Assalamualaikum and Hello Readers :)
Bulan Syaaban semakin melabuhkan tirainya. Bulan Ramadhan pula muncul kembali. Syukur tak terhingga kerana kita semua masih lagi dikurniakan ALLAH usia yang panjang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan ni. Bila Ramadhan datang, aku pasti takkan lupa segala nostalgia bulan puasa sewaktu aku masih hingusan dahulu.
1. Ayah kene kejut bangun sahur.
Selalunya memang Ayah yang akan kejut aku bangun sahur masa aku kecik-kecik. Kalau Emak yang kejut memang tak jalan laaa! Rasa macam di dodoi-dodoi untuk makin suruh tidur je suara Emak kejut bangun sahur padahal garang jugak. Sekali aku dengar Ayah panggil, "Kakak... Bangun..." Kompom cepat jer terbeliak bijik mata ni. Hmm, bila dah bangun dengan mata yang terkebil-kebil kene pulak makan nasi. Pergghh, tekak aku tak boleh terima nasi di pagi buta waktu sahur. Kenapa tak hidang McD je Mak? Kalau McD, mesti Kakak makan sahur hari-hari. =,=2. Lepas sahur, terus masuk bilik.
Punya la nampak kepemalasan aku nak sembahyang Subuh. Kene kejutkan sekali dek Ayah baru aku bangun balik. Aiyaaa... =D Memang teruk la aku nih. Tapi bila sampai kat surau, Pak Imam pulak baca surah bukan main panjang lagi. Menguap-nguap aku dalam telekung. Saf untuk solat Subuh di puasa minggu pertama memang full.3. Pergi sekolah bulan puasa penuh mencabar.
Darjah 2 aku rasa sangat hebat sebab mampu berpuasa. Tapi aku bengang betul dengan budak kelas aku siap bawak bekal Nugget goreng Cap Ayamas dan air sirap diisi dalam botol air berbentuk telefon pergi kelas time aku tengah bersemangat untuk puasa. Mana tak tergugat iman aku di kala muda hingusan. Takpe-takpe! Demi nak dapat duit raya RM1 per day aku gagahkan juga.4. Kat TV pulak tengok rancangan masak-masak Chef Wan.
Aku bukak TV1, ada rancangan memasak menu berbuka untuk malam ni. Bukak TV2, ada rancangan Untie Meenachie buat Maruku. TV3 pulak rancangan Maria Tunku Sabri buat Jalan-jalan Cari Makan episod ulangan. Time tu manede rumah aku pasang Astro lagi. Kang kalau tidur, Mak kata kurang pahala puasa. Ececehhh... Aku puasa pon semata-mata nak dapat duit raya macam lah dapat pahala. Dapat la sikit kot?5. Bila malam ke surau sembahyang terawih.
Macam biasalah. Semangat bukan main tinggi untuk ke surau semasa seminggu pertama. Sampai aku mengekor Emak ke surau pon dapat saf belakang. Bila duduk tahiyat, aku siap boleh sandar ke dinding. Gila sengal aku masa kecik-kecik dulu. Hahahaha =D Masuk minggu keseterusnya, aku boleh duduk di saf depan-depan. Maklumlah, semua orang duduk rumah terbongkang kekenyangan. Paling best, makan jamuan moreh. Kalau boleh rasa nak bawak tupperware bungkus makanan untuk dibawa balik. Ahh, sumpah buruk noh perangai.6. Lawan dengan jiran sebelah rumah berapa jenis kuih raya dah buat.
Dulu aku rajin tolong Emak buat kuih raya. Antara kuih raya yang wajib buat, cornflakes madu, tart nenas, samprit, kuih sarang semut, kuih bunga cina dan popiah mini. Yang lain-lain macam kacang-kacang aku beli kat Jalan TAR sehari sebelum raya. Borong banyak-banyak dapat murah wooo. Tapi sekarang nak buat kuih raya, Mak kata dah malas. Beli je senang. Aku ikot je. Haha. =D 7. Pesta bunga api dan mercun.
Part ni bukan aku dalangnya. Tapi kakak aku yang dah tua-tua tu lagi semangat beli bunga api dari adik-adiknya. Ada ke patut pergi bazar Ramadhan beli juadah sepatutnya, tapi dia senyap-senyap beli bunga api. Aku dengan adik pow la sikit. Malam-malam lepas sembahyang terawikh baru boleh main. Keseronokan zaman muda-muda memang tak boleh lupa. Sekarang dah tua kalau nak main bunga api, aku risau budak kecik memandang enteng terhadap aku. Ceitt!!8. Menunggu depan TV untuk mendengar pengisytiharan tarikh Raya Puasa.
Setiap tahun memang atuk itu jugak lah yang ditunggu-tunggu. Duduk atas sofa sambil bersandar dan mengumumkan tarikh raya puasa. Lepas dapat tahu je, dalam hati bersorak gembira sebab dah boleh makan puas-puas lepas ni. Yeayyy!!! Memang dasar budak kecik. Takpelah, aku tak salahkan Ezmaliza semasa dia kecil. Tapi kalau dah besar pon macam ni jugak, memang sumpah buruk gila.Ape pon, nostalgia berpuasa ini bukan semua orang alaminya. Ada yang sama tapi dengan cara yang berbeza. Adik-adik kecil, hargailah zaman kecil anda kerana zaman itu sangat indah dan kakak rasa macam nak pindah ke zaman itu sekali lagi. Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu makna kepada kita semua. InsyaALLAH.
p/s : azam puasa kali ini hendak mengkhatamkan al-Quran.
setiap kali lepas solat fardhu baca 4 muka surat.
aku dah tambah tolak darab bahagi dah!
setiap kali lepas solat fardhu baca 4 muka surat.
aku dah tambah tolak darab bahagi dah!