~you are my bestest buddies~

Photoshoot : Amazing day with amazing people at Shawls@AYUCINTA

Assalamualaikum and Hello Readers. :)

Yes, aku memang dah menjadi blogger paling malas update blog. Apo nak di buekkan laeiii... Den busy sikit sekarang nieee.... Apa pon sekarang ni aku sedang bercuti semester selama 4 bulan!! So, dalam tempoh 2 bulan aku akan berpraktikal di Telekom Jalan Semarak. After that, aku plan nak cari kerja. Bosan gila kot duduk rumah menternak lemak jeeee.... Ada sapa-sapa nak bagi aku kerja??


[mula-mula datang dengan tudung serba hijau. kitorang dah boleh jadi duta kempen selamatkan bumi. hahahhaa ]

Dalam pada aku tengah busy study untuk final exam, aku sempat lagi terima tawaran dari Kak Ayu Cinta untuk jadi model shawls beliau. Siapa tak kenal usahawan muda ni? Sangat terkenal di Facebook dan Blog. Hahhaha... Macam biasalah kannn, aku ni pantang di ajak! Kecil tapak tangan ni, Stadium Bukit Jalil tu haaa aku tadahkan! Aku ajak ILI untuk temankan aku. Alaaa.. dia ni pantang di ajak jugak. Kalau bab berjalan-jalan, dia pon sama macam aku gak... Hahahhaa... :D



Lokasi photoshoot kami kali ini adalah di Balai Seni Alor Star berhadapan dengan Masjid Zahir. Cantik sangat pemandangan di situ. Dengan khidmat photographer Abang Faizal a.k.a Pakcu iaitu suami kesayangan Kak Ayu Cinta sendiri, maka terhasillah gambar-gambar di dalam blog ini. Shawls polka dot dari Shawls@AYUCINTA ini adalah pilihan pertama aku sebab matching dengan baju yang aku sedia pakai. Sangat lembut dan mudah di pakai kerana shawls ni tak licin sangat. :)



Next, aku pakai shawls Lysaa. It is a custom made shawls. Sebab itu la shawl ini sangat cantik dan jahitan di hujungnya sangat kemas. Coraknya yang abstrak membuatkan si pemakai kelihatan anggun dan bergaya. Ini juga boleh di dapati di Shawls@AYUCINTA dan selagi stok masih ada. So, siapa lambat tak dapat! Eh, bukan... Siapa lambat, kau rugi! Waaahhh... Ada rupa macam duta tak aku? Wakakaka... Jangan nak perasan lah EZMA!! Heeee...... :)))


[posing dulu dengan ILI depan cermin sebelum shoot next shawls]

Haaa... Nampak tak inner neck warna hitam tu? Aku paling suka inner tu sebab materialnya yang lembut dan mudah untuk si pemakai mengenakan loose shawls. Selain dapat menutup leher dengan lebih sempurna, inner ini kelihatan terletak apabila kamu memakainya. Korang patut cuba sehelai. Aku sendiri dah rembat satu sebab dah suka sangat.... hehehhee... :D


[ready untuk pakai shawls ni tapi tak tahu cara macam mana lagi nak pakai]



Shawl warna merah ni aku lupa pulak nama dia apa. Tapi materialnya macam cotton. Ada manik-manik di hujungnya. Kali ni dengan bantuan ILI and Kak AYU berjaya jugak buat style arabian. Pening kepala nak memikirnya. Ini juga boleh di dapati di Shawls@AYUCINTA yeee... Pandai-pandailah korang carik shawls yang boleh buat korang rambang mata nak pilih. Hahahaha... :D


[bercanda dengan tokey shawls yang famous amos di rumput hijau!]



Last shawls untuk shoot kali ni aku memakai shawls satin inspired Hana Tajima. Tapi memandangkan aku langsung tidak menggayakan style Hana Tajima, dengan penuh hormat aku menamakan shawls inspired Hana EZMALIZA! Harap maklum. Shawls ini di gayakan dengan gabungan dua helai shawls yaaa... Kemudian di ikat seperti tocang supaya kelihatan lebih menarik. Idea last minit yang datang ini tak sangka pulak nampak cantik dan sesuai di gayakan jika anda hendak ke Majlis Makan Malam. Ini juga banyak di dapati di Shawls@AYUCINTA dengan harga yang berpatutan.


Anyway, aku doakan agar business Shawls@AYUCINTA akan terus maju dan semakin terkenal di persada antarabangsa. Aku juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Ayu dan suami kerana sudi belanja kami makan tengahari itu dan terima kasih untuk hadiah shawls pemberian kak Ayu. Ouh yeee... Kak Ayu ni ada masuk contest DiGi WWWOW Awards taw! Jangan lupa undi taw.... klik terus http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=220411210347654 ...



19 comments:

  1. wow..da jd model awk yer?? ley x sy nk jd model gak??? hahaa xmalu..muke kite x laku...hehehe,,,gurau jer... cantik la awk pakai shwal merah 2. well, selamat berpractikal sayangku :)... hehehe..

    ReplyDelete
  2. perh perh perh!
    kak ayu cinta tu
    homaiii artis la ko skrg ezma

    ReplyDelete
  3. tudiennnnn....laki tak dak plak ka??ahahaha

    ReplyDelete
  4. cantik2
    hehe

    alor setar tu kampung saya
    setahun sekali je balik
    tu pun masa raya
    haha


    Entri Terkini: Akhirnya, jumpa jugak contest yang tak payah buat entry kat blog untuk join !!!

    ReplyDelete
  5. cantik2
    hehe

    alor setar tu kampung saya
    setahun sekali je balik
    tu pun masa raya
    haha


    Entri Terkini: Akhirnya, jumpa jugak contest yang tak payah buat entry kat blog untuk join !!!

    ReplyDelete
  6. hehe..untg lah dapat bergmbr..:)

    ReplyDelete
  7. suka gambar ezma yg last..cantik!

    ReplyDelete
  8. yg last 2 cun..wt tutorial please...hee

    ReplyDelete
  9. euwwww!bestnya pakai shawl byk2!ezma len kali dtg a.star roger2 la...kmi always available k :)

    ReplyDelete
  10. peerrghh...comel la ezma! hehe

    ReplyDelete
  11. Salam.visit here^^ nice blog.keep blogging :)
    Feel free to read my new entry @ frommetoyou~
    (^____^)

    ReplyDelete
  12. pic yg shawl yg pink 2 lawa bangat... cantikk nouuu....pic paling lastt...sayang awk

    ReplyDelete
  13. huyooo..semakin berjaya adik ezma kita nih...ahaks..mekap purple tu sapa buatkan..nice!

    |Jangan malu pakai PPE|

    ReplyDelete
  14. terima kasih kawan2. alhamdulillah...syukur ezma panjatkan.. maaf xdpt nak balas komen satu2.. internet slow sgt..ape pon, ini hanyelah percubaan utk ke stage seterusnya. terima kasih atas sokongan. syg kamu semua :)

    ReplyDelete
  15. wah..cantikla ezma yg ko pakai shawl satin tu.. teringin jugak.. dia x serabut ke kalau pakai dua skali??

    ReplyDelete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?