Haaa... entri kali ini aku nak mention awal-awal. Ini bukan soal asal muka cantek je semua nak muka macam aku. ATAU, nak feeling-feeling artis ke hape ok?! Siapa cakap, aku cubit pipi dia! Huhu... :P Kadang-kadang kan, bila aku jumpa orang-orang tertentu buat pertama kali, ayat dorang mesti macam ni.
"Eh, muka akak ni macam somenone ni laaa.. Siapa eh?"
"Kita penah jumpa ke sebelum ni? Muka awak sama macam si polan ni lah!"
"Muka kau sebijik macam dia nie!"
Dan kali ini, semalam iaitu kelas pertama untuk semester ni, lecturer aku buat sesi berkenalan. Bila sampai turn aku nak sebut nama, dia cakap, "Muka awak ni macam......". Terus aku potong cakap beliau, "Muka saya memang bersepah encik. Kat mana-mana ada! Hahaha :D ""Kita penah jumpa ke sebelum ni? Muka awak sama macam si polan ni lah!"
"Muka kau sebijik macam dia nie!"
Ini adalah mula-mula orang cakap. Lepas SPM, aku kerja kat Tesco Ampang. Semua staf kat sana tak panggil aku Ezma! Semua panggil aku Ina Naim. Mereka kata muka aku sama seperti Ina Naim bekas tunang Mawi. Tetapi kini isteri kepada Suhaimi kumpulan nasyid. Entah mana yang sama pon aku tak tahu. Mungkin dulu aku pakai tudung bawal then pin kat atas kepala. Ina Naim kan pakai macam tu dulu-dulu.
Masa aku pergi shoot untuk Online Hijab, the owner kak Lela cakap muka aku macam Datuk Siti Nurhaliza. Hahaha :D Agaknya lepas di make-upkan oleh kak Marliy Kama, muka aku terus bertukar jadi Datuk Siti. Hebat betul sentuhan kak Marliy ni. Boleh ubah imej aku kepada artis popular. Hahahaha :D
Bila aku masuk UniMAP, boleh pulak ada orang confuse antara aku dengan kakak tudung purple ni. Nama dia kak Erna Nordiana. She is Mak Buyung right now. Hehehe :D Si Adam dengan Suhaila Zahari pernah cakap muka kami hampir sama. Ini satu lagi. Mana yang sama aku pun tak tahu laaa... Punyelah gebu kakak ni, mana nak sama dengan kulit aku yang berminyak. Sobsobsob! T__T
Pernah sekali kak Idrin post link kat wall FB aku. She said I am persist Neelofa. Ini lagi aku tak boleh terima. Muka memang lain gila gua cakap sama lu. Mungkin gaya ada tersama. Gaya posing dengan kamera lahhh... :D Awek Cik Siti Wan Kembang yang cun melecun ni janganlah disamakan dengan aku yang berjiwa kecil ni.
Ada satu masa tu, cik Suhaila Zahari ni sekali lagi kata muka aku macam cik adik manis ni. Mahira Ahmad yang sama-sama study di UniMAP ni manis orangnya. Aku dapat rasakan yang mereka ni pantang nampak cara pakai shawls sama je, terus dia samakan aku dengan si polan. ATAU, cara posing sama sikit je, terus nak disamakan dengan si polan ni. Kali ni, mana yang sama? Ada sorang member aku ni cakap, bila mata aku bukak kecil-kecil, nampak sama macam cik Mahira ni. Hahaha :D Pandai aje la kome yeee! :P
Tak lama lepas tu, si Erika Rain a.k.a tomatokering ni muncul. Pun ada jugak orang cakap muka aku sama dengan dia. Aku rasa sebab pipi dia yang tembam tu buat orang samakan aku dengan suatu ketika dulu. Sekarang pipi aku dah slim. Hari-hari aku exercise supaya pipi jadi kurus. Apa aku buat? Hahaha :D Membebel je hari-hari! Kompom kurus pipi kau! :D
Sejak kak Ezani Masterchef tu menjadi Juara dalam Masterchef Musim Pertama, Pakcu Sopi dengan kak Adish Shida asyik cakap muka dia sama macam aku. Yang ni pun aku rasa lain sangat. Apa yang sama hanya cara beliau pakai shawls. Ini adalah pendapat aku. Hahaha :D Bila aku tengok, tiada apa yang sama. Sah! Cara dia pakai shawls saja. Walaupun nama beliau starting with EZani, tak bermakna EZmaliza ni adik dia. Hahahaha :D
Walaupun orang kata kita akan mempunyai 7 orang kembar di dunia ini tapi semua yang di atas langsung tidak mirip aku. So, bagaimana kawan-kawan? Ada ke yang sama? Aku mungkin sama hanya pada satu ketika. Mungkin sudut pandangan orang berbeza. Bila sekali dia tengok, eh, macam dia tu laaa.. Eh, macam dia ni la.. Tapi mungkin bila aku berada di sudut lain, muka aku tetap EZMALIZA yang sama. :) Alhamdulillah, aku bersyukur kerana aku tetap aku. :)
Thanks for reading this.