Assalamualaikum and hello my lovely readers.
Kalau semalam aku janji nak update entry pasal nikah. I think, I have to hold first sebab berpinau bijik mata nak pilih gambar. Kang berjela sampai ke sudah tak habis scroll kang cemana. Jadi, aku update dulu pasal hantaran. Hantaran ini adalah hadiah daripada pihak A kepada pihak B. Selalunya hantaran diberi dalam jumlah ganjil dan pihak lelaki akan menerima hantaran lebih banyak berbanding pihak perempuan. Ahh, adatlah semua ni. Disebabkan masa bertunang dulu, hantaran aku dan Faiz adalah sebanyak 5 dulang berbalas 7 dulang jadi sewaktu hendak bernikah kami sepakat hendak buat 9 dulang berbalas 11 dulang. Pehh, pengsan aku nak perah otak fikir nak beri apa kat orang lelaki nih. Let's go one by one.
|| HANTARAN DARI EZMA KEPADA FAIZ ||
Ini adalah hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki. Aku mengenakan tema biru turquoise dan purple. Untuk lebih jimat, aku buat sendiri hiasan bunga hantaran dengan menggunkan crepe paper. Seriously jimat gila nak mati laaa sebab kos sangat murah. Less than RM 7 aku boleh buat 200 kuntum bunga. Tapi yang mahalnya adalah sentimental value yang aku bubuh sewaktu menggentel bunga crepe ni. Mane tidaknya, berminggu-minggu lamanya aku ambil masa nak siapkan bunga crepe ni. Naik kematu muntut aku duduk lama-lama buat bunga crepe ni. Kalau sampai waktu rajin, banyaklah hasilnya. Bila malas, mahu dekat sebulan aku tinggalkan. Tapi aku dah start buat bunga crepe ni dari bulan Januari lagi sebelum arwah Ezam meninggal.
Hantaran dari pihak aku sudah tiba di masjid.
Kasut dari Polo Haus ni beli kat Sogo je. Payah nak carik kasut lelaki. Last sekali, Faiz pilih sendiri.
HTC Desire X. Comel gila handphone ni. Tapi Faiz suka. =')
Kemeja T. Kemeja lelaki pon lagi mahal dari kemeja orang pompuan. T__T Pink uolls! Faiz tak kesah!
Pavlova ni aku tempah dari Cha Chocolate Cupcake. Aku sendiri pon tak pernah rasa pavlova. Tapi dah bagi suami sebagai hantaran. Sayang, sedap ke pavlova ni? Sampai hati tak simpankan sikit untuk kiteee... =P
Jam tangan. Yang ni Faiz beli sendiri. Sebab aku tak pandai pilih jam tangan orang laki. T_T
Al-Quran dan terjemahan. Masa aku beli Quran ni, Faiz cakap dia nak Quran yang siap ada tajwid dan translate-nya. Senang nak merujuk katanya. Good!
Sejadah ni Emak beli dari Mekah. Emak cakap dia simpankan beberapa helai sejadah Mekah untuk bakal-bakal menantunya iaitu Faiz dan adik ipar aku Susie. Love you, Emak!
Loreal Man Expert dan Kenzo Perfume. Aku dan Faiz sama-sama tidak gemarkan pakej produk yang siap berbalut dalam bakul yang dah siap berbungkus tu. Yang mahalnya bila dah siap berbalut dengan plastik je. Baik beli satu-satu dan hias sendiri!
Sireh junjung. Dari daun sireh, bunga segar, pinang, kapur dan gambir semuanya aku dan Angah beli di Jalan TAR sehari sebelum nikah. TIPS: Untuk kekalkan kesegaran fresh flowers sebelum dihias menjadi sireh junjung, rendamkan batang bunga dalam baldi berisi air dan letakkan dalam bilik air rumah. Dan gunakan span basah sewaktu menghias sireh junjung.
Wallet, belt, card holder and buckle from Playboy. Ini pun beli kat Sogo. Beli sewaktu ada promosi la woi. Kalau beli time takde promosi, gigit jarilah aku.
And last but not least, green apple. Sengaja aku letak satu jenis je buah supaya aku cuma akan nampak satu color saja. Tak serabut mata aku memandang.
|| HANTARAN DARI FAIZ KEPADA EZMA ||
Faiz memilih tema warna biru dan putih sebagai warna tema dari pihaknya dan artificial flowers sebagai bunga hiasan.
Hantaran mereka juga sudah sampai di masjid. Hai Kak Nonie! =P
Mas kahwin dan gelang tangan emas. Mas kahwin ni selalunya bergantung kepada kemampuan pihak lelaki hendak beri berapa. Akan tetapi, duit hantaran pon dah banyak takkan nak demand mintak mas kahwin pon banyak jugak. Jadi, memadailah sekiranya kita ikut mas kahwin bagi negeri Selangor iaitu sebanyak RM300.
Wedges from Elle. Aku prefer wedges dari high heels. Pon beli kat Sogo jugak.
Samsung Galaxy Note II dan sepasang kain. Memang dah lama mengidam nak pakai Note II.
Ensiklopedia Solat. Sebelum beli, aku dah bagitahu Faiz awal yang aku tak mahu Al-Quran pasal Quran dah terlalu banyak kat rumah. Jadi, aku mahukan buku ilmiah. Seriously ensiklopedia solat ni bagus gila. Dari sini korang akan tahu kesalahan korang sewaktu bersolat.
Telekung dari Kak Noni, kakak kepada Faiz. Kain dia panjang dan bila bersujud, confirm tak nampak kaki.
Bunch of chocolate. Hancur diet aku makan coklat. =P
Produk kecantikan Safi Balqis. Yang ni semua aku beli sendiri. Sebab aku taknak Faiz salah beli. Aku beli satu-satu dari krim siang, krim malam, toner, serum, BB cream, gel pengelupas, pencuci muka, skrub dan sebagainya. Total semua ada 10 jenis dan aku dapat dengan harga less than RM120. Berbaloi tak? Hehe =D
Decellini handbags. Aku tidak memandang kepada jenama, tetapi aku pandang kepada fungsi beg tersebut pada aku. Compartment dalam besar muat untuk letak wallet, mini telekung, make-up kit, kamera, pampers anak, susu tin anak, basikal untuk anak, buaian untuk dan muat untuk tumpang wallet Faiz, handphone Faiz, kunci keta dan kunci motor Faiz pon dah cukup lah. =,=" Then kiri kanan beg tu ada lagi kocek. Faiz cakap, "Haa.. boleh letak botol susu anak kita nanti". Grrrr!!
Dan last sekali bunga telur serta wajik. Nasib baik mereka tak bagi sireh junjung. Sebab pada aku membazir je sireh junjung walaupun tu kepala segala hantaran. Bukan makan sangat sireh tu. Elok lagi aku makan telur rebus dan wajik tu. Hehehe =D Nak ikutkan aku tak mahu bagi sireh junjung. Tapi Emak aku nak jugak letak!
GOOD TIPS : Kalau nak beli barang-barang hantaran, belilah 4-6 bulan lebih awal. Sebabnya, duit boleh spent untuk benda lain pulak bila dah nak dekat-dekat kenduri nanti. Jangan beli last minute melainkan korang anak orang kaya lagi berada. Sekian, terima kasih.
p/s : next entry nak update pasal apa eh.
macam banyak lagi je sebelum update entry nikah.
ada idea tak?