~you are my bestest buddies~

SAHABAT : I don't have money but this is my way how to appreciate you.

Assalamualaikum and Hello Readers.

ENTRI PENGHARGAAN BUAT MEREKA YANG TELAH VOTE SAYA



Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan pada ALLAH kerana aku berjaya memenangi contest Online Hijab E-Boutique. Pertandingan yang memerlukan undian ni nak ikutkan memang payah la nak buat. Tapi atas sebab aku tak berjaya memenangi contest dari OHB ni dulu, aku cuba sekali lagi nasib untuk contest seterusnya. ( Lihat entry INI ) This is what we call as "Don't give up!".



Alhamdulillah, berbekalkan 1645 likes, aku berjaya dipilih oleh pihak OHB sebagai pemenang. Ramai betul pesaing hebat-hebat. Entri kali ini aku hendak menceritakan bagaimana perjalanan dalam tempoh seminggu itu berlangsung. Hakikatnya dalam Facebook aku cuma ada 1800 orang kawan saja. Dan bukan semua antara mereka yang telah vote aku. Terima kasih buat semua kawan-kawan Facebook, Blog dan Twitter dari Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Kolej Matrikulasi Johor dan kawan-kawan Universiti Malaysia Perlis. Paling tidak dilupakan kawan-kawan blogger aku yang sangat sporting sudi vote. Terima kasih SAHABAT!


Ucapan terima kasih ini juga aku tuju buat kawan-kawan yang sudi membantu aku mempromosikan tentang hal ini. Agak ramai tak mampu hendak aku sebut sorang-sorang. Seperti Incik Faiz, angah Eiz Er, kakak ipar aku Nurul Arieffah Osman, Ili Dalila, Neny Kartini, Quardian Angle, Nur Farahlina Johari, Intan Norazrina, bakal adik ipar Susie Nancy, Bro Paan, Blogger Sembang Kemas, blogger Abdul Hannaan, Apit a.k.a Dion Pique Nova, kak Damia Abdullah, mak incik Faiz iaitu Puan Asiah Mohamad, kak ngah incik Faiz iaitu kak Khairil Wahida dan ramai lagiii.... Tapi hakikatnya, dalam hati ni ALLAH sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku hendak membalas jasa sorang-sorang ni. Dan aku tidak menyangka kalian mempunyai hati yang sangatttt mulia sudi membazir waktu dan tenaga demi membantu aku. Terima kasih SAHABAT!


gambar yang dipertaruhkan. inilah hasil braces.


Walaubagaimana pun, masih terdapat jenis kawan-kawan yang berperangai pelik. Yang pasti bukan dari friendlist aku lah. Tetapi dari friendlist member aku. Aku baca feedback yang mereka beri setelah dipromosikan hal ini.


"Alahhh, malas lah! Aku dapat apa kalau LIKE ni? Bukan cantik pon! Awek aku lagiiii cantik lah!"


Memang aku kecewa lah bila ada feedback macam ni, bukan aku paksa pun mereka buat. Ini bukan pertandingan Ratu Cantik la baii!! It is OK kalau kau taknak LIKE. Kau nak LIKE, aku wish thank you. kau taknak, suka hati sendiri. Aku tak pernah paksa. Bukannya aku ni jenis tak boleh terima kritikan. Tapi ini namanya menjatuhkan. Sometimes ada orang jenis alim ulama dan tidak pandang perempuan. Kadang-kadang aku memahami situasi tersebut dan aku tak pernah marah. Sebaliknya aku sendiri memohon maaf kerana berbuat demikian. Tapi jangan tak percaya ini pernah berlaku.


Hakikatnya, aku bukanlah mahu menjadikan bidang modelling as my carrier. Aku belajar pun dalam bidang Engineering. Semestinya aku lebih ke arah kejuruteraan. My passion is photography. Jadi, modelling is just freelance. Dua-dua aku minat. Aku bukan mahu populariti. Tapi niat aku hanyalah ingin membuktikan bahawa muslimah moden zaman sekarang mampu berfesyen berlandaskan syariat Islam. Itu sahaja niat aku.





p/s: incik FAIZ, please tell this to your friend,
"Hey, she win the contest lah!!" Thank you. Hahaha :D

Film Review : Real Steel


Assalamualaikum and Hello Readers.


"Real Steel"



Inilah tajuk filem yang kurang menarik di dengar tapi ceritanya tersangat-sangatlah best! Pada mulanya aku expect cerita ni just so-so aje. But then, when people always said that, "Don't judge a book by it's cover", aku pon try jugak beli tiket wayang cerita ni. I'm swear!! Cerita ni tersangat-sangatlah best!! So, let's review!!




Filem sains fiksyen Amerika ini memaparkan watak seorang bapa, Charlie Kenton seorang bekas peninju yang mempunyai hutang keliling pinggang dan seorang anak lelaki beliau, Max Kenton yang berusia sebelas tahun. Cerita ini mengisahkan kehidupan manusia yang memiliki sebuah robot besar seperti Transformers dan robot mereka akan berlawan dengan mana-mana robot lain. Perlawanan ini tak ubah seperti "Pertandingan laga ayam" laaa... Siapa yang menang akan dapat duit. Siapa yang kalah kene bayar plus robot rosak teruk gila lah!


Satu hari, Max terjumpa sebuah robot usang di kawasan timbunan sampah. Max percaya robot itu membawa tuah kerana serpihan robot itu telah menyelamatkan Max sewaktu Max hampir terjatuh ke dalam gaung. Robot yang di namakan "Atom" itu merupakan robot latihan tetapi Max yakin bahawa Atom mampu pergi lebih jauh untuk menewaskan robot yang paling hebat di abad itu iaitu "Zeus".

Anyway, aku taknak cerita lebih-lebih! Filem arahan Shawn Levy ini memang terbaik. Jadi, komen aku pulak tentang filem ni :

# Jalan cerita ni cepat je. Takde langsung part yang jalan ceritanya selowwww aje.

# Gerun aku tengok robot yang besar-besar ni. Takut terpijak kaki manusia ke, terlanggar orang masa berjalan ke, semua-semua lah!


terbaik gua cakap sama luuuu!!! oppss..kamera hp je bro. malas bwk kamera besar gedabak!


# Aku paling suka part Atom menari mengikut mod bayangan Max. Robot lain tak mampu nak menari seperti Atom. Part ni buat aku rasa bulu roma meremang tengok kehebatan robot yang kecil ni.

# Sampai satu masa perlawanan antara robot-robot ni, korang akan rasa macam nak bertepuk tangan atas kejayaan Atom menewaskan robot-robot lain.

# Tapi aku paling tak puas hati masa perlawanan terakhir antara Atom dengan Zeus, markah juri menyebelahi Zeus walau pada hakikatnya Atom memenangi pertandingan itu.

# Dari filem ni, aku boleh simpulkan, "sedangkan robot pon perlu berlatih untuk menang dalam pertandingan, kenapa tidak kita sebagai manusia?"



So, guys!! I give 9/10 points for this movies. Nampak macam aku sangat mengagungkan filem luar dari filem tempatan kan? Hahaha.. Bukan nak cakap filem luar tu bagus sangat. Ada je yang tak best langsung. Tapi aku cuma review the best for my readers la. Itu sahaja. Selamat menonton. Siapa yang dah tengok, what say you?





p/s: first time bebbb review filem.
aku cuma bercerita tentang hanya yang terbaik!


BEFORE & AFTER : Ya, dulu gigi aku memang tersangatlah buruk!

Assalamualaikum and Hello Readers :)

Suatu ketika dulu, aku langsung tak kenal ape itu braces. Aku tak kenal erti mencantikkan gigi. Aku tak pernah ambil kesah gigi aku tersusun atur atau berterabur. Yang aku cuma tahu, tiap-tiap pagi aku akan tonyoh gigi aku dengan berus gigi sampai kembang gila berus tuh. Sehinggalah satu hari, sewaktu aku masih Form 1, Cik P berborak-borak dengan aku............

Cik P : Kau nak tahu tak Ezma.... budak perempuan tu cantik gila. Tapi yang kurengnya tang gigi dia lah. Gigi dia macam ko sikit taw. Satu kedepan, satu kebelakang.
Aku : Erk? Jujurnya kau ni! Gigi aku buruk ke? (terus aku main-mainkan lidah ke gigi aku.)

Haaa... di saat itu aku sentiasa berfikir dan berfikir. Di saat itu jugak, aku selalu menatap cermin dalam tempoh yang lama sambil senyum lebar-lebar. Bermacam persoalan bermain dalam kepala otak aku nie. "Buruk sangat ke gigi aku?", "Susunan gigi yang macam mana yang cantik?". Aku tak pernah ambil tahu pon masa tu. Bila dah tersentap macam tu, barulah aku nak terbukak bijik mata.





Anyway, gambar di atas adalah rupa gigi aku dari pandangan arah depan. Memang ilusi! Masa ni aku belum pakai braces lagi. Orang takkan perasan betapa teruknya rupa gigi aku pada hakikatnya. Bila mak offer untuk aku pakai braces, aku terus bersetuju. Kos agak mahal sikit. Tapi dah mak nak belanje, aku pon cuba jugak lah. So, pada 24 December 2009 aku mula pakai braces di sebuah private clinic Kuala Lumpur.



Ok, ini adalah satu entry yang amat-amat memalukan. Inilah rupa sebenar kedudukan gigi aku. Yang sebenarnya, masalah aku cuma terletak pada satu batang gigi atas. Satu gigi tu termasuk ke dalam sikit. So, doktor kata gigi tu perlu ditolak ke arah depan. DAN, disebabkan itu braces yang aku gunakan tidak sama seperti braces-braces orang lain yang colorful tu. Sebab ramai yang tanya kenapa braces aku pelik lah, itu lah, ini lah. So, ini jawapannya. Braces yang aku pakai ni namanya Removable Braces. :)



Menurut dentist, dua batang gigi atas tu perlu dijarakkan untuk memberi ruang pada gigi yang hendak di tolak ke depan. Senang cerita, gigi aku perlu ada ruang tengah-tengah macam DJ Hot FM tu la, Syarifah Aleeya. Pernah satu ketika, apabila ada ruang kat tengah-tengah tu, anak buah aku cakap,"Untie!! Untie!! Untie takyah bukak mulut untuk masukkan nasi. Lalukan kat celah-celah gigi tu pon boleh!". Ohhh, lasernya anak buah aku berkata-kata. Nasib baik kau kecik lagi, kalau tak dah lama aku smack down dia nie. Sedih betul!



Jadi, dalam tempoh hampir 2 tahun aku memakai braces ni, macam-macam benda aku perlu jaga demi menghargai sebaris susunan gigi. Dalam bakul mandi aku ada 2 batang berus gigi. Aku harus rajin berus gigi. Aku harus rajin berus braces. Setiap kali selesai memberus, aku akan berkumur dengan Colgate Plax supaya mulut tidak berbau dan nafas sentiasa segar. Aku tak boleh cakap terlalu banyak sebab risau tak dapat cover air liur sendiri. Bila pakai braces, banyak huruf aku tak boleh sebut so, kawan-kawan aku akan suruh aku ulang percakapan aku dua kali untuk lebih jelas. Bukankah ini memenatkan? Hahaha :D Tapi, inilah pengalaman.



Dan sekarang aku akan lalui proses yang terakhir iaitu menyama-ratakan ketinggian gigi atas. Next appointment bila aku balik KL untuk jumpa dentist, gigi aku akan rata sepenuhnya. InsyaALLAH. Dentist said, she will used composite for my teeth. But then, aku dah tak boleh lagi nak makan benda-benda yang keras macam jambu batu ke... Mahu patah gigi aku nanti. Tapi, kalau boleh aku tetap akan pakai braces ni tiap-tiap masa untuk mengekalkan kedudukan gigi sampai bila-bila. Apa guna bayar mahal-mahal, tapi pakai sekejap saje. Pakailah lama-lama, barulah boleh cakap "berbaloi-baloi!!"



Jikalau dulu, setiap kali bergambar, aku tak pernah menampakkan gigi. Maklum saja, orang pasti akan cakap macam nenek tua yang senyum sebab aku berusaha untuk tutup gigi dengan bibir ni. Tapi sekarang, aku sudah boleh senyum lebar sehingga ke telinga. Alhamdulillah, terima kasih mak. Pesanan aku untuk kawan-kawan yang sedia ada memiliki gigi yang tersusun rapi, hargailah gigi anda. It is very costly when you want to repair your teeth. Why don't you just spent your money for buying the toothpaste every month?





p/s: Alangkah seronoknya kalau Cik P tu bace blog aku sekarang ini.
Weh Cik P, gigi aku dah cantik ok. Lagi cantik dari gigi kau taw! Hahaha :D