Assalamualaikum and Hello Readers! :)
Ini memang kerja giler! Bukan sikit-sikit punya giler! Tapi sangatlah banyak gilenyerrr!! :)) Dulu masa zaman sekolah pernah gak buat kerja ni. Tapi takdelah sampai 4 movies berderet-deret. Hehehe... :D You know what, aku dan kawan-kawan menonton wayang sebanyak 4 cerita berturut-turut. Hari pertama di Alor Star Mall tengok cerita Season of The Witch. Hari kedua tengok cerita Damping Malam, The Tourist, dan My Ex-Haunted Lover at Jitra Mall.
Okeh, takkan nak terus tengok wayang dulu kan? Jalan-jalan dulu... Shopping-mopping dulu.. Window shopping pon takper. Erm, I dun mind kalau nak beli kasut RM10 sekalipon kalau ianya memang cantik. So, buat ape nak berlagak tak ingat beli kasut beratus-ratus tapi kau guna duit PTPTN. Ngeeee... :D Kita ni student lagi laaa... Murah-murah sudeyhh.. Dah kerja bagus-bagus nanti, kau beli lah shopping complex tu terus. Hik3.. :D
Window shopping dulu. Tengok dress mana-mana yang berkenan di hati. Masuk jer... Belinyer hampeh! Cuci mata pon best jugak. Aku suka baju or dress yang terus siap dengan long-sleeve. Malas nak pakai inner or cardigan. Leceh laaa!! :D "Ouh, cutenyer baju ni. Takpe-takpe! Simpan dulu duit. Esok lusa, mesti ada yang lagi cantik-cantik! :)", berkata aku di dalam hati. :))))))
Sebelum masuk wayang, solat maghrib dulu. Cermin kat surau tak memuaskan hati, kita pergi masuk toilet pulak. Amik gambar sendiri dulu sebelum amik gambar orang lain. AHHH!! Bosan! Amik gambar muka sendiri kat cermin. Bak kata Sharkox, inilah tipikal orang yang ada kamera amik muka sendiri dalam cermin. Hehe.. Jangan marah yer..... :))
Bila keluar dengan kawan-kawan, aku tak lupa untuk singgah beli waffle. My favourite flavour is Strawberry and Chocolate. Sedap giler! Bungkus senyap-senyap masuk dalam beg. Makan sorang-sorang dalam panggung wayang. Ngeeee.... :D Berdosa ke tak kalau buat macam tu ek?? Tak kan?? :))
Baju yang ni dah hari kedua pulak. Tapi disebabkan takde papan iklan cerita Season of The Witch ni kat Alor Star Mall, aku bergambar kat Jitra Mall ajer la.... Cerita ni not bad. Mengenai seorang pahlawan yang ingin menyelamatkan negerinya daripada wabak ahli sihir. Pelakon utama, Nicholas Cage ni memang berani mempertarungkan nyawa dia demi semua orang. Aihh... Takmoh cerita lebih-lebih. Pergi tengok sendiri kat wayang ok? :)
Next movie, cerita Damping Malam. Cerita ni yang aku tertunggu-tunggu sangat! Sebab penggambaran filem ni banyak di ambil di sekolah lama aku. It was SEMASHUR! Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor!! Lama dah tak pergi sekolah tu. Lepas jugak rindu untuk tengok sekolah lama. Banyak sangat perubahan. Tapi bila dah tengok cerita seram ni, dalam hati, sumpah taknak datang lagi sekolah nie. Seram gilerrrrr!! "What?? Ezma tengok cerita Melayu? Euwww!! Aku tak tengok la weyh cerita Melayu ni...."... Hello! Kau bukan orang Melayu ker? Bangga sangat tengok filem orang putih buat apa. Wekkkss!! :))))
Sementara nak tunggu next movie, kita solat Asar dulu dan makaannnnn!! Tengok wayang, tengok jugak! Tiang agama sama-sama kita jaga. InsyaALLAH. :) Perut pon dah nyanyi lagu rock! Bedal jer la ape yang adooo... Nasi Goreng Ayam satu, kak! Saya dah lapar nie.. Oke, bayar dulu dan sila duduk. Makanan akan di hantar sebentar lagi. Wahh!! :D
Dah settle segala-galanya, aku meneruskan misi giler menonton cerita seterusnya. The Tourist! Sape-sape yang dah tengok cerita Salt, wajib tengok cerita ni. Tapi ni bukanlah sambungannya. Cerita ni lebih kurang la dengan Salt. Macam ejen perisikan yang hebat gila dalam misi penyamaran. Lakonan Angelina Jolie dan Johnny Depp! Gabungan pelakon yang hebat! Angelina tersangatlah serius. Tapi Johnny Deep ni tersangatlah blurr di permulaan cerita. Part yang paling kelakar, Johnny Deep tak tahu cakap Perancis. Pekerja hotel cakap, "Bonjour!". Dia tak tahu nak reply apa, tapi dia jawab, "Ermm...Errr...Bon Jovi!" HAHAHAHA!!! :)))))))
Last movie, cerita My Ex-Haunted Lover. Cerita Thai yang not bad jugak keseramannya. :D Biasalah... cerita Thai memang suka buat seram-seram. Mengisahkan tentang kekasih lamanya yang curang telah dibunuh oleh kekasih barunya. Taknak cerita lebih-lebih. Tapi pengajarannya, jangan curang dengan kekasih kita. Dan pengajaran satu lagi, jangan suka-suka nak bunuh orang kalau tak nak diri di hantui. Eh, macam kelas Sastera Bahasa Melayu. Cikgu bagi cerpen dan anda sila beri nilai-nilai murni serta pengajarannya. HAHAHHAA.... :)))

