Assalamualaikum and Hello Readers.
Terlewat ke untuk aku publish entry ni? Hari ini baru 18hb Januari. Ahh, baru 18 hari terlewat. Bukan 18 minggu pon. Apa pon, rentetan dan kenangan 2011 tahun lepas benar-benar menggamit memori seorang aku. Segala yang aku abadikan semuanya tentang konsep "Pertama Kali". Entry ni ibarat review life aku sepanjang tahun 2011 lahhhh.....
Tahun 2011 juga mampu mencatat kenangan dan kejayaan aku untuk mendaki Bukit Broga bersama-sama dengan rakan-rakan sekelas aku di UniMAP. Aku sangat teruja bila melihat gambar-gambar pemandangan yang orang lain ambil sewaktu matahari terbit di puncak Bukit Broga. Gerak dari rumah seawal jam 3 pagi ke Bukit Broga pon masih gagal untuk mencuri moment matahari terbit. Tapi apapon, kenangan menaiki Bukit Broga bersama kawan-kawan sekelas aku adalah kenangan yang paling terindah memandangkan aku juga sudah hampir tamat belajar. Pasti aku akan rindu kenangan ini lagi.
Pertama kali menjadi pengapit juga tidak aku lupakan untuk diabadi dalam entri kali ini. Dua kali aku di beri peluang untuk menjadi pengapit kepada pasangan pengantin Encik Aiman & Puan Hawa Jan serta Encik Iskandar & Puan Nonie. Bila diberi kepercayaan untuk menjadi pengapit kepada pengantin, aku harus lebih bertanggungjawab untuk menjayakan majlis. Wah!!wah!!wah!! Bunyi dah macam pengacara majlis jeee... Tapi bukanlah pengacara majlis. Aku harus bertindak untuk menenangkan pengantin yang berkemungkinan besar sedang nervous. Pengalaman menjadi pengapit merupakan pengalaman paling berharga buat aku. Oh ye, untuk pengetahuan semua, walaupun aku sudah dua kali menjadi pengapit, aku belum pernah lagi curi-curi duduk di kerusi pengantin untuk saja-saja ataupun mengambil gambar. Pada aku, aku takut tiada seri sewaktu majlis persandingan aku nanti. Hehehe.. :D
Satu lagi kenangan yang tidak mungkin aku lupakan juga adalah sewaktu Outdoor Photoshoot bersama Elia Jejariruncing. Kenapa aku boleh dapat peluang untuk shooting dengan beliau? Ini adalah kerana aku telah memenangi satu contest anjuran Online Hijab E-Boutique. Untuk pertama kalinya juga aku berjaya memenangi contest dari OHB ni. Berdasarkan undian tertinggi, aku berjaya melayakkan diri untuk bertemu dengan Elia. Hasil sentuhan make-up dari Marliy Kama sangat-sangat membuatkan aku kelihatan seperti gadis Arabian. Hahaha :D So, this is one of the best experiences in my life. :)
Tidak ketinggalan, kenangan paling manis aku di tahun 2011 adalah gathering bersama UniMAP Blogger United. Walaupun tidak ramai yang hadir, aku tetap merasa bangga kerana di tahun-tahun akhir, aku berjaya melaksanakan misi untuk mengadakan perjumpaan antara blogger-blogger di UniMAP. Ini satu permulaan yang baik untuk mereka maju terus ke hadapan. Semester depan adalah semester terakhir aku. Jadi, aku mahu gathering ini di lakukan sekali lagi agar aku dapat mengenali semua blogger yang menuntut di UniMAP ini. Jika universiti lain boleh, kenapa tidak kami. Kami pun boleh! :) Tahniah buat UniMAP Blogger United atas pencapaian julung-julung kalinya ini.....p/s: Kini tahun 2012 bakal melakar sejarah yang baru pula.
Apa azam tahun 2012 aku ya?
Apa azam tahun 2012 aku ya?










