Assalamualaikum and Hello Readers! :)
Gambar paling atas saje nak menunjukkan tension kan? So, memang muka tengik dah sekarang ni. Kenape ni Ezma? Hmm... Semester 6 dah masuk 20hb December hari tu. Awal kan? Selalunye student lain akan masuk selepas New Year celebration. Aku dengan kawan-kawan masuk awal pulak. Ade jugak kot student U lain yang same macam aku.
Masuk semester baru lebih awal ni sebab semester ni sepatutnya semester untuk aku menjalani latihan industri atau praktikal la erti kata lainnya. Tapi tempoh praktikal aku disingkatkan menjadi 2 bulan saje. Nak mencari tempat tu sikit punye susah! Geram pulak rasanya. Sepanjang hari ni jer, aku dok setia menatap laptop dan handphone untuk call mana-mana company yang ada dalam list aku.
Aku yang sopan : Hello, selamat tengahari. Ni Syarikat ****** Sdn Bhd kan?
Operator yang mula-mula baik : Yes, may I help you? [alamak! dia speaking la pulak!]
Aku yang sopan : Erm, sorry. I am Ezmaliza, student of Communication Engineering at Universiti Malaysia Perlis. I just want to ask you that............... [aku belum abes cakap lagi, dia potong]
Operator yang tiba-tiba angin : Sorry, no more practical students at this moment. Thank you. [terus letak phone]
Aku yang sopan : Eh, excuse me miss!!!!!!!! *blurrrrrr
Operator yang mula-mula baik : Yes, may I help you? [alamak! dia speaking la pulak!]
Aku yang sopan : Erm, sorry. I am Ezmaliza, student of Communication Engineering at Universiti Malaysia Perlis. I just want to ask you that............... [aku belum abes cakap lagi, dia potong]
Operator yang tiba-tiba angin : Sorry, no more practical students at this moment. Thank you. [terus letak phone]
Aku yang sopan : Eh, excuse me miss!!!!!!!! *blurrrrrr
GRRRR!! Aku assume dia baru lepas kene maki dengan bos dia kot! Ada operator syarikat yang baik pon ada jugak. Bila dah mengganas macam ni pulak rupanya. Adeehhh!! Budi Bahasa Budaya Kita taw! Selamba badak je kau letak phone tu. Agaknye dengar je aku sebut student terus potong ayat aku and blah cenggitu jerk! Dengar lah dulu sampai habes. Manelah tahu kot-kot aku nak cakap something yang lain ke?? Bagi surprise duit bonus tahunan ko ke?? Tak pun aku nak bagi kejutan hadiah tempat pertama yang ko join contest Gores dan Menang ke?? Selambe jerk kau kan! Ishhh!!
Aku yang berbahasa : Hello, selamat tengahari. Ni Syarikat ****** Sdn Bhd kan?
Operator yang baik : Yup, betul.
Aku yang berbahasa : Ok, saya Ezmaliza. Student Communication Engineering dari Universiti Malaysia Perlis. Saya nak tanya , syarikat ni masih ambil lagi ke practical students? [BM and BI aku bercampur baur sudah!]
Operator yang baik : Untuk pengetahuan cik, syarikat kami tidak menyediakan praktikal untuk bidang penyiaran ya. Maaf ya...
Aku yang baik start blurrr : Eh, saya bukan MassComm cik. Majoriti bidang saya Electric and Electronics. [sumpah, tak tipu..aku bukan MassComm!]
Operator yang baik : Ouh, Kejuruteraan Perhubungan ya? Ok, sorry ya. I'm missunderstanding. Kalau macam tu, awak submit resume dan surat dari pihak universiti ke alamat emel kami.
Aku yang dah tak blurr : Oh, terima kasih banyak ye cik. Sekarang jugak saya submit emel tu ya.
Memandangkan aku seorang student yang mengamalkan konsep Berbudi Bahasa Budaya Kita. Makanya, aku reject syarikat yang mula-mula tadi tu! Wah, aku pulak yang reject kan?? Hahaha.. :D Ada berlambak lagi syarikat yang aku nak call taw. So, dalam proses nak buat praktikal ni memang kene banyak bersabar. Banyak faktor aku kene amik kira. Lokasi, kesesuaian bidang, kebolehpasaran dalam dunia kerjaya.... and macam-macam lagi lah. Elaun amik kira tak?? Tipu lah kalau korang tak nak amik kira elaun. Sumpah, korang tipu kan? Hehe.. Aku ada jugak nak. Tapi janganlah demand sangat wehhh... Ni baru nak buat praktikal taw. Belum kerja lagi. :))))) Sikit-sikit sudah lah.
Hmm.. Semester ni aku cuma amik 4 subjek ajer. Jadual kelas aku pon tak pack sangat. [makin rajin la aku update blog! :P ] So, kawan-kawan yang belajar kat Uni lain ada sapa-sapa yang amik subjek sama dengan aku tak? Boleh kita sharing and caring sesama kita. Wahhh, nampak cam baek lak aku! Padehal, aku lah paling pemalas. HAHAHA.. :))))
p/s: esok meneruskan usaha mencari tempat praktikal. :(