Assalamualaikum and Hello Readers :)
Sambil berdiri teguh dan lantang melaungkan syarahan aku kali ini dengan yakin aku mengatakan hampir 80% jenis penulis blog yang bakal aku perhalusi satu persatu ini pernah melintasi blog anda dan mencoret ayat-ayat di bawah di ruangan chatbox. Agak-agak paham tak apa yang aku cakap ni? Ini bahasa sastera aku. Kahkahkah!!
Rasanya dah jelas, terang lagi bersuluh aku ada tulis kat ruangan About Me yang aku belajar kat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Nampak beno nipunye yang kome yang menyinggah kat blog aku ni terus serbu ruangan chatbox. Lepas ni jangan tanya lagi aku U mana eh.... Kalau taknak kene luku dengan aku, sila jangan tanya. Den dah ponekk nak menjawab nyooo.......
Haaa.... Ayat ni dah kompom-kompom sangat lah ada kat blog korang jugak! Jangan macam ni dikkkk... Suka hati kita samada nak follow blog awak atau tak... Kenapa nak kejar followers sangat ni? Apa guna followers ramai tapi setiap entry kita takde sape pon nak komen, kan? Baik follower sikit, tapi masih dapat komen dan singgahan yang banyak. Itu lagi bessssttt! Selalunya ini berlaku pada hadik-hadik blogger yang masih di bangku sekolah yang ala-ala jewwwwww, lewwwww, kitewwwww.... Hahahaha... :D Ko tulis macam ni lagi kat blog aku, aku delete jewwww!! Kahkahkah!! :D
Amboi, ko nak suruh aku bagi sedikit komen kat blog ko. Tapi ada ko datang blog aku bagi komen? Takde ponnn!! Alahaiiii... What you give, you get back laaa... Ko sendiri kedekut nak bagi komen kat entry aku, inikan pulak nak suruh orang lain datang bagi komen kat entry ko. Alaa... aku ni perempuan jenis lembut hati, tak boleh tengok orang susah. [macam ayat P Ramlee tak?] Aku pon komen la sikit dengan harapan konon-kononnya aku sengaja nak tengok dia datang balik tak kat blog aku? Huhhh! Hampeh! Harammmm jadah nak singgah balik....
Aiyooo... aku bukan kaki online 24 jam macam kau. Macam orang takde life lah asyik menghadap laptop 24 jam sehari. Aku sendiri jarang update blog aku. Takkan lah tiba-tiba aku nak ngadap blog kau directly. Ada certain-certain blogger yang rajin keep in touch dengan aku, aku dah set in my mind all their URL blog. Terus je aku singgah. Tapi dia ni sendiri pon jarang datang, janganlah terlalu mengharap kita akan datang balik. Berpuluh ribu blogger dalam dunia ni bukan semua orang kita sempat nak menyinggah. So, if you are in my shoes, you will know how I feel right now. Tapi andai benar aku sudah sombong mendongak ke langit, tegurlah aku dan peringatkanlah aku. Terima kasih :)
Kadang-kadang ada blogger yang tanya macam mana nak buat tutorial itu dan tutorial ini. Ada jugak yang bertanya macam mana nak pakai shawl segala bagai sedangkan punyalah banyak blog atau video di youtube yang ajar cara nak pakai shawl. Bukan aku kedekut nak tunjuk ajar sedikit ilmu yang aku ada. Tapi bila aku terjah balik blog dia, ada je gambar dia dengan shawl yang berbelit-belit kat blog dia. Aihhh.... agaknya orang ni nak puji tapi tak ikhlas ke apa? Haha... :D Takpelah, aku boleh terima lagi. Ada pulak yang jenis singgah tapi tak tinggalkan link blog langsung. Bila nak tolong, kau pulak yang tak menolong diri sendiri... So, tak dapek den nak nolong jang oii.. Pokok dekau lah! So, takpelah. Bukan semua manusia itu sempurna, kan? Blogger pon manusia kan... Tapi kalau orang lain pon bagitahu banyak kali, takkan tak faham-faham lagi kot kan? Sudah-sudah la tu merepek kat ruangan chatbox tu. Bukan kat blog aku saja, don't do at others also. Thank you for reading.
p/s : kadang-kadang tu ada je yang datang singgah
untuk tulis 'Hai', 'BW' dan sekadar smile :)