~you are my bestest buddies~

Showing posts with label futsal. Show all posts
Showing posts with label futsal. Show all posts

Saya Ezmaliza dengan ini melaporkan berita sukan untuk TV 19!


Assalamualaikum and Hello Readers! :)

My last entry is all about my preparation for futsal match at UPM, Serdang regarding with Hari Siswi 2011 for all girl students in IPTA. Aku salah seorang daripadanya, of course! :) So, entry untuk hari ini merupakan berita tentang laporan sukan dari TV19 mengikut cara aku.. HAHAHA :)))



Peace! Candid pic masa tunggu bas kat UniMAP. Look at my teeth! Braces help me a lot. HEHE.. :D Nak pergi main futsal pon nak touch up ke? Eh, suke hati aku lerrr... Kau jeles ke ape?? :D



Ini dia team futsal aku. Muka semua orang macam get ready nak berperang. HAHA.. :D Aku sebenarnya semangat nak balik rumah ajer. Serdang dengan Ampang tidak lah jauh mana. Ayahhhh!! Nanti amik kakak balik rumah eh.. Eh, boleh ke macam tu? Team futsal aku total 7 orang saje! 5 main, 2 reserve. As usual, aku mahu jadi reserve. Sesiapa injured, aku ganti. Kalau tak injured, aku takmoh masuk. Aku nak amik gambar ajer. HAHAHA... :D Gurau jer la... Takkan datang jauh-jauh tapi tak main kan? :D Sudah-sudah! Jom gerak! Jam 4.30 petang, bas UniMAP meluncur laju ke UPM. Hmmm...jam berapa pulak nak sampai ni?? Dalam bas, kitorang karok ramai-ramai, tengok movie dannnnnn TIDOR! :))))



Sampai kat UPM masa tengah malam buta. Kalau tak silap aku kul 2.30 pagi baru aku dapat check in dorm. Punya lah lame nak cari Kolej Kediaman dorang ni. Besar jugak lah UPM ni. Al-maklumlah, kampus UniMAP kan belum siap lagi. So, aku tak pernah merasa betapa besarnya kampus universiti orang lain. Agaknya bila dah siap kampus UniMAP nanti besar dia macam UPM tak agak-agak?? :D Oke, let's go for the match! Masing-masing mata bengkak tak cukup tidur. Hmmmm........



Pihak UniMAP menghantar 3 buah team futsal wanita. Yang berbaju biru ni adalah pasukan UniMAP 'A' dari SUKSIS UniMAP. Mereka ni berdisiplin abes lah! Salute abes kat depa ni. Masa pasukan dorang ni berlawan, aku boleh salute lah sebab mereka patuh abes pada arahan Captain mereka. Kene contohi nih! :)



Oke, yang berjersi orange ni dah tentulah team futsal aku kan? Team aku suka buat spoil. Amik gambar formal pon tak reti. HAHAHA.. :)))) Semua nak main peluk-peluk! Yeahhh!! We love each other. Love you guys! :) Dan kamilah dari team UniMAP 'B'.



Team yang berjersi kuning ni pulak adalah UniMAP 'C'. Inilah team yang kalahkan team aku masa Futsal Match under Kolej Kediaman aritu. Not bad! Badan dorang ni kecik-kecik aje. Tapi lincah gila wa cakap sama lu. Zuuppp!! Zaappp!! Zuuppp!! Zaappp!! Tiba-tiba bola hilang, dorang dah bawak lari. HEHEHE... :D



Awal-awal game jer, team aku dah kene masuk court. Aku macam biasa lah. Posing abes dulu wat muka seterik mungkin macam ni. SMILEEEEE!! :)) Oke! Dah-dah! Aku nak jadi pompom girl nih. Sorak abes-abesan untuk team sendiri sampai hilang suara. :)))



Okeh, first game aku kene lawan dengan students UTHM. Badan memang solid abes. Seram gile wa cakap sama lu.... Mahunyer tidak. First game ni la semua orang tengok. "Go NENY go!!" "Kejar bola tu Beth!!!!" "Cayalah Kak Pinad!!". Penat aku menjerit bagi sokongan kat mereka dari tepi. Bila bola sampai kat gol pihak lawan, semua orang menggelabah. HAHAHA :))))))


siryes muka cuak giler! please...please goal please!


Goalll!!!!!! Yeayy!! Alhamdulillah....!!



Alhamdulillah.. First game dah menang 3-0 dengan UTHM. hik3... :D Perlawanan agak sengit. Kami meneruskan perjuangan sampai ke peringkat seterusnya. Memang penat dan cuak gile! Team yang lain semua hebat-hebat! Pemain MASUM pon join. Mati la camni..... :(( Tapi takpe! What we want? PENGALAMAN untuk mara ke peringkat seterusnya.



Game untuk hari tu, team aku berjaya masuk hingga ke suku akhir saja. Alhamdulillah! Yang suku akhir ni boleh pulak bertemu dengan Team UniMAP 'A'. Alahai... Budak UniMAP sendiri. Camne ni?? :) Tapi aku dah kata, mereka memang hebat. So, mereka mara ke separuh akhir and berjaya dapat tempat ke 4 saja. Syukur! :)



Eh, incik FAIZ sanggup turun dari Kelantan untuk tengok aku bermain. Hmmmm... nak tengok kite main ke?? atau takut ade orang lain kacau?? Hik3..!! :D Saya setia lah. Don't worry. :) Anyway, thank you sebab sudi datang yer awak. Saya sangat menghargainya itu.


posing sikit. senyum! :)



Ini dia salah seorang ahli team UniMAP 'C'. Dia kata dia pembaca setia blog aku. Sumpah malu gile bile dia buat pengakuan macam tu. Siryesly, aku baru tahu. Tapi kenapa nak malu eh? Heran lah aku ni. Hye T-Rex! Kalau ko bace ni, klik like kat Facebook Like Button kat bawah ni oke? Hahhahaha... :D


you guys memang terbaik! tak menang takpe weh! kite bukan atlit. dah masuk wakil UniMAP ni pon kira bersyukur dah ye.



Oke, habis semua game lebih kurang jam 6 petang. Haaa... mane tak terbakar kulit aku. Burn abes! Penat aku putihkan kulit. HAHAHAHA! :D Malam tu jugak aku call ayah suruh amik kat UPM. Yeay!! Yeay!! Balik rumah!! Yeay!! Adeehhh... Siryesly, aku ni paling suka balik rumah. Eksaited you alls.... So, esok paginya tu gerak balik ke UPM untuk pulang ke UniMAP. Semua muke-muke penat. Tapi jelas nampak kepuasan sebab kitorang takdelah baru first time main dah kene balik. HEHEHE... :P


Ape pon, pengalaman yang kami dapat ni, akan kami applykan pada game futsal yang akan datang. InsyaALLAH. Tapi lepas ni aku nak main netball pulak. Asek jadi jantan jer main futsal. Nak main netball pulak.. Rindu netball........ :)))




UniMAP akan datang menyerang UPM!! tungguuuuuu!!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Sebelum semua warga Universiti bengang, meh aku tulis siap-siap dulu. Ini bukan entry untuk memprovokasi mana-mana pihak. hehehe... :D Saja buat gempak aje ni. Pada tarikh 15-16 Januari 2011 yang bakal berlangsung hujung minggu ni, aku dan kawan-kawan akan ke Universiti Putra Malaysia untuk sama-sama memeriahkan lagi sambutan Hari Siswi 2011 yang di anjurkan oleh pihak UPM. InsyaALLAH, pihak UniMAP akan menghantar 3 buah pasukan futsal wanita untuk bertanding di sana.


Seperti biasalah, persediaan fizikal dan mental telah di buat cukup-cukup. Haha..!! :D Ini adalah jersi untuk team kami. Kalau ada-ada sesiapa yang masih ingat atau terbaca pada entry INI , [just click, automatically open new tab] aku dan team futsal aku bermain futsal di bawah anjuran Kolej Kediaman UniMAP sahaja. Tapi kali ni, lebih besar pulak pihak anjurannya. Seram jugak! Haha.. :D



As usual, ini adalah jersi dari team kami. Aihh!! Sekali harung la dengan jersi netball jugak! Hehe... See...!! Besar gedabak deng-deng nama EZMA dengan nombor 13 kat jersi aku. Kenapa nombor 13?? Aku pernah tanya soalan ni kat korang dulu. Kali ni aku tak tanya dah. Biar aku sendiri yang jawab. Sila keluarkan handphone dan catat di reminder ya. 13 February adalah tarikh lahir aku. Ngeeee.... :D



This is my new sport shoes. Selama ni aku pinjam kasut member aje! Hehe.. Punya lah malas aku nak beli kasut sukan yang baru. Pikir punya pikir, aku patut ada satu kasut sukan. So, tak perlu beli mahal-mahal sampai beribu. Tak beratus hengget pon. Hanya puluh-puluh hengget ajer.. :D Nak meleleh jugak air mata tengok duit kertas hijau-merah beralih tangan ke pemilik kedai kasut tu..... :((( HAHAHAHA... :D Takpelah! Ade rezeki nanti kita beli the real sports shoe oke. Cukuplah dulu yang ni. Boleh la buat basah-basah. OMG! :P





Haa... Inilah gambar yang aku tepek kat entry zaman dahulu kala tu. I am with my orange jersey. Walaupun aku ni perempuan yang 'girlish-girlish' pakai shawls bunga reben-reben, pergi photoshoot ala-ala model sawah padi, pakai heels sejengkal tingginya, and whatsoever. Do I care?? Mungkin aku tidak hebat. Tapi apa salahnya kalau mencuba. Ye tak?? Tapi aku ni bukan gadis ayu pon. Aku bukan perempuan lembik-lembik yang macam you all nampak. HAHAHA... :D Tapi ciri-ciri ke'perempuan'an, insyaALLAH aku masih jaga. Itu penting ya kawan-kawan! :)




Yeahh!! Ini dia team futsal aku. Dari kiri barisan depan, Ezmaliza dan Kak Neny Kartini. Barisan belakang dari kiri, Zubaidah Aziz, Kak Pinad, Liyana Zahid, Kak Yani dan Maisarah! Aku tak hebat! Tapi mereka-mereka ni memang gempak! Kalau sepak bola, sampai tercabut kasut. Haaa... Jangan ingat yang bertudung labuh tu macam lembik. Tapi dia lah salah seorang striker kami. Terbaek wa cakap sama luuu... Our goal keeper memang comel loteee... Tapi cekap gila tangkap bola. Aku pernah sesaja mengada nak duduk kat posisi keeper, memang tak boleh! Seram gila aku tengok bola tu meluncur laju straight je kat muka aku. HAHAHA... :D Last sekali aku sendiri yang lari. Hik3!! :D


GOOD LUCK TO ALL MY FUTSAL TEAM MEMBERS!

Kita akan cuba sehabis baik. Tak menang takpe babe! Yang penting pengalaman yang bakal kita dapat lebih berharga untuk di bawa ke perlawanan futsal yang lain ok? I love you guys! :) Chaiyok-chaiyok!!!!


arrrgghhh!!! badan terasa macam sengal-sengal ubi!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Urggghhh!! susah giler aku nak bangun dari tidur pagi tadi. badan aku sakit giler! haha.. nak tau kenapa?? semalam aku ada futsal match taw. :D wahh!! konon-konon macam hebat la sangat. takdela.. aku join untuk suka-suka sahaja. dan, hanyalah menepati konsep yang selalu aku pegang, KALAU-LELAKI-BOLEH-KENAPA-TIDAK-AKU?? haha.. :D walaupun ni game untuk lelaki, aku sebagai perempuan harus buktikan yang aku pon boleh taw, walaupun hakikatnya aku bukan lah reti sangat nak sepak bola tu. :) better try than never, ye tak? :P


ini aku. wow!! orange color. huhu :P kenapa nombor 13? ada siapa-siapa kat luar sana boleh teka? sapa teka dengan betul, aku bagi coki-coki satu. nak tak? :)


ada macam muka cuak tak aku? cuak taw. team perempuan yang Johan tu hebat-hebat woo.. badan je genit-genit. tapi lincah! :)


akak bukan korek hidung ye adik-adik. lihat tu! kitorang sepakat susun strategi. haha.. :D susun ke?? aku bantai je sepak mana-mana. :D


ini sahaja gambar aku beraksi di padang futsal. selebihnya beteri camera habis! lupe nak cas! mencik!! ish! :D aku lupa la moment gambar ni. bola tu aku sepak ke, atau bola tu aku bakal sepak? entah! :P



oke, semalam team kitorg hanyalah mendapat tempat kedua sahaja. walaupun jumlah jaringan antara Johan dan Naib Johan serta sepakan penalti kami sama, kami kalah pada balingan coins 20 sen. haha.. :D nasib tidak menyebelahi pihak kami. apakan daya. tapi tak mengapa! kami positifkan diri. pihak lawan bernasib baik. tahniah buat mereka :) kitorang tetap bawa balik hadiah berbentuk hamper dan wang tunai RM200. apa lagi!! makan besar la.


lihat saja muka aku. sooo oily. pergi dengan muka bersih-bersih. balik pulak taktau nak kata apa. haha. :D tahniah buat team futsal aku. Dari kiri barisan belakang, Beth, Kak Pinad, Yana, Kak Yani, Kak My. Dua orang kat depan tu dah tentu-tentu lah aku, Ezmaliza and Kak Neny.


hakikatnya, aku tetap gerun tengok budak-budak lelaki main futsal. sepak bola kuat gila. tak macam budak-budak perempuan. aku mengaku gila-gila lah yang perempuan ni main kalut sikit banyak. al-maklumlah.. kan aku dah cakap. sukan futsal ni biasanya lelaki yang punya. haha :D main sampai luka-luka! ish! [tiba-tiba teringat, incikFAIZ main futsal sampai luka tak?lupe nak tanye] alhamdulillah.. team kitorang main takdelah sampai injured. syukur!! :)




p/s : lelaki yang mana boleh main bola jaring,
raise up your hand? haha. :D anyone?