~you are my bestest buddies~

November's big event

Assalamualaikum and Hello Readers. :)

Hari ni 30 November bersamaan hari terakhir dalam bulan November tahun 2012. Ohh, banyak sangat event besar berlaku sepanjang my November ni. Ala-ala sweet November gitu. Aku takkan lupa untuk abadikan segala peristiwa manis yang berlaku di bulan November ini dalam blog kesayangan. Gambar pon dah nampak kan? So, mari kita skrol down satu persatu.


MAJLIS MERISIK 24 NOVEMBER 2012

 
Hari Sabtu lepas bersamaan 24 November, keluarga Encik Faiz telah datang ke teratak usang aku di Ampang. Hahaha :D Gituuuu..... kononnya ada majlis merisik. Tapi entah kenapa aku rasa dah macam nak bertunang pon ada. Hehehe :D Family Encik Faiz memang sporting. Nenek, Ma, Abah, Kak Long, Kak Ngah sekeluarga, Dikmi, dan Ibu Saudara Encik Faiz semua datang. Meriah you ollsss...

Majlis dimulakan dengan sesi perkenalan keluarga belah Encik Faiz. Abah Encik Faiz sendiri jadi tukang cakap. Penuh adat dan sopan santun masa aku mendengar Abah dia bercakap. Abah dia perkenalkan sorang demi sorang ahli keluarga Encik Faiz yang datang. Aku duduk disebalik dinding je. Segan yaaa amaaaatttt!!


Upacara sarung cincin merisik. Ni adalah nenda Encik Faiz. Aku tengok dia masih kuat lagi. Kalau nenda aku dah tak larat berjalan dah. Haaa... lelaki sebelah aku pula adalah Encik Ayah. Hai Ayahhh!! Sewaktu nenda Encik Faiz menyarungkan cincin, tangan aku masa tu sejuk gila. Dalam hati aku meronta, sekarang ke kena sarung cincin?? Esok-esok tak boleh ke?? Hahaha :D


 
Hari tu, Emak lah orang paling sibuk. Maklumlah, nak terima menantu. Eh? Hahahah :D Takdelah... Emak dari mula memasak pada semalamnya lagi. Kalau you olls nak tahu, Emak aku memang pandai masak. Main campak-campak je dalam kuali pon dah menjadi. Menu kami hari tu, nasi putih, ayam rendang, ikan bawal masak kicap, sayur kobis masak lemak, salad telur, sambal belacan dan kuih muih. Emak aku memang paling semangat la senang cerita. Seminggu sebelum majlis, dia punya sibuk mengalahkan Perdana Menteri. Sana dia kemas. Sini dia susun. Sana dia gubah. Sini dia alih. Aku balik kerja je, aku rasa macam Deco Bersama Eric dah datang rumah aku. Hahahaha :D Saaaayyyaaannnggg Emakkk!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN UITM AHMAD FAIZ MUSTAQIM 
27 NOVEMBER 2012

  
Peristiwa bersejarah yang kedua dalam bulan November ni pulak adalah Majlis Konvokesyen bakal tunang saya, Encik Ahmad Faiz Mustaqim bin Mohd Noor. Syukur Alhamdulillah, walaupun kebanyakan universiti lain semuanya selesai dengan majlis konvokesyennya. UiTM agak lewat sikit berbanding yang lain. Berkonvo jugak awak ye Encik Faiz... Hehehe :D 



Alhamdulillah, kini giliran Encik Faiz pula memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di UiTM Shah Alam. Tahniah Encik Faiz. Saya berbangga dengan kejayaan awak. Pasti Ma dengan Abah bangga dengan awak jugak. Akhirnya penat lelah usaha kita membuahkan hasil. Inilah hadiah untuk ibubapa kita yang selama ni bertungkus lumus menyekolahkan anak-anak.



Kini, kami berdua sudah bergraduasi. Syukur sekali pada Allah kerana kami sudah pun bekerja sebelum berkonvo. Hari ini Encik Faiz adalah seorang engineer di sebuah kilang kamera di Shah Alam iaitu Canon Opto (M) Sdn. Bhd. Hehehe.. Bolehlah aku mintak dia bagi sebijik kamera Canon untuk hantaran nanti. Hahahaha :D Dan aku pula kini bekerja sebagai engineer di sebuah syarikat komunikasi di Plaza Sentral, KL iaitu di SMART Digital International Sdn Bhd. Syarikat aku lebih pada bahagian fiber optic la. So, takkan nak bagi fiber optic sebagai hantaran Encik Faiz pulak kan? Nak buek apo dongan fiber optic den?! Sorry yo! Hehe :D




p/s: haaaa... Ezma, agak-agak bulan 
December ni ada big event tak? :P


23 comments:

  1. waah dh risik2 dh alhamdulillah cecpt tonang+tawin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaALLAH... bakal menyusul...doakan kami ye... :D

      Delete
  2. ala cutenye tahniah ezma dah dirisik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..thank u milaaaa.... giliran awak bile?:D

      Delete
  3. tahniah..risik tu dah kira macam bertunang la tu..ehehe..

    bile next big event? bulan 12 ni kenduri kawen terus kot eh? :P

    tahinah jugak dah dapat kerja yg hebat dan sepadan dengan degree..alhamdulillah..dipermudahkan segalanya untuk ezma..

    semoga perancangan seterusnya dipermudahkan juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...

      kak shaaaaaa!!!!!!

      takdelaaa...insyaALLAH... tahun depan kot... doakan urusan kami dipermudahkan ye kak sha :D

      Delete
  4. awkk... tq sbb time sy time merisik ari 2, n tq jugak sbb sudi dtg ke majlis konvo sy ari 2, siap amik cuti ag utk sy... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2... insyaALLAH...kita sama2 berdoa agar urusan kita dipermudahkan untuk langkah seterusnya... :D

      dah, pegi tidur..esok nak jogging.. kononnya nak kurus...takot tak muat baju pengantin. hahahaha :D

      Delete
  5. tahniah sbb dh drisik...

    tahniah jugak tuk faiz sbb dh konvo...dua2 keja hebat...

    tak lama dh kot no nk p next step...

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah.. thank u kak zai.. doakan yg terbaik buat kami ye :)

      Delete
  6. Akhirnya...akhirnya....semoga next n next step sentiase dipermudahkan...tak sabanye nk tunggu december...huhhuhu =P

    ReplyDelete
  7. ezmaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,tahniah awak....tgk awak merisik kita pulak yang ketaqqqq,hihi... tahniah ezma,semoga berpanjangan ,muah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. onieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!

      mak oiii..pjgnye harakat.. hahaha :D thank u onie.. insyaALLAH, one step done. :D doakan yg terbaik buat kami ye :D

      Delete
  8. congrates dear..i'm ur silent reader..akak doakan dipermudahkan segala urusan..:)..aamiinn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masyaALLAH... thank u dear.. thanks for being my silent reader.. amin ya rabbal alamin... nnt tulis la nama awak kat bawah komen.. kite alu2kan.. thank u so much :D

      Delete
  9. wahh...conratulations kat ezma. rasa macam dah tak lama dah nak ke next phase ni. semoga dipermudahkan.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... insyaALLAH... sampai masanya akan ke next stage pula..hehehe :D thank u mira comel :D

      Delete
    2. welcome kakak cantik. insyaAllah sampai serunya jadi lah kan. aminn..hehe. :)

      Delete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?