Assalamualaikum and Hello Readers! :)
Innocent je muka aku masa kecik-kecik. Masa ni apa aku kesah amik gambo dalam toilet!
Ragam customer ni ada macam-macam tahu. Lebih dari 4 bulan aku bekerja di Tesco Ampang tu, so ada beribu-ribu customer yang ada macam-macam kerenah aku dah jumpa. Paling yang aku ingat sangat-sangat dengan satu keluarga customer ni. Ada parents, seorang anak perempuan yang agak kerek berusia dalam 20-an dan anak lelaki yang agak hensem tapi pemalas. Beli barang dapur banyak gile. Berpuluh-puluh tin susu macam nak bukak kedai runcit dekat rumah. Tomato berkilo-kilo sampai habis jugak la stok tomato kat Tesco tu. Dalam hati, "Bapak banyak gile customer ni beli barang dapur. Tiga troli? Nak buat kenduri ke apa? Tukang packer dah la takde." Sebelum scan barang-barang tu, aku bukakkan lah plastik untuk mereka kot-kot la kalau ada sudi nak tolong packing sementara aku scan barang-barang tu. So, si Bapak ni pon bagitahu kat anak perempuan dia tolong aku packing. Korang tahu apa minah ni jawab, "Eeiii, plissss laaa Daddy. Tu kerja dia, biarkan dia buat sorang. Patah kuku Siti (bukan nama sebenar, aku tibai je ni) taw!" Amboiiii, celuparnya mulut minah nie. Ada jugak aku picit-picit tomoto ni kang!
Antara kes lain yang aku ingat, kes kecurian. Korang jangan tak tahu udang galah pon ada orang curik. Korang mesti pernah pergi Tesco kan? Alaa, kat Giant ke pon same je konsep dia. Customer ni ambil 1kg udang sederhana yang murah tu. Then bila timbang harga dia contohlah RM5. Then customer ni buang balik udang sederhana yang murah tu dia pergi ambil berkilo-kilo udang galah yang sedap bile di makan tu dengan menggunakan plastik yang sama yang dah bertepek harga RM5 tu. Then, dia letak berlapis-lapis plastik la kononnya air udang tak bocor. Lepas tu, ambik barang-barang lain yang murah untuk cover agaknya. Yang paling bangangnya tu, dia pergi bayar kat kaunter aku. Yang aku ni agaknya dah semangat nak balik rumah agaknya mata tak perasan langsung. Yelaaa, kerja aku ni scan barang je. Ada pulak masa aku nak bukak satu-satu plastik customer yang bertroli-troli untuk ingat harga satu-satu.
Lepas je dia bayar kat kaunter aku, ada guard tahan aku sebab dia kata aku sengaja lepaskan customer tu. Rupa-rupanya kat pintu keluar Tesco tu, customer tu kene tahan sebab tukar udang galah tu. Bila buat body-check kat poket seluar orang ada air botol Yogurt Marigold. Kat poket belah kanan ada cili benggala. Hey, what the fishball kau pergi curik cili benggala ni? Bongok gila. Dah tu pulak, aku di persalahkan sebab main scan je. Yess, I admit my mistake tapi aku bengang gile kenapa tak tahan mamat ni dari dalam Tesco lagi kalau dah nampak dari CCTV kan? Siottttt gile! Dah nak sampai kereta baru pergi tangkap! Please la don't drag me in that situation! GRRR!! Tapiiii, tu la kes paling aku ingat sampai hari ini. Bodoh jugak mamat ni. Lain kali pergi la curik udang galah kat Kedai Runcit Mak Esah keeee.........
Sejak dari tu, pengalaman banyak ajar aku berhati-hati. Selain tu, aku kene belajar banyak kesabaran. Yang kelakar sepanjang aku ingat la, aku pernah picit-picit roti customer tahu. Ini memang kantoi habis la... Aku tak pernah la cerita kat blog. Ada satu makcik ni. Dia beli roti buku banyak jugak la. Sambil-sambil aku tengah scan barang-barang lain, makcik ni membebel la kat aku. Dia kata roti-roti ni makcik nak buat sandwich untuk jual. Aku ni sebagai cashier yang berdedikasi cuba la nak jadi pendengar setia yang baik. Tatkala tangan aku capai je roti tu, makcik tu menjerit. " EHHHH, jangan pegang roti tu. Tangan awak dah la kotor. Roti ni nak jual tahu? Biar makcik yang scan!!" Makcik ni gila ke apa? Mane boleh dia masuk dalam kaunter ni. Roti tu siap berplastik lagi kot. Kalau betul la tangan aku kotor sebab pegang ikan ke, takkan la boleh meresap masuk melalui celah-celah zarah plastik tu pulak kan? Disebabkan aku geram kerana dia jerit kuat-kuat sampai customer dari counter sebelah pon boleh pandang aku, aku nekad untuk balas dendam. Masa aku masukkan roti tu dalam plastik beg, aku picit sikit sebuku roti tu. Kahkahkah! Aku rasa jahat gila aku masa tu. Makcik tu kerek sangat!
Macam-macam hal lagi la kerenah manusia ni kalau nak diikutkan. Nak cerita bukan setakat cecah lantai. Tapi sampai kerak bumi pon tak habis lagi cerita aku. Bila di kenangkan berdosa pulak aku buat macam tu. Gaji aku dapat, tapi....... Hmm... Entahlah. Eh, tapi kan. Aku pernah dapat HADIAH MYSTERY SHOPPER taw. Maknanya aku dah bagi good service kat pelanggan misteri yang menyamar untuk menilai pekerja di Tesco ni. HAHAHA.. [gelak bangga] Well, untuk kawan-kawan yang pernah buat kerja sambilan ni mesti banyak pengalaman kan? Apa pengalaman korang pulak? Ceritalahhhh....
p/s : adik-adik yang cuti semester tu boleh la carik
duit poket dari asek membesarkan perut dok umah saje.
duit poket dari asek membesarkan perut dok umah saje.
p/s/s : next entry nanti aku cerita pasal pengalaman aku bekerja
sebagai salesgirl kat SOGO pulak. lagi kurang ajar punya part 2.
sebagai salesgirl kat SOGO pulak. lagi kurang ajar punya part 2.