~you are my bestest buddies~

Showing posts with label neny kartini. Show all posts
Showing posts with label neny kartini. Show all posts

SAHABAT : I don't have money but this is my way how to appreciate you.

Assalamualaikum and Hello Readers.

ENTRI PENGHARGAAN BUAT MEREKA YANG TELAH VOTE SAYA



Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan pada ALLAH kerana aku berjaya memenangi contest Online Hijab E-Boutique. Pertandingan yang memerlukan undian ni nak ikutkan memang payah la nak buat. Tapi atas sebab aku tak berjaya memenangi contest dari OHB ni dulu, aku cuba sekali lagi nasib untuk contest seterusnya. ( Lihat entry INI ) This is what we call as "Don't give up!".



Alhamdulillah, berbekalkan 1645 likes, aku berjaya dipilih oleh pihak OHB sebagai pemenang. Ramai betul pesaing hebat-hebat. Entri kali ini aku hendak menceritakan bagaimana perjalanan dalam tempoh seminggu itu berlangsung. Hakikatnya dalam Facebook aku cuma ada 1800 orang kawan saja. Dan bukan semua antara mereka yang telah vote aku. Terima kasih buat semua kawan-kawan Facebook, Blog dan Twitter dari Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Kolej Matrikulasi Johor dan kawan-kawan Universiti Malaysia Perlis. Paling tidak dilupakan kawan-kawan blogger aku yang sangat sporting sudi vote. Terima kasih SAHABAT!


Ucapan terima kasih ini juga aku tuju buat kawan-kawan yang sudi membantu aku mempromosikan tentang hal ini. Agak ramai tak mampu hendak aku sebut sorang-sorang. Seperti Incik Faiz, angah Eiz Er, kakak ipar aku Nurul Arieffah Osman, Ili Dalila, Neny Kartini, Quardian Angle, Nur Farahlina Johari, Intan Norazrina, bakal adik ipar Susie Nancy, Bro Paan, Blogger Sembang Kemas, blogger Abdul Hannaan, Apit a.k.a Dion Pique Nova, kak Damia Abdullah, mak incik Faiz iaitu Puan Asiah Mohamad, kak ngah incik Faiz iaitu kak Khairil Wahida dan ramai lagiii.... Tapi hakikatnya, dalam hati ni ALLAH sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku hendak membalas jasa sorang-sorang ni. Dan aku tidak menyangka kalian mempunyai hati yang sangatttt mulia sudi membazir waktu dan tenaga demi membantu aku. Terima kasih SAHABAT!


gambar yang dipertaruhkan. inilah hasil braces.


Walaubagaimana pun, masih terdapat jenis kawan-kawan yang berperangai pelik. Yang pasti bukan dari friendlist aku lah. Tetapi dari friendlist member aku. Aku baca feedback yang mereka beri setelah dipromosikan hal ini.


"Alahhh, malas lah! Aku dapat apa kalau LIKE ni? Bukan cantik pon! Awek aku lagiiii cantik lah!"


Memang aku kecewa lah bila ada feedback macam ni, bukan aku paksa pun mereka buat. Ini bukan pertandingan Ratu Cantik la baii!! It is OK kalau kau taknak LIKE. Kau nak LIKE, aku wish thank you. kau taknak, suka hati sendiri. Aku tak pernah paksa. Bukannya aku ni jenis tak boleh terima kritikan. Tapi ini namanya menjatuhkan. Sometimes ada orang jenis alim ulama dan tidak pandang perempuan. Kadang-kadang aku memahami situasi tersebut dan aku tak pernah marah. Sebaliknya aku sendiri memohon maaf kerana berbuat demikian. Tapi jangan tak percaya ini pernah berlaku.


Hakikatnya, aku bukanlah mahu menjadikan bidang modelling as my carrier. Aku belajar pun dalam bidang Engineering. Semestinya aku lebih ke arah kejuruteraan. My passion is photography. Jadi, modelling is just freelance. Dua-dua aku minat. Aku bukan mahu populariti. Tapi niat aku hanyalah ingin membuktikan bahawa muslimah moden zaman sekarang mampu berfesyen berlandaskan syariat Islam. Itu sahaja niat aku.





p/s: incik FAIZ, please tell this to your friend,
"Hey, she win the contest lah!!" Thank you. Hahaha :D

Di saat usiaku meningkat ke angka 22 tahun! Happy birthday, Ezmaliza!


Assalamualaikum and Hello Readers! :)



Gulp! Gambar di atas ini sungguh menyelerakan bukan? Aku yang dah telan habis sebijik kek ni pon, rasa kecur air liur menengoknya. Inilah kek hari lahirku semalam. Terpampang besar ayat ni "Happy Birthday BELLA. Sweet 22!" Kenapa BELLA? Bukan EZMALIZA?? Sebab masa aku lahir dulu, tahun 1989 ni famous gila dengan lagu Isabella dari kumpulan Search tuuuu. Kalau tak kerana nak mengekalkan tradisi nama adik beradik aku yang semuanya bermula dengan huruf "E" ni, dah lama mak aku letak Isabella nama aku. Hahhaha... :D


muka aku yang sememeh baru bangun tidur.sempat lagi aku capai kain batik buat tudung. nak masuk dalam blog la katakan.

Malam tu aku tertidur awal. Sumpah aku lupa esok adalah birthday aku. Seminggu sebelum tu, aku ingat jer. Tapi siang harinya aku sibuk dengan photoshoot dengan team SnaPhenomena Photographer di sekitar Perlis ni. Akibat penat yang melampau, aku langsung tak ingat untuk berjaga-jaga kot-kot ada kawan-kawan aku nak baling telur ke, tepung ke, air 'wangi' ke.. Sumpah lupa sampai tertidur. Alahai Ezma........!! :)))


tiup ezma! jangan tak tiup!!

Saat aku nyenyak tidur dalam gelap, tepat jam 12 tengah malam, datang seorang kakak menuntut barang yang aku pinjam untuk photoshoot siang hari tu. Menggelabah aku bangun bukak bijik mata yang melekat macam magnet tu. Alahai dia ni tak boleh tunggu esok ke?? Tibe-tibe......!!

Happy birthday to youuuu..............
Happy birthday to youuuuuuuuuuu.............
Happy birthday to Ezmaaaaaa...............
Happy birthday to youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..............

Makkkkkkk!! Nak nangisssss..... Chek terharuuuu........!!!!! T____T



Rasa seronok sangat sebab ada jugak orang nak celebrate birthday aku yang sudah tua ni. Kawan-kawan yang tolong belikan kek, segala chickadees yang ado! Kak Neny, Ili, Kak Erna, Kak Munir, Kak Desilina, Farah, Bedah, Fiza, and last but not least adik Leeyana! Thank you sooo much guys! Dengan wishes yang sangat berlambak kat facebook tu, aku sangat-sangat menghargainya. Bukan senang seseorang individu tu nak bukak profile setiap birthday yang ada. Dah tu nak kene wish pulak. Aku amat menghargainya. Gambar di atas antara hadiah realiti yang aku dapat birthday card dari Nadia. And handmade souvenir from Ili my roomate. Sarung external hard disk yang dia buat sendiri. Oke, sapa-sapa nak tempah boleh contact aku. Hahhaha... :D Sooo, creative!


Oke, sebelum aku pergi ke conclusion paragraph, aku bagi hint sikit gambar-gambar untuk entry akan datang. Layankan dulu gambar photoshoot aku hari tu. Photographer yang sedia ada ni memang terbaik dari ladang. InsyaALLAH, aku yakin mereka boleh pergi jauh. Tunggu untuk next entry yang panjang cecah lantai yeee... :)))







Tahun 2011 ni aku berusia 22 tahun. Syukur alhamdulillah, aku masih dikurniakan kehidupan yang sempurna oleh ALLAH swt. Masih di berikan peluang untuk menghirup udara yang di pinjamNya. Masih diberikan masa untuk aku beribadah dan bertaubat kepadaNya. Masih diberikan peluang untuk aku menginsafi segala dosa dan kesilapan masa lalu.

Buat EMAK dan AYAH, ini ada sedikit bingkisan buat dua insan paling bermakna dalam hidupku.

EMAK dan AYAH,
tanpamu, aku tidak akan melihat matahari dan bulan,
tanpamu, aku tidak kenal A, B, C.. Aliff, Baa, Taa... One, Two, Three.. Do, Re, Mi..
tanpamu, aku tidak mengenal alam fana yang penuh pancaroba,
tanpamu, aku tidak akan sampai ke sekolah, asrama dan universiti,
tanpamu, aku mungkin tak mampu hendak menulis di sini,
walaupun aku sedar hakikatnya aku tidak akan mampu untuk bayar segalanya,
tapi EMAK dan AYAH, percayalah........
aku akan bahagiakan kalian dengan segala kebahagiaan di dunia dan akhirat,
dalam setiap solatku, belum pernah aku lupa untuk mendoakan kesejahteraan EMAK dan AYAH.

Terima kasih duhai BONDA dan AYAHANDA tercinta kerana melahirkan aku ke dunia.



p/s: entah macamane boleh meleleh air mata aku tatkala menulis entry ni.
basah kot keyboard ni. kalau la EMAK dan AYAH baca ni..... indahnya.. :((

UniMAP akan datang menyerang UPM!! tungguuuuuu!!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Sebelum semua warga Universiti bengang, meh aku tulis siap-siap dulu. Ini bukan entry untuk memprovokasi mana-mana pihak. hehehe... :D Saja buat gempak aje ni. Pada tarikh 15-16 Januari 2011 yang bakal berlangsung hujung minggu ni, aku dan kawan-kawan akan ke Universiti Putra Malaysia untuk sama-sama memeriahkan lagi sambutan Hari Siswi 2011 yang di anjurkan oleh pihak UPM. InsyaALLAH, pihak UniMAP akan menghantar 3 buah pasukan futsal wanita untuk bertanding di sana.


Seperti biasalah, persediaan fizikal dan mental telah di buat cukup-cukup. Haha..!! :D Ini adalah jersi untuk team kami. Kalau ada-ada sesiapa yang masih ingat atau terbaca pada entry INI , [just click, automatically open new tab] aku dan team futsal aku bermain futsal di bawah anjuran Kolej Kediaman UniMAP sahaja. Tapi kali ni, lebih besar pulak pihak anjurannya. Seram jugak! Haha.. :D



As usual, ini adalah jersi dari team kami. Aihh!! Sekali harung la dengan jersi netball jugak! Hehe... See...!! Besar gedabak deng-deng nama EZMA dengan nombor 13 kat jersi aku. Kenapa nombor 13?? Aku pernah tanya soalan ni kat korang dulu. Kali ni aku tak tanya dah. Biar aku sendiri yang jawab. Sila keluarkan handphone dan catat di reminder ya. 13 February adalah tarikh lahir aku. Ngeeee.... :D



This is my new sport shoes. Selama ni aku pinjam kasut member aje! Hehe.. Punya lah malas aku nak beli kasut sukan yang baru. Pikir punya pikir, aku patut ada satu kasut sukan. So, tak perlu beli mahal-mahal sampai beribu. Tak beratus hengget pon. Hanya puluh-puluh hengget ajer.. :D Nak meleleh jugak air mata tengok duit kertas hijau-merah beralih tangan ke pemilik kedai kasut tu..... :((( HAHAHAHA... :D Takpelah! Ade rezeki nanti kita beli the real sports shoe oke. Cukuplah dulu yang ni. Boleh la buat basah-basah. OMG! :P





Haa... Inilah gambar yang aku tepek kat entry zaman dahulu kala tu. I am with my orange jersey. Walaupun aku ni perempuan yang 'girlish-girlish' pakai shawls bunga reben-reben, pergi photoshoot ala-ala model sawah padi, pakai heels sejengkal tingginya, and whatsoever. Do I care?? Mungkin aku tidak hebat. Tapi apa salahnya kalau mencuba. Ye tak?? Tapi aku ni bukan gadis ayu pon. Aku bukan perempuan lembik-lembik yang macam you all nampak. HAHAHA... :D Tapi ciri-ciri ke'perempuan'an, insyaALLAH aku masih jaga. Itu penting ya kawan-kawan! :)




Yeahh!! Ini dia team futsal aku. Dari kiri barisan depan, Ezmaliza dan Kak Neny Kartini. Barisan belakang dari kiri, Zubaidah Aziz, Kak Pinad, Liyana Zahid, Kak Yani dan Maisarah! Aku tak hebat! Tapi mereka-mereka ni memang gempak! Kalau sepak bola, sampai tercabut kasut. Haaa... Jangan ingat yang bertudung labuh tu macam lembik. Tapi dia lah salah seorang striker kami. Terbaek wa cakap sama luuu... Our goal keeper memang comel loteee... Tapi cekap gila tangkap bola. Aku pernah sesaja mengada nak duduk kat posisi keeper, memang tak boleh! Seram gila aku tengok bola tu meluncur laju straight je kat muka aku. HAHAHA... :D Last sekali aku sendiri yang lari. Hik3!! :D


GOOD LUCK TO ALL MY FUTSAL TEAM MEMBERS!

Kita akan cuba sehabis baik. Tak menang takpe babe! Yang penting pengalaman yang bakal kita dapat lebih berharga untuk di bawa ke perlawanan futsal yang lain ok? I love you guys! :) Chaiyok-chaiyok!!!!


4 movies aku tonton secara marathon! Ini memang kerja giler!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Ini memang kerja giler! Bukan sikit-sikit punya giler! Tapi TERRRRsangatlah banyak gilenyerrr!! :)) Dulu masa zaman sekolah pernah gak buat kerja ni. Tapi takdelah sampai 4 movies berderet-deret. Hehehe... :D You know what, aku dan kawan-kawan menonton wayang sebanyak 4 cerita berturut-turut. Hari pertama di Alor Star Mall tengok cerita Season of The Witch. Hari kedua tengok cerita Damping Malam, The Tourist, dan My Ex-Haunted Lover at Jitra Mall.


Okeh, takkan nak terus tengok wayang dulu kan? Jalan-jalan dulu... Shopping-mopping dulu.. Window shopping pon takper. Erm, I dun mind kalau nak beli kasut RM10 sekalipon kalau ianya memang cantik. So, buat ape nak berlagak tak ingat beli kasut beratus-ratus tapi kau guna duit PTPTN. Ngeeee... :D Kita ni student lagi laaa... Murah-murah sudeyhh.. Dah kerja bagus-bagus nanti, kau beli lah shopping complex tu terus. Hik3.. :D



Window shopping dulu. Tengok dress mana-mana yang berkenan di hati. Masuk jer... Belinyer hampeh! Cuci mata pon best jugak. Aku suka baju or dress yang terus siap dengan long-sleeve. Malas nak pakai inner or cardigan. Leceh laaa!! :D "Ouh, cutenyer baju ni. Takpe-takpe! Simpan dulu duit. Esok lusa, mesti ada yang lagi cantik-cantik! :)", berkata aku di dalam hati. :))))))



Sebelum masuk wayang, solat maghrib dulu. Cermin kat surau tak memuaskan hati, kita pergi masuk toilet pulak. Amik gambar sendiri dulu sebelum amik gambar orang lain. AHHH!! Bosan! Amik gambar muka sendiri kat cermin. Bak kata Sharkox, inilah tipikal orang yang ada kamera amik muka sendiri dalam cermin. Hehe.. Jangan marah yer..... :))



Bila keluar dengan kawan-kawan, aku tak lupa untuk singgah beli waffle. My favourite flavour is Strawberry and Chocolate. Sedap giler! Bungkus senyap-senyap masuk dalam beg. Makan sorang-sorang dalam panggung wayang. Ngeeee.... :D Berdosa ke tak kalau buat macam tu ek?? Tak kan?? :))



Baju yang ni dah hari kedua pulak. Tapi disebabkan takde papan iklan cerita Season of The Witch ni kat Alor Star Mall, aku bergambar kat Jitra Mall ajer la.... Cerita ni not bad. Mengenai seorang pahlawan yang ingin menyelamatkan negerinya daripada wabak ahli sihir. Pelakon utama, Nicholas Cage ni memang berani mempertarungkan nyawa dia demi semua orang. Aihh... Takmoh cerita lebih-lebih. Pergi tengok sendiri kat wayang ok? :)



Next movie, cerita Damping Malam. Cerita ni yang aku tertunggu-tunggu sangat! Sebab penggambaran filem ni banyak di ambil di sekolah lama aku. It was SEMASHUR! Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor!! Lama dah tak pergi sekolah tu. Lepas jugak rindu untuk tengok sekolah lama. Banyak sangat perubahan. Tapi bila dah tengok cerita seram ni, dalam hati, sumpah taknak datang lagi sekolah nie. Seram gilerrrrr!! "What?? Ezma tengok cerita Melayu? Euwww!! Aku tak tengok la weyh cerita Melayu ni...."... Hello! Kau bukan orang Melayu ker? Bangga sangat tengok filem orang putih buat apa. Wekkkss!! :))))



cerita seram buat muke seram yer! menjadi tak? :))




Sementara nak tunggu next movie, kita solat Asar dulu dan makaannnnn!! Tengok wayang, tengok jugak! Tiang agama sama-sama kita jaga. InsyaALLAH. :) Perut pon dah nyanyi lagu rock! Bedal jer la ape yang adooo... Nasi Goreng Ayam satu, kak! Saya dah lapar nie.. Oke, bayar dulu dan sila duduk. Makanan akan di hantar sebentar lagi. Wahh!! :D


pose dulu dgn Cik ILI. awek giler yang bagi idea giler tengok wayang secara marathon! HAHA...



meh sini kite betulkan tudung kak NENY.. senget lahhh... :D kakak ni mengikut jer kitorang yang giler nie.



dah nampak makanan tak ingat ape dah! sila jangan ganggu saya. saya nak mencekik. harap maklum. :PP



Dah settle segala-galanya, aku meneruskan misi giler menonton cerita seterusnya. The Tourist! Sape-sape yang dah tengok cerita Salt, wajib tengok cerita ni. Tapi ni bukanlah sambungannya. Cerita ni lebih kurang la dengan Salt. Macam ejen perisikan yang hebat gila dalam misi penyamaran. Lakonan Angelina Jolie dan Johnny Depp! Gabungan pelakon yang hebat! Angelina tersangatlah serius. Tapi Johnny Deep ni tersangatlah blurr di permulaan cerita. Part yang paling kelakar, Johnny Deep tak tahu cakap Perancis. Pekerja hotel cakap, "Bonjour!". Dia tak tahu nak reply apa, tapi dia jawab, "Ermm...Errr...Bon Jovi!" HAHAHAHA!!! :)))))))


cerita Tron: The Legacy pon dah tengok jugak dengan Incik Faiz. Ngeeee... :D


Last movie, cerita My Ex-Haunted Lover. Cerita Thai yang not bad jugak keseramannya. :D Biasalah... cerita Thai memang suka buat seram-seram. Mengisahkan tentang kekasih lamanya yang curang telah dibunuh oleh kekasih barunya. Taknak cerita lebih-lebih. Tapi pengajarannya, jangan curang dengan kekasih kita. Dan pengajaran satu lagi, jangan suka-suka nak bunuh orang kalau tak nak diri di hantui. Eh, macam kelas Sastera Bahasa Melayu. Cikgu bagi cerpen dan anda sila beri nilai-nilai murni serta pengajarannya. HAHAHHAA.... :)))