~you are my bestest buddies~

~tag from ezza~



hehe.. sorry for not doing your tag for a long time. i am so busy lately. but now, i have a lots of time to do ur tag. hehe.. :) tengs cik ezza coz tag me.



oke..let's start!

QUESTION 1 : FIVE name that people call you.
* Ezma *
* Bella *
* Kakak *
* weh *
* oit *
QUESTION 2 : FIVE important dates in your life.
* 13 February - of course my birthday *
* 14 August - birthday incikFAIZ *
* 1 April - our anniversarry *
* 12 October - my dad's birthday *
* 28 November - my mom's birthday *
QUESTION 3 : FIVE things that you done yesterday.
* naik bas ke KL *
* turun bas ke KL *
* jumpe kejap incikFAIZ *
* pelok ciom mak dengan ayah, hee..lame xjumpe *
* kemas semula bilik yang ditinggalkan tanpa penghuni *
QUESTION 4 : FIVE ways to be happy.
* godek semula gambar-gambar dalam lappy yang buat aku tersenyum *
* tengok funny video and all babies video *
* taking photo my digital camera.belum ade duit nak beli DSLR sendiri *
* shopping benda-benda yang aku memang aku impikan *
* and ofkos makan-makan sampai kenyang! *
QUESTION 5 : FIVE favourite movies.
* Titanic [bukan part lucah-lucah oke] *
* Clash of The Titans *
* Kaho Na Pyar Hai [layan gak taw hindustan] *
* Transformers *
* Harry Potter *
QUESTION 6 : FIVE favourite hobbies.
* taking photo's *
* listening to my MP5 *
* watching movies *
* hang out with my members and him *
* FACEBOOK and blogging *
QUESTION 7 : FIVE favourite people.
* my lovely parents *
* Siti Nurhaliza *
* Amira Sophea [budak kecik yang cute] *
* Ahmad Faiz Mustaqim [artis mane ntah.haha. :D ] *
* tak tau dah sape *
QUESTION 8 : FIVE favourite place for vacation.
* Langkawi [ selalu gile pegi, besh! ] *
* Pulau Kapas [besh kalau pergi dengan family] *
* Paris [world of shopping] *
* Australia [tempat impian 'kami'] *
* Jepun [aku nak tengok kehebatan teknologi Jepun selain daripada seliparnya] *
QUESTION 9 : FIVE reasons why you answer this survey.
* orang suruh buat, kalo tak buat, aku rasa bersalah *
* dah tak tau nak buat ape, jawab tag la *
* soalan tag yang aku gemar, tak leceh. *
* aku ade banyak masa terbuang, so mari jawab tag *
* alaa..tak tau lagi apa sebab. jgn tanye lagi oke *
QUESTION 10 : FIVE person to tag.
* no more other, it is YOU! haa.. jangan nak lari! sila jawab tag ni. sape??!! kamu la.. jawab cepat! ishh...!! *

~merdeka! ~

yeay! dah abes exam! yuhuu!! syukur alhamdulillah. currently, I'm home. rindu sangat nak balik umah. rindu nak jalan-jalan dengan kawan-kawan. rindu dengan masakan mak. rindu nak gigit mane-mane budak kecik yang ada kat uma. hahaha.. :))
hmm, sepanjang minggu exam, aku tersangat la tension. nak study subjek yang itu, subjek yang ini belum sentuh lagi. tapi risau yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran pulak. tapi ape pon sumenyer dah abes da! settel. boleh buat atau tidak?haa.. itu kite tak tau. ada yang boleh. ada yang tak boleh. biasa la. aku pon bukan la pelajar yang pintar pon kat U. huhu.. :)
so, insyaALLAH.. dapat la aku blogging salu kat rumah. hehe. :) i will activate back my blog..! yeay! hmm.. macam2 dalam kepala otak ni nak buat ape. nak siapkan tag dari kawan2 la. nak update cerita-cerita baru. nak share macam2 tips ciptaan aku. hahaa.. :)) ape pon nantikan. :P



~abes semua lampu dalam dewan tu aku kira ~



salam..wah! lame giler tak update blog ni. berhabuk dah.. oke2.. aku nak bersihkan sikit blog ni. kite update sikit eh.. nanti anak cucu tertunggu-tunggu pulak.. :))

hmmm..dah dua paper dah aku jawab.. ade lagi 3 paper. study week aku memang jadi tension week. ape tak nyer.. semua nak kene revise balik. ada jugak dapat sikit-sikit tips dari kawan-kawan. tapi sepanjang dua paper yang lepas, aku kurang berpuas hati sikit. geramnyer..!! kenape la otak aku tak boleh pikir ni.

bukan tak boleh jawab masalahnya, cume aku ambil masa yang lama untuk pikir soalan tu berulang-ulang kali. kan tu dah buang mase aku. bukan calang-calang soalan dia nak tanya. nak-nak pulak kalau aku dapat soalan panjang gile nak mati, tapi yang dia mintak ciput je.. itu je dah boleh buat aku keliru apa yang soalan cube mintak.

hakikatnya aku sedar aku seharusnya fokus dalam kuliah. rajin-rajin buat tutorial. ulangkaji balik apa yang aku belajar dalam kuliah. al-maklumlah...bila dah sampai bilik, katil tu lagi nak panggil aku untuk tidur.. haha.. :))




dalam dewan exam, bila aku tak boleh pikir apa-apa, mula lah aku punya mata menerawang ke tempat lain. nak pandang orang kiri kanan kang takot dikata meniru pulak. aku pon tengok la siling dewan besar gabak tu.. penah jugak la aku kira berapa banyak lampu dengan air-cond yang ade dalam dewan ni.. dalam hati aku, ape la pegi letak air-cond banyak-banyak kat dewan ni. dah sejuk gila dah ni. cube la letak satu dalam bilik aku. tak banyak pon aku mintak.. SATU jer... :P :P :P

ape pon aku berusaha untuk abeskan paper yang ade tinggal lagi tige.. yeay3!! :))) buat kawan-kawanku, aku wish u all gudluck oke. doakan aku dapat jawab dengan tenang dan mudah ye. aku pon sudah tentu doakan kamu semua. ya ALLAH, janganlah Kau putuskan semangatku untuk terus menuntut ilmu di dunia ini ya ALLAH.. cuma itu yang aku harapkan.. biar pun kau memang tak pandai ezma,, andai ada semangat pasti segalanya boleh.. insyaALLAH.. amin...



~hilang tension aku bile tengok dye ni~

hmm..exam makin dekat. aku makin cuak. hasrat hati cam nak study tapi, mini projek banyak lagi belum siap. aku ni kalau selagi belum siap projek, stress sikit nak study. so, bile stress, aku tgk budak kecik ni. rase macam nak geget2 aje. geram. haha.. suke2 aku tepek muke budak kecik ni. kalau la mak dye tau, mara tak agak2??hahahaha... :)) jadi, kawan2.. jum ilangkan tension bersame2 dgn mencuci mate tgk ini budak kecik.. hehehe.. :)


uih.. berbeza kaler kulit aku dgn dye. mak aiii..nak pakai bedak ape lagi ni??


fokus abes kat ini budak tembam...hehehe.. :P


dye baru reti meniarap.. tggu la bile dapat kaki nanti, tak dapek aku nak kejo satu uma.


eh. gelak pulak dye.. nak kene geget tak sophea??


haaa.. senyum macam ni oke. baru la manis. tapi kan sayang, aii lagi suke u gelak terkekeh bile aii geletek u.. hik3.. :P




okeh. puas...!! ape??tak?? alaa.. aku tak leh bubuh banyak2. kang nak loading gambo je dah berjam2..so, jom sambung study. gudluck! :)



~aku dapat soalan bocor!! yeay3!!

yehaaa...!! assalamualaikum! fuiyoo!! macam gempak je tajuk entry! ye la. kalau aku betul2 dapat soalan bocor untuk final exam, aku dah tak payah study la. study mane yang kuar exam aje. hehe. :P

hakikatnya, tidak sama sekali. alahai.. jangan la marah! hehe. gurau ajer. ape pon, aku cuma boleh announce yang.....................

!!!!!MY FINAL EXAM IS AROUND THE CORNER!!!!!




argghh!! hampir tiap-tiap malam kot aku asik dapat mimpi pasal final. aku mimpi yang aku pergi exam dengan otak yang kosong la. aku mimpi tiba-tiba aje esok da exam, padehal aku belum lagi habis study. aku mimpi exam dah abis tapi aku tak pergi pon jawab exam tu. DAN, yang paling tak bleyh blah tu, aku mimpi aku dah sampai uma. wakakkaka.. :D lagi la melampau! hehe. :P

sebagai blog yang aku dedikasikan untuk anak cucu aku, aku nak kasi la sikit tips untuk diri aku sendiri sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. kunun-kununnyer anak cucu aku boleh la ikot jejak langkah aku yang sengal ni. oke, what should I do??

yang ni cik EZMALIZA wajib buat!

* sudah semestinya aku harus study balik ape yang aku lupe masa dalam kuliah. ye la, kadang-kadang aku bukan fokus pon. sejam pertama mungkin aku bleyh tahan, tapi sejam kedua otak aku dah melayang ke cafe depan tu haa.. :P *





* aku mesti jaga hubungan baik aku dengan ALLAH. dengan apa cara??! semestinya aku harus bersolat dan berdoa. doa adalah penghubung manusia dengan Pencipta. *




sedangkan kucing pon tawu berdoa, takkan manusia pon tak reti-reti kot. kalau camtu, kita lagi teruk dari kucing la kan? :)





* aku mesti jage pemakanan aku. pemakanan yang baik akan memberikan badan dan otak yang sihat. bile badan sihat, baru la boleh belajar tanpe sakit pewot. hehehe. :P aku cube gak nak mencari kismis. ye la, kismis kan makanan yang baik untuk otak. Nabi Muhammad pon sering mengamalkan makan kismis. inikan kita pulak. kalau susu, tak payah cakap. aku memang hantu susu. satu kotak besar aku boleh habiskan! hehe. :) [wah, kalau pasal makanan, panjang pulak ceritanya] *








* takkan la aku asik nak study aje. [asik study??yeke??] sesekali kita mestilah release tension. aku rasa aku nak ajak la rommate aku pergi joging petang-petang. kalau tak pon, joging malam-malam. macam syok aje. joging dapat meningkatkan daya kecergasan badan dan otak selain dapat menyihatkan tubuh badan aku sendiri. sekurang-kurangnya dapat lah aku buang lemak-lemak tepu yang beranak-pinak dalam badan ni. *







* aku harus buat study in group! kalau aku study sorang-sorang memang aku tak paham. untuk elakkan aku terus di belenggu ketidakfahaman, baik aku carik member then study sama-sama. sebab itu, aku selalu pergi library, kat sana, yang bukan member pon dapat jadi member sebab mereka pandai-pandai. aku je yang tetap tak pandai-pandai! hahahha.. :D *





* haa.. tips ni lagi penting. aku mestila kurangkan jangan langsung main FACEBOOK! adoi.. boleh ke?? alaa.. cuba aje la. nak senang lagi, packing terus laptop simpan dalam beg. tak payah bukak-bukak lagi dah. haha. :D alaaaa... kalau camtu, tak dapat la nak blogwalking ke blog u all. :( *




* aku rasa yang ni tips terakhir. iaitu aku mesti jaga hubungan baik dengan incikFAIZ. selalunya setiap kali musim exam, mesti nak bergaduh. agaknya masing-masing tension kot. tapi aku tetap harus jage perhubungan baik kami. kalau aku gaduh lagi, alamatnya aku memang tak boleh nak tumpukan perhatian la. jadi, sebagai pengajaran adik-adik kat luar sana, jangan la bercinta bagai nak rak cam kami. wakakkakaka... :D maksudnya di sini, fokus study dulu. baru boleh pikir benda lain. hehehe.. :) *




haa.. last! pesanan aku untuk kawan-kawan, selamat menghadapi final exam. exam aku start 19 April - 28 April 2010. pesanku lagi, jangan la bawak toyol atau tiru orang sebelah. sebab nanti aku jeles and aku pon rasa macam nak buat cenggitu gak! kih3....!!! :P oke, selamat maju jaya!!



selamat tinggal semua. cik EZMALIZA pergi buat sementara waktu ajer. hehe.. :) tak lama pon. kejap ajer. sob3..!! sedih! uwaaaa..... :(

BYE-BYE!!



notaPENDEK : tajuk entry hanyelah tipu semata-mata. jangan tanye aku soalan exam kuar ape.


~ko ada ke kasut macam ni?? haa.. takde kan??~



SALAM 1 MALAYSIA!!

wah! sejak aku dengar Naib Canselor UniMAP berucap, beliau selalu memulakan bicaranya dengan ayat ni. jadi, aku rasa macam nak ikot jugak. huhu.. :)

last two days, kak NEENA ANUAR telah menge'tag' aku untuk buat satu entry tentang kasut kegemaran you all. haa.. jaga-jaga! jap gi, aku akan tag korang pulak. huhu.. :P btw, aku pon giler kasut jugak. al-maklumlah, kata perempuan! rasa ingin jadi cantik pasti ada. huhu.. :) so far, kasut paling mahal yang pernah aku ada adalah berjenama ADIDAS, RM 2++. haha.. tak payah la mentioned harga sebenar. kakak aku yang bagi. kalau aku yang beli sendiri, aku mention aje! haha.. :D then kasut paling cikai a.k.a murah yang pernah aku ada bernilai RM10. haa.. yang ni aku statekan harga. sesuai la dengan aku yang masih belum bekerja. lain la kalau dah keje, aku hebohkan dalam blog ni yang aku beli kedai kasut. wakakka.. :D

wah! intro je dah panjang. belum masuk cerita pasal kasut lagi. oke2..! sabar2! kasut kegemaran I adelah berjenis WEDGES! eh, ada yang tak tawu nih! bukan WEDGES CHEESY yang terjual kat KFC tu ye. salah ye. sila betulkan pemahaman anda. selalunye kaum lelaki yang tak tawu. macam incikFAIZ. hahahaha... :D


incikFAIZ: awak nak hadiah ape untuk birthday awak nanti??
aku: *gulp* erk?hadiah bday?? taknak la. takpe. kiter boleh beli sendiri. [kalo dah aku beli sendiri, bukan lah hadiah birthday aku nanti]
incikFAIZ: alaa..cakap aje la. lepas ni awak balik UniMAP, tak dapat nak belikan ape2.
aku: oke2. saye nak WEDGES. boleh tak? nak 10 pasang!
incikFAIZ: wedges?? yang KFC tu ke??
aku: alahai laki aku.. *pengsan*


huhu.. dekat rumah aku ada banyak sesangat kasut berjenis ini. apa yang besh tentang WEDGES ni? aku suka sebab WEDGES ni mempunyai tapak yang luas. aku tak suka high heels. yang muncung tirus tu. alaa.. kalau pukul orang tu, boleh tercacak la kasut tu kat badan orang. aku tak suka. buat apa pakai benda2 yang menyakitkan badan aku balik. kan3?? huhu... so, WEDGES ni membuatkan aku berjalan dengan lebih stabil selain membuatkan aku konon2 lebih tinggi sikit. wah! gitu dong!! ekekeke.. :P



so, let's review apa yang aku jumpa setelah menggodek agen carian MY LOOK, aku jumpe la kasut2 yang aku suka. mari kita terjah satu persatu!!


WEDGES jenis macam ni aku cam suam2 kuku aje la. sebab hujung mulut kasut ni makin mengecik. buat jari-jemari kaki aku susah nak menggeliat. kadang2 aku rimas jugak. huhu.. tapi cantik! huhu.. :) lagi pon, permukaan bahagian tumit lebih berkonsepkan ala-ala kayu kayan.


WEDGES jenis ni pulak mempunyai bahagian tumit yang bercorak. kalau jenis macam ni, aku takut putih mata nak pakai. sebab kalau la lalu kat kawasan berlopak ke, tak ke luntur kaler corak dye?? huhu.. :P tapi yang ni pon cantik gak! hehe.. :P



haa.. kalau kasut WEDGES yang bertali-tali ni pulak, aku sukeeeee sangat! tapi you all bayangkan la kalau anda dalam kereta sudah hampir sampai ke rumah. tergesa-gesa nak balik cepat sebab nak terkucil. sampai depan rumah nak bukak pintu, kunci pulak buat hal. tengok pulak kasut yang berselirat tali camni. haa.. amik kau. silap2 you all boleh terkucil depan uma aje. haha.. agak bahaya la kasut ni. tapi yang ni poooonnnn cantik gak! aiii..sumenye cantik nih! :P



jenis kasut camni pulak, kurang sikit sestabilannya. bak kata Rizalman dalam rancangan Tangkap Muat, kasut jenis ni macam 'KAPAL TITANIC'! kah3.. :D sengal betul. tergelak2 aku tengok rancangan tu. tapi, lagi luas permukaan, bukan kah lagi kurang tekanannya. jadi, kenapa nak sakitkan kaki?? :)



perrgghh!! kasut ni kalau letak depan uma, pantang alpa sikit je, sekejap tu jugak boleh lesap dari pandangan mata. haha.. :D tengok aje la berlian2 tu. ni kalau nak jalan kat red carpet pon kene hati-hati. takot orang letak gam. mahal tuuuu!! :P tapi ni aku rasa artis2 aje kot yang pakai. perempuan yang gaji beribu setiap bulan pon taknak beli kasut ni. bukan tak berani. tapi takut tak cukup makan anak-anak.





memang you all akan nampak tinggi gila-gila lah kalau pakai kasut atas ni. dia punya tapak, mak aii.. jangan cakap la. tebal gila! dah boleh buat sampan lalu kat atas air dah. confirm tak kene air la kaki you all. tapi, kene get ready untuk basuh balik la kasut ni. sebab penuh dengan lumut2 banjir. :P





wah! kasut ni aku rasa, tikus pon boleh lalu-lalang kat bawah dia. elegan betul! tapi bukan tahap aku la nak pakai kasut macam ni. aku dah la berat. kang pakai kasut ni pergi pasar, mesti pecah tapak dia. elok-elok nak bergaya, dapat malu lak.huhu.. orang kurus dan ringan boleh la kalo tak malu. haha.. :D





haaa... last kopek! kasut macam ni yang aku suka. tali halus dan tidak menyusahkan tuan punya kaki. apa yang aku perasan, incikFAIZ suka sangat pilihkan kasut yang bertali halus ni. aku rasa agaknya bagi dye, seksi kot pakai macam ni. kaki je pon! seksi amendenyer! haha.. :D tapi kasut yang berjenis ini la yang aku buat koleksi macam kedai kasut kat umah. :P






hehe..dah tengok kan semua kasut-kasut tadi?? dah?! oke.. itu bukan kasut aku ye. aku tak bawak koleksi kasut aku kat UniMAP ni. plus, takda pon gambar2 kasut dalam lappy aku. cuma yang ada ni aja. hadiah pemberian incikFAIZ. inilah kasut yang aku suka pakai bila pergi dating. yer la. kita menghargai pemberian orang. pasti dye suka kalau lihat pemberian sendiri dipakai oleh aku. hihihi.. :)



jadi, aku mahu tag mereka yang harus tepekkan pic kasut kegemaran mereka dalam blog. jangan buat panjang2 macam aku ni. buat pendek2 aje. sebab nanti aku nak bace. lagi pon ni bukan contest. hik3.. :P oke?? mereka adalah.....


haa.. buat2!! jangan tak buat! aku menanti dengan penuh tidak reti sabar. dah buat nanti jangan lupa bagitau aku untuk aku komen-komen ye. hehe.. arigato..!!




pesananRINGKAS: panjang gila entry aku ni. ish! :) gudnite!


~happy+gaduh+ketawa+menangis = 2 tahun~



.hari ini, jika panjang lagi jodoh kami, hubungan ini genap 2 tahun.
.1 April 2008 di KMJ, menjadi saksi untuk segalanya.
.apabila di campur, di tolak, di darab dan di bahagi, hati ini nak berkata, "cukup ke 2 tahun ni?".
.gaduh je dah berbulan2.
.memamg tidak di nafikan, aku dan dia selalu bergaduh.
.seolah-olah dah jadi hobi sampingan untuk tiap-tiap minggu.
.orang kata, umur kami sebaya, itu yang cepat panas.
.ada jugak yang kata, muka kami SAMA, pasti ada JODOH.
.benarkah?.
.hakikatnya, aku jauh dengan dye.
.hati aku mudah merajuk apabila perasaan aku tersentuh.
.pantang ada silap sikit, mudah sungguh aku meradang.
.kadang-kadang aku kasihan.
.kadang-kadang aku menyampah.
.kadang-kadang aku geram.
.dye seperti tidak faham.
.aku cuma seorang perempuan.
.hati dan perasaan aku mudah berkecai.

.sudah banyak perkara yang aku lalui bersamanya.
.sudah banyak tempat jugak aku pergi bersamanya.
.sudah banyak masa juga aku luangkan bersamanya.
.sudah banyak wang turut aku habis bersamanya.
.tapi, pernah aku ambil kira itu semua?.

.ada suka dan duka di kala aku dengannya.
.cuma aku mengharapkan dye sentiasa mendapatkan yang terbaik dalam dirinya.
.sudah tentu bukan aku.
.kerna, aku belum cukup terbaik untuk dye.
.seharusnya dye mendapat lebih dari itu.

.untuk itu, di hari yang bersejarah ini, aku kenangkan semula lakaran kita.
.foto-foto yang menjadi tatapan aku di kala kerinduan.
.andai memori ini masih dalam ingatan kamu, aku sungguh bahagia.

.andai ada jodoh di antara kita, ALLAH akan temukan kita di suatu hari kelak.
.AMIN.


foto ini sudah genap usianya 2 tahun. pada waktu inilah kami declare as a couple. mulanya, aku kurang percaya kerana takut di permainkan. maklumlah, masa tu AprilFool.




foto ini pula merupakan dating kami yang pertama kali. waktu ini kami masih malu-malu. segan silu. makan pon tak habis. cakap pon langsung tak dengar. tapi sekarang? ya ampunn..! :)




foto seterusnya pulak merupakan fotoshoot kami di sekitar KLCC. lepas aje tgk movie, kami membuat kerja gila menangkap gambar di Taman KLCC. kami bersantai di atas rumput kununnya kami berada di pantai. lucu sungguh! :)




kombinasi dua foto ini pulak adalah semasa Hari Raya Aidilfitri 2009. dye MMS gambarnya di pagi raya. sumpah aku terkejut sebab warna bajunya kebetulan sama seperti aku. waktu ini aku di kampung Negeri Sembilan. hmm.. kebetulan pulak ye. :)



foto di atas pula, aku dan dye pergi bercuti di Langkawi. memang pengalaman paling indah antara aku dan dye. kami shopping sama2. kami naik feri sama2. kami naik bot pon sama2. di Pantai Cenang, aku pernah tanam dye dalam pasir pantai. ternyata aku gembira sangat. :)




next, foto ini di ambil ketika kami bercuti pula ke Cameron Highlands. kami berjalan2 di ladang teh. berkunjung ke Taman Rama-Rama. shopping souvenir sama2. :) sooo happy! :)



last, foto ini pulak kami bergambar di Shah Alam menyambut hari kelahiranku yang ke-21. what a surprise birthday celebration. aku dapat sebuah teddy bear, dua kuntum bunga, sebiji coffee cake, sepasang wedges dan sepasang kasut.. tengs so much!



.bukan tiada lagi gambar kami, cuma cukuplah sampai di sini sahaja.
.tidak mahu membazir air mata.
.andai dye membaca dedikasi ini.


~
HAPPY 2ND ANNIVERSARY~

*thank you sooo much on what you have done for the rest of my life*



notakaki: jiwang tak aku? :P meleleh air mata aku taw! :(