~you are my bestest buddies~

Rentetan 2011 Tinggal Kenangan

Assalamualaikum and Hello Readers.

Terlewat ke untuk aku publish entry ni? Hari ini baru 18hb Januari. Ahh, baru 18 hari terlewat. Bukan 18 minggu pon. Apa pon, rentetan dan kenangan 2011 tahun lepas benar-benar menggamit memori seorang aku. Segala yang aku abadikan semuanya tentang konsep "Pertama Kali". Entry ni ibarat review life aku sepanjang tahun 2011 lahhhh.....


Sewaktu tahun 2011, aku mula berpraktikal di Telekom Malaysia Jalan Semarak. Di situ aku belajar erti kehidupan sebenar. Aku belajar erti penjimatan makanan dan duit, erti kesabaran menghadapi jalan sesak di tengah-tengah kota, erti persahabatan, erti suasana di tempat kerja, erti pergaulan dengan adik-adik dan orang yang bekerjaya. Walaupun tidak mendapat elaun, aku tetap bersyukur kerana rumah aku berdekatan dengan tempat kerja. Dan aku cuma memandu kereta yang memakai NGV. Jadi, ianya masih jimat berbaloi-baloi.


Pada Julai 2011, aku telah berkunjung ke Pesta Bunga terbesar di Malaysia. They called it Pesta Floria at Putrajaya. Ini adalah pertama kali aku melihat pameran bunga yang cukup besar. Pelbagai jenis bunga yang di pamerkan di sepanjang Presint 2, Putrajaya itu. Aku sungguh kagum dengan kehebatan mereka yang menganjurkan aktiviti itu dan mampu menyusun sejambak-sejambak bunga di atas jalan, tepi dinding dan sebagainya untuk tontonan masyarakat. Aku rasa kagum sungguh.


Tahun 2011 juga mampu mencatat kenangan dan kejayaan aku untuk mendaki Bukit Broga bersama-sama dengan rakan-rakan sekelas aku di UniMAP. Aku sangat teruja bila melihat gambar-gambar pemandangan yang orang lain ambil sewaktu matahari terbit di puncak Bukit Broga. Gerak dari rumah seawal jam 3 pagi ke Bukit Broga pon masih gagal untuk mencuri moment matahari terbit. Tapi apapon, kenangan menaiki Bukit Broga bersama kawan-kawan sekelas aku adalah kenangan yang paling terindah memandangkan aku juga sudah hampir tamat belajar. Pasti aku akan rindu kenangan ini lagi.


Pertama kali menjadi pengapit juga tidak aku lupakan untuk diabadi dalam entri kali ini. Dua kali aku di beri peluang untuk menjadi pengapit kepada pasangan pengantin Encik Aiman & Puan Hawa Jan serta Encik Iskandar & Puan Nonie. Bila diberi kepercayaan untuk menjadi pengapit kepada pengantin, aku harus lebih bertanggungjawab untuk menjayakan majlis. Wah!!wah!!wah!! Bunyi dah macam pengacara majlis jeee... Tapi bukanlah pengacara majlis. Aku harus bertindak untuk menenangkan pengantin yang berkemungkinan besar sedang nervous. Pengalaman menjadi pengapit merupakan pengalaman paling berharga buat aku. Oh ye, untuk pengetahuan semua, walaupun aku sudah dua kali menjadi pengapit, aku belum pernah lagi curi-curi duduk di kerusi pengantin untuk saja-saja ataupun mengambil gambar. Pada aku, aku takut tiada seri sewaktu majlis persandingan aku nanti. Hehehe.. :D


Apabila muncul semester baru, aku join aktiviti "Kami Blogger Utagha" iaitu merayakan Aidilfitri di Kampun Padang Melangit Perlis. Pertama kali aku beraya di kampung orang. Punyalah meriah mereka menyambut tetamu yang hadir seperti kami golongan VIP. Padahal kami hanyalah blogger yang dijemput untuk memeriahkan lagi suasana. Aku masih teringat sewaktu aku ambil makanan, ada seorang makcik bertanya benarkah aku seorang wartawan. Memandangkan aku lengkap berbaju kurung serta kamera di sisi. Alahai makcik. Saya bukan wartawan. Saya cuma blogger. Hasudah! Macam mana pulak aku nak terangkan pada makcik ni apa itu blogger. ALLAHU AKBAR!


Ehem-ehem! Kenalkah anda dengan lelaki ini? Orang yang kenal lelaki ini selalunya adalah mereka yang meminati dunia photographer. Beliau adalah Saiful Nang yang datang memberi ceramah motivasi kepada pelajar UniMAP yang meminati dunia fotografi seperti aku. Orangnya tersangatlah santai dan pandai berjenaka. Saiful Nang adalah salah seorang fotografer terkaya di Malaysia tahu. Jadi, pengalaman bertemu dengan orang hebat seperti beliau tidak harus aku lupakan. Semoga Saiful Nang terus sukses dengan kerjaya beliau.


Begitu juga dengan pengalaman aku sewaktu join aktiviti Dara.com. Grooming class yang baru pertama kali aku hadiri ini sangat-sangat bermakna buat aku. Pihak Nutrimetics mengajar cara untuk bermake-up dan membersihkan make-up dengan betul. Pihak MissLilyShop pula mengajar kami cara untuk mix-and-match pakaian yang bersesuaian dengan tema. Memang terbaik! Bertemu dengan mereka yang awesome buat aku rasa awesome for the whole day! :)


Bagaimana pula dengan saat pertama kali naik keretapi? It's not like LRT lahh.. But it is Keretapi Tanah Melayu. Most of my friends said that aku ni sangat-sangat jakun naik keretapi. Yeah, it's true! Hahaha :D Habis semua gerabak aku geledah macam polis penyiasat. Ye lahh, selama ni aku balik KL dalam keadaan duduk aja. Kali ni aku balik KL, dalam keadaan berbaring tidur atas katil. Siapa tak jakun weh? Hehehe :P


Satu lagi kenangan yang tidak mungkin aku lupakan juga adalah sewaktu Outdoor Photoshoot bersama Elia Jejariruncing. Kenapa aku boleh dapat peluang untuk shooting dengan beliau? Ini adalah kerana aku telah memenangi satu contest anjuran Online Hijab E-Boutique. Untuk pertama kalinya juga aku berjaya memenangi contest dari OHB ni. Berdasarkan undian tertinggi, aku berjaya melayakkan diri untuk bertemu dengan Elia. Hasil sentuhan make-up dari Marliy Kama sangat-sangat membuatkan aku kelihatan seperti gadis Arabian. Hahaha :D So, this is one of the best experiences in my life. :)


This is the greatest things happen in my life. Pada 25 November 2011 di surat khabar Metro, wajah aku dan kak Ayu Cinta terpampang di situ. Maklum sahaja, aku bukan artis yang selalu keluar majalah atau surat khabar yang tidak pernah hairan dengan wajah mereka yang keluar di dada akhbar. Tapi pada aku, kenangan seperti ini tidak akan dilupakan buat selama-lamanya. Silap hari bulan, aku rasa seperti mahu frame-kan page ini di dinding bilik sendiri. Ini sebagai sumber inspirasi aku untuk terus mara ke hadapan sebagai seorang Muslimah. Terima kasih banyak-banyak buat ShawlsAyuCinta kerana sudi memberikan peluang ini buat saya. :)


Tidak ketinggalan, kenangan paling manis aku di tahun 2011 adalah gathering bersama UniMAP Blogger United. Walaupun tidak ramai yang hadir, aku tetap merasa bangga kerana di tahun-tahun akhir, aku berjaya melaksanakan misi untuk mengadakan perjumpaan antara blogger-blogger di UniMAP. Ini satu permulaan yang baik untuk mereka maju terus ke hadapan. Semester depan adalah semester terakhir aku. Jadi, aku mahu gathering ini di lakukan sekali lagi agar aku dapat mengenali semua blogger yang menuntut di UniMAP ini. Jika universiti lain boleh, kenapa tidak kami. Kami pun boleh! :) Tahniah buat UniMAP Blogger United atas pencapaian julung-julung kalinya ini.....




p/s: Kini tahun 2012 bakal melakar sejarah yang baru pula.
Apa azam tahun 2012 aku ya?

28 comments:

  1. 2011 Tahun paling gemilang untuk ezma kan??

    siap dpt jadi model lagi...

    terbaikkk...

    =)

    semoga banyak lagi detik2 manis yg akan ditempuh tahun 2012 ni

    ReplyDelete
  2. Semakin hari semakin sukses..amin...tapi kne egat semakin naek bermakna semakin ramai yang akan kedengki TAPI ramai juga yang akan menyokong...so KUAT!..Wish u all da bez for this year tooo luv u )

    ReplyDelete
  3. 2kali jd pengapit..kali ke3 jd pengantin..hehe

    ReplyDelete
  4. rasa happy bila baca entry orang happy2....=)

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru sayangku :)
    biarlah dah berbelasbelas hari masuk tahun baru pun..hik3 =)

    banyak pengalaman indah buat simodel di hatiku ni..semoga tahun baru ni membawa lebih keceriaan dan kejayaan untuk ezma =)


    sayang awak!

    ReplyDelete
  6. wahhhh....kelas kau ezma (ala-ala kelas kau maria!)

    eheh..keep it up...bila kita aktif..otak pun bergerak pantas..
    moga 2012 lebih suksess lagi dr last year!!

    ReplyDelete
  7. canteknye ^^
    done follow your blog
    hOpe ade mse leyh jnguk2 & follow blog Ika plak ye chentahati19.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. mane tau 2012 bakal merubah status ezma pulak... :)

    ReplyDelete
  9. @onie

    onie...rindu onie jugak! tu je nak reply..keh3.. :P

    ReplyDelete
  10. @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr

    tu la diaaa...syukur alhamdulillahhh..insyaALLAH tahun 2012 lebih melakar sejarah bermakna :)

    ReplyDelete
  11. @ayie

    ili, thanks a lot babe. aku hargai ko sgt2 as a friend yg lebih kenal aku mcm mane. btw, aku dah redha.. semakin jauh kita melangkah, semakin banyak mata yang memandang. jadi, kite tak harus berpatah balik. cuma perlu teruskan hidup dan meneruskan langkah lebih jauh :)

    ReplyDelete
  12. @cik faez

    hope it still not too late to wish u happy new year dear.. may all your wish come true :) insyaALLAH..ameen :)

    ReplyDelete
  13. @Cik Aien

    ehhh... tak semestinya retis je masuk paper..blogger seperti anda juga mampu untuk masuk paper :) insyaALLAH :)

    ReplyDelete
  14. @Syed Muhammad Nazir

    hehehe... sbb tu EE jrg update..sbb sekali update, panjang berjela cecah lantai..hahaha :D

    ReplyDelete
  15. @shera haifa

    hehehe.. ameenn...semoga masin mulut awak tuuu..hik3... :P

    ReplyDelete
  16. @HafizRahman.com

    saya juga happy bace komen anda di entry yg happy nie..hahaha :D

    ReplyDelete
  17. @laskar pelangi

    heehhe... semoga wanie juga bergembira seperti selalu and tahun ni akan membawa 1001 erti buat wanie..insyaALLAH..

    sayang wanie jugak! hope to see u soon :)

    ReplyDelete
  18. @mizzura

    setuju dgn pernyataan kak mizzura :) bila minda aktif, semuanya berjalan lancar. semoga tahun 2012 menjadi 1001 erti buat kak mizzura :) ameen :)

    ReplyDelete
  19. @:: Ika ::

    insyaALLAH awak...thanks for invite me :)

    ReplyDelete
  20. @kiera'sakura

    wahhh...gituuuu.... nak ikot jejak langkah akak pulak laa...hik3... :P

    ReplyDelete
  21. woww kite suke part yang jadi pengapit n pergi ke Broga hill..sebab ade gambo kite...:)

    ReplyDelete
  22. @faiz

    kite tahu lame dahhh....bila ada gambar awak, mesti awak suke punye lahhh!! :) i am here to make u happy...

    ReplyDelete
  23. sori lmbt.baru nak jenguk blog awk ;) bye2011..salam 2012..

    dah banyak kali jd pengapit ni nt dptla berkat nk kawen cpt tu hihi

    ReplyDelete
  24. @dayah

    dayah...takpeeee.... :) anyway, belum terlewat utk wish happy new year.. may all the wish come true :)

    hehee...ameen... tp semua janji ALLAH..kite hanya merancang :)

    ReplyDelete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?