~you are my bestest buddies~

Pengalaman menarik bekerja part time cuti semester! Part 2 - Promoter SOGO KL.

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Perghh! Agak lama membiarkan blog bersawang! Maafkan aku sebab aku malas update blog! Hahaha... =D Ok, jom sambung untuk pengalaman aku bekerja sambilan. Kali ni aku bekerja di SOGO pulak! Lagi macam sengal punyer cerita!



First thing first, I have to let you know yang aku takde gambar yang menunjukkan aku memakai uniform SOGO. Maklumlah, tempat kerja paling menyakitkan hati. Mananya nak ada gambar kan? Cukuplah satu aje gambar hari terakhir aku pulangkan baju uniform ni.


Aku bekerja promoter handbag. Brand apa aku malas nak cerita. Sebuah handbag berjenama yang terkenal dari Italy. Well, kerja aku macam biasa lah. Kalau ada customer yang nak beli handbag, aku kene ambilkan stok baru dalam stor yang terletak agak jauh ke dalam laa.. So, mahu amik masa gak kalau nak berjalan nak pergi ambil stok sambil tu nak ingat segala macam code, lepas tu nak mencari stok. Itu pon kalau ada. Buatnya kalau aku tercari-cari benda yang tiada kan kerja gila namanya tu.


KES 1


Aku ni ada supervisor yang sangat kerek! Perempuan Cina! Nama biarlah aku letak Mak Nenek J! Mula-mula bekerja dengan dia, aku masih boleh tahan and respect lagi. Tapi lama-lama aku hilang hormat kat dia. Pasal dia suka cakap main sedap mulut aje. Dia tersangatlah kerek! Aku paling ngeri kalau dengar dia gelak ketawa. Muka dah la bengis. Satu hari, sales jualan handbag brand ni tak dapat di jual dengan laris. Dia kata aku tak mandi pagi sebab tu customer tak datang beli. Amboi-amboi!! Aku rasa warga Cina yang tidak mandi waktu pagi. Kononnya pagi-pagi yang baru lepas bangun tidur tu ada 'onggg' maaaa... wakluuu!! Haaa...kan dah ada cerita pasal perkauman kat sini.


KES 2

Pernah sekali aku kene tegur sebab masa aku tengah entertain customer ni, percakapan aku tak berapa nak fluent. It is because of my braces. Aku dah cakap. Kalau aku pakai braces, aku memang susah nak sebut certain-certain huruf. It is just like I have a gold in my mouth. Hahaha... Tapi yang macam sialnya..... "Ezma!! You makan gula-gula waktu bekerja!! Pergi buang sekarang!!" Mak Nenek J tengking aku depan customer! Ohhh damn it! Masa ni aku memang sedih gila. Benda yang aku tak buat, dia boleh tuduh yang bukan-bukan! Aku terus berlari ke arah stor untuk melepas air mata yang dah tak tahan nak tanggung ni lagi. Dalam hati aku kuat berkata, lepas ni kalau Mak Nenek J ni tengking-tengking aku lagi, aku tengking dia balik. Ikut sedap mulut dia je nak maki hamun kawan-kawan aku! Kita bekerja kuat untuk naikkan komisyen dia! Macam good-good aje! GRRR!!


KES 3

Aku yakin ramai kawan-kawan aku pernah pergi SOGO kat KL tu. Orang dari jauh pon datang shopping kat sini. Pernah sekali masa aku tengah bekerja, ada sorang makcik ni nak beli handbag. Ok, bila dia dah pilih handbag yang dia dah berkenan tu, aku pon kene la tuliskan bil untuk makcik ni untuk di bawa ke kaunter pembayaran. Masa aku tengah tulis bil....

"Adik, bagilah diskaun sikit. Banyak makcik beli nih. Makcik datang dari Utagha nunnn,"
"Ermm, makcik.. Kalau saya yang empunya SOGO ni dah lama saya bagi diskaun kat makcik ni. Tapi saya ni kuli je kat sini."
"Alaaa, adik tulis harga handbag ni bagi kurang sikit. Mintaklah kat bos adik keee. Cuba pergi tanya,"

Dalam hati aku, eeiii makcik ni. Nak pulak aku pergi jumpa Mak Nenek J tu! Kang dia makan aku lak hari tu. Ni sorang lagi customer! Dia ingat ni kedai runcit Makcik Gayah ke yang boleh kurang-kurangkan harga ikut suka hati. Makcik, kalau takda duit jangan beli handbag kat sini. Pergi beli kat pasar malam. Banyak jenama tiruan ada kat pasar malam tu. Adoii.. macam-macam orang la aku jumpa sepanjang kerja nih. Tak pasal-pasal aku rasa macam nak kurang ajar dengan makcik ni. Haihhhh... sabar!!


KES 4

Selalunya aku akan di paksa untuk membuat kerja full time. Yakni dari bukak pintu SOGO tu sampai lah tutup balik pintu SOGO. Macam tak gila pulak la kannn?? So, ada sekali tu masa aku nak balik rumah dalam jam 11 malam, aku singgah kat gerai makcik jual keropok lekor. Sementara tunggu dia goreng keropok lekor tu aku kene ganggu dek mamat kutu rayau yang duduk berpeleseran kat tangga-tangga depan SOGO tu. Kalau korang pernah pergi SOGO, for sure korang tahu lah kat area mane aku cerita nih. Mamat ni panggil-panggil aku sambil buat bunyik macam cencorot tu! Selalunya kalau aku kene kacau macam ni aku tak pernah layan pon A.K.A buat dunno aje laaa... Tapi malam tu aku agak bad mood and panas, so aku pandang mamat sengal ni dengan pandangan garang! Mamat ni sangat pervert! Dia tunjukkan keropok lekor yang dia makan kat kemaluan dia! Sial punya jantan! Gila pervert!

"Hoi!! Kau jangan nak kurang ajar eh! Aku lempang kau karang!" aku maki hamun mamat pervert nie.
"Elehhh... relax la dik. Lu ingat lu cantik sangat ke?" jawab mamat tu nak cover malu sebab aku tak layan!
"Blah ar kau! Of course la aku cantik kan? Kalau aku tak cantik, kau mesti tak buat bunyi cencorot and panggil-panggil aku kan? Baik kau ngorat makcik ni je,"

Selamba aje aku balas balik sambil tunjuk makcik jual keropok lekor tuh. Aku rasa aku cukup hebat jawab macam tu depan orang ramai yang sedang menunggu bas dan teksi di sekeliling. Lepas tu agaknye mamat ni dah malu gila, dia pon blah! Tapi puas macam mana pon hati aku, aku tetap rasa marah dengan perangai lelaki yang tiada pendidikan ni. Haishhhh.......... =,=



Nasihat aku satu je. Jangan pandang seseorang tu macam rendah sangat. Walaupun aku bekerja sebagai promoter, tak bermakna aku menjadikan kerja itu sebagai kerja tetap. Aku adalah siswazah berpendidikan yang mencari duit poket dan pengalaman sambil mengisi masa lapang. Tapi lain pulak pengalaman yang aku dapat. Apa pun, pengalaman ini menjadi pengajaran kepada aku dan kawan-kawan yang lain InsyaALLAH.



p/s: adik-adik, jangan contohi kakak ini yang
mengeluarkan kata-kata kurang sopan diatas yaa.
ikut mana yang baik aje ye adik-adik! =)

Pengalaman menarik bekerja part time cuti semester! Part1-Cashier Tesco

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Dulu masa lepas SPM, sementara tunggu result UPU, aku pernah bekerja sebagai cashier paling berdedikasi di Tesco Ampang. Dalam 5 minit je jarak dari rumah. Masa tu pulak memang Tesco tengah cari pekerja untuk jualan Chinese New Year. Kerja aku sebagai cashier adalah meng'scan' barang, ambil duit dari customer dan return balance kalau ada. Paling hebat kalau customer bayar guna credit card. Aku swipe je credit card then customer sign dan blah!


Innocent je muka aku masa kecik-kecik. Masa ni apa aku kesah amik gambo dalam toilet!

Ragam customer ni ada macam-macam tahu. Lebih dari 4 bulan aku bekerja di Tesco Ampang tu, so ada beribu-ribu customer yang ada macam-macam kerenah aku dah jumpa. Paling yang aku ingat sangat-sangat dengan satu keluarga customer ni. Ada parents, seorang anak perempuan yang agak kerek berusia dalam 20-an dan anak lelaki yang agak hensem tapi pemalas. Beli barang dapur banyak gile. Berpuluh-puluh tin susu macam nak bukak kedai runcit dekat rumah. Tomato berkilo-kilo sampai habis jugak la stok tomato kat Tesco tu. Dalam hati, "Bapak banyak gile customer ni beli barang dapur. Tiga troli? Nak buat kenduri ke apa? Tukang packer dah la takde." Sebelum scan barang-barang tu, aku bukakkan lah plastik untuk mereka kot-kot la kalau ada sudi nak tolong packing sementara aku scan barang-barang tu. So, si Bapak ni pon bagitahu kat anak perempuan dia tolong aku packing. Korang tahu apa minah ni jawab, "Eeiii, plissss laaa Daddy. Tu kerja dia, biarkan dia buat sorang. Patah kuku Siti (bukan nama sebenar, aku tibai je ni) taw!" Amboiiii, celuparnya mulut minah nie. Ada jugak aku picit-picit tomoto ni kang!



Antara kes lain yang aku ingat, kes kecurian. Korang jangan tak tahu udang galah pon ada orang curik. Korang mesti pernah pergi Tesco kan? Alaa, kat Giant ke pon same je konsep dia. Customer ni ambil 1kg udang sederhana yang murah tu. Then bila timbang harga dia contohlah RM5. Then customer ni buang balik udang sederhana yang murah tu dia pergi ambil berkilo-kilo udang galah yang sedap bile di makan tu dengan menggunakan plastik yang sama yang dah bertepek harga RM5 tu. Then, dia letak berlapis-lapis plastik la kononnya air udang tak bocor. Lepas tu, ambik barang-barang lain yang murah untuk cover agaknya. Yang paling bangangnya tu, dia pergi bayar kat kaunter aku. Yang aku ni agaknya dah semangat nak balik rumah agaknya mata tak perasan langsung. Yelaaa, kerja aku ni scan barang je. Ada pulak masa aku nak bukak satu-satu plastik customer yang bertroli-troli untuk ingat harga satu-satu.


Lepas je dia bayar kat kaunter aku, ada guard tahan aku sebab dia kata aku sengaja lepaskan customer tu. Rupa-rupanya kat pintu keluar Tesco tu, customer tu kene tahan sebab tukar udang galah tu. Bila buat body-check kat poket seluar orang ada air botol Yogurt Marigold. Kat poket belah kanan ada cili benggala. Hey, what the fishball kau pergi curik cili benggala ni? Bongok gila. Dah tu pulak, aku di persalahkan sebab main scan je. Yess, I admit my mistake tapi aku bengang gile kenapa tak tahan mamat ni dari dalam Tesco lagi kalau dah nampak dari CCTV kan? Siottttt gile! Dah nak sampai kereta baru pergi tangkap! Please la don't drag me in that situation! GRRR!! Tapiiii, tu la kes paling aku ingat sampai hari ini. Bodoh jugak mamat ni. Lain kali pergi la curik udang galah kat Kedai Runcit Mak Esah keeee.........



Sejak dari tu, pengalaman banyak ajar aku berhati-hati. Selain tu, aku kene belajar banyak kesabaran. Yang kelakar sepanjang aku ingat la, aku pernah picit-picit roti customer tahu. Ini memang kantoi habis la... Aku tak pernah la cerita kat blog. Ada satu makcik ni. Dia beli roti buku banyak jugak la. Sambil-sambil aku tengah scan barang-barang lain, makcik ni membebel la kat aku. Dia kata roti-roti ni makcik nak buat sandwich untuk jual. Aku ni sebagai cashier yang berdedikasi cuba la nak jadi pendengar setia yang baik. Tatkala tangan aku capai je roti tu, makcik tu menjerit. " EHHHH, jangan pegang roti tu. Tangan awak dah la kotor. Roti ni nak jual tahu? Biar makcik yang scan!!" Makcik ni gila ke apa? Mane boleh dia masuk dalam kaunter ni. Roti tu siap berplastik lagi kot. Kalau betul la tangan aku kotor sebab pegang ikan ke, takkan la boleh meresap masuk melalui celah-celah zarah plastik tu pulak kan? Disebabkan aku geram kerana dia jerit kuat-kuat sampai customer dari counter sebelah pon boleh pandang aku, aku nekad untuk balas dendam. Masa aku masukkan roti tu dalam plastik beg, aku picit sikit sebuku roti tu. Kahkahkah! Aku rasa jahat gila aku masa tu. Makcik tu kerek sangat!


Macam-macam hal lagi la kerenah manusia ni kalau nak diikutkan. Nak cerita bukan setakat cecah lantai. Tapi sampai kerak bumi pon tak habis lagi cerita aku. Bila di kenangkan berdosa pulak aku buat macam tu. Gaji aku dapat, tapi....... Hmm... Entahlah. Eh, tapi kan. Aku pernah dapat HADIAH MYSTERY SHOPPER taw. Maknanya aku dah bagi good service kat pelanggan misteri yang menyamar untuk menilai pekerja di Tesco ni. HAHAHA.. [gelak bangga] Well, untuk kawan-kawan yang pernah buat kerja sambilan ni mesti banyak pengalaman kan? Apa pengalaman korang pulak? Ceritalahhhh....



p/s : adik-adik yang cuti semester tu boleh la carik
duit poket dari asek membesarkan perut dok umah saje.

p/s/s : next entry nanti aku cerita pasal pengalaman aku bekerja
sebagai salesgirl kat SOGO pulak. lagi kurang ajar punya part 2.

Pertama kali jadi pengapit! Rasa cuaknya dah macam aku nak naik pelamin!

Assalamualaikum and Hello Readers :)

Petang sabtu hari tu, aku dapat call dari Aiman si pengantin lelaki.

Aiman : Ezma, demo dok mano lo nie? [haa sudah! dia kecek klate pulok doh. mano aku pehe]
Aku : Haa? Jangan cakap Kelantan laaa... Ada kat rumah laa.. Kat Ampang. Nape Aiman?
Aiman : Faiz pulok dok mano?
Aku : Ohh, Faiz ada kat Shah Alam la. Sekarang ni kan dia buat short course.
Aiman : Haaa... Esok demo datang dop kenduri kat rumah kitorang ni?
Aku : Hehe.. InsyaALLAH datang. Kita datang dengan Faiz and Awin.
Aiman : Buke apo. Kawe nok mintok tolong sikit kat demo nihh... [alahai, aku dah gelabah dah. takkan dia nak pinjam set baju pengantin pulak?]
Aku : Hah? Mintak tolong? Nak mintak tolong ape?
Aiman : Boleh tak demo dengan Faiz jadi pengapit kami esok?
Aku : Haaaa??? [ohhh..tidak!]


Aduh, macam mana nie? Aku tak tahu apa perlu aku buat? Gaya aku ni macamlah aku yang nak naik pelamin esok. Haha.. :D Malam tu jugak aku bukak internet dan meng'google' Pakcik Google. TUGAS PENGAPIT! Banyak jugak hasil yang aku jumpa. Terjegil bijik mata aku baca blog sorang-sorang yang menceritakan pengalaman mereka menjadi pengapit.


pengapit bidan terjun

Antara hasil yang aku dapat sepanjang meng-google, antara tugas pengapit ni adalah sentiasa berada di sisi pengantin. Sentiasa pegang tisu untuk lap peluh atau air mata pengantin. Kalau dah namanya pengantin, make up for sure la tebal kan. Kalau aku make up tebal-tebal pon berpeluh jugak. Wajib jugak untuk lap air mata kot-kot kalau pengantin tiba-tiba sebak ke bila bersalaman dengan mak ayah mereka. Tapi pengantin yang aku nak apit ni sikit pon tak menangis. She's tough! :)



Ini dia raja sehari kita pada 29 Mei lepas. Pengantin lelaki ni namanya Muhammad Aiman dan isterinya Hawa Jan. Aiman ni kawan baik Incik Faiz kat Kelantan. Bertemu jodoh dari laman sosial samada Friendster or Facebook aku pon tak pasti. Tetapi di awal perkenalan mereka juga sudah mengikat tali pertunangan. Ohh, aku sangat teruja bila dapat tahu yang mereka bertunang. Aku sahaja yang belum ada kemajuan. Haha :D



Ehem-ehem! Bukan senang aku nak mencari baju yang sama padan dengan Incik Faiz tuh. Banyak betul songeh dia. Kalau bukan kerana di minta untuk jadi pengapit, aku mungkin akan pakai baju kebaya biru. Tapi Incik Faiz pulak takde baju Melayu kaler biru. Adesss... Yang beliau ada hanya warna purple. Aku ni memang la ada baju kurung kaler purple. Tapi....... Oh emak ku, kenapa buat baju kurung kakak besar sangat? Mak kata, senang nanti bila aku dah gemok takyah beli-beli baju lagi. Alahai emakku......... Eh, tapi aku bersyukur taw. Mak aku pandai jahit baju. Aku tak pernah taw beli baju kurung. Hihihi...



Tema mereka adalah merah hari tu. Nasib baik lah aku dan Incik Faiz berwarna purple dull. Sebab aku tak tahu pon pengantin mengenakan tema merah. Kalau aku sama warna, pasti aku dengan Incik Faiz sama kaler je dengan pengantin. Haishhh, mulalah aku pulak yang berangan nak pakai tema ape ye untuk majlis aku pulak nanti? Eii, malulah. :P



Haa, satu lagi, sebagai pengapit, aku mesti tolong berikan bunga telur untuk mereka yang datang menepung tawar. "Eh, makcik! Makcik lupa amik bunga telur ni." Kadang-kadang ada jugak makcik-makcik lupa nak pandang pengapit yang kat sebelah ni. Jalan menonong je lepas menepung tawar pengantin. Malu pulak aku sebab aku ibarat menghulur tangan tapi tidak bersambut. Ekekeke... :D Tapi yang lucunya, makcik tu datang balik untuk ambil bunga telur. Hahahhaa :D


suasana meriah di sekitar rumah pengantin perempuan di Batang Kali



ibu pengantin lelaki merestui anaknya


pengapit berjaya. lepas ni giliran aku pulak! hehe :D




dari kiri berdiri : Aku, Incik Faiz, Pengantin Lelaki, Pengantin Perempuan, Awin, Wafi, Shai Fieka

dari kiri duduk : tiada dalam gambar. hahaha :D



Ok, sebelum balik, kami bergambar kenangan dengan kawan baik aku di SEMASHUR dulu. Rindu sangat dengan kau taw Awin! Anyway, pengalaman menjadi pengapit untuk satu hari ni adalah sesuatu yang sangat manis buat aku. Walaupun aku sedikit kalut dan menggelabah di sepanjang majlis tu, pengantin perempuan tetap sporting dan tergelak saje bila tengok keadaan aku. Well, Selamat Pengantin Baru buat Aiman dan Hawa. Semoga kekal bahagia sampai ke akhir hayat. Cepat-cepat dapat baby taw.



p/s : mulalah aku berangan. macam mana lah majlis perkahwinan aku nanti?
siapa pulak nak jadi pengapit aku.
hmm, macam-macam dalam kepala otak aku.
hasudah! pegi tidur la Ezmaaa!!