~you are my bestest buddies~

DARA.COM dan MissLily Shop bertandang ke UniMAP

Assalamualaikum and hello readers! :)


my roommate, ili dalila

Ya ALLAH, berkurun lama aku biarkan blog aku tersadai tanpa arah tujuan. Semakin hari semakin lupa akan blog tercinta. Ahh, bukan cinta namanya kalau boleh dilupa-lupakan! Ye tak? Takpelah.. akan aku teruskan misi sebenar untuk mengupdate blog hari ini.


pihak Nutrimetics datang mengajar cara membersihkan kulit wajah dengan betul

Minggu lepas, warga UniMAP telah menjemput pihak DARA.COM iaitu sebuah majalah ternama dari Syarikat Karangkraf. Aku sangat teruja apabila mereka sudi datang ke negeri Perlis yang terpencil lagi jauh nun di utara ni. Jadi, hanya membayar RM30 untuk event yang julung-julung kali di adakan ini, aku dan beberapa kawan yang lain bersepakat untuk join!


betapa fokusnya aku dengan majalah dari Karangkraf yang diberikan secara percuma

Dua slot yang dijanjikan di Dewan Kapitol, Kangar ini berjaya menambahkan sedikit sebanyak pengetahuan aku tentang penampilan dan cara yang betul untuk bersolek. Ini adalah penting demi menjaga kebersihan dan kesihatan kulit muka kita sendiri. Slot yang pertama merupakan make-up sesion dari pihak Nutrimetics. Sebuah produk berjenama yang terkenal di pasaran telah mengajar kami cara-cara membersihkan kulit wajah dengan betul serta make-up yang sesuai di gayakan pada watu malam dan siang.


from left : Aishatul Fakhriah yang comel, Ezmaliza the pink of the day, Ili Dalila the green roommate and Syariniey Amran, the ohhhsem photographer girl!



Slot ke dua pula datangnya dari pihak MissLily Shop. Perniagaan butik yang diusaha dua beradik ini membuatkan aku sangat-sangat berminat dengan fesyen dan penampilan yang harus di gayakan dengan kesesuaian majlis. Banyak contoh-contoh baju, dress dan aksesori yang mereka bawa untuk dijadikan contoh pada kami.



Aku juga tidak melepaskan peluang untuk join satu game yang mereka anjurkan iaitu "Mix & Match". Aku dengan Ili mana penah nak lepas game-game macam ni. Dengan bertemakan "Old Vintage Style", maka terhasillah rekaan sengal dari kami. Aku tidak berjaya menewaskan pihak lawan yang bertemakan "Ana LuLu" yang ternyata memang cute.


rekaan Mix & Match dari aku dan Ili. Soo, vintage!


with Mrs. Lily yang sangat stylo!

Sebelum majlis tamat, aku sempat bergambar dengan tuan punya butik, Kak Lily. Ternyata tuan punya badan yang kecil molek ini sudah pun berkahwin. Ohh, mungkin dah boleh tukar nama butik kepada MrsLily Shop dah kot? Hahaha :D Sangat versatile la mereka dua beradik. Mereka sangat menekan kepada perempuan yang ingin berfesyen agar tidak takut untuk bermain dengan warna. Gabungan warna yang menarik mampu memberikan semangat pada seseorang. Haaa.. Yang ni aku tak nafikan! It is true! Pedulikan orang nak cakap apa. But please, jangan lah jadi pokok krismas pulak bila berjalan ke kuliah. Haha :D


kali ini dengan adik beliau pulak. orangnya tinggi lampai taw!



Akhir sekali, sesi bergambar beramai-ramai mengakhiri program ini. So, kalau nampak lagi muka aku kat majalah Dara.Com musim akan datang sila lah bagitahu ye? Aku tabik dengan pihak MPP UniMAP sebab mampu memanggil orang-orang ternama untuk program Festival Konvokesyen UniMAP minggu lepas. Tahniah di ucapkan! :)




p/s: Aku janji aku cuba untuk tidak lupakan blog aku.
Maklum saja, aku ni dah jadi final year student. Busy maa!!