Assalamualaikum and Hello Readers! :)
Tanggal 8 Mei 2011 adalah sambutan Hari Ibu sedunia untuk tahun ini. Sambutan Hari Ibu ini disambut bagi meraikan seluruh wanita yang bergelar ibu di seantero dunia yang berkorban seluruh jiwa dan raganya melahir dan membesarkan anak-anak mereka. Happy Mother's Day to every mother in the world! :)
This is my lovely mom! Her name is Puan Hajjah Rasmah binti Ibrahim and she is 56th years old. Aku juga tidak ketinggalan untuk meraikan hari bermakna ini dengan beliau. Oleh kerana hari jadi EMAK aku tidak dapat sambut bersama, cukuplah sekadar kiriman salam dan hadiah dari aku dan Angah. Mak, terima kasih lahirkan Kakak ke dunia ni.
Mak, I know you won't read my blog. I know that you do not know your pretty face was in my blog. But I hope you know that my feelings and my written here is all about you, Mom! Masa kecik-kecik dulu Kakak degil sangat kan Mak? Bila jatuh luka di lutut, Mak lah rajin sapukan ubat dekat Kakak.
Mak, ingat lagi tak masa Kakak darjah 1, Kakak kene marah dengan Mak sebab Kakak malas nak lukis gambar berus gigi. Sedangkan Ezam (adik bongsu aku) pon tahu lukis. Mak siap suruh Kakak pergi ambil berus gigi dalam toilet dan letak depan mata. Punyalah banyak bulu berus gigi tu Kakak lukis sebab geram Mak marah Kakak tak reti lukis. Tapi sekarang Kakak bukan sahaja tahu melukis,Mak.... Kakak pandai buat blog. Kakak pandai ambik gambar... Haaaaaaa.... :D Mak bangga tak dengan Kakak? :P
Mak, dengan bajet yang tidak seberapa ni, Kakak hanya mampu hadiahkan sejambak bunga ros untuk Mak. Cehh!! Sejambak la sangat! Dua kuntum bunga ros je Mak. Bermaksud, 1 kuntum hati Mak... Dan 1 kuntum lagi hati Kakak. Biar pun harganya murah, tapi mahal dari sentimental value nya Mak. Apa pon Kakak sayang Mak. I can't imagine on my life without you Mom.
Tanpa Mak, pasti Kakak takkan mampu untuk menulis di sini. Tanpa Mak, mesti Kakak takkan besar panjang hingga ke hari ini. Tanpa Mak, Kakak takkan berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Tanpa Mak, setiap hari Kakak berlapar menahan perut kelaparan. Mak juga yang susukan Kakak. Mak juga yang mandikan dan basuh segala lampin Kakak. Mak juga yang jaga Kakak masa Kakak terlantar sakit dahulu. Mak jugak yang bangun tengah malam tatkala Kakak menjerit kerana kaki Kakak kejang. Mak juga yang menjadi tempat untuk Kakak mengadu dan bergembira. Ouh, terlalu banyak jasa dan pengorbananmu untuk aku ceritakan di sini.
Berlinang pulak air mata ni bila aku menulis sampai sini. Entahlah, aku ni nampak saja brutal dan ganas. Tapi emosi lebih-lebih pulak. Apa pon, my Mom is the best! Aku tak dapat bayang macam mana kehidupan aku tanpa beliau. Orang kata tak baik fikirkan tentang kematian. Tapi tahu kan bahawa mengingati mati itu wajib. Pasti hidup aku huru hara tanpa Mak. Banyak lagi ilmu memasak dan menjahit yang belum Mak turunkan pada aku. Andai nyawa boleh ditukar ganti, aku sanggup menukarkan dengan nyawaku sendiri.
Mak, Kakak tak pernah lupa doakan kesejahteraan Mak dan Ayah di penghujung solat Kakak. Kakak selalu rindukan Mak bila ada Makcik Cafe masak makanan yang Mak selalu masakkan. Di saat itu, pasti air mata mengalir kerana rindukan Mak. Kalau lah Mak dapat baca entry ni, pasti Kakak malu sendiri. Kat luar segan nak cakap macam ni... Tapi Mak, ketahuilah... Hakikatnya, Mak ada 5 orang anak yang masing-masing amat sayangkan Makkkkk..... I love you, Puan Rasmah Ibrahim!
p/s : Happy Mother's Day to all mothers the world!
You are the greatest woman yaww!!
You are the greatest woman yaww!!

