and lama giler! Pastu masuk dalam satu chamber untuk dengar seorang amoi ni membebel entah hapa-hapa! "Hek eleh! Punyalah lama aku beratur untuk tengok benda alah ni bergerak-gerak aje?" Aku mula rasa macam nak nanges sebab macam menyesal gila!! Huwaaaa... T__T Tapi, sabar dulu..........



Lepas amoi tu membebel-bebel and sekawan Pinocchio duk berdrama dengan Mirror-Mirror-On-The-Wall tu, barulah pintu masuk ke pawagam tu terbukak. Inilah dia Shrek 4D. Pakai spec 4D tu buat aku rasa macam nak pegang-pegang je Dragon and Thumbelina yang ada dalam tu. Memang real gila lah! Kerusi dalam pawagam tu buat kita rasa real sangat-sangat! Contoh, sewaktu kuda tu berlari bawak Shrek dengan bini dia, kita pon akan terlompat-lompat macam kuda tu jugak! Paling kelakar sekali, sewaktu ada labah-labah muncul terasa real gila macam labah-labah jatuh atas kaki. Masa tu semua orang bantai gelak!! Haha =D

aku tak tahu apa nama benda ni. tapi aku cuma tahu dia adalah sejenis biskot! hahaha =D


Cukuplah dulu sampai sini aku cerita. Penat dah ni... Entry pon dah mencecah lantai sangat-sangat dah! Nanti aku sambung Part 2 as Finale Part! Aku akan bagi tips untuk kawan-kawan yang belum pernah pergi dan ingin ke USS ni nanti. Bagi aku masa untuk fikir ayat. Hehehe =D

Terima kasih sangat-sangat sebab sudi baca sampai habis. Nantikan sambungannya ok? =)