~you are my bestest buddies~

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Guys, please don't demand while seeking jobs.

Assalamualaikum and Hello Readers! :)


Dah lebih seminggu kita berpuasa. Alhamdulillah... Dan sejak masuk dalam bulan Ramadhan ini juga aku dikurniakan rezeki dari Allah yang amat-amat aku tunggu sejak dari dulu lagi. Pertama, aku sudah pun bekerja walaupun belum bergraduasi. Dan yang kedua adalah keputusan peperiksaan semester akhir aku yang agak memuaskan. Eh, tapi bukan lah 4 flat! :P


"Belum grad lagi, cepatnya si Ezma ni dapat kerja!"


Haihhh, janganlah cakap macam tu yee... Syukur sangat-sangat impian aku untuk bekerja dengan syarikat telco yang terbesar di Malaysia iaitu Celcom berjaya tercapai. Dulu masa latihan industri, aku ada mintak nak training di Celcom, tapi tidak berjaya. Sebaliknya aku cuma dapat buat praktikal di bangunan belakang Menara Celcom iaitu TM Training College. Dan, kali ini aku dapat jugak!




Buat fresh graduate yang masih lagi belum mendapat pekerjaan, aku nasihatkan agar anda jangan terlalu demand.

"Penat-penat aku amik degree, takkan kerja macam ni?"

Guys! Trust me! Jangan terlalu memilih dalam soal mencari kerjaya ni. Biar pun anda adalah pelajar lepasan ijazah sekali pon jika tiada pengalaman bekerja adalah mustahil untuk anda dapat seperti gaji yang anda mahukan. Ada banyak contoh penganggur di luar sana yang masih tidak mendapat pekerjaan hanya kerana mereka terlalu memilih. Zaman sekarang ni adalah mustahil untuk anda dapat apa yang anda inginkan sekiranya tidak bermula dari bawah.


Ada banyak agensi pengiklanan di internet seperti Jobstreet, JobsMalaysia, Mudah.my dan sebagainya yang menawarkan pelbagai peluang kerjaya di luar sana. Hantarkan resume terbaik anda agar syarikat pengiklanan dapat menyesuaikan kerjaya terbaik untuk anda. ATAU paling terbaik, mungkin anda boleh hantar sendiri resume anda ke syarikat-syarikat yang ada. Mana tahu rezeki anda pada hari itu memang ada terpampang iklan "Walk-In interview". Haaaa!!



Memang tak dinafikan soal gaji mesti menjadi persoalan untuk mereka yang terlalu memilih ni. Tapi percayalah, soal gaji kadang-kadang bersifat sementara. Jika anda rajin dan menunjukkan prestasi kerjaya yang bagus syarikat akan menyerap masuk terus anda ke bahagian yang lain dan akan ditawarkan gaji yang lebih lumayan. Apa yang penting adalah kesabaran anda untuk berada di peringkat bawah.

Entah kenapa sewaktu aku di-interview untuk bekerja dengan Celcom, aku teringat kata-kata salah seorang interviewer ni. Tapi cukuplah aku buat sebagai kesimpulan di bawah :

"Pihak Celcom tidak pernah buat open interview untuk orang luar kerana kos untuk training orang luar lebih mahal daripada kami mengambil orang dalam Celcom ini sendiri. Jadi, jika awak ingin menaiktaraf status anda, teruskan performance anda. Dan tahniah kerana awak tidak demand dalam memilih pekerjaan."

So, dari situ aku boleh berfikir.. Dari mana nak datangnya pengalaman bekerja kalau kita tidak bermula dari bawah? Jadi sahaja kuli terlebih dahulu untuk menikmati kehidupan lebih baik masa akan datang. TAPI, lainlah kalau CGPA anda 4.0 flat so anda di mohon untuk demand. HAHAHA!!! Faham maksud aku di situ?



p/s: duduk rumah lama-lama buat apa?
orang Nisemilan kato "Buek menghabehkan boreh jo"


Thanks for reading this. Best of luck kawan-kawan.


Tips dan Petua : Rahsia Bedak Sejuk

Assalamualaikum and Hello Readers.

Hari ni aku nak share satu tips kecantikan untuk gadis-gadis yang membaca. Tapi kalau ada jejaka-jejaka yang membaca entry aku sekarang ni pon tetap boleh amalkan tips ni sebab petua yang aku nak share ni bergenre bebas. Hahaha =D


Guys, pernah tak pakai bedak sejuk? Bedak sejuk adalah hasil rendaman beras yang bertahun-tahun lamanya. Kemudian, ia akan diproses menjadi bentuk macam ala-ala Ferrero Rocher. Bedak sejuk ni merupakan salah satu amalan tradisional yang sangat murah dan berbaloi untuk dijadikan sebagai masker muka. Daripada beli setiap bulan masker yang mahal harganya lebih baik pakai bedak sejuk ni. Dah la murah malah tiada bahan kimia macam produk yang selalu kita guna tu.



Banyak kelebihan bedak sejuk ni. Antaranya:

# Semestinya menyejuk dan menyegarkan kulit wajah.
# Mengurangkan pengeluaran sebum/minyak pada wajah.
# Menanggalkan sel kulit mati secara semulajadi.
# Kulit akan terasa lebih halus dan licin.
# Menegangkan segala kekenduran kulit wajah.
# Mengurangkan bintik hitam dan menghilangkan parut jerawat.



Caranya cukup mudah. Selalunya orang akan guna air paip atau air suam untuk cairkan bedak sejuk. Boleh je guna air biasa. Tapi air paip ada klorin. Melainkan kalau rumah korang ada penapis tersendiri. Dulu aku guna air paip aje. Tapi bila bedak sejuk tu kering pada muka, habuk-habuk mudah tertanggal dan mengotorkan baju. Jadi, aku cadangkan apa kata kita gunakan Air Sari Mawar Putih dari Mustika Ratu sebagai pengganti air paip. Selain mewangikannya, bedak sejuk juga tidak mudah tertanggal dan kulit menjadi lebih lembap. Harga dalam sebotol RM6.90. Boleh jumpa di mana-mana kedai runcit atau toko jamu.



Haaaa... Lepas tu tepek la sedikit demi sedikit pada muka. Jangan sapu bedak sejuk pada kawasan atas mata kerana kulit pada mata merupakan kulit yang nipis. Selain itu, dikhuatiri habuk bedak sejuk jatuh dan memasuki mata. Bukan ke tu makin parah? Haha... =D Pantang larang yang aku boleh cipta sendiri sewaktu memakai bedak sejuk ni sama je macam pakai masker iaitu jangan menonton "Super Spontan". Hahaha =D Yela, nanti pecahlah bedak sejuk tu kannn.....



Ini ada satu lagi tips untuk aku kongsikan bersama. Petua ni aku dapat dari adik @eypgonzales di twitternya. Cuba gantikan air mawar tadi dengan perahan limau nipis. Buat masa ni aku belum cuba lagi sebab tak beli lagi limau nipis ni. Tapi aku akan cuba sebab katanya limau nipis dapat mengecutkan jerawat. Ohh, ini aku sangat suka dan bersetuju. Nanti nak ajak Emak pergi Tesco beli limau nipis sekilo. Hehehe =D


Can you see the difference?

Setelah beberapa lama aku amalkan bedak sejuk ni, aku baru sedar yang parut jerawat aku yang selama ini member dok kata aku macam kene demam campak dah hilang. Tapi ambil masa juga untuk aku keluarkan hasil sebab aku tak istiqomah dalam pemakaian bedak sejuk ni. Bila rasa nak pakai, baru teringat nak pakai. Kalau lupa, lupa terus sampai seminggu. Teruk betul aku ni. =,=" By the way, aku nak pesan sesuatu, janganlah cakap macam ni pulak nanti, "Muka dah cantik, tak payah nak makin cantik. Bersyukurlah apa yang ada!!" Memang betul. Tapi salah ke kalau kita menjaga dengan lebih baik lagi kulit yang ALLAH berikan. DIA juga sukakan pada kecantikan. Wallahualam.




p/s: sekali aku bersin, berterabur bedak sejuk atas lantai.
hahahahaha =D