~you are my bestest buddies~

|| kemaafan DENDAM terindah ||

Assalamualaikum! hye readers! hari ni hari pertama bulan Zulkaedah. tak tau nak cakap macam mana. semalam hari terakhir bulan dalam bulan Syawal merupakan hari paling gembira buat aku. kenapa?? ianya seolah-olah mendapat keberkatan terakhir dalam bulan Syawal untuk aku memohon keampunan dan kemaafan aku pada sahabat-sahabat yang sekian lama aku tak bermesra.. bercakap.. bergurau senda..


segalanya terluah malam semalam. sumpah! aku tidak akan lupa kejadian malam tadi. bercucuran air mata aku pada seorang sahabat yang selama ini aku pandang serong. aku pandang dengan penuh rasa dosa. tetapi dek akibat terlampau mendengar kata-kata hasutan orang, aku turut memandang dia sebelah mata. memang tidak patut untuk aku ceritakan siapa. biarlah kekal abadi di alam maya untuk tatapan anak dan cucu aku kelak.






malam tadi, aku bertindak untuk terus bersemuka padanya. sebab aku dah tak sanggup lagi nak menahan segala kesedihan dan kemarahan atas perbuatan sahabat aku ni. segala-galanya terjawab apabila aku mengetahui dia tidak mengenali aku dengan sebaiknya. hanya mendengar kata-kata orang. ya !! situasi ini sama seperti aku. YA ALLAH!! Kau menjadi saksi kejadian malam tadi ya ALLAH.. betapa aku bersyukur padaMu!!


aku tak mahu lagi menanggung beban dosa terhadap sahabat aku sendiri. dan disebabkan itu aku ingin berterus terang padanya. betapa mulianya hati beliau sebab sanggup memaafkan kesalahan aku. alhamdulillah....kemaafan adalah dendam yang paling indah!! malam tadi adalah malam paling membahagiakan aku. kawan-kawan aku telah bersatu kembali. yang dahulu berkelahi, telah bercakap sesama sendiri semula. yang dahulu menyimpan dendam, telah terurai segalanya. berterima kasih aku tidak terhingga pada kawan-kawanku yang lain kerana sudi memberi kekuatan padaku untuk bersemuka dan memohon kemaafan pada gadis ini.






pikah, aku mintak maaf pada kau pikah. selama ni, aku sangkakan kau yang buat macam ni pada aku. aku terlalu mendengar kata buruk orang. yang baik aku tolak jauh-jauh. pikah, aku dengan ILI memohon maaf pada kau. aku tak sangka kau begitu baik dan sudi memaafkan kami berdua. kalaulah aku kenal kau dari dulu lagi, silap-silap haribulan mesti lagi seronok. kita mempunyai minat yang sama. macam-macam!! tapi, aku silap pandang kau, sayang. maafkan aku. aku berharap hubungan baik aku dan kau kekal sampai bila-bila! pikah, aku ni jenis orang yang sayang kawan taw. kalau kau kene maki atau kene kutuk, carik aku taw. biar aku maki dia balik. hehe.. :)



hari ini aku kenal siapa kawan-kawan aku. hari ini aku makin sayang kawan-kawan aku. hari ini jugak aku makin kenal erti persahabatan. dan mulai hari ini, aku tak mahu kehilangan kawan-kawan aku. tanpa mereka, aku tidak kuat untuk terus hidup di tempat aku menimba ilmu kini. maafkan aku.......................


12 comments:

  1. tahniah. nak dekat2 final year ni elok berbaik-baik..

    ReplyDelete
  2. gud2 mydear...barikillah hummalana fie syahril ramadhan....the end of syawal...keberkatan bulan syawal jugee..heheee

    ReplyDelete
  3. @Nobita Sensei

    alhamdulillah...seronok sebenarnya.. :) hati kite lega rasenye.....

    ReplyDelete
  4. @f@iZ

    hehe...iyer sayang...thanks...eh, kite on9 same2 yer??abg, i da berlaku anjakan paradigma... :) alhamdulillah... :)

    ReplyDelete
  5. berbaik-baik la dgn kwn2 ye..hehe :D

    ReplyDelete
  6. Ezma T_T

    ko buat aku nanges lagii...!!!! aku terima kemmafan kau dengan serendah-rendah hati nya. dan aku mohon kemaafan jugak ats semua slh phm yg berlaku antara kita.

    Ya Allah knp Kau tidak bukakan hijab antara kami ini dgn lbh awal? byk sudah salah phm antara kami ya Allah..satu kan dan bagi kami peluang membina ikatan persahabtan yg suci.. :)

    Aku syg kau Ezma..blm penah aku jmp insan sepertimu syg..izinkan aku mengenali kamu lagi... :)

    ReplyDelete
  7. Syg! byk aku nak bual, nak belajar nak kenal kamu dear. :D

    hope akn ada peluang utk kita.. :)

    ReplyDelete
  8. @budak_nakal

    thanks budak nakal...tapi saye budak nakal yang comel taw.. :P hik3...

    ReplyDelete
  9. @shasha

    inilah dia sahabat aku dah muncul.. :) pikah, mase aku tulis entry ni pon meleleh air mate aku pikah...aku tahankan jugak..bagi aku, aku xkn lupe moment kegembiraan aku mlm tu..

    betapa Tuhan nak tunjukkan kekuasaanNya untuk menyatukan kembali persahabatan yang sepatutnya terjalin lame dahulu..

    insyaALLAH, ada masa aku akan luangkan masa antara aku dengan ko untuk kite berbual pjg..walaupon hakikatnya aku rasa mcm org yang nak bercinta pon ade...aduii...tapi aku bangga jadi kawan hang pikah.... =((

    ReplyDelete
  10. bgus2 jgn gado2 lg k... sayang ezma slalu...

    ReplyDelete
  11. yup...kita tak boleh nak dengar cakap orang unless benda tu betul2 berlaku depan kita..think positive dulu sbb mungkin dgn orang lain je dia ada masalah tak dengan kita...

    ReplyDelete
  12. @mizzura

    yes dear..maybe tu silap I..kekurangan yang patot I hadapi dengan baik..thanks mizzura..miss you.. :)

    ReplyDelete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?