~you are my bestest buddies~

Mak, Selamat Hari Ibu. Terimalah dua kuntum bunga Ros untuk Mak dari Kakak.


[siap ade shining lagi you all]


Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Tanggal 8 Mei 2011 adalah sambutan Hari Ibu sedunia untuk tahun ini. Sambutan Hari Ibu ini disambut bagi meraikan seluruh wanita yang bergelar ibu di seantero dunia yang berkorban seluruh jiwa dan raganya melahir dan membesarkan anak-anak mereka. Happy Mother's Day to every mother in the world! :)



This is my lovely mom! Her name is Puan Hajjah Rasmah binti Ibrahim and she is 56th years old. Aku juga tidak ketinggalan untuk meraikan hari bermakna ini dengan beliau. Oleh kerana hari jadi EMAK aku tidak dapat sambut bersama, cukuplah sekadar kiriman salam dan hadiah dari aku dan Angah. Mak, terima kasih lahirkan Kakak ke dunia ni.


Mak, I know you won't read my blog. I know that you do not know your pretty face was in my blog. But I hope you know that my feelings and my written here is all about you, Mom! Masa kecik-kecik dulu Kakak degil sangat kan Mak? Bila jatuh luka di lutut, Mak lah rajin sapukan ubat dekat Kakak.

Mak, ingat lagi tak masa Kakak darjah 1, Kakak kene marah dengan Mak sebab Kakak malas nak lukis gambar berus gigi. Sedangkan Ezam (adik bongsu aku) pon tahu lukis. Mak siap suruh Kakak pergi ambil berus gigi dalam toilet dan letak depan mata. Punyalah banyak bulu berus gigi tu Kakak lukis sebab geram Mak marah Kakak tak reti lukis. Tapi sekarang Kakak bukan sahaja tahu melukis,Mak.... Kakak pandai buat blog. Kakak pandai ambik gambar... Haaaaaaa.... :D Mak bangga tak dengan Kakak? :P




Mak, dengan bajet yang tidak seberapa ni, Kakak hanya mampu hadiahkan sejambak bunga ros untuk Mak. Cehh!! Sejambak la sangat! Dua kuntum bunga ros je Mak. Bermaksud, 1 kuntum hati Mak... Dan 1 kuntum lagi hati Kakak. Biar pun harganya murah, tapi mahal dari sentimental value nya Mak. Apa pon Kakak sayang Mak. I can't imagine on my life without you Mom.

Tanpa Mak, pasti Kakak takkan mampu untuk menulis di sini. Tanpa Mak, mesti Kakak takkan besar panjang hingga ke hari ini. Tanpa Mak, Kakak takkan berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Tanpa Mak, setiap hari Kakak berlapar menahan perut kelaparan. Mak juga yang susukan Kakak. Mak juga yang mandikan dan basuh segala lampin Kakak. Mak juga yang jaga Kakak masa Kakak terlantar sakit dahulu. Mak jugak yang bangun tengah malam tatkala Kakak menjerit kerana kaki Kakak kejang. Mak juga yang menjadi tempat untuk Kakak mengadu dan bergembira. Ouh, terlalu banyak jasa dan pengorbananmu untuk aku ceritakan di sini.



Berlinang pulak air mata ni bila aku menulis sampai sini. Entahlah, aku ni nampak saja brutal dan ganas. Tapi emosi lebih-lebih pulak. Apa pon, my Mom is the best! Aku tak dapat bayang macam mana kehidupan aku tanpa beliau. Orang kata tak baik fikirkan tentang kematian. Tapi tahu kan bahawa mengingati mati itu wajib. Pasti hidup aku huru hara tanpa Mak. Banyak lagi ilmu memasak dan menjahit yang belum Mak turunkan pada aku. Andai nyawa boleh ditukar ganti, aku sanggup menukarkan dengan nyawaku sendiri.

Mak, Kakak tak pernah lupa doakan kesejahteraan Mak dan Ayah di penghujung solat Kakak. Kakak selalu rindukan Mak bila ada Makcik Cafe masak makanan yang Mak selalu masakkan. Di saat itu, pasti air mata mengalir kerana rindukan Mak. Kalau lah Mak dapat baca entry ni, pasti Kakak malu sendiri. Kat luar segan nak cakap macam ni... Tapi Mak, ketahuilah... Hakikatnya, Mak ada 5 orang anak yang masing-masing amat sayangkan Makkkkk..... I love you, Puan Rasmah Ibrahim!



p/s : Happy Mother's Day to all mothers the world!
You are the greatest woman yaww!!




24 comments:

  1. wawhhh roamntiknyee ank die hehehe.. epy mother's day to ur mom hehehe

    ReplyDelete
  2. selamat hari ibu buat ibu ezma..^_^

    ReplyDelete
  3. happy mother;s day ezma.. eh makcik(mak ezma) hehee.. ^_^

    ReplyDelete
  4. terharu bace blog awak nie... gud2 kenang2 jasa ibu amat bermakna.. tanpa ibu siapala kitew kn?? selamat hari ibu.

    ReplyDelete
  5. sebrutal2 seganas2 mana kita pun.. kalo cakap pasal mak mesti mengalir jugak air mata ni =_=

    rindu mak jugak...

    ReplyDelete
  6. @nuruashia

    thank u nuruashia. :) nak romantik dgn mak pon kdg2 segan gak..ekeke.. :P

    ReplyDelete
  7. @eykabaha

    hehe..cik ros cakap terima kasih...wish kan happy mothers day kat cik wan yeee... :)

    ReplyDelete
  8. @FizA

    my mom said thank u dear..hehe :))

    ReplyDelete
  9. @faiz sayang ezma

    tu la..masa tulis ni mengalir gak air mata nie.. :(( thank u awak.. :))

    ReplyDelete
  10. @Amirrah Zawani

    btol la dear...mmg sedih sikit..kalo jauh lagi ase nak nanges...uwaaa... :(

    ReplyDelete
  11. happy mothers day to ur mom too :)

    ReplyDelete
  12. @LuLuLaLaLengLeng

    thank u cyg :) happy mama day too ur mom yaaa... :D

    ReplyDelete
  13. sebalah itu mak ke adik..hehehe....
    boleh minta number fon x???hehehe...
    joke je...
    selamat hari ibu juga,,,,,

    ReplyDelete
  14. @Farhan Zulhusmi

    aishh..dah kata hari ibu, mesti emak saye...xkn la adik pulak kan..ouh, nombor phone? ape best pakai phone? blog lg best.

    ReplyDelete
  15. Selamat hari ibu buat Puan Rasmah Ibrahim.. ;)



    Bila teringat pasal ibu je mesti hati mudah jadi sayu kan.. Tu semua mungkin sebab jasanya yang mungkin tak dapat kita balas kan..





    LIKE gambar beserta shining kat atas tu.. ;)

    ReplyDelete
  16. @YOUsoF

    terima kasih di ucapkan utk yousof :) happy mother's day for ur mom too :) everyday is mother's day for me..

    ReplyDelete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?