Happy 23th Birthday Ezmaliza!
13 Februari lepas, tepat jam 11.45malam usiaku genap mencecah 23 tahun. Sudah 23 tuuu... Dulu Emak cakap, masa Emak berusia 23 tahun dah dapat Angah dah. Maknanya 23 tahun ni dah boleh dapat kakak aku yang kedua :P Terima kasih banyak-banyak buat semua kawan-kawan yang wish di Facebook, Twitter, mahu pon handphone. Telah pon aku reply setiap seorang demi seorang supaya tiada yang berkecil hati. Maafkan aku jika ada yang terlepas pandang wish anda. Thank you so much friends! :)
Haih, dah boleh kahwin ke aku ni? Masak pon tak pandai, ada hati nak kahwin. Niat tu memang teringin hendak kahwin muda. Tapi, belajar pon tak habis lagi. Macam mana aku nak fikir jauh. Aku cukup tak gemar bila orang cakap, kahwin tak perlu guna duit mahal-mahal. Siapa kata tak guna duit? Orang yang kahwin free macam mana pon tetap akan keluarkan duit. So, duit tu tetap kene ada baiiii.... :P Tak belajar, mana nak dapat kerja? Tak kerja, mana nak dapat duit? Takde duit, macam mana nak kahwin?
So, sejenak aku berfikir. Pada usia yang semakin matang, aku juga harus berfikiran matang. Bukan lagi macam budak-budak yang hingusan. Aku harus bijak selesaikan masalah sendiri tanpa mengharapkan sesiapa. Hanya pada ALLAH yang Maha Esa seharusnya aku berserah. Semakin bertambah usia kita, semakin dekat tarikh kematian. Jadi, iman dan ibadah aku kepadaNya masih belum cukup untuk mempersiapkan diri bertemu pada hari itu. Ya ALLAH... jahilnya aku... :(( Banyak sungguh dosa yang telah aku lakukan. ALLAH, ampunkan dosaku.
Syukur Alhamdulillah.. malam itu ada yang sudi sambut hari lahir ku. Aku cuma teringin hendak makan Chocolate Indulgence Secret Recipe. Hehhee... :D Guys, pernah tak pergi cuci mata di Bukit Ampang, Look Out Point? Ternyata kuasa ALLAH yang Maha Hebat ini menciptakan sekalian alam. Pemandangan dari atas sana cukup menjamu mata untuk melihat keindahan Kuala Lumpur pada waktu malam. Lampu-lampu jalan yang menerangi nampak sayup-sayup dari lokasi Look Out Point ini. Kalau belum pernah pergi, bolehlah anda ke sana. Ada juga warung-warung makan disediakan untuk pengunjung yang datang. Siapa kata mahal? Standard la Char Kuey Teow Kerang RM4 di Kuala Lumpur kan? :P
Aku tak mintak hadiah dari sesiapa pon tahun ni. Tapi terima kasih untuk Emak dan Ayah sebab bersusah payah melahir dan membesarkan aku yang degil ni sampailah ke hari ini. Tanpa mereka, aku pasti sekarang ni berkeliaran di Chow Kit untuk meminta simpati orang ramai. MasyaALLAH mintak dijauhkan....
Aku berdoa agar semua impian dan harapan aku tercapai.... Ya ALLAH perkenankanlah doaku... Amin Ya Rabbal Alamin :)

















